HAIKAL DAN SEMESTANYA [✔️]

By fluffywoo0

5.3K 355 227

"Ibu ayah abang, Haikal tidur dulu ya..." _________________________________________ More

Cast
Prolog
01
02
03
04
05
06
07
08
09
10
11
12
13
BORAKBORAK‼️
15
16
17
18
19
20

14

113 9 0
By fluffywoo0

Petang itu seorang lelaki sedang memperhatikan sebuah rumah besar didaerah rumah Haikal. Ia terus mundar mandir didepan jalan dengan raut wajah yang gelisah. Tatapannya tak henti dari rumah itu.

Haikal yang baru pulang dari rumah Daniel terus menghampiri lelaki yang sangat ia rindukan seminggu ini. Tanpa persiapan, Haikal menerpa ke tubuh Mikaeel dan memeluknha erat.

"Mikaaaa, Haikal rindu" Haikal menenggelamkan wajahnya didada Mikaeel. Mikaeel terkekeh dan mengusap rambut hitam milik Haikal.

"Aku pon" ujarnya masih setia mengusap rambut lembut Haikal. Haikal melepaskan pelukan lalu menatap Mikaeel.

"Macam mana kau tau rumah aku dekat mana?"

Mikaeel memasukkan kedua tangannya dipoket jeans, "Aku tanya cikgu la"

Haikal mengangguk dan menarik tangan Mikaeel. "Nak masuk?"

Mikaeel menggeleng, ia melirik jam yang melingkar dipergelangan tangan kirinya. "Dah petang, aku nak balik. Aku datang sini untuk tengok keadaan kau je"

Haikal mencebik menandakan kekecewaan."Okeylah Haikal tak paksa." Lalu Haikal melangkah menjauhi sahabatnya itu dan melambaikan tangan tanda perpisahan.

Mikaeel membalas lambaian tangan tersebut lalu tersenyum. Lantas ia pergi meninggalkan rumah Haikal. Setidaknya ia boleh melihat bagaimana keadaan Haikal sekarang. Luka luka ditubuhnya memang tidak bertambah, tali justeru beban hidupnya yang bertambah.

Mikaeel masuk ke dalan kereta yang berada dipinggir jalan dan melajukan kereta itu dengan kecepatan sederhana menuju rumah tempatnya berpulang.

Haikal masuk ke dalam rumahnya, mengenggam beg selempang yang selalu ia bawa kemana mana saat bekerja. Terlihat kedua orang tuanya sedang duduk santai di depan TV. Seperti tidak ada beban dihidupnya bukan?

Semenjak Johan bankrup dan menjual syarikat  Johan seperti melimpahkan semua tugasnya sebagai tulang belakang keluarga terhadap Haikal. Selama seminggu ini kerjanya hanya menonton TV, makan, tidur begitu berulang ulang. Tak jauh berbeza dengan Yuna, bahkan untuk urusan mengurus Hayden, Haikal juga yang dipilih.

Menghela nafas, Haikal berjalan melewati kedua orang tuanya, dan beranjak naikbke atas untuk melihat keadaan abangnya, Perlahan lahan ia membuka pintu kayu jati tersebut agar tidak menghasilkan bunyi. Kini matanya teralih pada wajah pucat bak mayat, mata yang terpejam, tubuh yang lemah dan terus berbaring setiap hari.

Haikal duduk dipinggir katil sang abang, diusapnya demgan pelan kening sang abang. Kadang Haikal berfikir, apa tidak bosan hanya tidur dan terus menahan rasa sakit. Jika ia memiliki kekuatan super, maka ia akan menggantikan posisi Hayden.

Haikal tersenyum, dan pergi dari bilik Hayden. Ia bergegas membersihkan tubuhnya yang berpeluh. Menghilangkan segala penat dan lelah.

"Dah jumpa ke Mika?' tanya Thaqif ketika mendapati adiknya baru saja pulang dan sedang membaringkan diri di ruang tamu.

"Dah" singkat Mikaeel, Thaqif mengambil posisi disebelah Mikaeel sambil memakan kek coklat yang sempat ia beli ketika perjalanan pulang ke rumah petang tadi.

"Lepastu?" tanya Thaqif, Mikaeel duduk menatap sang abang.

"Lepastu macam tu lah nak macam mana lagi" jawab Mikaeel sambil tertawa, sedangkan Thaqif ingin sekali menumbuk lelaki dihadapannya ini.

"Serious lah bodoh!" marah Thaqif. Mikaeel terus mengubah raut mukanya. Mana mungkin dia main main jika abangnya sudah mengeluarkan aura dinginnya, yang ada nanti Ryan Mikaeel hanya tinggal nama.

"Dia kerja dekat kedai makan dengan kedai buku dekat hujung jalan sana" ucap Mikaeel jelas, memang Thaqif memberinya tugas untuk memerhati dan memata matai apa yang dilakukan oleh adik kesayangan mereka. Tentu saja Mikaeek dengan senang hati melakukannya.

Syarikat yang dibeli oleh Thaqif pun kini telah bertukar nama menjadi Ryan Corp, seperti nama keluarga saja. Memang benar sepertinya. Kini setelah Thaqif yang mengelola syarikat tersebut menjadi naik. Banyak syarikat besar ingin melabur modal. Memang Thaqif tidak boleh diragukan lagi bakat businessnya.

Tentu saja semua bakat itu menurun dari mendiang almarhum ayahnya.

Setelah mandi dan memakai baju layaknya anak rumahan. Haikal turun kebawah dengan mengenggam tiga lembar duit berwarna purple. Ia mendapati ayah dan mamanya sedang bergurau senda sambil mengunyah makanan ringan.

Haikal menghampiri kedua orang tersebut dan menyerahkan duit yang ia genggam. Itu adalah hasil titik peluhnya seminggu ini.

Johan mengambil duit itu dan berdecih, "Banyak ni je?"

Tubuh Haikal meremang, sudah ia duga ayahnya tidak akan puas dengan hasilnya. Dengan gugup ia mengangguk. Yuna berdiri mendekati Haikal, mengambil duit yang tadinya ada di tangan Johan kini berpindah ke tangannya.

Yuna melemparkan duit itu ke muka Haikal, "DUIT BANYAK NI BOLEH BUAT APA JE HAIKAL!" Yuna mencengkam baju Haikal dengan kuat.

Johan menarik isterinya danbkini ia yang sedang berhadapan dengan Haikal. Haikal tampak menundukkan kepalanya.

"Kamu tak sayang Hayden?" tanya Johan  Haikal mengangguk laju.

"DAHTU CARILAH DUIT BANYAK BANYAK BIAR HAYDEN CEAT SEMBUH!" sebuah bentakkan itu berakhir dengan tendangan di dada Haikal. Haikal terjungkal dan jatuh, ia memegang dadanya yang sakit.

Itu adalah tendangan pertama Johan setelah seminggu ini Johan tidak tidak memukul Haikal lagi. Mungkin Tuan Johan yang terhormat memerlukan objek untuk berolahraga.

Johan dan Yuna nampak seperti tidak peduli dengan keadaannya. Haikal pelik, kenapa hanya dia yang harus bekerja. Tapi Haikal menghalau rasa pelik itu dengan berjalan ke arah bilik Hayden untuk memeriksa keadaan abangnya.

Hayden yang mendengar pintu biliknya terbuka terus membuka matanya perlahan. Ia mendapati Haikal sedang menatapnya dengan sendu.

"Abang tidur je la" Haikal mendekati Hayden setelah menutup pintu bilik.

Hayden menggeleng, "pergi"

"Haikal nak teman abang je" ujar Haikal.

"AKU CAKAP PERGI TU PERGI LA ANJING!" bentak Hayden sepertinya ia sudah kehilangan kesabaran. Entahlah, Hayden berasa muak melihat wajah Haikal, padahal Haikal lah orang yang sukarela mengurusnya.

Haikal terus keluar dari bilik Hayden dan bergegas ke biliknya. Ia membaringkan dirinya di katil dan menenggelamkan wajahnya pada bantal. Sakit, sakit sekali rasanya jika dihalau seperti itu.

Niat Haikal kan baik untuk membantu, tapi kenapa Hayden seperti tidak suka dengan kehadiran Haikal. Malah, kedua orang tuanya juga tidak menghargai apa yang Haikal korbankan untuk keluarga mereka.

Malam itu, menjadi saksi seorang Ryan Haikal melepaskan kesemua topeng yang ia pakai selama ini. Menghamburkan segala kesedihan yang ia tutup rapi dengan cara memakai topeng. Dan bagusnya, topeng yang ia gunakan itu benar benar dapat menipu semua orang bahawa dia, Ryan Haikal, seorang anak lelaki yang periang, ceria, suka tertawa dan mengembirakan orang orang di sekitarnya. Sedangkan realitinya adalah sebaliknya. Ryan Haikal yang sebenar hidupnya penuh dengan penderitaan, penuh dengan pengharapan yang bahkan takkan pernah terjadi.


Pagi pagi buta Haikal sudah berada didapur, memasak bubur serta sarapan seadanya. Jangan tanya kenapa ia bokeh memasak, ia membaca buku resepi makanan yang ada di kedai Koh Win. Tangannya bergelut dengan barang dapur terkadang mengicip sedikit rasa makanan agar cukup rasa.

Setelah dirasa masak, Haikal menghidangkan sarapan tersebut dengan rapi. Ia mengambil mangkuk dan menyendokkan bubur serta sayurbuntuk Hayden. Tak lupa ia jiga menyiapkan teh panas agarr kerongkong Hayden tidak kering.

Kakinya melangkah melewati anak tangga satu persatu, beginilah aktiviti Haikal sekarang. Biasanya jika pagi pahi ia sedang bersiap ke sekolah, sekarang diganti demgan aktiviti seperti pembantu rumah.

Ia membuka pintu Hayden perlahan, tentang kejadian yang semalam, Haikal telah melupakannya. Mungkin semalam Hayden sedang tidak ingin diganggu.

Haikal meletakkan dulang berisi bubur dan gelas teh di meja kecil milik Hayden. Tangan lembutnya menepuk pipi pucat Hayden, "Abang bangun sarapan"

Hayden menyeru pelan dan perlahan lahan membuka matanya. Haikal tersenyum, lalu membantu Hayden mengubah posisi menjadi duduk. Dengan lemah lembut dan penuh kasih sayang  ia menyuapi Hayden.

Kadang Hayden merengek mual,itu kerana effect penyakitnya yang tidak boleh menerima banyak makanan. Kini tubuh berisi Hayden telah, seperti tengkorak hidup.

Setelah habis, Haikal membersihkan sisa yang tertinggal di bibir Hayden menggunakan tisu. Haikal mengembalikan posisi Hayden seperti semula.

"Haikal pergi dulu ya..." Haikal menutup pintu Hayden perlahan dan berangkat kerja, tanpa sarapan dahulu tentunya.


※VOTEMENT

Continue Reading

You'll Also Like

25.2K 1.7K 13
"Sebagai seorang kaka aku rela menukar nyawaku dengan nyawa saudara ku ya tuhan" -Savero sanjaya Nb: kasih tau kalau ada typo/kesalahan di teks yang...
39.3K 4.7K 22
Ketika Baby baby TXT dan NCT Dream bersatu. Nggak Baby si.. Tuyul iya:) Biasakan vote;)
937K 116K 34
SERI KEDUA KLANDESTIN UNIVERSE [Sudah terbit & part masih lengkap] VERSI BUKU BISA DIBELI DI SHOPEE : • Penerbit.lovrinz01 • Chocovan • Salenovel "Ba...
186K 18.4K 96
ADA BAIKNYA, FOLLOW DULU SEBELUM MEMBACA!! Our Home Hanya berkisah tentang kehidupan sehari-hari 7 pemuda bersaudara di lingkungan sekitar dengan par...