๐“๐ก๐ž ๐‹๐š๐ฌ๐ญ ๐‹๐จ๐ฏ๐ž๐Ÿ–ค

By CameliaBatrisyix

230K 6.1K 287

Luthfan Darren x Maya Darena Tidak semua orang mampu untuk menjalani kehidupan yang penuh cabaran seperti May... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
Chapter 59
Chapter 60
Chapter 61
Chapter 62
Chapter 63
Chapter 64
Chapter 65
Chapter 66
Chapter 67
Chapter 68
Chapter 69
Chapter 70
Chapter 71
Chapter 72
Chapter 74
Chapter 75
Chapter 76
Chapter 77
Chapter 78
Chapter 79
The End โœ”๏ธ

Chapter 73

2.3K 65 1
By CameliaBatrisyix

That's my promise and I will prove it
- Maya Darena
______________________________________

"Awak dengan abang saya dah okey ke?" Soal Luthfy yang tiba-tiba saja berada disebelah aku, pandangan kami bertaut sebelum aku lihat dia melabuhkan punggung diatas kerusi sebelah aku. Memandang tepat ke hadapan, kolam yang berwarna biru itu

Aku mengukir senyuman nipis. "Alhamdulillah, semuanya dah okey dan dia dah percayakan saya" Ujarku, bersyukur kerana Allah memakbulkan doa aku. Aku benar-benar cinta mati pada Darren, jadi kalau aku kehilangan dia nanti.. agak-agak aku boleh bertahan ke?

Luthfy turut tersenyum.

"Saya gembira." Katanya pendek, terjongket sebelah alisku

"Gembira?"

"Ya.. saya gembira tengok hubungan awak dengan along dah pulih macam dulu, awak tahu tak bila saya dengar pergaduhan awak dengan dia tempoh hari. Macam-macam perkara yang bermain difikiran saya? Saya takut kejadian yang sama berlaku lagi dekat along, saya takut kalau perkahwinan dia akan hancur hanya disebabkan orang ketiga." Panjang lebar dia berkata, aku menarik senyuman. Sayang betul dia dekat abang dia kan?

"Sayang betul awak dekat Darren kan? Mesti seronok bila ada adik beradik."

Berubah terus wajah lelaki itu, berubah menjadi simpati. "Saya minta maaf sebab buat awak terasa" Ikhlas Luthfy berkata, pantas aku menggeleng kepala

"Ini takdir saya, jadi untuk apa saya terasa?" Sengihku, ingin membuktikan bahawa aku baik-baik saja.

"Awak tahu tak apa benda yang paling along takut?" Soalnya tiba-tiba, aku pandang Luthfy dan dia pandang aku

"Apa dia?"

"Along takut dengan kehilangan. Dulu bila dia dapat tahu yang mommy kemalangan, along lah orang yang paling tak keruan. Masa tu dia sanggup habiskan ratusan ribu ringgit untuk kos rawatan mommy, itu tak termasuk dengan ubat-ubatan dan penjagaan mommy. Macam-macam cara yang dia cuba untuk kembalikan mommy yang seperti dulu, yang boleh berjalan, yang boleh bercakap dan yang boleh memberi nasihat untuk kami.. sewaktu kami rasa penat dengan dunia yang kejam ni. Tapi semua tu tak berhasil dan sia-sia."

"Sampailah satu tahap, awak muncul dalam kehidupan dia. Pertama kali awak jejak ke rumah ni, saya dan along nampak perbezaan mommy. Sejak kemalangan mommy dulu, itu kali pertama kami tengok mommy tersenyum. Dan siapa sangka? Orang yang membuat dia tersenyum itu adalah awak? Sedangkan selama ni, macam-macam ikhtiar yang daddy, along dan saya cuba untuk buat mommy tersenyum. Yang paling buat saya terkejut, di hari perkahwinan antara awak dan along.. kesihatan mommy kembali pulih seperti dulu lagi. Setelah setahun kami kehilangan mommy, akhirnya dengan izin Allah.. dia kembali lagi seperti dulu. Terima kasih Maya, disebabkan kehadiran awak dalan keluarga ni.. keluarga saya dah kembali seperti biasa. Malahan makin bahagia" Sambungnya lagi membuatkan aku tersentuh

Benar apa yang dikatakan oleh Luthfy, aku sendiri pun nampak perubahan mommy yang dulu dan sekarang. Alhamdulillah dengan kuasa Allah, siapa sangka kan?

"Along seorang yang baik hati, jadi awak sangat beruntung sebab dapat memiliki dia. Tapi sayangnya kebaikan dia dulu dipijak-pijak oleh Leona, saya sendiri pun tak sangka yang perangai Leona macam tu. Walhal dia tahu yang dulu along sangat cintakan dia, along sanggup berikan apa saja untuk dia.. tapi sayangnya Leona terlalu jahat untuk along."

Aku terdiam mendengar kata-kata Luthfy, apa maksud dia? "Kenapa awak cakap macam tu? Tak.. maksud saya, apa yang Leona buat sampai dia orang berpisah?" Soalku ingin tahu, Luthfy membetulkan posisinya. Dia menghadap aku, jangan risau.. aku bukan berdua dengan dia dirumah besar ini

"Bagi saya, manusia yang paling tak ada harga diri ialah Leona. Saya tahu yang saya tak patut cakap macam tu, tapi ini kenyataan.. saya nampak dengan mata kepala saya sendiri yang dia tidur dengan lelaki lain! Bukan saja lelaki tapi termasuk dengan perempuan juga. Sedangkan status dia masa tu adalah sebagai seorang isteri yang sah kepada along.. sekarang cuba beritahu pada saya, ada ke manusia yang lagi jijik daripada dia?" Luthfy menyoal, aku terdiam seribu bahasa.. ya perkara yang sama aku dengar dari daddy tempoh hari

"Macam mana abang awak boleh berpisah dengan dia dulu?"

"Sebab daddy yang paksa, dan akhirnya along ceraikan Leona. Ratusan ribu kali saya beritahu along yang Leona bukan perempuan yang baik, tapi dia tak pernah percayakan kata-kata saya, daddy dan termasuklah mommy. Dulu setiap kali saya beritahu dia tentang Leona, dia akan memberontak. Dia tak percaya langsung, sampailah satu tahap saya paksa dia untuk ikut saya. Saya nak buktikan dekat dia yang Leona bukan perempuan yang baik seperti dia jangkakan, and guess what?"

"Bila dia dah nampak dengan mata dia sendiri yang Leona perangai macam tu, terus dia berubah jadi dingin. Tapi along masih lagi berbaik dengan Leona dan buat seperti takde apa yang berlaku, bukan sebab dia cinta tapi sebab Sara.. anak dia"

Oh.. jadi sekarang baru aku faham kenapa dia masih lagi berbaik dengan Leona.

"Jadi saya harap awak tak akan pernah tinggalkan along" Ujarnya lagi membuatkan aku mengangguk kepala

"Selagi Allah izinkan saya untuk bernafas, saya tak akan pernah tinggalkan dia. That's my promise and I will prove it." Kata aku dengan serius, terbit senyuman dibibir lelaki itu. Wajahnya sangat mirip dengan suami aku, yang berbezanya cuma warna rambut dan warna mata. Kalau orang yang tidak mengenali mereka, memang seratus peratus jamin orang akan ingat kembar

Ting!

Aku mencapai telefon yang berada diatas meja kecil, nama Husband❤ tertera di skrin telefon. Panjang umur dia, pantas aku menekan mesej daripadanya

Husband❤ : Sayang.. malam nanti kita keluar ya? Pukul 7:15 nanti abang balik, abang siap-siap dulu lepas tu kita keluar. Maya nak makan apa?

Serta merta aku sengih, baru aje aku berhajat nak ajak dia keluar. Laju aje jari aku membalas mesejnya

Me : Nak makan tomyam boleh? Tapi saya tak nak naik kereta..

Husband❤ : Habis tu kalau Maya tak mahu naik kereta, nak naik apa? Naik bas ke?

Eh loyar buruk pula suami aku ni? "Ehem! Untunglah ada orang mesej, kita ni telefon sunyi sepi aje. Kalau ada bunyi pun belum tentu dari orang yang tersayang.." Gumam Luthfy, mengejek. Aku memutarkan mata keatas

Me : Abang ada motor kan? Jangan nak kelentong saya, tadi saya nampak motor Yamaha CBR 250 tu di garage.. bila abang beli?

Husband❤ : Ohh stalker ye? Mana boleh sayang.. Maya kan tengah mengandung sekarang, nanti bahaya untuk kesihatan baby.

Mula lah aku tarik muncung, aku pandang Luthfy yang turut sedang memandang kearah aku. "Kenapa tengok saya macam tu?" Luthfy menyoal

"Kalau mengandung tak boleh naik motor ke?" Tanya aku, inginkan kepastian. Awas ya suami aku ni kalau dia nak menipu aku

"Hmm saya tak sarankan sangat sebab ye lah awak tu tengah mengandung, tapi kalau teringin tu boleh aje." Balasnya, tersengih aku mendengar jawapan Luthfy. Tak nak jawapan panjang-panjang, aku nak dengar perkataan 'boleh' aje

Me : Please? Saya teringin nak naik motor, kali terakhir saya tunggang motor bila dengan arwah papa dulu aje

Sengaja aku membuat ayat sedih, ingin meminta simpati daripada sang suami. Tak sampai sepuluh saat, suami aku dah mula mengetik

Husband❤ : Okay sayang, malam ni kita keluar dengan motor. Abang pergi dulu ya? Ada meeting ni, bye assalamualaikum

Makin lebar sengihan aku, yes!! Akhirnya setelah memujuk, dapat juga naik motor. Barulah romantis kan naik motor malam-malam dengan suami

Bukan macam budak-budak remaja dekat luar sana tu, tunggang motor sana sini dengan lelaki yang bukan sah. Si lelaki tu pun satu, sibuk aje nak bawa anak dara orang naik motor. Yang perempuan pun tak ada rasa malu!

Kids zaman now.

______________________________________

Tajuk : The Last Love
Tarikh : 07/03/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)

Jangan lupa vote setiap bab🤍✨

Continue Reading

You'll Also Like

1.8M 115K 200
**Story is gonna be slow paced. Read only if you have patience. ๐Ÿ”ฅ** Isha Sharma married a driver whom she had just met. She was taking a huge risk...
476K 10.4K 25
When she transferred to Dauntless, she didn't plan to make friends or catch the eyes of a certain blue-eyed leader. Yet here we are. Disclaimer: I do...
604K 20.7K 44
Book I of the 'To Live Again' Saga In the modern world Clara Riley experiences a life changing event...death! Usually this means the end of living...
3K 260 44
|Kisah antara Delisha Medina & Edrian Edward Lee| Delisha Medinaโ• Delisha merupakan seorang gadis riang dan selamba, tetapi kepada orang terdekatnya...