Adrenaline [Complete]

By Eliezee_

7.7K 773 15

Highest ranking~ #1 in love (10/4/23) #1 in psycho (10/4/2023) Kisah seorang wanita yang bernama Fifilina, se... More

Prologue (Section 1:Before marriage)
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Epilogue (last part for section 1)
👀
Prologue (Section 2: After marriage)
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Epilogue (Tamat)

Bab 4

104 11 0
By Eliezee_

Seperti yang kami bincangkan malam tadi, kami akan ke hospital hari ni untuk check kandungan. Sihat ke tak. Sudah berapa bulan dan sebagainya. Tak sabar aku jadinya.

Aku pun sudah isi borang untuk bekerja 4 jam sahaja hari ini. Itu pun memang semata-mata untuk presentation projek aku dengan Cik Farisyah tu. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Rekaan kami dipersetujui dan Cik Farisyah kata selebihnya dia akan uruskan.

Semasa aku ambil 4 jam ni, ayah sudah tertanya-tanya sebabnya. Almaklumlah, aku tidak memberitahu sesiapa lagi. Niat memang selepas check di hospital dahulu baru aku bagitahu mereka.

Sebaik kami sudah sampai di KPJ Bandar Dato’ Onn, terus kami menuju ke bahagian yang patut memandangkan kami sudah membuat temujanji lebih awal.

Selepas nama dipanggil, aku dan Harith jalan beriringin masuk ke dalam bilk doktor itu. Beberapa ujian dijalankan kepadaku.

“Jadi, isteri saya mengandung ke?” soal Harith selepas aku selesai melakukan ujian tertentu.

Doktor wanita di hadapan kami tersenyum manis dahulu sebelum membalas.

“Yeah. Isteri encik mengandung. Sudah 11 minggu. Alhamdulillah, kandungan pun sihat sahaja”

11 minggu? Lebih kurang hampir 3 bulan jugalah usia kandungan aku ni.

Asal aku tidak menyedarinya lebih awal? Asal aku seperti tiada tanda-tanda mengandung? Tiada pula muntah-muntah bagai. Mengidam benda pelik-pelik pun tidak.

Aku menoleh ke belakang untuk melihat reaksi Harith. Dan, dia hanya diam sahaja. Masih mempamerkan riak tiada perasaannya.

Dia berdehem sedikit kuat.

“Doktor. Ada apa-apa nasihat yang patut diberikan pada isteri saya ni? Sebab, dia ni jenis kerja tak ingat dunia. Lepastu pemakanan pun tak pandai nak jaga” kata Harith.

Aku sudah menjeling tajam wajahnya. Tak perlulah sampai nak kongsi segalanya. Mental aku.

Baik bagi nasihat pada Harith ni supaya tak beri tekanan pada aku.

“Saya sarankan puan lebih berhati-hati dengan pemakanan. Jangan sesekali skip waktu makan dan jangan terlalu kuat bekerja. Usia kandungan puan masih awal dan belum cukup kuat. Mudah untuk dia memberi tindak balas yang buruk jika puan tidak berhati-hati” kata doktor wanita itu.

“Baik, doktor”

Selepas memastikan tiada apa-apa lagi yang ingin disampaikan, aku dan Harith jalan beriringan keluar dari bilik rawatan ini.

Sebaik urusan kami di sini selesai, terus kami keluar dari hospital ini dan menuju ke arah kereta.

Buat masa ini, Harith tidak berkata apa-apa. Aku tahu sebaik masuk dalam kereta nanti, mesti dia akan bersuara. Harith ni jenis tak nak tunjuk pada orang lain yang dia jenis teruja tak menempat.

Enjin sudah dihidupkan lalu terus kereta meluncur laju di atas jalan.

“Awak. Awkward lah bila masing-masing membisu sahaja. Awak tak nak cakap apa-apa?” soalku.

Lama sangat dia mengambil masa untuk mengeluarkan bunyi. Akhirnya, biarlah kita sahaja yang mulakan perbualan.

Aku menoleh ke sisi. Harith masih membisu. Hanya menumpukan perhatian sepenuhnya pada jalan raya.

Sekarang, aku mula rasa sesuatu. Ada sebab lain yang membuatkan Harith membisu. Mesti bukan kerana dia menunggu masa yang tepat untuk bercakap tetapi ada sesuatu menganggu fikiran dia.

“Awak!” panggilku sedikit kuat.

“Huh? Oh, kau masih di sini” balasnya sambil memandang aku sekilas.

Aku sudah berkerut sambil mata merenung tajam wajah tampan seorang Harith Anaqi.

Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum membalas.

“Tahulah saya ni beban dah hidup awak. Saya sekarang rasa nak telan sahaja awak hidup-hidup. Tapi awak sebenarnya kenapa? Ada apa-apa yang menganggu fikiran awak ke?” soalku.

Aku melihat Harith mengambil nafas panjang lalu hembus.

“Aku jumpa seseorang yang tak patut aku jumpa di hospital tadi” balasnya akhirnya.

Aku terdiam seketika. Menunggu ayat seterusnya yang akan keluar dari mulutnya.

“Jadi, aku nak kau lebih berhati-hati. Mereka dah tahu kau siapa dan apa status kau. Bila-bila masa sahaja mereka akan lakukan sesuatu pada kau” kata Harith.

Aku masih membisu.

“Kau faham tak ni?” soal Harith yang kedengaran sedikit keras.

“F-fahamlah. Tak perlu nak tinggi suara awak tu. Tahulah suara tu sedap”

Harith mendengus kecil seraya menggeleng kepala. Terukir juga senyuman kecil di bibir separa nipisnya.

“Aku serius ni. Dan kau pula menyempat nak puji aku. Dah tak ada masa lain ke?”

Aku tertawa kecil. Perlahan-lahan aku mencapai tangan kanan Harith yang bebas tidak lakukan apa-apa lalu menggenggamnya.

“Harith. Saya tahu awak marah sebab awak risaukan saya. Dan saya sebagai seorang isteri yang sangat memahami suaminya, tak kan saya nak biar awak marah-marah sahaja. Saya kenal lah pandai redakan amarah awak. Betul tak?” kataku sambil menyalut-nyalut tangan Harith.

Sekali lagi aku dapat melihat senyuman di bibir Harith Anaqi.

Tangannya yang berada di dalam genggamanku ditarik lalu terus dibawa ke kepalaku.

Aku ingat dia nak bawa ke kepalaku untuk menyalut kepalaku atau seangkatan dengannya. Rupanya, dia pergi cubit pipi tembam aku ni.

“Awak, sakitlah!” jeritku.

“Sejak bila isteri aku ni jadi matang?” soal Harith yang senyuman tidak lekang terukir.

Aku sudah menjeling tajam wajahnya sekilas. Mulut sudah memuncung.

“Itulah. Awak yang kerja tak ingat dunia sebenarnya. Isteri sendiri dah matang pun dia tak sedar” balasku.

“Iyelah. Sorry sebab tak sedar. Dah kau nak apa sekarang?” soal Harith.

Aku sudah memandang wajahnya dengan mata sudah bersinar-sinar. Nak dapat hadiah. Siapa tak gembira, kan?

“Saya boleh minta apa-apa sahaja ke?” soalku balik.

“Hmm. Minta dua benda. Satu sebagai tanda aku minta maaf. Lagi satu hadiah sempena kau dah mengandung” balas Harith.

Aku sudah tersenyum lebar. Untung dapat suami kaya ni. Minta sahajalah apa-apa. Duit dia tak berkurang pun.

Kalau tidak disebabkan takut Harith akan bunuh aku, sudah lama aku menjerit kegembiraan di dalam kereta ni.

Aku buat-buat seperti berfikir buat seketika waktu. Walau sebenarnya dalam kepala ini sudah ada jawapan yang satu. Saja ingin membuat Harith tertunggu-tunggu.

“2 benda, kan?” soalku inginkan kepastian.

“Hmm”

“Selepas sekian lama saya merenungkan apa yang saya inginkan, hati dan minda saya sudah membuat kata sepakat. Untuk hadiah sempena saya sudah mengandung ni, saya cuma mahu awak penuhkan hati awak dengan saya sahaja” balasku yang sudah tersenyum.

Harith sudah mengangkat kening sebelah.

“Kau nak hati je? Tolonglah. Aku dah penuhkan kau dalam dunia aku. Kesetiaan aku hanya untuk kau seorang sahaja wahai Fifilina Az-zahra”

Aku sudah tersenyum malu. Cuba menyorokkan kemerahan wajahku tetapi gagal.

Benar suami aku jenis lelaki tegas yang jarang sekali untuk meluahkan perasaannya kepada isteri sendiri. Tetapi, sekali dia dah meluah, aku terus menyerah kalah.

“Dah habis blushing?” soal Harith.

Aku hanya mampu menjelingnya sekilas. Tak tahu nak cakap apa sahaja.

“So, hadiah kedua?” soalnya.

“Ouh. Urmm.. sebagai tanda awak nak meminta maaf, saya nak.. awak yang kemas rumah selama seminggu ni” balasku.

Keadaan menjadi sunyi seketika.

“Tapi, kan Fifi. Kalau kau tak minta pun, aku rasa memang aku yang kemas rumah setiap hari”

Aku tertawa kecil.

“Jadi, teruskan lah perjuanganmu wahai suami mithali. Tapi, pembetulan ye. Saya kemas juga rumah tu”

Harith sudah menggeleng kepala.

“Suka hati kau lah”

--------

Sebaik sampai sahaja rumah, terus aku hebohkan tentang statusku yang sudah berbadan dua dengan segala kaum kerabatku dan rakan-rakan seperjuanganku.

Pertama sekali, semestinya aku akan bagitahu umi dan abi terlebih dahulu. Harith pula akan bagitahu ibu dan ayah.

Aku tak tahulah apa reaksi ibu dan ayah, tapi kalau umi dan abi, dia punya gembira tu tidak boleh bawa bincang. Mereka pun nak heboh satu kampung bahawa mereka akan menjadi atuk dan nenek tak lama lagi.

Sempat juga mereka memberitahu kepadaku bahawa mereka ingin adakan majlis kesyukuran kecil-kecilan yang akan dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja. Ibu dan ayah mentuaku semestinya akan dijemput.

Selepas itu, aku beritahu pula dengan tiga orang sahabat dunia akhiratku. Nabila, Nadhirah dan Airis. Reaksi mereka dua kali lima sahaja dengan umi dan abi. Gembira semacam walau aku yang mengandung.

Yang terakhir, aku bagitahu seseorang yang sentiasa memberi aku kata-kata semangat supaya tidak bersedih walau sudah ada isteri sendiri untuk dijaga. Aryan Hafiy. Satu-satunya sahabat lelakiku.

Sebaik segalanya sudah selesai, terus aku berjalan ke arah Harith yang berada di luar rumah.

Dari jauh, aku dapat melihat dia duduk di bangku yang berada di laman sambil termenung melihat ke arah langit. Aku pula termenung melihatnya yang bagaikan sebuah karya seni yang akan laris sebaik dipamerkan di khalayak ramai.

Dengan cuaca yang tidak terlalu terik. Angin sepoi-sepoi bertiupan sekeliling, cukup membuatkan aku tenang. Rasa gembira dan bersyukur kerana Allah permudahkan segala urusankan buat masa ini.

Bersyukur dengan nikmat yang Allah beri sekarang dan tidak lupa juga aku bersyukur kerana dikurniakan seorang lelaki yang akan menjadi nakhoda kapal kehidupanku apabila aku sudah terpesong jauh.

Perlahan-lahan, aku berjalan ke arahnya lalu melabuhkan punggung di sebelahnya.

Aku perasan dia hanya pandang aku sekilas sebelum tumpuannya kembali menghala ke langit biru sana.

Diam. Hanya bunyi daun pokok yang ditiup angin mendominasi suasana.

Akibat diriku yang semakin bosan kerana di antara kami tidak mengeluarkan sebarang bunyi, terus aku mengangkat tangan kiri Harith yang berada di sisinya. Seraya, aku melabuhkan kepalaku di pehanya.

Tangannya yang aku angkat tadi aku letak atas kepalaku. Penuh dengan kejutan. Langsung tidak dijangka aku akan lakukan seperti ini.

“Cepat. Salut kepala saya! Saya nak merasa jadi kucing” kataku yang berbaur arahan bukan permintaan lagi.

Aku terdengar ketawa kecil seorang Harith Anaqi. Satu bunyian yang paling indah dan hanya aku sahaja boleh hasilkan.

Kerana aku sahaja yang bertakhta di hati dia. Bukan orang lain.

Tangan kirinya yang besar sudah mula bermain di kepalaku. Lembut sahaja dia menyalut kepalaku yang sama besar dengan tangannya itu. Buatkan aku terbuai.

Baru aku faham kenapa kucing boleh mudah sahaja terlena di dalam pangkuan seseorang yang menyalutnya lembut. Aku pun mudah sahaja boleh tertidur ni.

“Awak” panggilku yang sudah memejam mata.

“Apa?” balasnya sedikit kasar.

Aku yang tadinya baring mengiring terus mengubah posisiku supaya wajahku selaras dengan wajah Harith yang berada di atas.

Mula mempamerkan wajah manja.

“Awak. Kalau saya dah jadi kucing. Awak tahu awak akan jadi apa?” soalku.

Harith sudah mengangkat kening sebelah.

“Entahlah. Anjing?”

Aku tertawa kecil.

“Sometimes. But, jawapan awak salah wahai tuan inspektor”

“Then?” soal Harith yang masih penuh kesabaran di dada.

“Awak akan jadi tikus. Boleh saya ngap awak” kataku yang sudah tersenyum nakal.

Pantas tangan seorang Harith Anaqi mencubit pipi tembamku ini. Tak semena-mena terjerit sendikit aku jadinya.

“Ambil kau. Pandai sangat bercakap, kan?” kata Harith yang sudah tersenyum sinis.

Aku pula sudah memuncung.

“Awak ni! Kerja nak cubit pipi tembam saya ni je. Tahulah tak ada” marahku yang sudah berura-ura untuk bangun.

Namun, hasratku terbantut apabila lengan Harith sudah melingkar di atas tubuhku. Seraya, Harith mengangkat sedikit diriku supaya aku mengubah posisi baringku kepada duduk di atas ribanya dalam keadaan bersimpuh.

“Jangan emosional sangat boleh tak? Tak elok untuk anak aku” kata Harith yang matanya tidak lari merenung anak mata hitamku.

Aku hanya menjeling tajam iris hitamnya. Hanya memuncung sebagai tanda protes.

Harith pula masih setia menatap wajahku lama tanpa berkata apa-apa. Hanya merenung.

Aku masih tak endahkan pandangannya. Hanya melilau melihat benda lain.

Tiba-tiba Harith tertawa kecil untuk 0.5 saat. Terkejut aku jadinya.

Terus aku menoleh ke arahnya.

“Awak dah kenapa ketawa sendiri? Something funny you wanna spill?” soalku.

“Aku cuma tak faham” balas Harith. 

“Apa?”

“Aku tak faham macam mana kau boleh lepasi benteng yang telah aku bina kukuh dari mana-mana wanita pun masuk”

“Wait-wait. Wanita je? Maknanya ada lelaki pernah melepasi benteng tu ke?” soalku yang sudah menutup mulut tanda terkejut.

Terus dahi aku menjadi mangsa jentikan seorang Harith Anaqi.

“Berhentilah baca webtoon BL tu. Dah makin terpesong dah kau ni” kata Harith yang kelihatan sudah pasrah.

Aku sudah menggosok-gosok dahiku sambil tersenyum.

“Habis. Awak tu yang masih tak sedar” kataku.

Harith sudah mengangkat kening.

Aku menggeleng kepala seraya melingkarkan tanganku di leher Harith.

“Please-lah, Tuan inspektor. Tuan sendiri nampak saya ni limited edition yang memang satu-satunya ditakdirkan untuk tuan. I’m the only one who is the most perfect to reign in the heart of a Harith Anaqi” kataku penuh bangga.

“Yakinnya kau”

“Of course. Sebab saya memang sudah berjaya lakukannya, kan?” soalku yang sudah tersenyum.

“Urmm.. tak pasti. Cuba kau check sendiri” katanya seraya bangun dari duduknya.

Aku yang duduk di ribanya tadi terus berdiri tegak berhadapan dengan Harith.

Aku mendongak untuk memandang wajahnya yang tinggi sudah 6 kaki.

“Memandangkan kau ni pandai sangat bercakap sejak dua menjak ni, aku nak bagi kau satu soalan. Kalau kau jawab betul, aku bagi hadiah” kata Harith yang sudah menunduk sedikit melihat ke arahku.

“Uuuuu.. Menarik”

Asyik dapat hadiah sahaja hari ni. Mana tak gembira.

Tangannya sudah disilangkan ke belakang. Sebiji macam tentera yang dalam mood "rehatkan diri".

“Kalau masa dapat diputarkan, kau nak kembali ke masa bila?” soal Harith.

Kejap. Ini bukan soalan yang ada betul salahnya. Ini kan soalan kbat. Mengikut pendapat sendiri. Macam mana nak tahu salah atau betul?

Apa-apa sahaja muslihat Harith Anaqi ni. Nampak sangat ni ikut perasaan dia. Kalau jawapan aku buat dia tersenyum, then betullah.

Aku buat-buat berfikir untuk seketika waktu. Walaupun jawapan aku sudah ada di dalam fikiran. Kemas tersedia untuk dilontarkan nanti.

“Saya, akan memilih untuk tidak memutarkan masa” balasku.

“Sebab?”

“Sebab, kalau saya mengubah masa, mungkin juga suami saya boleh berubah.  Jadi, saya akan loyalty dengan awak sahaja” kataku.

“Merepeklah kau. Tapi, tak akan tak ada langsung sebarang penyesalan dalam hidup kau?”

Eh, lelaki ni. Nak tahu sangat kenapa? Dia ada apa-apa penyesalan ke?

“Sebenarnya, kalau awak tanya soalan tu sebelum kahwin, mungkin saya akan senaraikan lebih 1000 penyesalan. Tapi, sekarang saya rasa setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Jadi, saya hanya lupakan sahaja”

Keadaan menjadi sunyi untuk seketika waktu.

“Jomlah masuk” ajaknya lalu terus mengatur langkah untuk masuk ke dalam rumah.

Walaupun aku agak keliru dengan situasi sekarang, aku akur sahaja. Terus membuntutinya dari belakang.

“Fifi” panggilnya tanpa menoleh ke arahku.

“Kalau ditakdirkan aku menghadap Ilahi lebih awal, adakah pada masa itu kau akan menyesal kahwini aku?” soal Harith.

Okey. Kenapa Harith ni? Yang mengandungnya aku. Yang merepeknya kenapa dia pula?

“Urmm.. Saya tak nafikan apabila berkahwin dengan seorang wira negara, ada kemungkinan untuk saya menjadi balu di usia muda. Dan jika hari itu tiba, saya akan sangat menyesal. Bukan kerana kahwini awak, tetapi kerana saya tak temani awak ke dunia lain. Saya patut bersama awak walau sehingga ke sana, kan?” balasku yang sudah menunduk.

Harith yang berada di hadapan terus berpusing ke arahku.

“Unexpected-nya jawapan kau”

“Biasalah. Saya tak suka sama dengan jawapan orang lain” balasku.

“Habis anak tu? Jangan kata kau nak bawa sekali?”

“Eh, tak. Alaaaa.. Anak ni kita bagi sahajalah ibu dan ayah, atau umi dan abi ke. Biar jadi bebanan diorang pula”

Harith tertawa kecil.

“Susah betul nak dengar jawapan serius daripada kau, kan?”

Aku hanya tersenyum.

Memang setiap jawapan yang aku berikan, aku tidak suka bila terlalu serius. Terlalu tegak dan tidak menarik. Aku lebih suka membuat orang tersenyum dengan jawapan aku. Tetapi, apa yang aku katakan sentiasa serius untuk aku. Aku tak pernah tak cakap apa yang aku tak maksudkan.

Kalau aku boleh putarkan masa, aku nak belajar betul-betul supaya boleh jadi doktor. Kot-kot jumpa jodoh kat hospital. Mesti handsome 😆

Continue Reading

You'll Also Like

93.3K 9K 46
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
3.3M 291K 94
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
351K 12.4K 87
~𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲~ Cerita ini berkenaan dengan seorang gadis yang berasal dari Brazil dan seorang jejaka yang berasal dari Malaysia. Tersat...
148K 6.8K 57
Daim Al Waqeel Daneen Isabella One of the most charming love story I've ever written. Apa lah nasib si Daneen ni. Mohon kerja tapi tak tengok dulu s...