(C)His Possession (Wenhun)

By Yeollie_Girl

13.1K 829 98

[#MALAY] Lima tahun berlalu sejak Miyoung lari dari Korea kerana takut akan kegilaan kekasihnya. Tahap obses... More

HP [1]
HP [2]
HP [3]
HP [4]
HP [5]
HP [6]
HP [7]
HP [8]
HP [9]
HP [10]
HP [11]
HP [12]
HP [13]
HP [15]
HP [16]
HP [17]
HP [18]
HP [19]
HP [20]
HP [21]
HP [22]
HP [23]
HP [24]
HP [25]
HP [26]
HP [27]
HP [28]
HP [29]
HP [30]
THE END
Special Chapter

HP [14]

402 25 3
By Yeollie_Girl


Vote 💦

Tidak ada pencuri di rumahnya. Tiada juga kesan sesiapa masuk di dalam sana. Tak ada apa yang mencurigakan.

Jadi apa? Apa yang Miyoung nampak sebenarnya pada malam itu? Betul ke Miyoung sudah gila?

Tak mungkin dia berhalusinasi. Cahaya daripada kilat pada malam itu jelas-jelas membenarkan dia untuk melihat figura hitam itu. Bahkan tapak kaki figura hitam yang berlari ke biliknya juga masih dia ingat.

Tapi kalau pun ada, bila masa orang itu keluar? Jika melalui pintu depan dan turun dengan tangga, Miyoung dan Sehun pasti dapat melihat pintu kecemasan yang tak ditutup rapat. Biarpun tiada elektrik, papan tanda 'EXIT' tetap menyala.

Kepala Miyoung sakit. Kenapa semuanya berlaku dalam masa yang singkat?

Miyoung sudah tidak tahan lagi. Ada sesuatu yang tak kena. Ada sesuatu atau seseorang yang ingin mempermainkannya.

Gadis itu mengerdipkan mata beberapa kali, melihat dekorasi bilik Sehun yang sederhana. Nampak teratur untuk lelaki bujang sepertinya. Miyoung tersenyum kecil, tak sangka Sehun yang dulunya susah nak mengemas kini rajin pula mengemas.

Dia bergerak, menenggelamkan wajah ke bantal Sehun. Menghirup haruman maskulin di sana.

"Wangi..." Gumam Miyoung.

Satu... dua... tiga...

Senyuman di bibir Miyoung luntur, digantikan dengan adrenalin yang deras.

Bau ini. Bau yang sangat Miyoung hafal sejak kejadian aneh itu. Bau yang sentiasa bertambah usai terbangun di pagi hari.

Bau yang sangat playful dan mahal, kesukaan Miyoung. Miyoung bangun, baru menyedari akan sesuatu.

Miyoung tak mungkin tak dapat membezakan haruman seseorang. Lebih-lebih lagi bau yang sentiasa menjadi asupan paginya.

Kenapa dia baru tersedar yang haruman ini sama dengan haruman di biliknya? Jantung Miyoung berdegup semakin kencang.

Senyuman misteri Sehun menerjah ke dalam fikiran. Miyoung meremas selimut, mengingat kembali pertemuannya dengan Sehun.

Sehun yang tiba-tiba muncul di supermarket berdekatan apartment, Sehun yang tiba-tiba tinggal di depan unitnya, Sehun yang sentiasa datang tepat kala Miyoung down, Sehun yang sentiasa ada untuk membantu Miyoung, Sehun yang muncul di mana-mana!

Singkat kata, di mana dia berada, Sehun ada di sana!

Sehun tak pernah melepaskannya. Miyoung silap besar.

Sehun tidak pernah berubah. Sehun masih lagi Sehun lima tahun yang lalu. Lelaki dengan pemikiran usia 17 tahunnya masih ada. Lelaki psiko yang tak segan membunuh orang hanya kerana mereka menyapanya masih ada!

Miyoung harus pulang. Matahari sudah pun naik. Sehun tak mungkin mencederakannya sekarang. Gadis itu dengan pantas berlari keluar, tapi dengan tak semena-mena terlanggar dada Sehun yang kebetulan berdiri di luar bilik.

Bahunya ditahan.

"Miyoung, are you okey?" Tanya Sehun. Lelaki itu mengusap dahi Miyoung yang berkemungkinan sakit.

Miyoung tersentak. Dia mengukir senyuman palsu dan menepis tangan Sehun baik-baik.

"Okey. Sehun aku rasa kena balik sekarang. Terima kasih bagi menginap semalam," ujar Miyoung. Wajah Sehun mendadak muram.

"Kenapa nak balik sekarang?" Soalnya.

"Hah?"

"Sarapan dulu."

Hell, no!

"It's okay. Aku rasa tak sedap badan sekarang. Badan aku dah melekit. Aku nak balik mandi dulu."

Miyoung berundur saat Sehun tiba-tiba menunduk, mendekatkan hidungnya pada leher gadis itu. Dapat dia pastikan yang Sehun sedang mencium baunya sekarang.

"Tak bau pun. Sarapan dulu, Miyoung." Tenang, tapi Miyoung tahu Sehun memaksa.

Kenapa gadis itu terlalu bodoh untuk menyedari sikap Sehun selama ini?

Miyoung memberanikan diri menolak badan Sehun supaya menjauh. Dia menutup badannya, berpura-pura melindungi bau badannya daripada merebak.

"Tipulah! Jangan sedapkan hati aku. Aku balik dulu! Aku betul-betul bau ni. Jangan dekat!"

Miyoung segera berlari pergi, masih dalam keadaan pura-puranya. Gadis itu tak menoleh lagi ke belakang, bahkan sampai di apartment pun dia segera menguncinya seolah-olah lari dari zombie.

Sementara itu, Sehun tersenyum sinis. Aroma Miyoung yang masih berada di dalam ruangan itu dia hirup. Jarinya mengelap hujung bibir.

"Ahh.. she knows..." Sehun tersenyum.

Perilaku Miyoung sangat mudah dibaca. Tangan Miyoung yang menggeletar saat menyentuh tubuh Sehun tadi membuat Sehun tersinggung.

Dia tidak busuk meskipun belum mandi. Tapi kenapa Miyoung jijik menyentuhnya? Perempuan itu nampaknya sudah tidak sabar dikurung.

Sehun akan pastikan Miyoung menggeletar di bawahnya, tapi bukan kerana jijik, melainkan kenikmatan.

---

"Pintu bilik kau pun tak kunci..."

Miyoung tergamam. Dia memutar tombol pintu, ianya masih terkunci dari dalam. Kalau ada yang masuk, dia tak mungkin keluar kecuali melalui pintu yang sama.

Miyoung mencari kunci pendua yang berada di dalam laci. Gadis itu masuk ke dalam bilik sambil memegang pisau sekali lagi. Benar kata Sehun, tak ada orang.

Tapi macam mana orang itu keluar? Miyoung memerhati sekitar, secara tak sengaja melihat ke lubang udara berdekatan almari.

Miyoung mengambil telefon, mengambil gambar dan di zoom lubang tersebut. Mata gadis itu memancarkan ketakutan yang mendalam. Skrunya longgar.

Lubang itu mahu tak mahu pasti bersambung dengan bilik-bilik yang lain di tingkat ini. Keluasannya juga cukup memuatkan seorang dewasa. Miyoung juga tak pernah menyebut tentang biliknya.

Miyoung jatuh terduduk. Jika difikirkan lagi, Miyoung tak pernah menemui pemilik apartment. Kalau ada yang dapat masuk pun hanya dia dan pemiliknya.

Buat apa pemilik itu datang masuk melalui lubang udara kalau dia tahu passwordnya? Melainkan untuk melakukan hal aneh.

Miyoung teringat lagi dia mengatakan ini memeluk sang pemilik apartment kepada Sehun kerana telah berbaik hati. Miyoung baru perasan betapa cerianya wajah Sehun ketika itu.

"Bodoh! Bodoh!" Marah Miyoung pada diri sendiri.

"Yeri!" Teriaknya. "Yeri mesti tahu sesuatu. Aku kena jumpa Yeri!" Ujarnya.

Miyoung bersiap, mengambil barang-barang penting dan keluar menemui Yeri. Syukurlah dia tak bertembung dengan Sehun dalam perjalanan keluar.

Sampai di rumah Yeri, Miyoung menekan loceng rumah, mengetuk pintu dengan tak sabar.

"Yeri! Jungkook! Please open the door we need to talk!" Jerit Miyoung. Gadis itu cemas. Suaranya menganggu jiran-jiran sekitar.

Ketukan di pintu rumah terhenti saat ada seorang jiran datang menegur Miyoung. Wanita itu masih memegang senduk di tangan, bermakna dia sangat terganggu dengan kehadiran Miyoung.

"Cari orang rumah ke?" Tanya jiran Yeri, wanita yang sedikit berusia itu. Miyoung mengangguk.

"Iya. Agashhi tahu Yeri dan Jungkook ke mana?" Tanya Miyoung. Dia mengangguk, menatap Miyoung dari atas ke bawah.

"Mereka honeymoon. Mungkin lama lagi balik."

Miyoung putus asa. Sudah tentu pasangan suami isteri itu tiada. Miyoung tak jadi curiga Yeri ada kena-mengena dengan kejadian ini. Tak mungkin sahabatnya mengkhianatinya.

Miyoung berjalan pergi dari kawasan rumah Yeri menuju ke jalan untuk pulang. Dia menggigit jarinya, frust.

"Auckland... Auckland... How did he know I live in Auckland?" Miyoung terdiam seketika. "How did Yeri knows?"

Surat yang dihantar untuknya, lengkap dengan alamat. Bahkan Yeri nampak tak terkejut saat dia menghubunginya semula. Tak seperti orang yang telah lama tak menemui kenalan setelah lama terpisah. Yeri nampak biasa saja pun begitu dengan Jungkook.

"Did I get caught?"

Miyoung menoleh ke tepi secara perlahan-lahan, bertembung dengan mata Sehun. Senyuman menakutan Sehun kembali.

"Aku dah agak kau ke sini. Dan lepas dengar apa yang kau cakap tadi, how come baru sekarang otak kau connected, peaches?"

Sehun menarik pinggang Miyoung sampai membentur badannya.

"Since you get caught in this hide and seek game. You lose, peaches. Welcome home, my precious lucky charm."

To be continued

Continue Reading

You'll Also Like

17.9K 519 16
"we meet again my love" -Tengku Adrian Arasyah Seorang jejaka Yang merupakan musuhnya ketika waktu kecil muncul kembali Dalam hidup Mikayla. Dipaks...
89.1K 4.7K 18
Credit to- @hezlinthehazel tq for this cute cover ^^ Baekhyun budak terkenal dengan kehandsomannya di sekolah,di pejabat,dimana mana sahaja dipaksa o...
1K 48 11
A Malay BxB FanFic Of MinYun! Selama dua tahun bersekolah di Artiny Highschool, Yunho sentiasa dibuli oleh si anak pemilik sekolah tersebut, Mingi. M...
4.1K 545 68
Bukan Hero Romantik mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Emma atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem yang mempunyai sifat seperti wanita. Rambutn...