Di luar hujan dengan lebatnya. Menghasilkan kesejukan yang sedia ada pada bumi Malaysia. Namun, gadis yang berada di dalam tab mandi kelihatan tenang bersandar kepala di birai tab mandi.
Merenung siling kamar mandi tanpa mata berkelip sekalipun. Tidak bergeming meski sudah hampir setengah jam berendam dalam tab mandi.
Tapi tidak lama gadis itu kembali ke alam sedar semula.
"Hah..." Gadis berambut hitam pekat paras bawah dada itu menghembus nafas berat.
Menyugar rambutnya pun ia menelan liur sembari memejam mata.
"Cik Syana."
Arsyana tersentak kecil. Menoleh ke pintu kamar mandi. Dapat dia lihat ada bayangan Safhana di sana. Arsyana mengusap bahu mulusnya.
"Ya, Hana."
"Kak Anne ada berita baru untuk Cik Syana. Cik Syana dah selesai, keluarlah melihatnya." Kata Safhana.
Arsyana diam seketika.
"Ya baiklah. Saya keluar."
Arsyana keluar dari tab mandi. Tubuhnya yang terbentuk ideal dan seperti gitar sepanyol berongga disarung dengan jubah mandi satin yang sudah tersedia di dalam rak kamar mandi itu.
Pintu dibuka lalu keluar. Terpampang sosok Safhana yang sedang duduk di sofa kamarnya. Arsyana selak rambut ke belakang sepenuhnya sambil berjalan ke arah Safhana.
"Berita apa itu, Hana?" tanya Arsyana dengan jungkitan kening.
Safhana bangun memberi tab pada Arsyana. Arsyana ambilnya lalu dibaca pesanan emel dari Anne. Kerut sedikit dahi Arsyana membacanya. Namun, itu hanya sekejap.
Bibir Arsyana melekuk tipis. Tab diberi pada Safhana semula.
"Bila kita akan pergi?" Arsyana berbalik menuju ke meja kecil berdekatan dengan ranjangnya.
Gelas kosong yang tersedia, dituang air mineral. Lalu diteguknya hingga habis.
"Lusa, Cik Syana."
Arsyana senyum.
"Good."
Arsyana melangkah ke jendela kamarnya. Memaparkan kota metropolitan yang dihujani deras. Arsyana menyentuh kaca jendela lalu melihat langit yang sedikit gelap.
"Jebat." Sebutnya perlahan. Ekspresi Arsyana berubah keruh.
Arsyana pejam mata menahan rasa yang menggebu di dada.
Safhana di belakang, memerhati. Merasai perasaan majikannya tidak membaik, dia beransur keluar. Tak mahu mengganggu Arsyana.
Arsyana celik mata kembali. Membuang nafas berat. Tiba-tiba saja dadanya sendat untuk bernafas.
"Kita akan bertemukah?"
Arsyana senyum.
"Jebat, saya masih tunggu awak."
Dia berharap pertemuan mereka akan menimbulkan suasana yang menyenangkan hatinya.
Arsyana rebah tubuh ke ranjang tanpa berniat untuk menukar pakaian. Gadis itu baring terlentang menghadap siling bersama satu lengan menutup dahi.
Rasa kelakar jatuh cinta pada jejaka yang pernah menjaganya sejak kecil tapi itulah perasaannya sekarang.
Kenyataan.
Tiada siapa bisa menghalang perasaan itu dari terus mekar.
Arsyana memejam mata. Tak terasa air matanya mengalir di tepi mata.
JEBAT MASUK KE dalam bilik pejabatnya. Berikut dengan seorang gadis cantik di belakangnya. Jebat menanggalkan kot yang membalut tubuh kekarnya lalu disangkut ke penyangkut.
Berbalik menatap gadis cantik itu dengan tatapan datar campur bengang dan tangan bercekak pinggang.
"Apa kau nak?"
"Abang Jebat tahu lusa nanti ada ayah long jemput pemain piano. Abang Jebat tahu?!" teruja gadis cantik itu mengatakannya.
"Jadi?" Jebat angkat sebelah kening. Ia kemudian memeluk tubuh. Rasa tidak tertarik dengan bicara gadis itu.
"Leya gembiralah! Dapat jumpa pemain piano itu! Leya tak sabar nak jumpa dia!" Leyara menggigil teruja.
Jebat angguk. Kerusi kerjanya diduduki. Komputer dibuka tanpa endah lagi kemunculan Leyara dalam pejabatnya.
"Tak ada apa nak cakap, keluar. Aku tak nak tengok muka kau." Datar suara Jebat mengarah. Leyara berdecit.
"Abang Jebat jangan lupa lusa tahu?! Kita pakai sedondon." Leyara senyum angan.
Jebat senyum sinis.
"Kau bukan orang istimewa bagi aku. Berhambus."
Leyara menjerit geram. Hentak kaki bengang pun ia keluar dari bilik pejabat milik istana. Jebat menjeling pintu sebelum dia hilang fokus untuk melakukan kerjanya.
Jebat sandar penuh ke kerusi dan menatap siling bilik pejabatnya. Menggigit isi pipi dengan tatapan meredup.
"Ar... Syana..."
Tch! Ternyata di umur sebegini mereka akan bertemu. Cukup pada usia gadis itu 20 tahun.
"Jebat!"
Jebat pejam mata sebelum membuang nafas panjang. Dia betulkan posisi duduk dan melihat kelibat ibunya.
"Ya, bonda."
Ratu Jeliana mengukir senyuman. Ratu Jeliana masuk lalu menutup pintu. Mara ke arah anaknya dan duduk di kerusi depan Jebat.
"Jebat tertarik dengan perempuan yang lakukan persembahan hari itu tak?"
Satu pertanyaan yang cukup mengejutkan Jebat. Jebat angkat kening tinggi. Melihat ibunya penuh selidik.
"Kenapa, bonda?"
Ratu Jeliana mengukir senyuman penuh manis.
"Bonda tertarik!"
"Hm. Jadi?"
Sebenarnya Jebat tidak menduga akan penyataan ibunya. Terlihat jelas wajah suka ibunya pada Arsyana.
"Tak ada. Saja bonda bagitahu pada Jebat." Ratu Jeliana senyum-senyum. Jebat pandang aneh.
"Bonda jangan sorok pada Jebat. Cakap apa bonda nak cakap sebenarnya." Kata Jebat malas. Ratu Jeliana sengih sebelum berubah tawa.
"Betullah. Bonda tertarik dengan dia..."
Jebat buang nafas.
"Bonda dengar apa Jebat nak cakap. Jebat tak tahu bonda tahu atau tidak tentang ini."
Ratu Jeliana angkat kening.
"Dia itu anak luar nikah." Tenang Jebat menjawab.
Tidak. Bukan dia menghina tapi dia ingin lihat apa reaksi ibunya tahu mengenai benda ini. Dia tidak mahu rasa suka ibunya pada Arsyana berubah setelah tahu apa status gadis itu.
Ratu Jeliana terdiam seketika. Merenung Jebat dengan tatapan tak terbaca.
"Oh." Itu jawapan Ratu Jeliana. Jebat perlahan menjatuhkan bahunya. Dia sudah agak itu reaksi ibunya.
"Tengok. Jebat bagitahu benda sebenar, bonda takkan terima pun. Sesiapa pun takkan terima dia kerana status anak luar nikah. Pemain piano bertaraf dunia tapi status..."
"Bonda tak kisah siapa dia." Pintasan Ratu Jeliana mematikan bicara Jebat. Jebat terdiam sejenak.
Melihat ibunya pun dia menyandar tubuh ke kerusi. Tak terbaca isi matanya.
Ratu Jeliana ukir senyum.
"Itu hanya status dia. Bukan pada sikap selayaknya status dia. Jebat, kalau Jebat rasa nak buat bonda jatuh jijik pada Arsyana, Jebat gagal. Bonda suka dia walau baru pertama kali bertemu mata."
Baiklah. Jebat tidak sangka ibunya akan kata begini.
Jebat senyum tak percaya. Mencuit hidungnya pun ia mengangguk-angguk kecil.
"Jadi?"
"Bonda tak sabar mahu jumpa dia lusa nanti!"
Ratu Jeliana ketawa seronok. Terlepas tawa kecil Jebat melihat gelagat ibunya.
HARI YANG DINANTIKAN oleh Arsyana sudah tiba. Turunnya ia di bumi Queren ialah satu hal yang sangat dia dambakan. Keinginannya sejak dahulu.
Safhana di belakang, tersenyum sumringah. Seronok jadi pembantu peribadi pemain piano itu. Hari-hari terbang ke negara orang.
Seorang pengawal diraja lantas menjemput Arsyana. Membawa beg pakaian milik Arsyana dan Safhana. 3 hari pun sudah gembira untuk mereka berada di bumi indah ini.
Mereka masuk ke dalam kereta berlambang negara Queren. Safhana yang asyik merekod pemandangan negara itu dan Arsyana yang senyum tak lekang melihat luar jendela.
Bukan itu saja. Malah sosok yang berada di negara ini.
Yah. Dia menerima tawaran untuk datang ke sini hanya kerana sosok itu.
Tiba saja di istana Queren, pengawal diraja keluar membukakan pintu buat Arsyana dan Safhana. Keluarnya dua gadis itu mendapat sambutan baik dari tiga pembantu utama istana.
"Selamat datang ke Queren, Cik Arsyana, Cik Safhana." Ucap mereka bertiga.
Arsyana dan Safhana senyum manis.
"Arsyana sudah datang?"
Suara seorang wanita mengejutkan mereka. Lantas pembantu utama istana berundur dan menunduk penghormatan pada ratu mereka.
Ratu Jeliana angguk membalas.
Ratu Jeliana beralih melihat Arsyana. Ratu itu senyum teruja.
Arsyana dan Safhana serentak tunduk hormat pada Ratu Jeliana.
"Hey, beautiful!" Ratu Jeliana mendekat ke arah Arsyana lalu memeluk gadis itu.
Arsyana menahan rasa teruja mendapat pelukan kali kedua dari Ratu Queren.
"Mari masuk!"
Ratu Jeliana membawa Arsyana masuk. Safhana ikut di belakang. Sebaik saja masuk, terpukau Arsyana melihat ruang istana yang begitu luas, cantik dan dekorasi yang sangat klasik dan moden.
Putih keemasan.
"Arsyana dan kamu naiklah rehat. Pasti penat perjalanannya kan?" kata Ratu Jeliana prihatin.
Arsyana mengukir senyum. Matanya meliar melihat seisi ruang istana.
"Ya, ratu."
"Mari. Saya bawa kamu berdua ke kamar."
"Eh! Saya tak menyusahkan ratu?" Arsyana menegah apabila Ratu Jeliana ingin bawanya ke kamar.
Ratu Jeliana tertawa. Tangan Arsyana di lengannya, ditepuk lembut.
"Tidak, sayang. Lagi suka ada! Mari."
Ratu Jeliana tarik tangan Arsyana ke tangga menuju kamar tamu. Arsyana toleh belakang melihat Safhana. Mengamit gadis itu.
Safhana segera ikut.
Sepanjang menuju kamar mereka, Arsyana dan Safhana tidak habis mengagumi kecantikan ruang istana itu. Semuanya begitu sedap untuk dipandang.
Apatah lagi ini sangatlah pertama kali bagi Arsyana jejak ke istana diraja. Bangganya menjadi seorang Arsyana!
"Ini kamarnya. Masuklah tengok. Kalau bukan kesukaan Arsyana, kita ganti lain." Ratu Jeliana menolak pintu kamar.
Terpampang kamar yang begitu luas dan selesa. Diisi dengan penghawa dingin, katil bersaiz raja, permaidani berbulu, perabot berkelas dan tentunya dibuat khas untuk istana Queren.
"Ini..." Arsyana kelu. Cukup selesa untuknya!
"Dah cukup selesa untuk saya, ratu!"
Ratu Jeliana senyum.
"Betul kamu suka?"
Arsyana angguk laju.
"Saya suka!"
"Syukurlah Arsyana suka." Ratu Jeliana senyum lega.
"Bilik kamu pula sebelah sini saja. Senang untuk kamu berdua berjumpa." Kata Ratu Jeliana. Dia beralih ke kamar sebelah. Membukakannya.
Safhana kemam bibir menahan teruja. Sama luas dan sangat selesa!
"Terima kasih, ratu!"
Serentak Arsyana dan Safhana tunduk hormat. Ratu Jeliana senyum manis.
"Berehatlah. Malam nanti akan ada orang siapkan Arsyana."
Arsyana senyum.
SEBELUM BERMULANYA PERSEMBAHAN yang bakal dilakukan oleh Arsyana, kamar Arsyana didatangi oleh pembantu istana yang pakar dalam solekan dan mengatur pakaian yang sesuai untuk ditampilkan.
Tenang suasananya membuat Arsyana senang dengan layanan beberapa pembantu itu. Melihat dirinya di biasan cermin. Jelita menawan.
Sebenarnya dia tidak gugup akan persembahan yang akan dia lakukan tetapi dia gugup akan bertemu empat mata dengan jejaka itu.
Akankah mereka akan bertemu di sini?
Harapnya begitu.
"Sudah siap, Cik Arsyana."
Mereka berundur dari Arsyana. Menyerlahkan diri Arsyana yang kelihatan bersinar dengan gaun serba biru gelap. Manik-manik terletak di bahagian pinggang dan lengan. Tudung melilit cantik di kepala. Solekan tidak tebal tapi cukup buat orang menarik perhatian untuk menatapnya dua tiga kali.
Arsyana senyum melihat dirinya. Dia bangun.
Cukup cantik untuk dia berhadapan dengan Jebat kan?
Arsyana berbalik. Safhana senyum kagum dengan kejelitaan Arsyana.
"Saya dah sedia."
SUASANA RUANG ISTANA Queren sunyi sepi dari suara para tetamu yang hadir untuk meraikan ulang tahun perkahwinan Raja Dhawiy dan Ratu Jeliana.
Tentu saja undangannya hanya untuk keluarga, ahli menteri, orang ternama, keluarga bangsawan dan ahli korporat.
Di hadapan sekali ada Raja Dhawiy dan di sisi isterinya yang kelihatan sungguh cantik pada malam itu. Sederhana tapi memukau. Anak-anak mereka pula di belakang mereka kecuali Jebat yang hilang entah ke mana.
Di atas pentas adanya sosok Arsyana memainkan piano. Memberi alunan yang cukup memerdukan. Terharu mendengarnya sehingga memejam mata.
Ratu Jeliana tidak lepas dari melihat Arsyana. Gadis itu cukup berbakat. Tidak hairan mengapa ia digelar pemain piano bertaraf dunia. Bersinar di persada.
Arsyana mendongak memejam mata dengan jemarinya terus lincah menekan piano. Menerima terjahan memori indah yang hinggap di kepalanya.
"Ana akan tunggu abang Jebat bayik pada Ana."
Arsyana celik mata. Redup isi matanya. Lalu, ia tunduk sebaik saja persembahannya selesai. Terasa kuat tepukan gemuruh di bawah. Cukup menggelegar.
Arsyana hirup nafas lalu dihembus perlahan. Dia bangun dan berhadapan dengan para penonton. Melihat penontonnya sebelum ia membongkok tubuh menandakan dia sudah selesai.
Sekali lagi tepukan gemuruh Arsyana terima. Siulan tidak ketinggalan untuk beri pada Arsyana.
Arsyana berdiri tegak. Senyum manis.
Kemudian, ia mencari keberadaan jejaka itu. Pudar senyumannya bila jejaka itu tiada di dewan.
Awak hindari perjumpaan kita, Jebat?
ARSYANA KELUAR DARI dewan untuk menghirup udara segar. Safhana di belakang setia mengikut. Arsyana berhenti jalan seketika.
Tak sengaja matanya tertacap ke taman bunga yang dalamnya ada gazebo. Arsyana senyum melihatnya.
"Awak masuk dalam saja. Saya nak seorang diri."
"Tak apa ke, Cik Syana?" Safhana berat hati.
Arsyana angguk.
"Tak apa. Apa-apa saya panggil."
"Baiklah jika begitu. Saya masuk dulu."
Arsyana melihat saja kepergian Safhana. Hilang kelibat Safhana, Arsyana berjalan ke taman bunga. Dia ingin menuju ke gazebo.
Tiba di gazebo itu, Arsyana senyum antusias. Nyaman.
Tanaman di sini cukup cantik. Pelbagai bunga tak dikenalinya ada di sini semuanya. Siapalah yang menjaga tanaman ini?
Arsyana mendongak langit. Bintang-bintang berkelipan dan bulan terang mengambang. Oh pemandangan yang indah!
Arsyana memeluk tubuh kerana sejuk mulai menyerangnya.
Tanpa Arsyana sedar, ada seorang jejaka berdiri tidak jauh darinya. Melihat dirinya dengan sorot tajamnya.
Jejaka itu dekati Arsyana tanpa bunyi. Tampannya jejaka itu berbalut tuksedo diraja. Tidak keterlaluan pakaiannya kerana jejaka itu lebih selesa formal sederhana.
"Kenapa kau terima tawaran ayahanda dan bonda aku?"
Suara garau keras itu menendang liang pendengaran Arsyana. Arsyana tersentak.
Terkedu mendengar suara itu. Dia sudah tahu siapa pemilik suara itu. Jadi, di sini pertemuan mereka?
Wah! Bukankah cukup romantis?
Arsyana tawa dalam hati.
Arsyana gigit bibir. Nak toleh ke tak nak? Kerana jejaka itu berdiri di sebelahnya.
"Kenapa kau datang Queren?" sekali lagi jejaka itu menyoal. Suaranya keras tidak bersahabat.
Jebat menoleh melihat Arsyana. Sisi wajah Arsyana dipandang datar tanpa emosi. Arsyana buang rasa gugup yang merajalela.
"Looking for my men?" Arsyana menoleh. Mengukir senyuman yang mampu buat Jebat goyah.
Jebat kerut kening mendengarnya.
"What do you mean?" Jebat menatap penuh wajah jelita yang disimbahi cahaya bulan itu. Baiklah. Jebat terpukau seketika.
Arsyana melangkah dekat. Spontan Jebat terundur kerana aksi mengejut Arsyana. Arsyana senyum melihatnya.
"Ya. Awak orangnya, Jebat."
Jebat senyum sinis. Mengilas seketika dadanya. Mata Arsyana melihat sekilas.
"Gila eh?"
Arsyana tertawa. Rasa lucu dengan bicara Jebat.
"Saya? Gila? Mana mungkin."
Hening.
Jebat buang pandangan bila Arsyana tidak lepas melihatnya. Arsyana senyum nipis. Arsyana mendekatkan lagi jarak mereka sehingga ia dapat bau haruman maskulin milik Jebat.
Arsyana terawang seketika.
"Takkan awak lupa saya, Jebat?"
Diam.
Arsyana melihat setiap inci wajah Jebat yang sangat angelic dan mengagumkan. Hah... Bolehkah dia miliki jejaka ini sekali lagi?
"Saya masih tunggu awak."
Jebat menoleh dan serentak itu mata mereka bertemu erat dengan jarak wajah mereka hanya beberapa inci.
Jebat menelan liur. Sialan.
Saling tidak bergeming dengan tatapan mereka tidak teralih sedikit pun. Seakan ada tali tak kasat mata di antara mata mereka.
Sementara Arsyana, terpanar dengan keindahan warna mata jejaka itu. Unik!
Kenapa dulu bukan mata ini dia lihat?
"Awak dah lupa saya? Saya kan Syana awak?"
Jebat tersedar. Dia langsung menjauh dari Arsyana.
"Abang Jebat!"
Serentak Jebat dan Arsyana melihat ke arah sumber suara itu. Mata Arsyana langsung jadi tajam bila seorang perempuan cantik menyeru Jebat.
What abang?!
Jebat melihat Arsyana kembali. Terlihat wajah itu berkerut geram. Tak mengatakan apa-apa, Jebat berjalan ke arah Leyara.
Tapi langkahnya mati bila tangannya ditangkap Arsyana. Jebat berpaling.
"Tak apa untuk hari ini. Saya masih berbaki dua hari lagi."
Arsyana angkat kening dengan senyuman menggoda.
400 vote!