LELAKIMU KHALIL GIBRAN

By dearnovels

1.2K 91 2

KARYA TERBAHARU ANNA MILIA More

BLURB
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10

BAB 6

75 5 0
By dearnovels

GIBRAN menggaru pipi yang tidak gatal. Tingkah spontan apabila dia tidak berpuas hati. Semua staf sedang menunggu di bilik mesyuarat untuk sesi pembentangan. Hanya Dira yang belum muncul.

"Awak lewat lima minit." Gibran menegur sebaik sahaja Dira melangkah masuk.

Dira tidak berani memandang Gibran. Suara keras itu cukup untuk memberitahunya Gibran sedang marah.

"Saya sedang bercakap dengan awak, Dira Irdina."

"Maaf. Saya ke tandas tadi."

Gibran menjeling tajam. Dia tidak membeli alasan tersebut. Satu yang dia perasan, Dira tidak memakai jam tangan. Gadis itu akan melihat masa pada telefon bimbit. Agaknya sebab itulah Dira selalu lewat.

"Pastikan awak ada idea yang baik. Kalau tak..."

"Kalau tak, apa? Nak pecat saya?" tukas Dira. Geram apabila lelaki itu mengugutnya sekali lagi.

Gibran terkejut. Tidak menyangka Dira berani menjawab. Egonya tercalar apabila semua staf di dalam bilik itu memandangnya.

"Ya. Angkat barang awak dan pergi." Gibran bersuara tegas.

Nampak sombong di mata Dira. Tapi, tidak pada staf lain. Mereka tidak menyalahkan Gibran. Tidak sepatutnya Dira bersikap seperti tadi.

Dira menelan liur. Cemas! Dia tersedar dia mengorek lubang kubur sendiri.

"Encik Gibran, saya yang salah. Tadi saya guna telekung Dira. Itu sebab dia lambat solat." Damia membela Dira.

Memang benar Dira lewat kerana menunggunya selesai bersolat.

Sepi.

Gibran memandang Dira sekilas. Gadis itu memang mencabar kesabarannya.

"Kita mulakan dengan kumpulan awak, Cik Dira," ujar Gibran. Nada suaranya sudah mengendur.

Muadz bangun untuk membuat pembentangan. Namun, Gibran mencadangkan agar Dira yang melakukannya. Sengaja mahu mendera gadis itu.

Muadz nampak serba salah. Dia tidak yakin Dira dapat membentang dengan baik.

Dira menuju ke layar skrin. Komputernya ditinggalkan untuk dikemudikan oleh Muadz. Pembentangan dimulakan.

Sesekali Gibran menggeleng apabila tidak bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan. Tingkah Gibran mengganggu penyampaian Dira, namun dia cuba bertenang.

"Awak tahu apa masalah dengan pengiklanan kita?" Gibran mengajukan soalan.

Dira menggeleng sambil mengetap bibir. Dia menanti jawapan Gibran.

"Poster awak tu! Banyak yang perlu diperbaiki." Gibran mengutuk.

Wajah Dira merah padam. Wafa sembunyi senyum.

"Lepas ni kita akan tengok balik poster-poster yang korang upload di medsos."

Jeda.

Gibran kembali memandang slaid yang terpampang. Dia rasa wajar memberikan sedikit pujian untuk mengambil hati Dira. Eh, dah kenapa nak ambil hati perempuan tu? Gibran sendiri tidak pasti.

"Congrats. Saya suka dengan idea untuk grouping perfume kepada kumpulan tertentu." Gibran mencatat sesuatu pada iPadnya.

Sepi. Semua ahli mesyuarat menunggu arahan seterusnya daripada Gibran. Gibran angkat wajah. Dia memandang Dira. Tiada senyuman pada wajah itu walaupun dia baru memberikan pujian.

"Anything else?" tanya Gibran seraya menjongketkan kening.

Dira menggeleng. Rasa macam diperbodohkan oleh Gibran. Bukannya aku nak sangat berdiri tercongok di sini. Cakaplah awal-awal yang aku boleh duduk, kutuk Dira dalam hati.

Gibran buat-buat tidak nampak wajah masam-masam kelat Dira.

"Kau okey?" Damia menegur sebaik sahaja Dira melabuhkan duduk di sebelahnya.

Dira angguk. Dia tidak berani nak berbual. Karang kena tegur lagi.

"Sorrylah. Sebab aku, kau kena marah," ujar Damia lagi.

Dira senyum segaris. Tumpuan dihalakan kepada Rafi yang bersedia untuk pembentangan.

Rafi memulakan pembentangan.

"Esok aku janji tak lupa bawa telekung." Damia berjanji.

Dia membawa pulang telekung untuk dibasuh. Alih-alih, dia lupa untuk membawanya semula ke sini. Damia tersengih apabila melihat jelingan Dira.

"Kau boleh diam tak?" tanya Dira.

"Double D."

Dira dan Damia menoleh serentak. Mereka memandang Gibran. Gibran menjongketkan kening. Kelmarin dia telah menegur dua manusia ini.

Yang paling membuatkan Dira sakit hati, Gibran sedang memandangnya. Bodoh ke apa? Tak nampak ke Damia yang mengajaknya berbual?

"Pay attention to what Razi is telling us." Gibran menegur.

"Nama dia Rafi." Dira membetulkan nama Rafi yang disalah sebut.

Gibran tersentak. Sekali lagi dia rasa tercabar apabila melihat senyuman sinis Dira.

Damia menyiku lengan Dira. Halalkan ajelah kesilapan Gibran. Tak jauh mana pun nama Razi dan Rafi, silap satu huruf aje, desis hatinya.

"Force yourself to pay attention even when it is the last thing you want to do."

"Baik, Encik Gibran," ujar Damia.

"Satu saja saya nak cakap. Kalau korang tak willing nak berubah, tak nak bagi kerjasama dan berusaha, pintu ada di sebelah kiri saya."

Dira mengeluh. Meleret pula leteran lelaki ini.

"Itu bukan satu, tapi tiga benda yang kau cakap. Tak berubah, tak kerjasama, pintu di kiri." Bibir Dira terkumat-kamit. Mengajuk ayat Gibran.

"I am done!" Gibran menghentak fail ke atas meja.

Gibran tidak berdaya bersabar lagi. Dia tahu Dira sedang mengutuknya. Gadis itu langsung tidak menunjukkan rasa hormat kepadanya. Gibran berdiri.

"Dismissed. Kita sambung esok. Cik Dira, masuk bilik saya sekarang."

Damia mengurut pelipis. Muadz kalut. Staf lain hanya berdoa yang baik-baik sahaja untuk Dira. Mereka perasan perubahan sikap Dira sejak beberapa hari lalu. Ini bukan Dira yang mereka kenal. Walaupun mereka semua tahu Dira tidak suka Muadz, namun gadis itu tidak pernah melayan Muadz seperti dia melayan Gibran. Pelik!

Gibran melangkah keluar. Pintu dihempas kasar. Mujur tidak terkena hidung Dira. Terangkat tubuh Dira dek rasa terkejut.

Dira memulas tombol pintu. Dia turut menghempas pintu bilik mesyuarat.

"Weh, Damia, apehal kawan kau tu? Datang bulan ke?" Azad bertanya.

Damia menghela nafas dalam. Entahlah. Dia juga pelik dengan perubahan sikap Dira sejak kedatangan Gibran.

"Ke dia stres sebab Tuan Ali dah tak ada dengan kita?" Rafi menyampuk.

Damia menggeleng. "Aku pun pening pikir pasal dia."

Wafa menjadi pendengar.


GIBRAN mencampak iPad ke atas meja. Dia melabuhkan punggung dengan kasar. Kaki disilang. Menunggu Dira masuk.

Melihat pintu yang terbuka luas, Dira terus masuk.

"Close the door."

Dira menurut. Dia berdiri di hadapan meja.

Gibran menatap tajam wajah Dira. Terbuai sekejap Gibran dengan kecantikan Dira. Sayang, perangai gadis itu tidak secantik wajahnya.

"Would you mind telling me? What the heck is wrong?" Gibran bertanya.

Tiada respons.

"Adakah sebab kes parking?" Gibran bertanya.

Dia boleh sangat kalau nak pecat Dira. Sebelum ini pun sudah berlambak pekerja yang dia buang setiap kali mengambil alih sesebuah syarikat. Tapi, tidak adil kalau itu punca Dira kehilangan kerja.

Gibran mereka alasan. Tidak mahu mengakui yang dia merasa serba salah untuk memecat gadis itu padahal dia dah tengok hasil kerja Dira. Tak adalah gempak sangat.

"Atau sebab saya tegur awak lewat?" Gibran masih cuba mendapatkan jawapan.

Dia belum pernah berhadapan dengan situasi seperti ini. Sepatutnya dia dilayan dengan baik memandangkan kuasa ada padanya.

Dira diam. Takkanlah nak cakap terang-terang yang aku benci dia? Dia antara manusia yang telah menyusahkan hidup aku. Dia punca...

"Cik Dira Irdina binti Hamza!"

Lamunan Dira bertempiaran saat nama penuhnya disebut. Dia kembali menatap wajah Gibran.

"Boleh tak kalau Encik Gibran tak ugut nak pecat saya? Saya bukan budak umur 10 tahun nak digertak macam tu."

Gibran angguk. Dia menerima alasan yang diberikan oleh Dira.

"Bukan masalah parkinglah?" tanya Gibran lagi. Nak mendapatkan kepastian.

Dira angguk. Memang tidak ada kena-mengena pun pasal parking. Dah lama aku benci kau! Sebelum kau caras parking aku, desis hatinya.

"Tapi, saya patut minta maaf pasal parking tu. Saya juga minta maaf sebab ugut awak." Gibran merenung Dira.

Mengharapkan gadis itu turut meminta maaf atas sikap biadab yang ditunjukkannya. Tapi, jangan harap kalau Dira masih berwajah ketat. Gibran yakin masih ada yang berbekas di hati gadis itu. Dia nak sangat tahu apa yang dipendam oleh Dira.

Sepi dan kekok!

"If there is a sense of respect and belief between us, that is when good work is done."

Dira angguk. Layan sajalah. Tapi, sumpah, dia akan berhenti kalau dapat tawaran kerja di tempat lain. Tak kisah kalau gajinya lebih rendah. Janji tak perlu tengok muka Gibran dan tak perlu bimbang haknya dirampas.

Sepi lagi.

"Boleh saya keluar?"

Gibran angguk.

Dira berpaling. Bersedia untuk membuka langkah.

"Satu perkara lagi. Awak keluar lebih awal dari kafe, tapi kenapa awak sampai sini lambat?" Gibran bertanya.

Dira tersentak. Sibuk betullah Gibran ni. Benda dah lama lepas kut. Nak bagi alasan apa? Gibran tidak boleh tahu tentang Saif.

"Sakit perut. Saya singgah di stesen minyak. Lepas tu saya terkunci dalam tandas."

Gibran meluaskan matanya memandang Dira. Separuh daripada akalnya mempercayai alasan itu. Mana tidaknya, wajah Dira nampak bersungguh-sungguh.

"Okey. Awak boleh keluar. Tapi, ingat, jangan lewat lagi."

Dira angguk.

"Esok ikut saya ke Karl Advertising. Pukul 9.00." Gibran memberi arahan.

Dira buat muka tak puas hati.

"Kita pergi sekali."

"Tak nak. Kita pergi sendiri-sendiri." Dira membuat keputusan.


SEBAIK pintu lif terbuka, berpusu-pusu manusia meluru masuk. Dira mengeluh.

Tak cerdik. Buatlah janji temu lewat sikit. Ini tak, gigih nak bincang waktu orang sibuk masuk kerja. Tengok ni, apa kes nak kena berebut dengan staf-staf dalam bangunan ni? Hati Dira membebel. Nasib baik bersesak di dalam lif pada waktu pagi. Masing-masing masih wangi.

Dira bersandar pada dinding lif sambil memeluk fail. Seorang lelaki hampir merempuhnya apabila ditolak oleh manusia yang berasak cuba memuatkan diri mereka di dalam ruang kecil itu.

Lelaki yang bertubuh tinggi lampai itu berdiri menghadapnya.

Lah, apesal tak pusing ke depan? Dah kenapa duk berdiri menghadap aku? bebel Dira dalam hati. Dia langsung tidak pandang lelaki itu. Tangan semakin kemas menggenggam fail.

"Hai, Dira."

Dira menelan liur. Dia kenal suara itu. Perlahan-lahan dia memanggung kepala.

Gibran menghadiahkan senyuman paling manis untuk Dira. Bukan senang nak berada serapat ini dengan Dira Irdina. Sebab itu dia tidak berpaling menghadap pintu lif. Pemandangan membelakangkan pintu jauh lebih menarik.

Dira lupa untuk bernafas. Senyuman Gibran boleh meracun. Oleh itu, segeralah pandang tempat lain. Hati berbisik kepada tuannya.

Dira memandang butang-butang di sebelah pintu lif. Dia tahu pandangan Gibran sedang meratah seluruh wajahnya. Daripada ekor matanya, dia nampak bibir lelaki itu tersenyum senget. Dira nak sangat tahu apa yang ada dalam fikiran Gibran ketika ini.

Tiba-tiba Gibran menyentuh kepalanya.

Dira mendongak dengan wajah garang.

"Semut," ujar Gibran. Selamba.

"Terima kasih."

"Betullah. Semut suka yang manis-manis," gumam Gibran.

Dira hanya dapat menangkap perkataan manis. Dia alihkan anak mata kembali pada butang-butang lif. Tak tahu kenapa, renungan dalam Gibran membuatkan detak jantungnya memainkan irama yang berbeza.

Gibran memandang mata coklat Dira. Bersinar dengan cantik. Pipi yang seperti kapas. Nampak lembut dan mengasyikkan. Jarak yang terlalu dekat membolehkan dia melihat bulu-bulu halus pada wajah Dira. Fuh, kalau boleh dia elus wajah itu. Hidung Dira cantik terletak. Bibir... Gibran menggeleng kecil sambil mengetap bibir apabila imaginasi mula mengambil ruang dalam fikirannya.

"Dah siap poster yang saya suruh semalam?"

Mendengar soalan itu, barulah Dira pandang Gibran. Tapi, sekejap sahaja. Panahan mata lelaki itu menggetarkan nalurinya. Tiba-tiba mulutnya terkunci. Dira hanya mampu angguk.

Lif berhenti di angka lima. Separuh pekerja keluar ketika lif berhenti di tingkat itu. Ruang di dalam lif kian longgar.

Gibran memusingkan tubuhnya menghadap pintu. Dahcukup puas dia pandang Dira tadi. Lagipun tak payah tunjuk sangat yang diaminat Dira.

Continue Reading

You'll Also Like

372K 14.4K 70
𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her the way she deserves, an...
2.3M 99.5K 79
#1 ENCIK'S SERIES 𝐓𝐇𝐀𝐐𝐈𝐅 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐑 𝐗 𝐊𝐀𝐔𝐒𝐀𝐑 𝐔𝐌𝐀𝐈𝐘𝐀𝐇 "Assalamualaikum, cinta." Thaqif Jabar - seorang duda yang kacak, bekerjaya...
483K 18.8K 81
Kehilangan kedua ibu bapanya buatkan Razia rasa hidupnya sudah pun seperti di ambang neraka. Tapi siapa yang menyangka, tiga hari setelah pemergian o...
30K 3.2K 15
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 "𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐠...