(C)His Possession (Wenhun)

By Yeollie_Girl

13.1K 829 98

[#MALAY] Lima tahun berlalu sejak Miyoung lari dari Korea kerana takut akan kegilaan kekasihnya. Tahap obses... More

HP [1]
HP [2]
HP [3]
HP [5]
HP [6]
HP [7]
HP [8]
HP [9]
HP [10]
HP [11]
HP [12]
HP [13]
HP [14]
HP [15]
HP [16]
HP [17]
HP [18]
HP [19]
HP [20]
HP [21]
HP [22]
HP [23]
HP [24]
HP [25]
HP [26]
HP [27]
HP [28]
HP [29]
HP [30]
THE END
Special Chapter

HP [4]

484 31 0
By Yeollie_Girl

Thanks for the vote❤️



"Congratulations Yeri, Jungkook!"

Miyoung dan beberapa teman lama zaman sekolahnya menyemburkan bir ke udara, meraikan penyatuan kedua mempelai.

Majlis meriah sekali dengan begitu ramai tetamu yang hadir. Jungkook mengangkat Yeri, memusingkan gadis itu kemudian menciumnya.

Miyoung bersorak bersama-sama yang lain. Sejak sampai di taman tempat majlis pernikahan diadakan, Miyoung sudah bertemu hampir dengan semua orang yang dikenalinya. Miyoung fikir mereka akan canggung menegurnya, tetapi syukurlah mereka tampak mengalu-alukan kehadiran Miyoung.

Yeri dan Jungkook bakal memotong kek sekarang, diikuti oleh yang lain untuk mengambil gambar. Miyoung meletakkan botol bir keatas meja, menjauh dari kerumunan ramai.

Ada beberapa orang yang dia tak kenal dan mereka tampaknya sangat rapat dengan Yeri. Jadi Miyoung ingin memberi ruang kepada mereka dan menjauh kerana takut menganggu.

"!"

Tiba-tiba sahaja Miyoung merasakan dirinya diperhati. Dia memandang ke sekitarnya, mencari-cari siapa yang berkemungkinan menatapnya. Tapi orang-orang tampak tak peduli padanya dan sibuk dengan pasangan masing-masing.

Suatu tepukan pada bahu mengalihkan perhatian Miyoung.

"Hai, I dahaga. Ambilkan cocktails untuk dua orang? Now!"

Miyoung berkerut mendengar seorang gadis berattitude entah apa-apa yang tiba-tiba mengarahnya. Dia menunduk melihat pakaiannya. Tak ada yang salah.

Tak terlihat seperti pelayan pun. Tapi kenapa dia pula yang disuruh-suruh? Baru Miyoung nak menjawab, gadis itu kembali berkata.

"Hello, pekak? Now, please!" Tekannya. Matanya diputar seakan menyampah. Disebabkan gadis itu berkata please, Miyoung akhirnya menurut sahaja. Tak mahu lah dia menganggu majlis Yeri.

Dengan langkah lemah dan lesu dia mendekati meja makan, mencapai gelas untuk mengisi cocktails. Bibirnya muncung seribu. Rasa macam dah penat dia cantik-cantik harini, tapi dilayan seperti pembantu.

"Kalau bukan sebab Yeri dengan Jungkook, dah lama dah perempuan tu..." Gumam Miyoung. Tangannya ingin mencapai senduk, namun dipintas oleh tangan lain.

Gadis itu berdecit, tapi tak jadi untuk marah kala melihat siapa yang mendahuluinya. Matanya terpaku pada mata setajam helang itu. Nafasnya hampir terhenti.

"Sehun..."

Mata tajam tapi berubah lembut. Tak lagi berintimidasi seperti dulu. Lebih mengejutkan, Sehun tersenyum.

Seketika bulu roma Miyoung tegak. Ada yang tak dia ketahui ke sampai Sehun tiba-tiba berubah seperti ini? Rasanya ada. Tapi Miyoung lebih rela melihat wajah masam-mencuka Sehun darinya yang ini kerana yang itu lebih normal.

Miyoung menggelengkan kepalanya, mengusir fikiran buruk. Dia dah berubah Miyoung, dah berubah. Stop berfikiran negatif!

Miyoung tak mahu bermusuhan dengan Sehun. Tak ada salahnya kan berdamai? Lagipula kata Yeri, Sehun pun dah move on. Tak elok dia memburukkan Sehun meski hanya dalam hati.

"Miyoung. Lama tak jumpa. Tak sangka dapat jumpa dekat sini," ujar Sehun, kembali meletakkan senduk tersebut ke dalam mangkuk.

Miyoung mengangguk. Dia tak tahu mahu memandang ke mana kerana canggung. Sehun tak berhenti dari menatapnya sejak tadi. Dan dia juga sedang mencari di mana pasangan Sehun.

Sehun mendepakan tangan ingin me
"Dah balik?" Tanya Sehun. Kening Miyoung hampir bertaut mendengar pertanyaan Sehun.

"Maksudnya?"

"Lima tahun dulu..." Sehun mengheret panjang ayatnya. "Ada orang tu pergi dari Korea secara tiba-tiba. Balik juga akhirnya. Tepat pada hari dia pergi. How's Auckland?" 

Jika semua dapat mendengar, Miyoung ingin memberitahu bahawa jantungnya hampir tercabut dari soket kerana takut dengan pertanyaan itu.

Adakah Sehun berdendam? Adakah Sehun akan membalasnya? Adakah Sehun akan membahas tentangnya lagi sampai membuat Miyoung terperangkap dan lemas?

Miyoung ketawa dengan sangat kekok sampai menepuk lengan Sehun secara tak sengaja. Setelah sedar akan kelancangannya, Miyoung terus menarik balik tangannya. 

"Ahh. Maaf. Ada ahli keluarga aku yang sakit mendadak, itu sebab aku pergi. Aku cemas sangat masa tu sampai lupa nak beritahu semua orang."

"Mendadak lupa sampai lima tahun ya. Sayang, muda-muda pelupa."

Senyuman lebar Sehun sampai membentuk eyesmile itu membuat Miyoung semakin seram. Dia tersenyum, tapi kenapa firasat Miyoung mengatakan lelaki itu sedang marah?

Tidak, tidak. Mungkin Miyoung terlalu bersangka buruk pada Sehun. Tidak mungkin lelaki berusia 22 tahun itu masih punya pemikiran budak 17 tahun.

Sehun tak mungkin menyindirnya. Lelaki itu berkata dengan nada manis dan ramah. Mana mungkin nada sebegitu ditafsirkan sebagai kata-kata jahat? Mungkin Miyoung yang terlalu ikutkan perasaan.

"Itu... Aku terpaksa jaga dia. Tak ada orang lain dah. Sibuk sangat-sangat dulu."

"Macam mana keadaan dia sekarang? Dah baik? Itu sebab kau balik? Boleh aku melawat?"

Mata Miyoung membulat. Degupan jantungnya semakin laju. Miyoung mengangkat tangannya membentuk huruf 'X'.

"Di—dia dah meninggal! Ya dah meninggal. Maaf, cuma ahli keluarga je yang boleh melawat." Miyoung menggaru belakang tengkuknya, berpura-pura sedih.

"I see... Kenapa tegang semacam? Aku bukannya nak makan orang. Salah tanya pasal family girlfriend sendiri?"

Salah satu kening Sehun naik. Dari tadi dia perhatikan, Miyoung kelihatan resah semacam. Tak pernah nak ber‐eye contact dengannya. Buruk sangat ke muka dia sampai Miyoung tak betah melihat?

"Ex. Ex girlfriend. Hati-hati Sehun. Kalau girlfriend kau dengar nanti dia salah faham."

Miyoung memperbetulkan status mereka. Risau betul dia kalau ada yang berfikir mereka masih bersama.

"Girlfriend aku?"

"Ya. Yeri cakap kau dekat dengan seorang perempuan sekarang ni." Barulah Miyoung berani untuk membalas tatapan Sehun. Sebenarnya dia tertanya-tanya bagaimana rupa perempuan yang berjaya menambat hati Sehun itu.

Kalau sudah berjumpa, Miyoung ingin berterima kasih. Setidaknya perempuan itu berjaya membawa keluar sisi normal Sehun.

"Oh. Kau dah dengar rupanya pasal tu."

Tak ada raut wajah gembira dari Sehun. Nampak seperti kesal ada lah. Miyoung mengangguk. Terlebih husnudzon.

"Aku tak nak dia salah faham. Kau tak boleh tersasul macam tu dah nanti. Kena jaga hati dia. Ah, maaf aku macam memerintah kau. Lagipun mesti kau pun dah lupakan masa lalu kita. Kalau tidak takkan lah dah jalin hubungan baru."

Miyoung nampak serius. Matanya berkobar-kobar, bersemangat ingin Sehun melupakan kenangan mereka. Dia yakin Sehun cuma tersilap cakap sahaja tadi.

"Kau dah lupakan kenangan kita?"

"Eyy mestilah! Lima tahun masa yang cukup untuk lupakan semuanya. Sudahlah! Sehun, kau dah ada girlfriend. Nanti kalau dia dengar lain pula jadinya. Kita pun dah jadi ex. Tak ada apa yang nak diingat."

Sehun tanpa disedari meremas gelas di tangannya dengan senyuman tipis.

Crack!

Orang-orang yang berdekatan termasuk Miyoung terkejut. Gelas di tangan Sehun pecah. Namun Sehun terlihat biasa sahaja.

"Sehun! Tangan kau okey?"

Sehun memandang tangannya yang tak terluka. Mujurlah tak ada kaca yang tersesat di sana. Sayang, kalau tidak perhatian Miyoung tak akan habis sampai di situ.

"Maaf, tergenggam kuat sangat." Dia menunduk kecil pada orang-orang yang memerhatinya.

"I'm okey. Aku pergi bersihkan dulu. By the way Miyoung, aku belum ada girlfriend. Hentikan kata-kata mengarut kau tadi. Kau boleh timbulkan gosip baru," ujar Sehun sambil mengeluarkan sapu tangan dari poketnya.

"Gosip?"

"Berhenti percaya pada gosip murahan. Bahaya untuk reputasi aku sekarang. Ramai yang tengah dengar. Aku tak pernah dekat dengan mana-mana perempuan," ujar Sehun. "Ini. Ambil dan minum untuk diri sendiri. Jangan dengar perintah sesiapa dekat sini. Kau tetamu, bukan pelayan. Aku pergi dulu."

Sehun meninggalkan Miyoung dan beredar ke tandas. Tatapannya berubah dalam sekelip mata. Tak ada raut wajah yang ramah seperti yang dilihat Miyoung.

"Seret siapa yang dah berani mengarah lucky charm. Jangan sampai ada yang nampak." Arah Sehun.

Lelaki itu masuk ke dalam tandas, membersihkan tangannya yang melekit. Dia menatap dirinya di dalam cermin.

"Kau banyak berubah sekarang, peaches. Dah berani ingkar perintah aku."

Sehun mendesah marah melihat rambut kesayangannya dulu yang memendek. Rasanya Sehun ingin membotakkan kepala siapa yang berani memotong dan menyentuh rambut peachesnya itu. Tidak setakat itu, mungkin menghancurkan jari-jari orang tersebut agar tak sembarangan bergerak tanpa persetujuannya.

"Tunggu hukumannya, peaches. Tak ada lagi game hide and seek kali ni. Aku takkan lepaskan kau lagi..."

To be continued

Continue Reading

You'll Also Like

6.2K 450 33
No. 1 in #Toxic No. 1 in #Bucin Adrasta. Sebut saja namanya pasti digeruni semua pelajar-pelajar di SMK Bima Sakti. Layaknya seorang Ketua Geng Motor...
4.1K 545 68
Bukan Hero Romantik mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Emma atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem yang mempunyai sifat seperti wanita. Rambutn...
5.5K 321 33
"janji kita akan berkawan untuk selamanya?" "ya, saya janji! kita akan bersama walau apa jua sekalipun!" sebuah janji yang tersimpul sejak berpuluh-p...
9.8K 750 49
๐—œ ๐—ง๐—ฟ๐—ถ๐—ฒ๐—ฑ | ๐—˜๐—ท๐—ฒ๐—ป ๐—”๐—น๐—ถ . . . Remake From:- ๐—˜๐—ท๐—ฒ๐—ป ๐—”๐—น๐—ถ {๐— ๐—ถ๐˜€๐—ถ:๐— ๐˜‚๐—ฎ๐—ธ}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali...