[๐’๐”]-๐’๐”๐€๐Œ๐ˆ๐Š๐” ๐“๐”๐€๏ฟฝ...

By Antashcya

6K 266 8

"๐ป๐‘–๐‘  ๐‘™๐‘œ๐‘ฃ๐‘’ ๐‘‘๐‘’๐‘’๐‘๐‘’๐‘Ÿ ๐‘กโ„Ž๐‘Ž๐‘› ๐ด๐‘ก๐‘™๐‘Ž๐‘›๐‘ก๐‘–๐‘" ๐„๐ซ๐ข๐ง๐ž ๐๐š๐ญ๐š๐ฌ๐ฒ๐š ๐Š๐ข๐ฆ ๐๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐’๐š๐Ÿ๐ข๏ฟฝ... More

๐‘ด๐’“๐’”. ๐‘ฏ๐’‚๐’'๐’” // ๐‘ฐ๐’๐’•๐’“๐’
๐‘ด๐’“๐’”. ๐‘ฏ๐’‚๐’'๐’” // ๐ŸŽ๐Ÿ
๐‘ด๐’“๐’”. ๐‘ฏ๐’‚๐’'๐’” // ๐ŸŽ๐Ÿ
๐‘ด๐’“๐’”. ๐‘ฏ๐’‚๐’'๐’” // ๐ŸŽ๐Ÿ‘
๐‘ด๐’“๐’”. ๐‘ฏ๐’‚๐’'๐’” // ๐ŸŽ๐Ÿ“
๐‘ด๐’“๐’”. ๐‘ฏ๐’‚๐’'๐’” // ๐ŸŽ๐Ÿ”
๐‘ด๐’“๐’”. ๐‘ฏ๐’‚๐’'๐’” // ๐ŸŽ๐Ÿ•
๐‘ด๐’“๐’”. ๐‘ฏ๐’‚๐’'๐’” // ๐ŸŽ๐Ÿ–
๐‘ด๐’“๐’”. ๐‘ฏ๐’‚๐’'๐’” // ๐ŸŽ๐Ÿ—
๐‘ด๐’“๐’”. ๐‘ฏ๐’‚๐’'๐’” // ๐Ÿ๐ŸŽ
๐‘ด๐’“๐’”. ๐‘ฏ๐’‚๐’'๐’” // ๐Ÿ๐Ÿ
๐‘ด๐’“๐’”. ๐‘ฏ๐’‚๐’'๐’” // ๐Ÿ๐Ÿ
๐‘ด๐’“๐’”. ๐‘ฏ๐’‚๐’'๐’” // ๐Ÿ๐Ÿ‘
๐‘ด๐’“๐’”. ๐‘ฏ๐’‚๐’'๐’” // ๐Ÿ๐Ÿ’
๐‘ด๐’“๐’”. ๐‘ฏ๐’‚๐’'๐’” // ๐Ÿ๐Ÿ“
๐‘ด๐’“๐’”. ๐‘ฏ๐’‚๐’'๐’” // ๐Ÿ๐Ÿ”
๐‘ด๐’“๐’”. ๐‘ฏ๐’‚๐’'๐’” // ๐Ÿ๐Ÿ•
๐‘ด๐’“๐’”. ๐‘ฏ๐’‚๐’'๐’” // ๐Ÿ๐Ÿ–
๐‘ด๐’“๐’”. ๐‘ฏ๐’‚๐’'๐’” // ๐Ÿ๐Ÿ—
๐‘ด๐’“๐’”. ๐‘ฏ๐’‚๐’'๐’” // ๐Ÿ๐ŸŽ
๐‘ด๐’“๐’”. ๐‘ฏ๐’‚๐’๐’” // ๐Ÿ๐Ÿ
๐‘ด๐’“๐’”. ๐‘ฏ๐’‚๐’๐’” // ๐Ÿ๐Ÿ
๐‘ด๐’“๐’”. ๐‘ฏ๐’‚๐’'๐’” // ๐Ÿ๐Ÿ‘
๐‘ด๐’“๐’”. ๐‘ฏ๐’‚๐’'๐’” // ๐Ÿ๐Ÿ’
๐‘ด๐’“๐’”. ๐‘ฏ๐’‚๐’'๐’” // ๐Ÿ๐Ÿ“
ANNOUNCEMENTS ๐Ÿšจ๐Ÿ“ข
๐‘ด๐’“๐’”. ๐‘ฏ๐’‚๐’'๐’” // ๐Ÿ๐Ÿ”
๐‘ด๐’“๐’”. ๐‘ฏ๐’‚๐’'๐’” // ๐Ÿ๐Ÿ•
๐‘ด๐’“๐’”. ๐‘ฏ๐’‚๐’'๐’” // ๐Ÿ๐Ÿ–
๐‘ด๐’“๐’”. ๐‘ฏ๐’‚๐’'๐’” // ๐Ÿ๐Ÿ—
๐‘ด๐’“๐’”. ๐‘ฏ๐’‚๐’'๐’” // ๐Ÿ‘๐ŸŽ
๐‘ด๐’“๐’”. ๐‘ฏ๐’‚๐’'๐’” // ๐Ÿ‘๐Ÿ
๐‘ด๐’“๐’”. ๐‘ฏ๐’‚๐’'๐’” // ๐Ÿ‘๐Ÿ
๐‘ด๐’“๐’”. ๐‘ฏ๐’‚๐’'๐’” // ๐Ÿ‘๐Ÿ‘
๐‘ด๐’“๐’”. ๐‘ฏ๐’‚๐’'๐’” // ๐Ÿ‘๐Ÿ’
๐‘ด๐’“๐’”. ๐‘ฏ๐’‚๐’'๐’” // ๐Ÿ‘๐Ÿ“
๐‘ด๐’“๐’”. ๐‘ฏ๐’‚๐’'๐’” // ๐Ÿ‘๐Ÿ”
๐‘ด๐’“๐’”. ๐‘ฏ๐’‚๐’'๐’” // ๐Ÿ‘๐Ÿ•
๐‘ด๐’“๐’”. ๐‘ฏ๐’‚๐’'๐’” // ๐Ÿ‘๐Ÿ–
๐‘ด๐’“๐’”. ๐‘ฏ๐’‚๐’'๐’” // ๐Ÿ‘๐Ÿ—
๐‘ด๐’“๐’”. ๐‘ฏ๐’‚๐’'๐’” // ๐Ÿ’๐ŸŽ
ANNOUNCEMENTS ๐Ÿšจ๐Ÿ“ข
๐‘ด๐’“๐’”. ๐‘ฏ๐’‚๐’'๐’” // ๐Ÿ’๐Ÿ
๐‘ด๐’“๐’”. ๐‘ฏ๐’‚๐’'๐’” // ๐Ÿ’๐Ÿ
๐‘ด๐’“๐’”. ๐‘ฏ๐’‚๐’'๐’” // ๐Ÿ’๐Ÿ‘
๐‘ด๐’“๐’”. ๐‘ฏ๐’‚๐’'๐’” // ๐Ÿ’๐Ÿ’
๐‘ด๐’“๐’”. ๐‘ฏ๐’‚๐’'๐’” // ๐Ÿ’๐Ÿ“
๐‘ด๐’“๐’”. ๐‘ฏ๐’‚๐’'๐’” // ๐Ÿ’๐Ÿ”
๐‘ด๐’“๐’”. ๐‘ฏ๐’‚๐’'๐’” // ๐Ÿ’๐Ÿ•
๐‘ด๐’“๐’”. ๐‘ฏ๐’‚๐’'๐’” // ๐Ÿ’๐Ÿ–
๐‘ด๐’“๐’”. ๐‘ฏ๐’‚๐’'๐’” // ๐Ÿ’๐Ÿ—

๐‘ด๐’“๐’”. ๐‘ฏ๐’‚๐’'๐’” // ๐ŸŽ๐Ÿ’

135 5 0
By Antashcya

"𝐽𝑢𝑠𝑡 𝑤𝑎𝑛𝑛𝑎 𝑏𝑒 𝑦𝑜𝑢𝑟𝑠 𝑓𝑜𝑟𝑒𝑣𝑒𝑟"
- 𝐻𝑎𝑛 𝑍𝑎𝑓𝑟𝑖𝑒𝑙 -

"𝐼𝑓 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑛𝑜𝑡 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡, 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑙𝑎𝑠𝑡"
- 𝐸𝑟𝑖𝑛𝑒 𝑁𝑎𝑡𝑎𝑠𝑦𝑎 -

╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮
~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯

sᴘʏ


"Assalamualaikum" laung dari luar rumah sambil membuka kasutnya

"Waalaikumsalam.. Haih? Tak pernah Riel balik selambat ni. Biasanya nak cepat balik rumah" Puan Aaira hairan dengan anak lelakinya ini. Buang tabiat ke?

"Ouh... Kerja banyak dekat office. Ni Umi dah siap dah masak? Lagi beberapa minit Aniq dengan Izwan sampai" tangan uminya disalam dan dikecup sekilas

"Dah, dah.. Tunggu nak makan je lagi" lalu wanita paruh baya ini mengambil beg kerja anaknya

╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮

~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯

Waktu makan malam berjalan dengan lancar. Sekarang tiba waktunya untuk sesi penutup iaitu sedikit puding buah-buahan yang dibuat oleh Umi Zafriel

"Lama juga tak jumpa kamu berdua ni. Sihat ke?" Encik Zaquan memecahkan keheningan di meja makan. Tiada siapa yang berani bersuara mahupun Zafriel

"Sihat.. Alhamdulillah uncle" jawab Aniq dan Haidar serentak

"Masih kosong ke dah berpunya?" tanya Puan Aaira suka-suka

"Erk... Kebetulan, kitorang berdua ni ada betul-betul berkenaan dekat perempuan yang kitorang jumpa siang tadi. Betul tak Wan?" teragak-agak Aniq membalas sebab kalau sebut couple nanti, lain pula ceritanya. Walaupun belum sah bercinta. HTS...

"Baguslah kalau macam tu. Kalau dah berkenan sangat, hantar rombongan merisik. Kalau sama-sama belum berpunya, apa lagi bersiaplah nak membelah pinangnya" celah Encik Zaquan yang sedari tadi sibuk menikmati makanan penutupnya

Sedap isteri aku masak, tak sia-sia kitorang dijodohkan.. Ah tiberrr..

"Zafriel? Dengar tak? Dua orang kawan kamu ni dan ada calon. Kamu tu bila lagi? Ayah dengan Umi ni bukannya muda sangat... Ajal sampai bila-bila masa aje.. Takkan lah dah bersanding kawan kamu, kamu masih lagi belum berpunya" Encik Zaquan menyindir Zafriel. Bukan apa tu, nak cucu sebenarnya.. Walaupun soal ajal hanya Tuhan yang tahu

"Lagi satu, bukankah ada seorang perempuan yang nama dia Ain memang dah berkenan dengan kamu dari dulu? Tak silap ayah, kamu yang pernah mengorat dia dulu kan?" hilang terus selera makan Zafriel mendengar nama Ain. Dekat office tadi si empunya nama muncul bertanya soal meminang

Niat ayah Zafriel cuma bergurau aje. Sebabkan anak dia ni, sampai bila nak membujang. Kadang-kadang dia cemburu dengan rakan-rakan kongsinya yang ada je menghantar kad jemputan perkahwin anak-anak mereka. Tapi kad jemputan kahwin dari anak-anak Z'neration Company belum pernah ada

"Ih, tak nak dengan perempuan tak senonoh perangai macam dia tu. Tunggu lah ayah umi. Riel ada rasa suka dekat seorang perempuan ni. Tapi tunggu masa je. Sekarang tengah ambil hati beku dia tu aje"

"Mungkin juga Riel yang akan bersanding dulu dari Aniq dengan Izwan" ingat prinsip Zafriel!

Aniq dan Haidar hanya mengangguk-angguk sambil memandang satu sama lain je mendengar perbualan dua beranak tu. Begitu juga dengan umi Zafriel atau Puan Aaira

"Tapi kena ingat, kamu jangan pandang lawa aje. Kena ingat keturunan kita mementingkan ajaran agama. Bukannya perempuan perangai kurang senonoh" tanpa rasa bosan Encik Zaquan yang bertukar mode Ustaz Zaquan memperingati anaknya

"Baik ayah, kali ni Riel jamin yang dia berbeza dengan perempuan yang sebelum ni. Confirm sekali pandang ayah dengan umi berkenan untuk meminang" hidup kena confident dengan diri sendiri yer anak-anak.. Barulah benda boleh menjadi. Tiberrr..

╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮
~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯

Ding Dong~ Jeykeyh! Eh? Eh?

Awal-awal pagi Natasya dikejutkan dengan bunyi bell rumahnya. Entah siapa yang datang pagi-pagi buta ni. Eh wait! Pagi-pagi buta!? Setelah sedar seketika, Natasya terus melirik ke arah jam. Ya Allah! Dah lambat setengah jam!

Ni mesti gara-gara malam tadi dia tengok live concert F4 Thailand nya. Natasya memang minat dengan F4. Lagi-lagi dengan Dew Jirawat, heh memang pantang orang sebut nama tu ada aje nak diborak kan. Bahkan wallpaper pun gambar Dew. Agaknya kalau Zafriel nampak, apa reaksinya?

"Aku lambat!" katanya tergesa-gesa bangun dari katil

Ding Dong! Ding Dong!

"Allah, siapa pula yang dari tadi depan rumah aku ni?" Natasya bertanya pada dirinya sendiri sambil melilitkan tudung shawl dan tidak lupa supaya menutupi dadanya

"Ha, asalamualaikum. Kenapa lambat sangat buka pintu? Abang yang sampai lambat lagikan penat lepas sampai Malaysia ni pun segar" tutur Safiqe yang terpacak di depan pintu rumah Natasya

"Waalaikumsalam.. Awat abang Fiqe datang pagi-pagi ni?" tanya Natasya depan muka berkerut

"Abang nak tumpang masak Maggie sebab dapur rumah Faris tu kotor bebenor entah apa yang dia masak malam semalam"

Punya ingatkan besaq masalah, rupanya pasal pinjam dapoq ja? Awat tak beli dapoq kecil ja? Untuk spare dalam rumah?

"Lah.. Pasal tu ja ka? Tekan bell macam kebakaran" Natasya menghela nafas kasar dan berlalu pergi

"Ni, Sya nak pergi mandi dulu. Nanti Sya nak kerja. Abang Fiqe layan lah diri dulu" pamit Natasya. Main tinggal nanti kurang akhlak kan? Walaupun abangnya. Yang muda harus menghormati yang tua..

Safiqe hanya sekadar mengangguk sahaja. Dan dia terus memulakan aktiviti memasak Maggie. Maklumlah... Bini tinggal Korea

Ding! Dong! Ding! Dong! Ding! Dong!

Bunyi loceng rumah ditekan laju macam nak rosakkan aje loceng rumah tu. Ia menghentikan aktiviti Safiqe yang memasak Maggie

"Sape yang tekan loceng macam bangunan ni nak roboh? Ni mesti kerja Faris senget tu" senduk yang dipegang diletakkan kasar kerana ada yang mengganggu aktivitinya

"ABANG! BUKAKAN PINTU TU! TENGOK SIAPA YANG DATANG!" jerit Natasya dari dalam biliknya

"Assalamualaikum, saya datang nak jemput Natasya" sopan aje nada suara jejaka yang berdiri di depan Safiqe ni macam lelaki Melayu terakhir. Eh?. Segak, bergaya, tegap, tinggi lampai dan baju yang berjenama agak mahal Louis Vuitton!

"Waalaikumsalam. Kau ni siapa pula? Ada apa nak jemput Sya? Nak dating?" tanya Safiqe straight to the point tanpa aba-aba

"Ni mesti abang Natasya, Safiqe. Ouh.. Aku boleh lah nak guna kesempatan ni untuk cakap yang aku adalah kekasih Natasya. Boleh lah aku bincang dengan dia untuk aturkan rombongan meminang. Aku rasa tak payah merisik sebab Natasya memang single" bisik Zafriel dalam hati. Jangan sia-siakan peluang yang ada. Nanti menyesal tiada guna

"Ya Allah, pekak rupanya kau ni.. Aku tanya kau tadi tak dengar?" lagi sekali Safiqe bertanya. Muda, muda dah pekak

"Saya ni bos Natasya sekali dengan kekasih dia. Saya nak jemput dia untuk pergi office. Abang setuju ke?" taktik pertama dimulakan

"Aik?? Kekasih? Bila masa pula adik aku ni bercinta? Aku tak pernah tahu pun" bukan tak tahu, tak yakin adiknya akan bercinta lagi. Kan haram..

"Ouh.. Kau kekasih dia? Kau tahu kan benda baik tak baik simpan lama-lama? Lagi satu, dengan aku kau tak payah nak sopan sangat. Kau boleh layan aku dengan biasa. Aku rasa kita punya umur tak ada lah jauh beza. Sempoi-sempoi aje.." ucap Safiqe dengan hanya sekadar nasihat kecil. Padahal, dah banyak kali ayat tadi didengar Zafriel

"Saya faham maksud abang ni. Saya akan usahakan untuk hantar rombongan meminang Natasya ye.." hanya sekadar basa basi. Kalau boleh, harini juga dia nak hantar. Tapi kena ada orang tua..

"Siapa yang nak meminang siapa ni? Abang nak kahwin lagi ke? Ke Fari- E-Erk.. T-tuan Buaya?" membulat sempurna mata Natasya melihat figura jejaka di depan abangnya ni. Entah mimpi ke bukan mamat ni datang sini

"Ni, boyfriend Sya datang jemput nak pergi kerja. Sya ada boyfriend tak bagitahu family kan? Erm, bagus lah perangai tu.. Ni kena bagi tahu mummy ni" kata Safiqe sambil mengeluarkan IPhone 14 nya dari poket dan bersedia untuk mendail nombor ibu tersayangnya. Cepat Natasya mencegah

"Awat nak bagi tahu!? Abang tak usah! Adik pergi kerja dulu. Assalamualaikum. Ingat, jangan bagi tahu mummy!"

╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮
~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯

"Awat muka monyok ja dari tadi?" tanya Zafriel lembut untuk memecahkan keheningan di dalam kereta

"Eih!! Ni semua salah Tuan Buaya! Dah tahu tanya lagi. Kang ada yang kena lepok dengan saya nanti" balas Natasya pula dengan nada separuh bersabar

"Lah bagus lah.. Boleh mendekatkan silaturahim kita dua"

"Banyak lah silaturahim! Mati saya kalau ibu saya datang sini! Memang kahwin teroih saya ni tau!? Ibu saya tu dah lama tunggu untuk saya naik pelamin!"

"Apa salahnya, aku pun nak naik pelamin dengan kau. Akad nikah sebut nama panjang kau. Halalkan kau, jadi imam kau"

"Kalau nak baham mangsa, sorry sikit eh.. Saya bukan perempuan murah. Mampu ke hantar hantaran 30K sekali dengan senaskah Al-Quran dengan duit sendiri tanpa bantuan mak ayah?" tanya Natasya dengan sekadar main-main dan tidak memaksudkan nya

"Kalau 50K pun aku sanggup tau" katanya dengan percaya diri

Hey! Ingat orang tak ada duit ke? Orang ada tau!

"Tuan ni kalau nak main-main baik tak payah, saya tak minat. Kalau jatuh cinta, tak mungkin semudah ABC"

"Kau tunggu jelah. Dalam masa sebulan ni. Aku akan buat semua benda jadi nyata. Jangan menyesal.. Pokok pangkalnya, malam pertama jadi saksi"

Allah! Dia boleh babitkan malam pertama? Gila mamat ni

"Eeee... Gatal! Yelah lah tu.."

"Kau tunggu Natasya, ucapan aku bukan main-main tahu tak? Aku akan belikan tiket flight untuk mummy and daddy kau. Aku bincang hal kahwin dengan diorang"

╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮
~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯

"Dato Azraai, saya harap Dato faham lah dengan apa yang saya cakap tadi. Dan juga kontrak hubungan syarikat kita tak terjejas. Bukan apa, saya ni tak lama lagi dah nak kahwin, bakal isteri saya pun ada dekat sini"

"Saya tak nak salah faham bila Ain datang sini. Bakal isteri saya ni kuat cemburu Dato" ucap Zafriel sambil matanya memandang Natasya yang menajamkan tatapan matanya

"Tak apa, hal peribadi saya tak akan libatkan dalam syarikat. Dah banyak kali saya nasihat Ain tu supaya dia ambil semula rawatan, tapi dia degil sampai ugut nak lari rumah"

"Saya dengan isteri saya pun dah pasrah dengan keadaan. Kalau tidak keberatan, boleh saya tahu siapa bakal isteri Tuan Hans?"

"Bakal isteri saya ada dekat belakang tu. Erine Natasya, anak Tengku Safie Nazzuan"

Dato Azraai pun menoleh ke belakang. Dengan segera Natasya mengukir senyum tipisnya. Tak payah nak lebar sangat.

"Manis orangnya, nampak sesuai dengan Tuan Hans"

"Yelah, dari anak dara sewel kau tu? Natasya jauh lebih baik dari dia. Bagai langit dengan bumi"

"Saya minta diri dulu ya" ucap Dato Azraai dan bangkit dari kerusi. Disusuli juga dengan asisten kepercayaannya

"Amboi, amboi! Sedapnya mulut main petik nama orang! Macam mana Tuan boleh tahu yang ayah saya Tengku? Jangan cakap tuan stalk maklumat peribadi keluarga saya!"

"Aku ada tangan, aku ada keinginan. Apa yang aku nak, aku cari dan dapatkan" katanya dengan sombong

"Lagipun, memang kita akan kahwin pun. Aku yakin dengan kata-kata aku. Kau boleh simpan dan tebus apa yang aku cakap tadi"

Natasya hanya mampu menjeling dan kembali fokus pada kerjanya. Kalau dijawab memang dia akan kalah. Skills berdebatnya dia simpan sahaja dalam hati"

To Be Continued

Continue Reading

You'll Also Like

7.1K 257 36
TENGKU HAYRIEL NAUFAL nama yg di geruni di Dunia mafia.Tiada sesiapa yg berani mendekati lelaki itu..Namun selepas pertemuan antara Aulia Qasrina Dan...
138K 9.7K 70
Apa itu Crush? C inta yang di R ahsiakan hanya U ntuk S eseorang dengan H arapan dia akan menyedarinya โ‡ menurut twitter sebanyak 98% crush tid...
579K 24.6K 71
๐‘…๐’ถ๐’ฟ๐’ถ ๐ฟ๐“Š๐“‰๐’ฝ ๐ป๐’ถ๐“Ž๐“Ž๐’ถ๐“ƒร—๐’ฒ๐’พ๐’น๐‘’๐“๐’พ๐’ถ ๐ป๐’ถ๐’พ๐“๐‘’๐“ Apabila si gadis ingin menghilangkan stres di pantai di salah erti si jejaka. "Kau gila k...
1.8K 76 15
Seorang ketua mafia/guru/CEO bertemu cinta hatinya yg merupakan pelajarnya. Insiden yg berlaku membuatkan hubungan mereka terlerai seketika apabila h...