(C)His Possession (Wenhun)

Por Yeollie_Girl

13.1K 829 98

[#MALAY] Lima tahun berlalu sejak Miyoung lari dari Korea kerana takut akan kegilaan kekasihnya. Tahap obses... MΓ‘s

HP [1]
HP [2]
HP [3]
HP [4]
HP [5]
HP [6]
HP [7]
HP [9]
HP [10]
HP [11]
HP [12]
HP [13]
HP [14]
HP [15]
HP [16]
HP [17]
HP [18]
HP [19]
HP [20]
HP [21]
HP [22]
HP [23]
HP [24]
HP [25]
HP [26]
HP [27]
HP [28]
HP [29]
HP [30]
THE END
Special Chapter

HP [8]

457 22 0
Por Yeollie_Girl


Vote bestieh ❤️



"Jadi kau tinggal dekat apartment depan sana?" Tanya Sehun sambil menikmati buah yang dipotong oleh Miyoung.

Sejak gadis itu bersetuju untuk menemaninya, Sehun terus berleluasa menyuruh Miyoung melakukan itu dan ini. Ajaibnya, Miyoung tak membantah.

Melihat betapa lesunya badan Sehun sampai nak mengangkat sudu pun susah, membuatkan rasa berperikemanusiaannya muncul.

Demi sesama manusia, Miyoung diam dan menurut sahaja. Lain pula dengan Sehun yang menganggap gadis itu masih menyayanginya. Hanya saja gadis itu dalam tahap denial.

"Hem. Yeri kata ownernya nak cari penghuni yang boleh jagakan apartment tu. Free pula tu. Kalau aku jumpa dia, aku nak bagi peluk sebab benarkan aku tinggal sana secara percuma," celoteh Miyoung, tak menyadari Sehun yang tersenyum gembira mendengarnya.

"Sayangnya kita tak terserempak awal. Kalau tahu aku dah hantar saguhati."

"Saguhati untuk?"

"Meraikan kedatangan kau. Bukan senang nak dapat sewa apartment kat sini. Setidaknya aku kena kenal jiran," ujar Sehun.

"Susah-susah je. Tapi nasib baik kau baru tahu sekarang sebab aku tinggal dekat sini sekejap je. Tak boleh lama-lama. Nanti nak balik dah. Kalau tidak rasa bersalah pula aku kau dah susah-susah bagi hadiah," ujar Miyoung.

"Tak susah. Kau tinggal terima je. Nanti aku hantarkan," kata Sehun.

"Taeyong balik pukul berapa agaknya? Sekarang dah lewat lah," tanya Miyoung. Dia risau kalau perlu bermalam lama-lama meskipun Sehun dah meminta persetujuannya tadi.

Kerana walaubagaimanapun, keberadaan lelaki dan perempuan tanpa status di dalam ruangan yang sama itu bahaya. Kalau Taeyong balik sekarang, bolehlah Miyoung pergi dan menghubungi Kai.

Dan lagi, Miyoung tak nak menganggu masa-masa Sehun dan Taeyong. Sepatutnya pada waktu begini, Taeyong yang menjaga Sehun, bukan dia.

"Kenapa tanya pasal dia?"

"Tak apa-apa. Tapi ini dah lewat sangat. Kalau dia balik, aku boleh minta tolong dia jagakan kau sekali. Tak semua aku boleh tolong kan? Oh, atau Taeyong memang kerja sampai larut malam? Bahaya pula dia nak drive datang sini. Kau sepatutnya tak boleh biarkan dia seorang diri."

Celoteh Miyoung dianggap sebagai celoteh opet, makhluk aneh dalam series Upin & Ipin. Yang dia dengar hanyalah 'papasipapa papasipaga papasi'.

Wajah Sehun masam-mencuka mengetahui gadis itu peduli pada Taeyong.

Cih, setakat balik lewat malam Sehun pun selalu. Apa yang nak dirisaukannya?

"Dia takkan datang!" Bentak Sehun. Bibir bawahnya digigit. Miyoung sedikit terpegun. 

Ada apa ini sampai Sehun tinggikan suara? Ah, mesti Sehun cemburu Miyoung sangat peduli pada kekasihnya.

Melihat perubahan wajah Miyoung, Sehun segera mengutarakan alasan lain agar gadis itu tak curiga.

"Ma—maksud aku dia akan datang tapi kena tengok atas girlfriend dia dulu. Kadang-kadang girlfriend dia strict sangat sampai tak bagi Taeyong datang sini selalu. Kalau datang pun lambat," jelasnya.

"Hah? Girlfriend?"

Miyoung terkebil-kebil tak faham. 

"Cis! Kenapa kau nampak kecewa?!" Soal Sehun, agak tertahan kemarahannya. Kalau dulu, pasti hidungnya dah kempas-kempis seperti babi golek. Tapi sekarang dia harus menahannya demi menjaga imej coolnya.

"Bukan Taeyong tu girlfriend atau boyfriend kau? Sehun aku tahu kau mungkin malu. Tapi kau boleh jujur dengan aku. It's okey. Kita bukan orang asing. Aku takkan cakap pasal Taeyong lagi jadi kau jangan cemburu macam tu."

Darah di kepala Sehun serasa ingin turun. Bulu romanya naik mengetahui gadis pujaannya salah faham tentang dirinya dan Taeyong.

Tak guna punya Taeyong. Apa entah yang lelaki itu katakan pada Miyoung sampai Miyoung salah faham. Sehun mengepal penumbuk.

"Mana ada! Dia bukan pasangan aku!"

"Kau boleh jujur—"

"Dia ada girlfriend! Ada girlfriend! Masih suka wanita!"

Hampir terjungkal jatuh Miyoung kerana teriakan Sehun. Marah benar lelaki itu.

"Haih, okey-okey. Lupakan pasal tu. Aku cuma risau sikit kalau dia datang lewat. Nanti kalau kau nak bangun kencing, berak, siapa nak tolong papah? Takkan kau nak kejut aku pukul dua tiga pagi semata-mata untuk itu?" Ujar Miyoung.

"Kenapa tidak? Dulu masa kita sama-sama, aku minta mandikan pun kau tak tolak. Siap gosok hilangkan daki. Kenapa sekarang berubah?!"

Sehun menepuk selimutnya, geram. Matanya melotot kearah Miyoung. Andai bukan kerana lakonan sakitnya, dah lama Sehun terkam perempuan ini kerana tak faham-faham keinginan dan cemburunya. Apa lagi sampai menyalah ertinya hubungan dengan pekerja bawahannya itu.

"Itu dulu. Kita bukan siapa-siapa dah. Sebab tu kena ada Taeyong untuk tolong kau. Aku tak boleh sentuh kau sesuka hati macam dulu. Kita dah putus, Oh Sehun."

"Kau selalu buat-buat tak faham!"

"Apanya yang tak faham? Sehun takkan lah sebab tak nak tolong kau dalam bilik air pun kau marah? Kau tak kesian ke pada aku kena papah orang yang dua kali ganda lagi berat dari aku? Sebab itu, kalau ada Taeyong—"

Taeyong, Taeyong, Taeyong! Sehun rasa nak mencekik Miyoung supaya gadis itu berhenti menyebut nama tersebut. Sehun rasa Taeyong perlu mengganti namanya nanti atau perlu berambus saja dari dunia ini.

"Miyoung, sejuk lah. Boleh tolong naikkan suhu?"

Sehun mengubah topik, membalikkan badannya daripada melihat Miyoung.

Selimutnya dinaikkan sampai membungkus badan kecuali wajahnya. Merajuk kerana Miyoung tak habis-habis mengungkit soal Taeyong. Kesal dia kerana Miyoung menganggap dia terlalu lemah sampai boleh mati kalau pergi ke tandas sendiri.

Rasanya Sehun nak hentam Taeyong sampai patah kaki supaya Miyoung berhenti menganggap pembantunya itu boleh menolong Sehun. Biar Miyoung sendiri yang uruskan dia.

Miyoung melepaskan keluhan kecil. Sedikit marah sebenarnya dengan sifat kekanakkan Sehun. Mahu tengking pun tak ada guna. Miyoung tak berhak. Dia bergegas menaikkan suhu bilik dan menjauhi katil. 

"Aku straight! Normal!" Teriakan Sehun secara tiba-tiba membuatkan Miyoung tersentak. Namun Sehun masih membelakanginya.

"Iya-iya. Aku percaya."

"Miyoung!"

Miyoung menahan tawanya dengan menekup mulut. Takut Sehun makin merajuk pula.

---

Sejak kejadian di mana Sehun merajuk dengan Miyoung, mereka tak bersua-muka lagi. Pelik, tapi Miyoung merasakan Sehun menjauhinya.

Bukan masalah besar baginya.

Cuma, Miyoung asyik ditimpa perkara aneh sahaja saat bersendirian atau di mana-mana sahaja dia berada.

Sebagai contohnya, barang-barang di dalam apartment akan berubah tempat dari tempat asal yang Miyoung letak. Seperti susunan cawan dan pinggan. Ada juga bekas cawan yang telah digunakan namun tak dibasuh bertenggek di sebelah sinki.

Miyoung tak ingat bila menggunakannya, tapi hawa dari cawan tersebut pasti sentiasa panas seolah-olah ada yang baru selesai menggunakannya.

Tak hanya itu, Miyoung merasakan ada seseorang yang tidur bersamanya di malam hari. Badannya rasa tertindih dan dia sentiasa bermimpi disentuh oleh makhluk itu. Bangun-bangun sahaja bahagian intimnya basah.

Memalukan. Miyoung cuba menganggap hal itu sebagai perubahan hormon sahaja. Tapi tak mungkin kan hormonnya sentiasa memuncak di malam hari selama berhari-hari tanpa henti?

Cadar Miyoung kini meninggalkan bau maskulin seseorang. Baunya sangat familiar. Kuat dan susah dilupakan. Sedikit playful, tidak menyesakkan hidung dan meninggalkan kesan yang cukup mendalam pada Miyoung.

Dia yakin ada yang menyeludup masuk ke apartmentnya, baik itu penceroboh atau pemilik apartment itu sendiri. Alibinya semakin kukuh saat lehernya dihinggapi ruam-ruam merah yang dikenali sebagai love bite.

Rasanya Miyoung ingin menjerit marah, ketakutan kerana tahu dirinya tak selamat di sini. Miyoung buntu siapa yang dapat mengakses apartment ini selain dirinya dan pemilik apartment itu sendiri.

Kalau benarlah itu ulah pemilik apartment, Miyoung mahu pergi dari sana secepat mungkin. Dia tak akan menerima apa-apa pun alasan logik atas kes kecabulan ini.

Sayangnya, Miyoung tak dapat lagi membeli tiket pulang ke Auckland kerana akaunnya disekat. Bahkan harga tiket pun naik mendadak melebihi gajinya. Kai juga tak dapat dihubungi secara tiba-tiba.

Miyoung jadi kesal kerana ada sahaja halangannya tatkala dia ingin pergi dari Korea.

Entah itu tiketnya dirompak, atau ada budak tak sengaja menjatuhkan aiskrim keatasnya, atau ada yang menyenggol bahunya sampai tiket terjatuh ke dalam longkang.

Sekarang akaunnya dikatakan disekat kerana diduga sebagai penipu identiti. Apalagi selepas ini?

To be continued

Seguir leyendo

TambiΓ©n te gustarΓ‘n

66.4K 6.5K 31
❝𝑻𝒉𝒆 𝒃𝒆𝒂𝒔𝒕 𝒏𝒆𝒆𝒅 π’‰π’Šπ’” π’ƒπ’†π’‚π’–π’•π’š.❞ Dia raksasa.Tiada siapa yg berani dekat dengannya.Semua org takutkannya.Ibu bapanya juga tidak bera...
1K 48 11
A Malay BxB FanFic Of MinYun! Selama dua tahun bersekolah di Artiny Highschool, Yunho sentiasa dibuli oleh si anak pemilik sekolah tersebut, Mingi. M...
28.9K 580 15
"Kahwin dengan daddy jom"? -Alex Danial "You dh gila ke ape?"you are my lecturer!"-Raisha Qistina "I tak gila,I gila...
12K 1K 29
A girl regretting her desicion on hating Wanna One. [It's a malay fanfic bcs my English already terbabas years ago heheheheh] Highest ranking πŸŽ‰ #1 L...