(C)His Possession (Wenhun)

By Yeollie_Girl

13.2K 829 98

[#MALAY] Lima tahun berlalu sejak Miyoung lari dari Korea kerana takut akan kegilaan kekasihnya. Tahap obses... More

HP [1]
HP [2]
HP [3]
HP [4]
HP [5]
HP [7]
HP [8]
HP [9]
HP [10]
HP [11]
HP [12]
HP [13]
HP [14]
HP [15]
HP [16]
HP [17]
HP [18]
HP [19]
HP [20]
HP [21]
HP [22]
HP [23]
HP [24]
HP [25]
HP [26]
HP [27]
HP [28]
HP [29]
HP [30]
THE END
Special Chapter

HP [6]

490 25 5
By Yeollie_Girl

Vote ye korang ❤️


Benar kata Kai. Tak mungkin Sehun masih berdendam sampai sekarang. Meskipun ada sekali dua Sehun tersentuh tangannya seperti ingin memimpinnya seperti dulu, tapi lelaki itu nampak tak seagresif dulu.

Bahkan Sehun meminta maaf kepadanya kerana terlalu lancang mengurusi hidupnya. Lelaki itu nampak betul-betul bersalah.

Melihat Sehun yang benar-benar berubah membuat Miyoung lega. Mereka sudah bersepakat melupakan kenangan lalu dan menjadi sahabat. Sehun kata Miyoung masih boleh menghubungi jika ingin meminta bantuan.

Miyoung menyelipkan kad yang berisi nombor Sehun di dalam dompetnya. Dia masih tak menyimpannya secara digital, mungkin masih menunggu masa yang tepat untuk menghubungi lelaki itu.

Lagipula tak ada kepentingan buatnya menyimpan nombor itu.

From : kaibear@yyyy.yyyy

'Saya dah tempah tiket balik ke NZ. Nanti check balik ya, Miyoung!

Regards,
Kai

Pdf.attach.'

Email daripada Kai dibaca sekilas. Miyoung sudah memutuskan untuk kembali ke New Zealand lusa. Dia ingin mencari cenderahati buat kenalannya di New Zealand terlebih dahulu.

Terutamanya Kai dan para pekerja bakerynya. Ya, di Auckland sana, Miyoung membangun kedai bakery secara kecil-kecilan. Penghasilannya lumayan untuk menghidupkan Miyoung dan beberapa orang pekerjanya.

Hari ini genap seminggu Miyoung berada di Korea sejak majlis pernikahan Yeri dan Jungkook. Bukannya tak mahu pulang awal, tapi Kai yang masih mencari tiket dengan harga yang berpatutan sampai mengheret masa Miyoung. Miyoung tak masalah dengan hal itu asal dia pulang dengan selamat.

Kalau ikutkan boleh saja Miyoung ambil mana-mana tiket yang ada, tapi Kai melarang, katanya membazir. Akhirnya Miyoung biarkan saja Kai yang mengurusnya.

Memang selama ini pun Kai yang sibuk mengurus urusannya. Dah serupa bapa dan anak sudah. Miyoung percaya sepenuhnya pada Kai kerana selama lima tahun ini, tak pernah lagi Kai mencuri duitnya atau menggunakan akaunnya untuk melakukan hal yang tidak baik.

Sehun pula sudah lama tak muncul di hadapannya. Nampaknya Sehun juga tak mahu menganggu hidup Miyoung lagi. Tak sangka mereka berdua dapat mencapai kesepakatan sebegini setelah dewasa.

Andai begini hubungan mereka dahulu, Miyoung tak perlu susah-susah lari demi menyedarkan Sehun.

Lupakan Sehun, dia pasti sibuk dengan kerjanya. Buat apa dia peduli pada Miyoung bukan? Mereka bukan siapa-siapa.

Kenapa Miyoung perlu teringat pada Sehun sejak datang ke Korea? Setiap minit asyik terfikir soal lelaki itu. Dah macam dia pula mengharap Sehun kembali.

"Bodoh..." Miyoung terkekeh perlahan, betapa lucunya dia sekarang kerana seolah berharap pada kekasih orang itu.

Silap, bekas kekasih bukan kekasih. Sehun menegaskan yang dia tidak menjalin hubungan dengan sesiapa.

Miyoung mengambil sebiji buah epal merah yang berada di dalam peti. Dia memutar buah tersebut yang terlihat merah menyala. Segar sekali.

Gigitan pertama saja dah buatkan Miyoung terkagum-kagum.

"Manis!"

Miyoung lupa bila dia ada membeli epal tersebut, atau memang sudah ada di sana. Main makan saja memandangkan bukan benda beracun. Nanti dia gantikan balik selepas shopping.

Tahu-tahu saja dah tiga biji epal dia habiskan. Kerongkongnya sampai kering. Miyoung meneguk air kosong dengan rakus kemudian menuju ke bilik.

Kepalanya terasa pening. Seolah-olah ada jarum yang menucuk.

"Migrain ke?" Gumam Miyoung. "Atau karma makan tak minta izin?"

Dia menjatuhkan badannya keatas katil, membenamkan wajahnya pada bantal. Miyoung meremas cadar katil, bernafas dengan berat untuk menandingi rasa sakit itu.

Perlahan-lahan, matanya terkatup rapat. Dia pengsan. Serentak dengan itu, pintu biliknya lagi-lagi dibuka oleh seseorang.

Kali ini, tak ada lagi mask untuk menutupi wajah penceroboh itu. Melihat dari tubuh, kali ini orang yang berbeza datang ke bilik Miyoung. Orang itu menoleh sekilas pada cermin, menampilkan senyuman nakalnya.

"Carelessnya peaches saya. Dekat mana-mana orang makan satu je sayang, bukan sampai habis sebakul. Kan dah overdose..."

Sehun memuncungkan bibirnya, memperbetulkan kedudukan tidur Miyoung yang tadinya terlentang ke bawah.

Matanya bersinar melihat tubuh kekasihnya itu. Lima tahun benar-benar waktu yang singkat tapi cukup untuk mengubah ukuran badan gadis itu.

Sehun akui, dia lebih suka yang sekarang. Rasanya Sehun ingin menindih sampai meremukkan badan gadis itu. Rindu yang ditahan dulu takkan mampu terlangsai dengan mudah sekarang. Mungkin perlu diganda sepuluh kali untuk melunaskannya. Alias Miyoung perlu tinggal dengannya sampai mati.

Sehun mengambil telefon Miyoung, memeriksa semuanya takut Miyoung curang darinya. Siapa tahu kan Miyoung menyembunyikan lelaki lain tanpa dia tahu?

Kalau ada, Sehun akan menghajar siapa saja yang berani membuat hati Miyoung berlabuh pada yang lain. Berani sekali orang itu hidup. Tak tahu kah dia jodoh Miyoung itu cuma Sehun?

"Okey, peaches saya selamat kali ini. Tak ada yang mencurigakan. Pandai peaches jaga diri, jaga hati, dan jaga mata. Ajaran siapa niii..."

Dengan geram Sehun mencubit hidung Miyoung. Nasib baik la Miyoung tak sesak nafas.

Sehun masuk ke dalam selimut, menggunakan tangannya sebagai bantal Miyoung. Badan Miyoung dipeluk erat.

"Maaf, peach. Bangun esok mesti awak sakit kepala sangat-sangat. Kalau kita masih bersama, saya boleh beri ubat ciuman untuk kurangkan sakit. Ah, tapi siapa cakap kita dah berpisah? Hehe."

Sehun menjilat dan menggigit geram jari Miyoung. Jari yang dulu sering mengusap rambutnya sampai Sehun tertidur. Jari yang sentiasa bertaut dengannya ke mana-mana dia pergi.

"Hati saya sakit awak asyik ulang pasal berpisah. Nak je saya jahit-jahit mulut ni, tapi nanti macam mana saya nak cium? Hmm."

Jari Sehun mengusap bibir Miyoung, bermain dengannya seperti permainan squishy-squishy.

"Saya tak sabar. Kejap lagi kita akan bersama balik. Tunggu ya, peach. Kalau saya ambil awak sekarang, awak akan takut. Awak kata saya gila kan? Hahaha!"

Sehun semakin mengeratkan pelukan. Dia mendekatkan bibirnya pada telinga Miyoung.

"Kalau lah kau tahu, kepergian kau buat aku makin gila. Menyesal tak?"

Tangan Sehun masuk ke dalam pajama Miyoung. Entah siapa tahu apa yang dia lakukan. Matanya berkilat, berubah menjadi seperti tatapan seekor serigala kepada mangsanya.

"Kau takkan balik ke sana dah! Sampai bila-bila pun. I won't let you go, peach. You need to deal with it forever. Cause you are mine. Hehehe. Sleep tight, peaches."

---

Miyoung mengumpul barang-barang yang mahu dibawa pulang ke Auckland. Gadis itu menilik dirinya di dalam cermin buat kali terakhir. Dia sudah siap dengan jaket sejuknya, bersedia menghadapi angin sejuk Auckland.

Sejak dua hari lepas, tubuh Miyoung jadi semakin lemah. Rasa seperti nak jatuh demam sahaja. Itu yang dia pakai berlapis-lapis.

Tiket dan passportnya disimpan di dalam sling bag. Puas hati, Miyoung terus menolak bagasinya menuju ke pintu rumah. Untuk terakhir kalinya dia menatap apartment mewah itu.

"Terima kasih dah bagi tempat menumpang. Saya sangat berbesar hati wahai tuan rumah!"

Dia menunduk hormat pada angin, seolah-olah bercakap dengan tuan rumah. Gadis itu membuka pintu, hanya untuk disapa dengan wajah seorang lelaki yang terlihat cemas.

"Siapa?"

"Jiran ya? Saya Taeyong. Maaf, tapi saya nak minta tolong boleh?" Ujarnya, takut-takut. "Kawan saya demam teruk tapi dia tak mahu jumpa doktor. Saya tak tahu nak buat apa memandangkan saya tak pernah jaga orang sakit. Saya pun urgent kena pergi sekarang."

Taeyong menunjuk pada apartment di depan Miyoung. Setahu Miyoung, apartment itu tidak berpenghuni. Atau dia saja yang tak tahu kerana belum pernah melihat penghuninya.

"Maaf ya Taeyong. Bukan tak nak tolong, tapi saya pun kena pergi sekarang."

Taeyong segera mengeluarkan dompet dan telefonnya dan menyerahkannya kepada Miyoung. Tangannya dijauhkan agar Miyoung tak memulangkannya.

"Awak boleh simpan dan periksa kalau tak percaya saya. Mungkin awak takut-takut sebab saya lelaki dan kita tak kenal. Saya faham. IC, kad bank, telefon saya semuanya awak boleh tengok. Asalkan awak bantu kawan saya sekejap je. Dia betul-betul sakit sampai tak boleh buka mata," rayu Taeyong.

Miyoung jadi serba-salah. Dia dapat melihat mata Taeyong bergetar ketakutan seolah-olah sahabatnya itu nazak. Miyoung melihat waktu pada jam tangannya. Masih ada tiga jam lagi. Mungkin sempat kalau dia membantu.

Miyoung tak memeriksa dompet lelaki itu. Melihat reaksi Taeyong, dia rasa tak mungkin Taeyong orang jahat. Dompet dan telefon itu diserahkan dengan paksa.

"Saya akan tolong." Miyoung memintas saat Taeyong nampak ingin protes.

"Terima kasih! Terima kasih!"

Taeyeong tersenyum singkat dan segera membawa Miyoung masuk ke apartment di depannya itu. Designnya hampir sama dengan apartmentnya.

"Maaf bersepah sikit."

'Sepah?' Bersepah apa kalau bersih macam ni. Lagi kemas daripada apartmentnya ada lah.

Mereka tiba di salah satu bilik. Mungkin master bedroom.

Sebaik sahaja pintu terbuka, Miyoung ternganga. Dia tercegat di depan pintu, ragu untuk masuk saat melihat siapa yang sedang terbaring lemah diatas katil.

"Sehun?"

Sejak bila Sehun tinggal satu aras dengannya?

To be continued

Continue Reading

You'll Also Like

9.9K 766 49
๐—œ ๐—ง๐—ฟ๐—ถ๐—ฒ๐—ฑ | ๐—˜๐—ท๐—ฒ๐—ป ๐—”๐—น๐—ถ . . . Remake From:- ๐—˜๐—ท๐—ฒ๐—ป ๐—”๐—น๐—ถ {๐— ๐—ถ๐˜€๐—ถ:๐— ๐˜‚๐—ฎ๐—ธ}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali...
18K 519 16
"we meet again my love" -Tengku Adrian Arasyah Seorang jejaka Yang merupakan musuhnya ketika waktu kecil muncul kembali Dalam hidup Mikayla. Dipaks...
12K 1K 29
A girl regretting her desicion on hating Wanna One. [It's a malay fanfic bcs my English already terbabas years ago heheheheh] Highest ranking ๐ŸŽ‰ #1 L...