Imperfect Moment (TERBIT)

By ayeshahamani_19

19.1K 1.1K 174

ISA KHAN | SAFEERA NASREEN Terbitan : Fajar Pakeer "When I'm good,I'm good, but when I'm bad,I'm better." - M... More

PENGENALAN
PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 19
BAB 20
BAB 21
MAKLUMAN

BAB 18

440 53 0
By ayeshahamani_19

HARI ini, aku pergi ke kampus seperti biasa. Meskipun semua rakan sekuliah aku dah tahu perangai aku ni macam mana, aku buat-buat seperti tiada apa yang jadi.

Masuk sahaja ke dalam dewan kuliah, semua anak mata manusia yang berada di sini tidak lepas melihat aku.

Ambil tempat, buku yang berada di dalam beg kanvas segera dikeluarkan. Tidak lupa juga segala nota dan alat tulis. Walaupun aku ni tak baik mana, bab belajar memang aku buat sungguh-sungguh. Apa sahaja nota yang lecturer bagi dekat depan, laju sahaja aku salin.

Dekat luar kelas, memang tak payah cakaplah. Aku jarang buka buku. Okeylah, setakat lima semester aku dekat sini, memang nama aku sahaja berturut-turut dapat dean list.

Walaupun tak semua orang suka dengan perangai aku dalam kelas ni, ada sahaja yang nak pinjam nota aku untuk disalin. Mereka selalu puji nota aku kemas dan cantik. Aku tak adalah tahap sampai tahi hidung masing tak nak bagi pinjam. Walaupun mereka selalu umpat aku dekat belakang, aku bagi sahaja tanpa banyak soal. Syaratnya, waktu peperiksaan nota tu mesti kena pulangkan balik.

"Safeera, kita orang sebenarnya nak minta maaf dengan kau."

Pandanganku terngadah ke atas apabila tiba-tiba sahaja suara seseorang menampan pendengaran. Lah, Qarab rupanya. Tapi itulah, bukan dia seorang sahaja terpacak dekat depan meja aku sekarang ni. Hampir sekelas juga yang mengerumuni aku.

"Eh, kenapa nak minta maaf ni? Raya ke?" soalku dengan kening yang berlapis.

"Tentang hari tu sebenarnya. Kita orang nak..."

"Kenapa nak minta maaf? Kau orang bukan ada salah pun dengan aku. Yang jahat sekarang, aku." Aku menyelar laju.

Qarab terdiam. Wajah tunduk menekur lantai. Yang lain pula, buat muka sepuluh sen.

"Sebenarnya, aku tak patut judge kau hari tu. Kasut kita pakai tak sama. Lagipun aku sedar. Walaupun kita orang solat siang malam, pakai tudung labuh, jadi baik semua... tapi kalau kita orang pandang rendah dekat orang lain, tak jadi apa juga. Sepatutnya, kita orang tarik kau semula ke jalan yang betul. Sekali lagi, maafkan kita orang ya, Safeera."

Gelak hebat meluncur keluar dari bibir. Adakah aku bermimpi sekarang ni? Mengapa mereka semua perlu jatuhkan maruah untuk minta maaf dengan ahli neraka macam aku ni?

"Tak perlulah. Cakap je dengan kawan-kawan kau semua ni, tak perlu campur lagi masalah aku. Dekat kampus, anggap sahaja aku ni sama sahaja macam kau orang semua. Kalau terserempak dengan aku dekat luar, anggap je yang kau orang tak kenal aku," balasku seraya tersenyum sinis.

"Tapi..."

"Qarab, it's enough. Jangan risau. Kalau dekat akhirat nanti Allah tanya kenapa kau orang semua tak nak ajak aku buat baik, aku sendiri yang akan cakap... aku yang nakkan semua ni jadi. Jangan risau. Aku takkan tuntut satu pun pahala kau orang semua. Aku tahu soal pahala dan dosa. Halal dan haram. Kita belajar Islamic study, kan? Aku pun belajar benda yang sama. Cuma... hati aku yang tak nak terima semua tu. Tapi kalau betul kau orang nak sangat aku berubah, aku tak mampu nak cakap apalah. Ada, adalah. Tak ada, tak apa." Aku membalas tenang. Sungguh, aku tak mahu mereka semua rasa terbeban sebab tak dapat tarik aku jadi sebahagian ahli syurga seperti mereka semua. Ini hidup aku. Dari awal lagi, aku yang pilih.

"Tak apalah kalau kau dah cakap macam tu. Tapi, dari sudut hati yang dalam... doa kita orang semua sentiasa mengiringi kau, Safeera. Kau memang seorang kawan yang baik. Kalau kau rasa diri kau jahat, kau takkan bagi kita orang pinjam nota kau, perform baik dalam assignment berkumpulan, kau ajar kalau kita orang tak faham sesuatu. Aku yakin, masih ada cahaya dalam diri kau yang tersimpan. Terima kasih atas segalanya, Safeera Nasreen. Semoga Allah merahmati diri kau selalu."

Sebaik sahaja menitipkan kata-kata itu, Qarab dan kesemua rakan sekelasku sudah duduk di tempat masing-masing. Suasana menjadi sepi seketika.

Aku tak tahu kenapa mereka semua ni bersungguh nak ajak aku buat baik. Datanglah beribu orang pun nak bagi tarbiah dekat aku, aku takkan mampu ubah diri aku selagi hati aku ni memang tak rela buat semua tu. Baguslah kalau dia orang semua dah tahu aku ni macam mana sebenarnya.

"Lambat kau masuk kelas hari ni, Lina?" Sebaik sahaja Lina mengambil duduk di sebelah, aku terus menyoal. Sejak kebelakangan ini, kami masing-masing agak sibuk. Mesej pun dah jarang.

"Biasalah, Feera. Jalan jem tadi. By the way macam mana dengan cuti kau? Seronok balik rumah parents?" soal Lina seraya tersengih.

Aku memuntahkan tawa sinis. "Seronok kau kata? Macam neraka kau tahu tak! Kalau ikutkan hati, tak ingin aku nak jejakkan kaki dekat rumah orang tu." Buku rujukan yang berada di atas meja mula diselak-selak.

"Eh, aku nak tanyalah... mana kau pergi ek waktu malam tu? Tak silap aku, malam tu aku nampak kau tengah minum. Aku ajak kau menari, tapi kau tolak. Lepas tu, aku cari kau. Tiba-tiba kau hilang. Waktu tu aku tengah high, tak larat nak tanya orang kau dekat mana."

Automatik peristiwa malam itu kini bergentayangan di minda. Dalam masa yang sama, memori hitam itu hadir kembali. Semerta, tubuhku menjadi seram sejuk.

"Errr... sebenarnya aku balik awal malam tu. Sakit perut." Aku terpaksa tipu Lina. Walaupun Lina kawan baik aku, takkan semudah itu aku akan ceritakan apa yang jadi. Ini rahsia besar yang perlu aku simpan sampai mati.

"Owh... patutlah. Kau ni, memang suka membuang kan? Makan sikit, melabur. Makan pedas sikit, sakit perut. Tak faham aku," bebel Lina seraya tergelak kuat.

"Nak buat macam mana. Dah enjin perut aku ni tak macam dulu. Tak boleh makan pedas." Aku lega apabila Lina tidak banyak tanya tentang kejadian malam itu. Baguslah sebab dia tak tahu apa-apa.

"Final dah nak dekatlah, Feera. Aku risau kalau tak dapat skor kali ni. Nanti marah pula makcik aku. Nanti kau ajar aku, boleh tak?" soal Lina seraya terkelip-kelip comel.

"Aku sudi je ajar kau. Tapi itulah, kau tu jarang ada dekat rumah. Selalu kerja luar."

Lina sudah bantai gelak.

"Alah, Feera... Aku ni bukan lahir atas dulang emas. Memang dari kecil dah kena hidup miskin. Ada emak pun, entahlah pergi mana. Bapa, lagilah tak payah cakap. Aku pun tak tahu aku ni anak siapa."

Walaupun muka Lina ceria dan suka gelak, aku tahu sebenarnya dia banyak pendam masalah sendiri. Aku tahu, Lina terpaksa kerja dengan sugar daddy sebab nak hantar duit belanja dekat kampung. Andailah aku ni kaya, dah lama aku suruh Lina kerja dengan aku. Haih...

"Lina, aku bukan apa. Aku harap sangat suatu hari nanti kau dapat cari kerja yang lebih baik dari sekarang ni. Aku tahu, aku pun tak baik mana. But, as kawan... aku cuma nak kau ada masa depan yang baik. Jangan jadi macam aku." Pegang bahu Lina, anak mataku jauh tertombak ke sepasang matanya. Aku benar-benar maksudkan apa yang terluah dari bibirku pada ketika ini.

"Alah Feera, apa ni jiwang-jiwang bagai? By the way, kau demam ke? Kenapa tiba-tiba kau cakap macam ni?" Belakang telapak tangan Lina sudah singgah ke dahiku. Berlapis dahinya melihat wajah aku pada ketika ini.

Entahlah, aku pun tak tahu kenapa aku nak nasihatkan dia semua benda ni. Sedangkan selama ni, aku buat tak tahu sahaja dia kerja apa.

"Tak ada apalah. Kalau kau rasa nak terima, ambil. Tak nak, tak apa." Aku teruskan kerjaku yang tergendala tadi. Tak lama lagi, musim peperiksaan bakal menjelang. Aku perlu kerah diri supaya rajin menelaah.

Tanpa aku sedar, inilah tahun terakhir aku berada di sini. Selepas ni, aku perlu menjalani sesi praktikum. Satu hal juga sebab aku kena cari sekolah lepas ni. Dalam masa yang sama, ada juga program khidmat masyarakat. Dengar cerita, akan ada mesyuarat selepas peperiksaan mengenai program itu bersama para pensyarah yang terlibat.

Mengenai perkahwinan aku dengan Isa, keluarga kami setuju untuk adakah majlis akad nikah terlebih dahulu. Kenduri besar, akan dibuat kemudian. Sekaligus mengumumkan kepada semua orang mengenai perkahwinan kami. Semua ini merupakan idea Isa sendiri sebenarnya.

Aku pula, hanya menurut tanpa banyak soal. Asalkan aku dapat jadi isteri dia, habis cerita. Itu sahaja matlamat aku sejak kenal dengan lelaki si mata hijau tu.

Lepas kahwin nak jadi apa pun, aku dah tak kisah. Yang pasti, aku akan buatkan Isa menyesal sebab ada isteri macam aku. Pelbagai rancangan akan aku aturkan untuk membalas dendam kepadanya.

Aku akan cabar kesabaran Isa untuk didik aku sebagai seorang isteri. Aku nak tengok, sejauh mana tahap keimanan lelaki itu untuk terus bersabar dengan perangai syaitan aku.

Isa Khan, aku akan buatkan kau menyesal sebab pernah pandang rendah dekat aku dulu. Kau tengoklah nanti.





WAKTU cuti hujung minggu, aku manfaatkan dengan menelaah nota. Memang aku masuk sini sebab orang tua berdua tu paksa. Tapi, dah ini tahun keempat aku belajar dekat sini. Takkan tiba-tiba aku tak nak belajar, kan? Nanti jatuhlah reputasi aku sebagai pelajar mumtaz di sini.

Lina pula masih terbongkang di atas katil. Entahlah dia pergi mana malam tadi. Lewat betul baliknya. Sepatutnya pintu pagar dah kunci dalam pukul sebelas malam. Biasalah, ada sahaja idea Lina untuk mencilok masuk melalui jalan rahsia. Balik lambat pun, masih boleh tidur dekat dalam hostel.

Buka Ipad, nota-nota yang pernah aku salin kini ditilik kembali. Banyak juga nota yang aku dah buat sebenarnya. Mujurlah otak aku ni berfungsi sikit. Sebelum ni, aku buat nota pakai tulisan tangan. Sejak dah ada Ipad ni, makin senang kerja aku dibuatnya.

Sebenarnya, aku ni layak dapat peranti siswa. Tapi aku bagi peluang dekat orang yang lebih layak menerimanya. Walaupun aku ni bukan datang dari keluarga berada, aku cuba usaha cari duit sendiri. Buat paid review, jadi model, join Tiktok Affiliate dan dalam masa sama, aku juga seorang content creator. Aku selalu buat video make up sahaja dekat Tiktok. Okeylah setakat ni. Ramai yang follow dan like.

Sebenarnya dari sekolah menengah aku dah pandai cari duit sendiri. Tak nak susahkan orang tua berdua tu. Lagi satu, aku tahu dia orang kedekut nak bagi aku duit belanja.

Kerja kafe. Kerja kedai buku. Kerja kedai bakeri. Kerja dekat KFC. Banyak lagilah sebenarnya tempat yang aku dah kerja. Aku tak kisah kena buat kerja apa pun. Asalkan, ada gaji. Bab kerja ni, aku tak memilih sangat.

Waktu SPM, aku rasa nak tergelak tengok semua kawan-kawan aku minta duit dekat mak ayah sebab nak beli buku rujukan. Tapi itulah, kasut dia orang dengan aku tak sama. Dia orang bertuah sebab ada mak ayah yang faham dan tak lokek nak keluarkan duit untuk pembelajaran anak-anak.

Aku ni? Haram orang tua berdua tu nak bagi duit dekat aku untuk beli buku. Minta belikan pen pun dah melenting. Yang lain, apa lagi.

Kadang aku tertanya juga. Aku ni, betul ke anak kandung emak dan papa? Sebab tengok dari cara mereka layan aku, aku rasa aku ni taraf anak pungut sahaja. Entahlah mereka berdua tu kutip aku dari celah tong sampah mana.

Ada emak ayah pun, rasa macam tak ada. Aku rasa, lagi bagus hidup jadi sebatang kara daripada ada orang tua yang langsung tak menghargai diri aku sekarang ni.

Haih... Menyedihkan sungguh hidup aku ni. Tapi apa mampu buat, apa akhirnya aku cuma ada diri aku sendiri. Mahu tak mahu, hidup ni perlu diteruskan. Tak ada sesiapa yang boleh tolong aku kekal berdiri melainkan diri aku sendiri.

Getaran dari Iphone yang berada di atas meja menyentakkan aku dari lamunan. Iphone ni sebenarnya aku baru beli hari tu. Yang lama, si lelaki mata hijau tak guna tu dah rosakkan. Baguslah. Dulu aku pakai Iphone 8 plus sahaja. Ni dah boleh terus beli Iphone 14 Pro Max.


Unknown Number :

Subjek Undang-Undang Keluarga Islam tu, ada yang awak tak faham ke?


Ah, sudah! Siapa pula yang terlalu baik tanya ni? Selama ni, aku yang banyak ajar orang kalau orang tu tak faham. Ini, terbalik pula.


Safeera :

Sorry, salah orang ke?


Aku terus selak nota. Disebabkan mesej tu, konsentrasi aku jadi terganggu pula.

Telefon bergetar lagi. Mahu tak mahu, aku rajinkan diri melihat skrin telefon.


Unknown Number :

Pensyarah sendiri takkan tak kenal? Sayalah Encik Isa. Yang ajar awak Subjek Undang-Undang Keluarga Islam


Aku tonyoh mata sendiri. Aku, tak salah lihat kan? Betullah dia cakap nama dia Encik Isa. Okey, aku dah faham. Sekarang ni, Isa meletakkan dirinya sebagai pensyarah aku. Bukan kawan abang aku serta merangkap bakal suami. Nampak tak betapa bangganya aku mengaku dia tu bakal suami aku?


Safeera :

Mana kau dapat nombor aku ni? Bukan ke seorang pensyarah tak boleh sesuka hati mesej pelajar? Lagi-lagi, kalau mereka berlawanan jantina. Nak ke aku screenshot mesej ni lepas tu sebarkan dalam group Whatsapp kampus?


Send!

Puas hati aku. Sengaja aku nak naikkan kemarahan Isa. Nak tengok, sejauh mana dia mampu bersabar dengan aku.

Telefon bergetar lagi. Entah kenapa rajin pula aku melayan.


Unknown Number :

Saya buat semua ni sebab abang awak yang suruh. Dia minta saya pastikan awak belajar. Nuh kata, awak lemah dalam subjek tu.


Haih... Abang Nuh ni dah kenapa? Selama ni elok sahaja aku belajar seorang diri. Takkan disebabkan Isa tu bakal jadi suami aku, dia berhak buat semua ni?


Safeera :

It's okay. Aku tak perlukan bantuan kau. Syukran!


Aku terus matikan data telefon. Disebabkan layan mesej dia, entah ke mana tujuan aku nak mengulangkaji pada ketika ini.

Continue Reading

You'll Also Like

6M 311K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
209K 9.5K 47
Setelah 24 tahun hidup menggalas gelaran sebagai seorang duda, Raz tidak pernah terfikir untuk jatuh cinta lagi, apatah lagi berkahwin. Tetapi lain p...
3.3K 295 11
"Baba tahu kan siapa yang ada dalam hati Izz? Izz takkan boleh terima perempuan selain Hifza," tegas suara Izzar naik seoktaf. "Sampai bila Izz nak h...
46K 4.1K 26
[On-Going] Hidupnya dibelenggu dengan dosa, terlalu mengejar dunia sehingga lupa akan kewujudan akhirat. Benar, Tuhan itu Maha Penyayang. Dia tidak...