(C)His Possession (Wenhun)

By Yeollie_Girl

13.2K 829 98

[#MALAY] Lima tahun berlalu sejak Miyoung lari dari Korea kerana takut akan kegilaan kekasihnya. Tahap obses... More

HP [1]
HP [2]
HP [3]
HP [4]
HP [5]
HP [6]
HP [7]
HP [8]
HP [9]
HP [10]
HP [11]
HP [12]
HP [13]
HP [14]
HP [15]
HP [17]
HP [18]
HP [19]
HP [20]
HP [21]
HP [22]
HP [23]
HP [24]
HP [25]
HP [26]
HP [27]
HP [28]
HP [29]
HP [30]
THE END
Special Chapter

HP [16]

449 21 2
By Yeollie_Girl

Diingatkan untuk vote 😢 





"Perlu ke macam ni?"

Miyoung merintih perlahan, menatap tangannya yang digari oleh Sehun. Sebentar tadi, Sehun menariknya mendekati satu bilik kosong, lantas menolaknya mendekati katil yang bersambung dengan gari.

Sehun mengangguk.

"I don't trust you." Datar Sehun menjawab. "Just like how much you don't trust me." Sehun tersenyum.

"I won't run." Tegas Miyoung.

"Not yet," Sehun menyambung.

"Hanya sebab aku cinta mati pada kau, tak bermaksud aku akan percaya kau seratus persen, peach. Dulu kau pernah lari dari jagaan aku. Sekarang aku tak akan benarkan kau ulang kesalahan yang sama. Be nice. Malam ni kau tidur sendiri. Kita masih belum percayakan satu sama lain untuk tidur bersama kan? Macam dulu?"

Klik! Bunyi gari yang bersambung membuat Miyoung tersedar. Sehun akan mengawasinya dari jauh, ingin melihat sejauh mana Miyoung akan memberontak.

"Kalau kau betul-betul cintakan aku, kau takkan—"

"Sebab aku betul-betul cintakan kau lah. Aku buat macam ni. Kesayangan aku ni nakal orangnya. Suka berlari sampai buat aku lelah. Bertimbang rasa sikitlah, sayang. Aku dah tak sekuat dulu untuk lari kejar kau."

Sehun mencium dahi Miyoung buat kali terakhir. Dia menjauhkan diri daripada katil, menatap Miyoung yang memandangnya dengan tatapan marah.

Gadis itu terlihat sungguh comel di matanya. Seperti melihat seekor arnab yang bakal menerkam bila-bila masa. Sayangnya, gigitan sang arnab ini tak akan melukainya.

"Be a good girl, and you'll be free."

Melihat pandangan benci Miyoung membuat Sehun menjadi sedih. Mudah sekali dia tersinggung kerana penolakan Miyoung. Entah apa salahnya.

Padahal masalahnya kecil. Miyoung saja yang memperbesarkannya. Sehun jadi rindu pada saat-saat Miyoung mencuba menggoncang dinding pertahanan lelaki itu daripada jatuh cinta.

---

Flashback

Sehun mengedarkan pandangan pada pelajar lelaki dan perempuan yang sedang lalu-lalang di hadapannya di kantin. Ralat, di hadapan gengnya.

Di sekolah ini, geng mereka merupakan salah satu geng terkenal oleh kerana pencapaian akademik dan juga kerana betapa bejatnya perangai mereka.

Mereka pintar, namun perangai dan pencapaian mereka tak sejajar. Harap sahaja menjadi pelajar contoh di siang hari, tapi malamnya bakal ditemani dengan arak, wanita jalang, dan juga darah.

Mereka tidaklah sampai melepas kejantanan dengan para wanita bayaran itu. Hanya sekadar bermain-main. Berkecimpung dalam bidang ini kerana mengikuti jejak keluarga.

"Jae, kalini siapa lagi yang kau buntingkan? Mami kau call marah-marah pada aku." Pertanyaan Jongdae membuat Jaehyun, salah satu ahli geng Ace menoleh.

Ace, kerana mereka merupakan ahli dalam mana-mana bidang yang mereka ceburi.

"Tak ada. Seburuk-buruk aku, aku tak pernah sembur sperma dalam mana-mana rahim perempuan kecuali bakal isteri aku nanti," balas Jaehyun, tenang. Paling teruk pun, cuma blowjob.

Lelaki.

"Ck. Aku yang jadi mangsa bebelan mami kau. Kenapa lah aku yang kena jadi paling tua dalam group ni," gerutu Jongdae.

Tak habis-habis dia yang dihubungi oleh orang tua para sahabatnya itu jikalau anak mereka membuat onar. Kalau begini, baik Jongdae mendaftar menjadi suami kepada para ibu-ibu itu. Settle.

"Nasiblah. Kau kena bersyukur jadi sasaran mami. At least dapat merasa ada ibu. Ibu kau kan dah healing dengan tuhan."

Jaehyun menepuk bahu Jongdae, tersenyum lebar dia. Sementara Jongdae menepis tangan lelaki itu. Kalau begini, baik Jongdae tak ada ibu saja. Menyusahkan.

"Yutaaa!"

Teriakan seorang gadis mengalihkan perhatian mereka termasuk Sehun yang sedari tadi diam.

"Itu bukan Mingming ke?" Tanya Jaehyun, menyepetkan matanya melihat gadis berambut tocang satu itu.

Mingming, nama manja yang diberi oleh Jaehyun kepada Miyoung.

"Haah. Dah lama dia tak tegur kau kan Sehun? Kau ada buat apa-apa ke sampai dia berhenti?" Tanya Jongdae.

"Miyoung? Berhenti? Sedangkan kau haritu nasihat pun dia buat tak endah," Jaehyun ketawa.

"Kenapa tidak? Itu dia nampak rapat dengan lelaki baru. Kesian kau Hun. Melepas calon girlfriend," Tambah Jongdae. Keduanya mengejek Sehun.

"Betul juga. Mingming tu perempuan. Mesti dia sakit hati dengar kau tolak dia depan ramai-ramai haritu," ujar Jaehyun, prihatin.

"Aku tak suka dia," ketus Sehun. Perempuan yang bernama Han Miyoung itu sering menganggunya sejak kebelakangan ini.

Mulai dari memberi perhatian sekecil biji sawi, sehinggalah sebesar-besar biji rambutan.

Sehun agak terganggu kerana tindakan Miyoung yang menggodanya, bukan sebaliknya. Dia merasakan yang perempuan yang menggoda seorang lelaki itu tidak wajar.

Ditambah lagi dengan popularitinya, Sehun yakin Miyoung cuma tertarik padanya kerana wajah tampannya. Gadis itu sama sahaja seperti perempuan murahan lain.

"Tak suka atau tak suka?" Goda Jongdae. Dia mencolek bahu Sehun, membuat lelaki itu berdecit.

"Jangan lama-lama tak suka, Hun. Takutnya jadi suka, terlambat kau," celah Jaehyun. "Kalau aku jadi kau, dah lama aku ambil dia. Cantik apa. Bijak pun bijak."

Sehun mendengus perlahan mendengar celoteh Jaehyun.

"Tapi janganlah. Hidup kau dan dia berbeza. Jangan sampai Miyoung terjebak sama dalam pola hidup kita," ujar Jongdae. Ada sebab kenapa dia berusaha menasihati Miyoung untuk menjauhi Sehun.

Sehun kembali memandang Miyoung yang sedang memberikan bekal makanan kepada Yuta, pelajar lelaki yang berketurunan Jepun. Entah apa hubungan mereka.

Terlihat gadis itu yang sedang mengomel akan sesuatu sampai mengacak rambut Yuta. Tiba-tiba sahaja darah Sehun berdesir panas.

Tangannya laju menyebat rokok, memerhati keduanya dengan lebih tajam.

Yuta membuka bekal makanan, menghidunya kemudian tersenyum lebar. Lelaki itu meletakkan bekal tersebut keatas meja dan menarik Miyoung ke dalam dakapan. Tubuh mereka digoyang ke kiri dan kanan.

"Fuck!"

Sehun menggigit puntung rokoknya dengan kuat. Asapnya dihembus sembarangan.

Sehun memang tak menyukai kehadiran Miyoung. Dia yang berkali-kali menolak gadis itu. Akan tetapi, kenapa saat gadis itu malah berpaling pada lelaki lain, dia jadi marah? Sehun tidak faham.

Terlebih lagi kata-kata Jongdae ada benarnya juga.

Sehun tak rela kalau betul Miyoung move on darinya.

Lelaki itu berdiri, mengabaikan tatapan aneh Jongdae dan Jaehyun. Lelaki itu berjalan pantas mendekati Yuta dan Miyoung lantas memisahkan mereka.

Bekal makanan tersebut sengaja dia tolak dengan tangan.

"Opps. Tak sengaja," ujar Sehun dengan tatapan datar.

Yuta ingin protes, tapi aura yang dikeluarkan oleh Sehun membuatkan dia menciut ketakutan.

Sehun menoleh ke belakang, menjeling tajam pada Miyoung seolah-olah gadis itu tertangkap berselingkuh.

"Cih!" Decit Sehun lantas terus menarik Miyoung pergi dari sana.

"Awas!" Sehun melanggar bahu Yuta sampai membuat lelaki itu terjatuh.

"Yu—"

"Berani sebut nama dia, aku stapler mulut kau!" Ancam Sehun. Miyoung terus menutup mulutnya. Dia dibawa ke rooftop, tempat biasa geng Ace berkumpul.

Pintu rooftop dikunci oleh Sehun. Selepas itu, dia menolak Miyoung ke pembatasan, menghalang gadis itu daripada lari.

Rokoknya masih tak dibuang. Matanya mengintimidasi Miyoung.

"Ke—kenapa?" Tanya Miyoung. Gadis itu menahan nafas daripada menghirup asap rokok. Sepertinya dia tak menyukainya. Sehun tak peduli.

"Kau menghindar dari aku. Kau dah berhenti kejar aku?"

Kening Sehun terjongket naik. Miyoung meneguk ludahnya, mengangguk.

"Dah."

"Siapa suruh?"

"Tak ada siapa."

"Jadi kenapa? Siapa lelaki tu?"

Miyoung tersenyum sinis. Dia menyilangkan tangan di hadapan dada. Mendekati wajah Sehun tetapi tak sampai membuat lelaki itu mengundur.

"Cemburu ya?" Goda Miyoung. Sehun berkerut, memasamkan muka.

"Mimpi."

"Yuta... Orang yang dekat sangat dengan saya. Bagai nadi," jawab Miyoung. Masih lagi dengan senyumannya. Dia tak sedar tangan Sehun yang terkepal, pun begitu lelaki itu sendiri.

"Mu—"

"Tapi awak lain. Kalau Yuta sedekat nadi, awak punca nadi berdenyut. Awak jantung saya."

Miyoung merampas rokok di bibir Sehun seraya membuangnya ke tanah. Rokok itu dipijak-pijak sehingga apinya padam.

Sehun berkelip beberapa kali. Gadis ini, sentiasa berani bila di hadapannya.

"Jangan cemburu atau marah lagi. Saya tak elak awak. Saya tengah sibuk sebab study. Awak cakap haritu tak suka perempuan bodoh kan? Hehe. Saya akan naikkan gred sampai setanding dengan awak. Okey? Lepas saya berjaya nanti, jangan tolak saya lagi tau?"

Miyoung berkata dengan mata yang berkobar-kobar bersemangat. Gadis itu menghapus jarak diantaranya dengan Sehun sehingga membuat Sehun berundur ke belakang.

Baru Sehun perasan akan wangian Miyoung yang semerbak mengelilingi deria baunya.

Sangat-sangat wangi. Barangkali kerana tidak ditutupi bau asap rokok lagi.

"Goodluck untuk saya. Dan tunggu saya, Oh Sehun!"

Miyoung mencium baju Sehun pada bahagian jantung.

"Azimat saya!"

Dia berlari pergi dengan malu-malu setelahnya. Sementara Sehun, bagaikan dihipnotis, lelaki itu tak mampu mengalihkan pandangan dari gadis itu.

Tangannya terangkat menyentuh kesan lipstick bernoda merah jambu di sana. Kala ini barulah Sehun perasan jantungnya berdegup dengan kencang.

Dan tanpa dia sedari lagi, bibirnya terangkat naik, terhibur dengan kata-kata Miyoung. Gadis asing yang cuba untuk berdiri sejajar dengannya demi menjadi kekasihnya.

"Han Miyoung. Jangan salahkan aku kalau jatuh cinta pada kau."

To be continued

Continue Reading

You'll Also Like

1.5M 110K 61
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...
1K 48 11
A Malay BxB FanFic Of MinYun! Selama dua tahun bersekolah di Artiny Highschool, Yunho sentiasa dibuli oleh si anak pemilik sekolah tersebut, Mingi. M...
6.2K 450 33
No. 1 in #Toxic No. 1 in #Bucin Adrasta. Sebut saja namanya pasti digeruni semua pelajar-pelajar di SMK Bima Sakti. Layaknya seorang Ketua Geng Motor...
27.3K 772 50
[ KARYA PERTAMA ] -Amnesia -Balas dendam Singkat dan padat hehe Total words :