(C)His Possession (Wenhun)

By Yeollie_Girl

14.8K 901 98

[#MALAY] Lima tahun berlalu sejak Miyoung lari dari Korea kerana takut akan kegilaan kekasihnya. Tahap obses... More

HP [2]
HP [3]
HP [4]
HP [5]
HP [6]
HP [7]
HP [8]
HP [9]
HP [10]
HP [11]
HP [12]
HP [13]
HP [14]
HP [15]
HP [16]
HP [17]
HP [18]
HP [19]
HP [20]
HP [21]
HP [22]
HP [23]
HP [24]
HP [25]
HP [26]
HP [27]
HP [28]
HP [29]
HP [30]
THE END
Special Chapter

HP [1]

1.2K 39 7
By Yeollie_Girl

I might kill my ex,

I still love her, though...

"Awak gila ke?!"

Miyoung membulatkan matanya, terkejut melihat sekujur tubuh seorang pelajar lelaki seumur dengannya yang terkulai lemah di tepi Sehun.

Pakaian Sehun tak rapi. Wajahnya tak apa-apa, tapi tangannya merah kesan daripada darah akibat memukul pelajar lelaki yang tak mampu bergerak lagi itu.

"Dia layak kena pukul sebab dah berani dekat dengan kau."

Sehun berkata seperti tak ada rasa bersalah kerana hampir membuat anak orang terenggut nyawa. Lagipula yang salah itu lelaki bertag nama, Yeonjun itu sendiri.

Siapa suruh berani menyentuh apa yang sudah menjadi miliknya.

Miyoung baru teringat sesuatu. Yeonjun adalah lelaki yang mengutarakan cintanya pada gadis itu pagi tadi. Tapi Miyoung tolak dengan baik. Pun begitu, tak mahu Yeonjun terlalu sedih, dia menerima coklat pemberian Yeonjun.

Tak disangka Sehun tahu tentang apa yang berlaku kerana fikirnya, cuma dia dan Yeonjun sahaja yang berada di dalam kelas pada waktu itu.

Miyoung lupa, mata-mata Sehun ada di mana-mana termasuklah kelas yang sunyi.

"Yeonjun tak bergerak. Sehun awak kena tolong- ssssttt!"

Miyoung merintih kesakitan tatkala lengannya dicekal kuat oleh Sehun. Mata lelaki itu seolah-olah memancarkan api permusuhan.

"Kau peduli pasal dia?"

Perlahan, namun nadanya seperti mengancam. Kaki Sehun memijak tangan Yeonjun, membuat Yeonjun hanya mampu menggeleng lemah. Kesakitan tapi tak mampu meminta tolong.

Miyoung menafikan. Matanya masih terpaku pada Yeonjun sehinggalah dagunya ditarik supaya mendongak menatap Sehun seorang.

"Pandang aku seorang atau dia akan terima lebih dari ni," ugut Sehun. Cengkaman Sehun semakin kuat.

"Ya-ya! Saya pandang awak seorang! Sekarang lepaskan dia please, Sehun?" Rayu Miyoung. Wajah Sehun masih tak berubah.

"Kau dah berani jadi penipu sekarang?"

Miyoung memberanikan diri untuk menangkup pipi tirus Sehun dan mengusap rahang lelaki itu supaya hatinya cair.

"Saya tak peduli pasal dia. Saya cuma tak nak awak kena masalah kalau ada yang nampak kita dekat sini. Kita pergi ya?" Pujuk Miyoung.

Semakin lama mereka berada di sini, Miyoung risau nyawa Yeonjun benar-benar melayang.

Sehun memejamkan mata, nampak menikmati usapan Miyoung pada rahangnya. Badan lelaki itu semakin mendekat dan kemudiannya menunduk.

"Aku marah... Dia nak rampas kau dari aku," adu Sehun. Walaupun agak tak logik ada lelaki yang dapat mengambil Miyoung darinya, Sehun tetap bersedia dalam mod protektifnya setiap masa.

Siapa sahaja yang berani menyenggol Sehun yang seperti singa tak cukup perhatian itu? Apatah lagi mencuri 'permaisuri'nya.

Yeonjun hanya menyatakan apa yang terbuku di hatinya. Soal terima atau tidak, dia tolak ke tepi. Yang penting Miyoung tahu dan dia lega. Tetapi, Sehun dan konco-konconya tidak mengetahui akan hal itu.

Kerana itulah nasib Yeonjun seperti ini sekarang.

"Siapa? Yeonjun-Dia? Awak tahu kan tak ada siapa boleh pisahkan kita? Dia dan awak tak setanding," balas Miyoung.

Miyoung meminta maaf secara batin kepada Yeonjun kerana telah menghina lelaki itu secara tak langsung. Dia tiada cara lagi untuk mengalihkan perhatian Sehun daripada terus-terusan mengamuk tak tentu pasal.

Sehun tersenyum.

Kepala Miyoung ditepuk beberapa kali.

"Bijak. Tak ada siapa boleh pisahkan kita. Kalau kau lari, aku akan potong kaki kau supaya kita sentiasa bersama sampai tua. Faham?" Sehun mencubit pipi Miyoung, tak peduli lagi pada mangsa keganasannya di belakang sana.

Hanya beberapa inci sahaja dari mereka yang sedang bermesra sekarang.

"Lawak awak tak lucu. Kalau kita tak ada jodoh macam mana? Tak ada siapa tahu tentang masa depan," balas Miyoung, membuatkan pipinya dicubit semakin kuat. Pipinya ditarik keatas sampai matanya hampir tertutup kerana sakit.

"Peaches, soalan bodoh. Aku tak akan pernah biarkan lelaki lain bersanding dengan kau. Aku akan bunuh kau kalau sampai kau ada lelaki lain dan bunuh dia pula. I rather be in hell than alone. Faham, peaches?"

Selamba Sehun berkata, tak perasan wajah Miyoung yang memucat. Sehun santai mengatakan dia akan membunuh hanya kerana andaian jika dia tak dapat memiliki Miyoung.

Patutkah dia gembira? Atau lari?

Sejujurnya, Miyoung menyesal tak mendengar nasihat konco Sehun dulu. Sebelum mereka bercinta, Jongdae pernah berpesan supaya tak mengganggu Sehun dan tidak menaruh hati pada lelaki itu.

Tapi Miyoung degil. Hari-hari sengaja memberikan bentuk perhatian kecil pada Sehun seperti memberi bekal dan juga minuman usai lelaki itu selesai berlatih di gelanggang basketball.

Miyoung tak berhenti kerana tak pernah menerima penolakan dari Sehun seperti yang terjadi pada gadis-gadis lain. Walaupun ada beberapa kali ada kejadian di mana dia hampir tercedera kerana kecelakaan yang tak disengajakan di tempat yang tak terjangka, Miyoung tak pernah menaruh syak-wasangka pada Sehun.

Sampailah suatu hari, waktu Miyoung tiba-tiba berhenti 'mengejar' Sehun, dia mengalami hal aneh seperti diikuti seseorang dan sahabat-sahabat lelakinya hampir semuanya kemalangan.

Setelah semua kekecohan berakhir, Sehun tiba-tiba mendekat padanya dan mengajaknya bercinta. Bukan main Miyoung gembira.

Sangkanya, Sehun akan menjadi teman lelaki idaman seperti yang dia idamkan dalam mimpi.

Ya, semuanya berjalan mengikut rancangan Miyoung selama enam bulan sehinggalah Sehun membuka topeng yang disembunyikannya. Dia secara terang-terangan menghabiskan sesiapa sahaja yang berani memandang Miyoung atau bahkan tersenyum sekalipun.

Sehun juga tak segan memarahi Miyoung jika tak sengaja bertatapan dengan lelaki selama dua saat baik itu semasa di dalam kelas atau di luar.

Miyoung tahu rasa cinta Sehun ini bukan cinta biasa melainkan obses. Lelaki ini psikopat.

"Faham tidak, peaches? Jangan buat aku marah...!" Desis Sehun kerana tak kunjung menerima jawapan daripada Miyoung. Gadis itu tersentak.

"Faham! Maaf, tadi saya teringat pasal Chanel. Dia belum balik dan makan lagi."

Chanel, salah satu kucing milik Miyoung yang sentiasa menjadi mangsa keadaan jika Miyoung ingin lari.

Sehun mengangguk faham. Miyoung segera memautkan jarinya dengan jari Sehun. Dia menarik Sehun pergi dari sana dengan cepat.

"Sehun, panggilkan ambulans dulu sebelum kita pergi," rayu Miyoung. "Bu-bukan sebab saya peduli. Tapi dia dah terima balasan setimpal kan? Cukuplah sampai situ. Kita tetap kena tolong orang bila dia dah sekarat sebab kita orang baik, kan?"

Sehun mengeratkan pegangan sembari menaip sesuatu pada telefonnya. Dia berdehem kecil, tak peduli pada tatapan pussycat Miyoung.

"Ini last kau peduli pada orang lain. Jangan ulang lagi."

Sehun pula yang menarik Miyoung pergi dari sana. Tak selang berapa lama selepas itu, konco-konco Sehun datang memukul Yeonjun sehinggalah lelaki itu benar-benar meninggalkan dunia.

Dan bagi Miyoung pula, ini adalah kali terakhir dia bakal berjumpa dan bertoleransi dengan tingkah sewenang-wenang Sehun.

Cukuplah orang di sekitarnya terkena sial kerana dia. Miyoung perlu menjauhkan diri dari Sehun.

Lari jauh dari psikopat dan mesin pembunuh itu tanpa tahu seberapa besar kesan kemusnahan yang dia lakukan akibat kehilangannya terhadap Sehun.

To be continued

Han Miyoung

Oh Sehun

Continue Reading

You'll Also Like

1.2K 157 20
[Status : Completed] Menjadi satu-satunya pengawal peribadi wanita di White Sword Guard diantara ramai-ramai pengawal peribadi lelaki yang hebat amat...
20.4K 812 17
O B S E S ingin memilikimu ! ❛❛ Kau dan barang kau ni boleh pergi mampus je! ❞ - Cassdy Reid Shauqueen ❛❛ Dia nak pergi hilang dari muka bumi ni pun...
115K 560 24
Shownu merupakan Seorang usahawan yg terkenal dan berjaya. Walaupun di usia yg masih muda dia berjaya membangunkan sebuah syarikat yg mempunyai banya...
3.6K 291 60
- Tentang kisah setia salah seorang ahli Hell's Killer - "Lapor! Alpha sedia Tuan Zyan. Over " - Platun Alpha Aayaz Zayyan, seorang jejaka kacak yang...