Penawar Kasih Pawana | C

By hanihisbiscus

31.5K 2.4K 429

𝐒𝐲𝐚𝐟 𝐈𝐧𝐚𝐬 | 𝐀𝐧𝐚𝐧 𝐍𝐮𝐫𝐟𝐢𝐳𝐚 𝐇𝐚𝐫𝐫𝐢𝐳 𝐔𝐦𝐚𝐢𝐫 | 𝐅𝐢𝐞𝐧𝐚 𝐀𝐫𝐢𝐬𝐲𝐚 Manis bicara... More

PROLOG
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 78
Bab 79
Bab 80
EPILOG I
EPILOG II

Bab 77

270 17 0
By hanihisbiscus

MENTARI naik ke pundak, siang kembali setelah setiap saat berlanjutan tanpa henti. Berulang-ulang tanpa henti, putaran waktu melalui hari berubah minggu. Betapa masa terus berlalu, tidak menunggu bak kata aforisme masa itu emas harus dihargai sebaik-baiknya.

"Untuk pengetahuan puan, Encik Syaf menghidapi barah otak tahap empat."

Bagai guruh berdentum maha hebat, benar-benar menghenyak Anan di ruangan putih ini. Perut memulas dengan tubuh kejang, lensa berbahang automatik tatkala menerima kebenaran yang satu itu.

"But that's not the only case. Encik Syaf juga mempunyai ketumbuhan tumor minor pada bahagian kiri kepala. Baru-baru ini juga, tekanan darah pesakit didapati rendah..."

Anan bingung. Tidak dapat lagi menangkap butir diksi doktor pakar di hadapan memberi penerangan. Luruh air matanya merentasi pipi, kacau jiwa cuba bertolenrasi terhadap hentaman realiti.

Bilamana Anan paksa untuk tumpukan semula perhatiannya, ternyata ulasan lanjut doktor membuatkan dia lebih rusuh. Merajah sesak ke pengkung dada, sukar sebenarnya menerima semua dalam satu masa.

"Mengikut rekod kesihatan Encik Syaf, pesakit merupakan cancer survivor yang pernah menghidapi seawal usia lapan tahun. Dia berjaya disembuhkan dalam tempoh tiga tahun rawatan berterusan. Tapi mungkin atas beberapa faktor tertentu, sel-sel kanser dalam tubuh pesakit menyerang semula sejak dua tahun yang lalu. Pesakit juga lambat mendapatkan rawatan dan ia menjejaskan kesihatan pesakit dengan lebih cepat..."

"Dia masih ada peluang untuk sembuh?" tangkas Anan laju. Mata mengerjap penuh harapan, digeligit bawah bibir cuba kawal resah.

"Unfortunely 50/50 chance only, puan. Tahap pesakit sebenarnya sudah ditahap kritikal, di mana stage terakhir buatnya. Cuma, ini hanya ramalan saya jikalau mengikut perkembangan pesakit sekarang."

Sontak, fail kesihatan yang sedari terbuka atas mejanya ditolak ke hadapan. Membenarkan Anan capai dan membelek setiap helaian yang ada. Meligih jari-jemari Anan cuba bendung rasa, bebola mata bergerak kiri dan kanan meneliti setiap bait aksara tersusun di situ.

Tanpa sedar air matanya laju jatuh. Usahlah katakan dia tidak kisah tentang Syaf, dia sememangnya masih punya kemanusiaan dalam diri. Andai tidak, bukankah dia insan tidak mengenal budi?

Aneh, Anan rasa dia menipu dan nafi tentang hatinya sendiri. Gusarnya bukan main, katakan alasan sahaja demi menutup baki cinta meladeni jiwa. Bukan memori semata-mata, tetapi kewujudan Syaf selama ini terlalu membawa erti dalam kehidupan dia.

Kontan Anan celik mata. Hamparan pandangan diliarkan sekeliling, ambien koleksi busana muslimah pelbagai warna-warni hiasi aksa. Nyata dia ada dalam butik berniaga, bukan di dalam pusat rawatan menempatkan Syaf sepertimana hari-harinya akan melawat walau seketika cuma.

Puing-puing momen itu masih hangat cengkam setiap inci pembuluh darah. Nadi hidup dengan desir kenangan, betapa belenggu lama masih rantai dia dalam ikatan. Tawanan cinta, kalah apabila rindu hadir menyapa.

Anan ukir senyum, hambar. Anak mata redup menanti di kaunter pembayaran, ralit menerawang jauh ke dunia khayalan sendiri. Entah mengapa, dia berdegil mahu keluar dari kepompong berbanding tinggal di rumah semata-mata.

Dia sudah terlalu membebankan seseorang. Widuri sangat baik kepadanya, dia tak mampu balas budi andai berterusan sebegitu. Biarlah keadaan sebegini sekalipun, Anan mahu berusaha sendiri daripada bergantung sahaja pada mereka. Kecuali Dia, satu-satunya tempat dia mengadu domba dan luahkan rasa.

Sayangnya, fokus Anan jauh berlari. Masih tersempit dengan silir memori dan kata-kata sayat terngiang-ngiang di peluput telinga. Betapa payah cuba usir segalanya, renyuh hati kenangkan bahawa dia merindui.

Ya Allah, usirlah rasa cinta berbaki dalam diriku ini. Lelah sejujurnya, dia bukan lagi mahram ataupun sesiapa lagi dalam hidupku. Namun aku juga sedari sesuatu, zuriat dalam kandunganku ini masih ada papanya. Tiada hak aku menghalang atau menolak kebenaran tentang lambang cinta bersama yang semakin subur dan sihat melewati detik waktu.

"Fiza," sapa suara lembut itu.

Bungkam. Perlahan-lahan Anan panggung kepala, terkedu hebat melihatnya. Lahar percikan pawaka mulai timbul di dada, cepat-cepat dia kemam bibir kawal rasa. Lama menatap wanita itu, pelbagai perasaan meladeni dirinya.

Mengapa mesti dia?

Berkali-kali Anan mengerjap bundar pada gerangan wanita, anak mata pelan kendur berubah layu. Mohon sekelumit kekuatan agar redakan rasa bertakhta di jiwa. Cukup-cukuplah apa yang telah terjadi, dia cuba untuk lepaskan meskipun perit.

"Kak Alia," balas Anan separa berbisik. Berbahang lensa diserang lautan emosi, kekal kuat dipujuk diri untuk hadapi.

Kerana dia tahu, pasti ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku.

"Memang Fiza kan ni?" soalnya lagi.

Anan jujut nafas dalam. Resah mahu berhadapan Alia setelah sekian lama. Sementelah terlalu banyak menghuni minda, serasa dia harus selesaikan semua secepat mungkin.

Sekilas, salah seorang pekerja butik turut mendekati. Alis nipis diangkat tinggi, seakan menilai fitur Alia dari belakang sebelum mampir dekati Anan.

"Awak boleh tak jagakan sekejap sini?" Anan menanya pinta keizinan, gadis itu sekadar angguk benarkan. Dia mulai ambil alih bahagian Anan. Senyum tipis terbit di bibir, Anan bangun dari kerusi tinggi tadi lantas keluar hampiri Alia.

"Anan ada urusan peribadi," ujarnya perlahan. Memberi isyarat mata kepada Alia, tanda tidak seharusnya di sini.

"Kita bincang kafe dekat-dekat sini. Anan nak selesaikan semuanya." Tidak menunggu Alia, Anan juju ke hadapan. Kecil langkahnya dek sarat mengandung. Tidak lama sudah, anak ini bakal lahir melihat dunia.

Alia melihat belakang Anan dengan tatapan misteri. Cangkir bibir mengherot sedikit, sinis.

"Aku memang nak tamatkan semua ni Fiza," desisnya jengkel. Kaki mulai angkat, mengekori Anan.

SET sandwic jadi pilihan, sekadar mengikut rentak Alia. Mengambil tempat hujung kafe, agak selesa kerusi belakang terus bersandaran dengan dinding. Berbeza berbanding lain, Anan liarkan sekeliling sementara Alia ralit mengacau cawan kapucino miliknya dari tadi.

"Fiza."

Anan kalihkan perhatian tepat dan lurus pada Alia. Menjungkit alis dengan dahi berkerunyut seribu, menanti Alia memulakan dikuksi.

Seminit.

Dua minit.

Tiga minit berlalu Anan perhatikan Alia tanpa suara. Tenang Alia ambil sandwic yang ada di piring lantas mengacip sedikit rotinya. Alia kunyah perlahan, nikmati hidangan. Anan cuba sabar, tetapi endak perlulah seumpama tiada apa-apa berlaku sebentar tadi.

"Akak nak cerita apa pada Anan sebenarnya?" soal Anan, datar. Iris nihil memicing, merusuh jiwa dengan pelbagai buih-buih aksara mahu dimuntahkan. Minda usah dikatakan, berperang sama sendiri agar kekal waras daripada meroyan tak tentu hala.

Sungguh, Alia satu-satunya insan dia hendak hindari dari bertemu kerana kejadian itu.

Alia carik senyum segaris. Menghabiskan baki sandwic, dia ambil cawan kopi semula. Bibir cangkir dibawa ke bibirnya, menyerepot perlahan kapucino panas miliknya.

Seusai selesai, dia turunkan cangkir lantas menikam tajam sepasang aksa Anan. "Macam mana Najwa?"

Dan-dan Anan letuskan tawa kecil, hibur. Apakah Alia sedang berjenaka mahupun benar-benar menyuarakan kerisauan terhadap anak perempuan dia?

"Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. Terbelang akak dah pecah, hampir karam ke lautan dalam. Jadi sekarang ni, akak nak layarkan anak kapal yang mana lagi untuk tutup kebocoran yang berlaku?" Anan bermadah nyatakan pandangan, sengaja. Santai berhadapan Alia, pupil pancarkan sinar kepuasan tiada tara.

Sementelah sebal merah padam seraut Alia, dengus geram dilepaskan kasar. Refleks tangan menguak rambut lebatnya, panas pula mengulit tiba-tiba. Bekali bahang dosa.

"Apa perasaan kau tengok anak sendiri mati depan mata? Aku tahu betapa payah kau nak lahirkan dan besarkan anak tanpa dia. Kau rasa tak layak jadi mama terbaik, kau gagal." Kali ini, Alia spontan melemparkan bom tersebut. Sejujurnya, dia mahu lihat reaksi Anan dan ternyata gadis itu tergamam seketika sebelum angguk berkali-kali.

Sungguh, Anan tak mampu tipu hatinya tersiat pedih. Menghangat tubir usah dikata, dia masih ingat betapa gusar dan trauma memangku Nina dalam keadaan seksa tanggung bahana orang. Darah yang mengalir dari sang kecil, memenuhi diri dengan senyuman pudar hiasi bibir comel itu menyatakan sayang.

Wafiza Hanina, anak mama. Nina akan sentiasa jadi anak mama sayang.

Telapak tangan menekap perut sendiri, hilangkan rasa kejang meladeni. Betapa tinggi rasa mahu melindungi, tidak dan bukan kali ini lagi.

Nyata perbuatan Anan diperhati. Mengundang tawa jengkel pada celahan bibir Alia, ejek sinis. Benar-benar menggeletek hatinya, apakah dikatakan kasih sayang seorang ibu?

"Itu takdir yang ditetapkan Dia, Anan terima." Anan jawab akhirnya, menggarit senyum nanar disebalik kain purdah. Sungguhlah, dia rindu namun menafikan aturan Dia itu merupakan perkara yang mahu ditewaskan sejak dahulu lagi.

Tanpa aba-aba, Alia hanya melepaskan hilaian lucu. Terhinggut-hinggut bahu dan gegar tubuh badan dia, terhibur sejujurnya. "Sebab kau tak mampu galas tanggungjawab tu dengan sebaiknya Fiza."

"Kau!" Lengan diluruskan, jari arah tepat pada Anan. Miring kepala, pamer kernyih sinis.

"Gagal."

Akward moment.

Ambien hening.

Hujung bibir digigit, cuba membaca air muka Anan mengerjap perlahan kepadanya. Lama. Saling berbalas pandangan, ligat Alia mahu membuat Anan rebah tak berdaya.

Sayangnya, lain kejadian yang berlaku. Anan tetap padu dan redup memusat Alia, seakan tidak tergugat langsung terhadap tuduhan tersebut. Segan biram pipi, Alia pelan-pelan jatuhkan tangan sendiri. Berdehem lenyapkan situasi janggal mendominasi, Alia buat-buat kokol dan telan liur terasa payah. Aneh bilamana Anan bisukan bicara, Anan hanya telitikan setiap gerak-geri dia.

"Akak ni bodoh dibuat-buat ke, atau memang bodoh semula jadi?" soal Anan sarkastik. Cukup membuatkan Alia mahu capai cangkir kopi terhenti. Alia tengadah, kelip mata cuba fahami semula patah perbualan tadi ilusi atau realiti.

Rasanya dia tidak salah mendengar bukan?

"Paling tidak cuba bodoh tu ditapis sikit, macamlah akak jaga anak tu elok sangat. Kesian Anan tengok tau, akak dah kaya pun tak mampu beli cermin lagi. Berlambak aje jual merata kat kedai sana, tinggal pilih nak design mana besar atau kecil. Tapi untuk akak, Anan rasa lebih baik beli luas lah, risau kalau tu pun tak mampu lagi nak scan diri."

Dush!

Wajah Alia berubah keruh seketika, lekas-lekas dijernihkan semula.

Lontaran bola besbol padu dan tepat mengena mangsa. Serasa pedih sengat setiap denyut nadi, tidak jangka Anan akan lemparkan bom sebegitu dahsyat sekali. Sejak bila Anan lemah-lembut dan manis insannya sudah berubah pandai susun kata sinis dan tajam ini?

Alia sekadar memaniskan muka. Biarpun hati dipanah bara api dan tercalar ego wanitanya. Dia ni lagi tua dari Anan, sepatutnya dihormati tetapi sedar juga kesilapan yang telah dilakukannya. Cuma, Alia tidak mahu tewas sekarang. Maka, dia cuba endahkan ambil cawan kopinya sebelum disuakan ke bibir sendiri.

"Dasar manusia cakap tak selari perbuatan," getus Anan.

Berbeza dengan Alia yang hampir sahaja tersedak minuman baru dihirupnya tadi. Cepat-cepat Alia bawa telapak tangan ke dada, menepuk senak bersarang tiba-tiba. Anan memang mahu dia sentap atau bagaimana?

"Berapa bulan tu? Tak nak share cerita pada aku ke?" Alia letakkan cangkir ke tempat asal kembali, anggul kepala memanah Anan yang kekal beriak tenang.

Sekonyong-konyong, Anan pejam mata. Tapak tangan setia tekap abdomen adanya bayi kesayangan, senyum tipis terukir indah. Dalam pelbagai perkara, sumber kekuatan adalah sang anak ini. Menghangat juring mata, serasa perit kenangkan memori urna sepanjang kehidupan diselusuri olehnya.

Helaan nafas panjang kedengaran. Pelan-pelan Anan celik semula, dia pusatkan tatapan pada seraut Alia. Entah mengapa, selinap rasa syukur dia masih bertahan hingga kini sedangkan berkali-kali hampir mati.

"Andai menyesal, pergi mohon maaf pada dia. Mohon maaf bukan makna kita kalah, tapi demi damaikan hubungan sedia ada. Ya, maaf tak menyelesaikan semua perkara bila akak sendiri musnahkan kepercayaan tu. Cuma akak kena sedar juga, akak dapat apa kalau iri hati kat bahagia orang lain?" ujar Anan panjang berjela. Lelah sungguh, dia endak larat bergaduh walaupun sememangnya jiwa kecil parah tanggung rasa berhadapan Alia.

"Kau akan tetap maafkan juga ke andai hampir hancur hidup kau sekalipun?" Kontan persoalan itu meniti di celahan bibirnya, debaran hebat memalu dada mahu mengetahui balasan Anan.

"Anan maafkan mereka."

Khali.

Anan jujut nafas dalam, lemparkan pandangan jauh pada gelangsar kaca. Manusia lalu-lalang seperti biasa, tiada yang menarik ikutkan namun Anan tak mampu tipu bisikan bayu kalbu punyai cemburu.

Hidup berpaksikan tanggungjawab dan kesalahan, dia tanggung semua meskipun tidak tahu silapnya di mana. Keluar bersiar lagilah jarang, berkelana sekitar rumah dan sekolah adalah rutin harian lantas berubah pula ke tempat kerja. Tunjang dia inginkan bahagia, jalani kehidupan seperti yang lain juga. Maka dia mulai mencari pendapatan sendiri, kerana terlalu membebankan selama ini. Bantu mana patut, sedar budi diberi begitu tinggi nilainya.

"Anan maafkan ibu biarpun tak pernah layan Anan sebaiknya."

Sebab Anan tahu yang diri ni bukan anak kandungnya. Anan terima segala hukuman ibu dengan harapan ibu taburkan kasih biarpun sedikit cuma. Sayangnya, itu hanya angan-angan yang ampuh dan telah lebur.

"Anan maafkan Kak Fie walaupun pernah sakitkan Anan."

Sebab Anan tahu Kak Fie kuat cemburu. Dia tak suka kasih ibu berbelah bahagi, malahan andai ada masa ibu tumpukan padanya untuk menganggu hidupnya turut ditambah dengan lontaran kata nista dan bebanan kerja. Tak apa, Anan faham yang itu dan sentiasa faham.

"Anan maafkan Syaf biarpun jujur Anan terkilan hebat dengan keputusan dia sebelum ni."

Jujur, Anan tipu. Anan kecewa tapi hatinya berdetik cintakan Syaf. Namun untuk terus bertahan dengan tali membelit diri sangat menyeksakan, Anan leraikan kekusutan dengan perpisahan. Persetujuan dimenterai, kerana dama masih tersisalah terjadi keputusan sebegini.

Kerana cinta tak semestinya memiliki.

"Anan maafkan juga akak walaupun pernah libatkan Nina sekali dalam hal ni."

Kali ini, Anan pandang roman muka Alia semula. Tatap lembut, basah ruas mata kerdip perlahan. Menitik mutiara sentuh kain purdah, lelah sengatan mencucuk sukma.

"Kau baik sangat Fiza. Apa yang kau dapat jadi baik?" Alia desah kasar, jari-jemari mengetuk permukaan meja.

"Sama juga kan, Anan tak akan dapat apa-apa kak kalau berdendam."

Tergemap. Alia kemam bawah bibir, angguk sekali.

"Lagipun, benda dah berlaku tak boleh diubah. Anan cuma ikut arus takdir yang diberi, jikalau ada silap langkah atau ujian diberi pun Anan akan cuba terima. Sebab Anan percaya, Dia uji tanda kita mampu dan kasih-Nya kepada hamba. Balik semula pada Allah, selalu ada bersama kita tak kira masa. Dengarkan luahan di hati mahupun bicara, menemani saat paling jatuh dan perhatikan gerak-geri kita. Tidakkah kita cukup beruntung?"

Sebak.

"Anan bukan baik kak. Anan jauh daripada baik, Anan cuba untuk tak tanam benih benci tu dalam diri. Anan tahu baik tu sentiasa perlu korbankan pelbagai perkara, tapi andai mampu buat yang lain bahagia, Anan pun rasa gembira walaupun sedih tu adalah juga. Orang kata kita kena juga berdamai dengan diri kita, dan Anan masih cuba sampai sekarang kak."

Tepi bibir carik senyum pendek. Nanar. Pahit hempedu luka simbahi atma, lara bertandang ketuk kembali parut baru pulih. Dia cuba untuk bertahan, kehilangan Nina tetap jadi trauma untuknya sehingga kini.

Bagaimana dia mahu lupa, andai tangan ini sendiri memangku jasad bintang kecilnya dalam keadaan lemah tak berdaya. Setiap detik helaan nafas, dia ada hingga titik noktah. Nina diserang sakit dan semput dalam masa sama, kerana dia juga punca utama.

"Aku punca dia jadi macam tu. Fiza rasa Wawa akan maafkan..."

Jeda.

Tak tahu bagaimana mahu sambung bicara.

"Wawa mungkin tak ingat dah semua tu dalam memori dia. Tapi, hati ni tak akan dapat tipu rasa sebenar dia yang masih dambakan sesuatu. Perhatian. Andai akak nak mulakan semula dari awal, akak masih ada masa kan? Mungkin dia bukan Najwa akak kenal yang keras kepala dan nakal, tapi dia Najwa yang dahagakan kasih sayang sekelilingnya."

KOSONG.

Serasa itulah yang Anan nampak, terlakar jelas di seraut Najwa.

"Alia. Noralia, ibu aku punca utama semua tu berlaku. Pelik kan?" ujar Najwa suatu ketika dahulu. Sementelah dia ceretakan segalanya, Anan terkedu. Tidak menjangka namun bukan simpati membelai hati, melainkan tumpahan kasih tak berbelah bahagi.

"Dia nampak muda kan? Aku tahu kau panggil dia akak sedangkan usia dia dah cecah 40-an. Entah apa orang tua tu tepek kat muka dia agaknya. Makeup ke, foundation ke, entah apa-apa lah dia nak sumbat jarum pun aku tak kisah, bukan masalah aku pun. Terpulanglah, sebab tu muka dia kan," sambung Najwa lagi.

Bibir Anan terkunci rapat. Sayu pandangan melihat Najwa yang sedaya-upaya dan memaksa. Suara rapuh seiring getaran membungkus susuk tubuhnya, Najwa sememangnya berpura-pura di hadapan dia. Raut itu tampak lelah, namun cuba berlagak angkuh biarpun jujur Anan tahu hakikatnya.

"Dia tak rasa bersalah setelah apa dia buat, dia sendiri ngaku. Kelakar kan perempuan perasan muda dah hancurkan hidup aku, dia kata tak sengaja pada aku. Dia cakap dia tak ada niat sedangkan..."

Najwa jeda. Layar fikiran dibawa ke putaran masa lalu, betapa kata madah pujangga keluarga adalah segalanya. Ternyata segala kesengsaraan bermula dari situ juga, di mana kehancuran seluruh isi dunianya.

Tangan meramas sama sendiri di atas meja, runduk lihat bawah entah apa. Tubirnya berkaca-kaca, cuba untuk tidak lepaskan tangisan sebelum langut kepala pandang Anan semula.

"Dia serahkan aku pada laki jahanam luar sana. Ayah aku pun sama, aku... Aku benci diri aku, aku sengaja rapatkan diri dengan ayah sebab aku nak tahu rancangan dia walaupun..."

Aneh, meluruh jernih sebelah kiri selusuri pipi. Sesuatu hadir tanpa ketahui asbabnya, tidak pasti mengapa perlu pecah empangan ini? Dia bukan sakit, melainkan batin meronta agar semuanya dihentikan segera.

Mengapa ibu bencikan dirinya?

Mengapa ayah turut terlibat sama?

Mengapa dia ada dua lelaki bergelar abang tak pernah bantunya keluar dari jurang kegelapannya?

Sayangnya, mereka tak tahu apa yang dia selusuri.

"Ayah pernah kahwin lain sebelum ibu, dapat kembar Harriz dan Ummar. Kira ibu ni pula isteri kedua dia. Tapi, sepatutnya Liza mama kau tu jadi pengganti cuma lain yang terjadi bila Liza putuskan hubungan sebab nak fokus belajar. Tangguhkan ikatan mereka, sampaikan ayah tak sabar pilih ibu. Kembar isteri pertama dia sebagai umpan untuk buatkan Liza rayu dan melutut pada dia semula."

Anan kerjap mata, terkebil-kebil bilamana Najwa mulai buka lembaran kisah pertama kali ketahui.

"Sayangnya, rancangan ayah tak berjaya. Ayah rasa tercabar dan akhirnya hancurkan hidup mama kau. Dan kau pula Anan, hasil daripada lelaki tak guna tu. Bila ibu tahu niat sebenar ayah, mereka gaduh besar sampai lahirlah 'anak gadis kesayangan' dia."

Jeda. Lensa bergayut linangan jernih, hancur berkecai saat menuturkan bait aksara yang sengaja ditekankan itu.

"Ibu benci aku sebab aku wujud. Aku lahir dari lelaki yang peralatkan dia semata-mata. Ibu dan ayah tak berpisah, sebab janji ibu nak balas dendam pada anak Liza sebagai punca utama. Ayah pula nak hapuskan dosa lamanya, buru kau juga. Tapi aku kena jadi galang-ganti sebagai bayaran bila ibu dan ayah pakat bencikan aku sebab aku anak perempuan sama macam kau."

Usah katakan reaksi Anan saat ini, gamam dengan tamparan hebat realiti.

"Setiap kali nampak aku, mereka bangkitkan hal tu. Aku dapat tahu orang tu kau, aku mula kacau dan buli sebab nak puaskan rasa yang ada. Aku lepaskan geram, aku cuba sampaikan Syifa' pergi pun sebab aku terlanjur cerita tentang kisah aku. Dia pandang aku kotor, dia lupa aku ada duit nak pergunakan lelaki dia suka. Bodoh, tapi aku lagi bodoh. Nampak macam keluarga aku jahat sangat pula walaupun betul."

Semput. Lebur apabila dia ceritera segalanya, mungkin Anan juga sama pandang serong kepadanya.

"Aku pilih untuk berpura-pura terima ayah, konon nak juga kau lenyap sama. Jujur aku tak nak kau rasa sama macam aku Anan. Cuma aku ada satu permintaan..."

Serius, dia tatap Anan penuh pengharapan. Pinta sekelumit perhatian agar Anan lapang dada dengan permohonan dia.

"Andai betul kau cintakan dia, lepaskan suami kau pergi dari hidup kau. Hapuskan rasa tu, jangan bagi bercambah lagi. Dia banyak simpan rahsia tentang kisah lama yang ada pada kau Anan. Dia kenal kau lama dah tapi pilih untuk tinggalkan kau sendiri tanpa bagitahu sebab munasabah."

Bam!

Bagai dihenyak batu tan, Anan benar-benar tak sangka sebegitu sekali Najwa mahukan.

Sontak, Najwa runduk membuka beg lalu capai satu dokumen. Belan-belan anggul kepala semula, dia berikan kepada Anan fail tersebut.

Anan sekadar sambut tanpa bantahan. Hilang arah seketika, tidak percaya kebenaran ini cukup melapah seluruh jasad dan roh dia. Dengan pintaan gila Najwa, Anan rasa ingin lenyap seketika.

Geleng. 

Dokumen itu segera disimpan ke dalam beg dibawa sama, dia tampak Najwa masih mahu sambung berbeka.

"Kau tahu Anan?" lirih nadanya, tapak tangan ditekap ke perut yang masih kempis.

"Aku tak tahu ni hasil siapa Anan. Tapi sejujurnya, aku tak benci anak yang ada dalam ni. Dia penguat semangat aku walaupun ramai menghina sekalipun." Gugur sebelah kanan sentuh pipi, serasa panasnya sepertimana azab dia lalui kala hilang milik seharusnya seorang gadis ada.

"Ironic isn't?"soal Najwa bersama kernyih menghiasi muka.

Anan bingung. Sepasang mata coklat Najwa itu ditenggelami sengsara, hampir sirna cahayanya. Sungguh, sengihan sinis itu juga lebih tepat digambarkan sebenarnya.

"Aku benci Fiena Arisya sebab dia senasib dengan aku. Ibu ayah tak suka dia, walhal mereka lupa aku juga kotor. Bezanya aku kerana angkara keluarga sendiri," ucap Najwa bersama senyum lebar. Semakin laju buliran menitis ke wajah, dia tampak sudah letih sebenarnya.

"Anan Nurfiza."

Anan kerdip mata. Memanah tepat dan lurus pada Najwa, bersedia menerima butir bicara seterusnya.

"A... aku min... minta ma...af...." Terketar-ketar dan gagap menuturkan kata, jujur dia segan sebenarnya. Dia tunduk ke bawah, tak sanggup bertentang mata. Sungguhpun begitu, Najwa dihimpit perasaan bersalah terlalu lama kerana kesilapan silam sering menghantui dirinya.

Keterlaluan. Bagaimana mahu pohon maaf tentang arwah Syifa' yang dialah penyebab utama kejadian malam itu? Berat menghempap melatari fikiran, mimpi buruk dan igauan ngeri terpaksa dihadapi.

"Najwa."

Anan sudah pun berada bersebelahannya. Entah bila, Anan memaut lengan halus Najwa dari tepi. Membenarkan Najwa yang mulai rebahkan sisi wajah pada bahu dia, cukup membuatkan suasana mereka sepi.

Usapan Anan telus menyelusup. Tulus dirasai, benar-benar membuatkan Najwa menjatuhkan lagi dan lagi air matanya.

"Najwa..." Meluncur lembut seruannya, Anan toleh sisi. Abaikan pandangan manusia, dia tidak perlu beroleh dan kisahkan waima sekali.

Najwa lirik sekilas. Pinggir bibir mongelnya garit senyum segaris, tanda dia menyahut panggilan Anan.

"Anan maafkan awak Najwa."

Selafaz barisan itu sudah melebihi segalanya. Ada kelegaan perlahan-lahan liar merayap perdu hati, cuma tidak sepenuhnya lagi. Kerana kesedaran dia terhadap sikap terdahulu, membuktikan bahawa siapa akan menerima andai telah lakukan sehingga meragut nyawa seseorang?

"Anan dan dia dah lama maafkan awak Najwa."

Seakan memahami, tangan Anan kian naik mengelus rambut Najwa. Lembut sekali lantas spontan bibirnya memahat taupan pada puncak kepala itu.

"Anan sayang adik..."

Basah pipinya. Namun bibir Najwa koyak senyum tanpa sedar, seakan kalbu dijentik hangat dengan lafaz kalimat Anan. Bahawasanya ada kanak-kanak kecil dalam diri tegar menagih dama seseorang, tak pernah dirasai langsung seumur hidupnya.

Aneh hakikatnya. Usia mereka sama, hanya bulan kelahiran yang berbeza. Anan di pembuka tahunan manakala Najwa pula penghujung tahun. Cuma itu, secara dasarnya masihkah mereka dianggap sebahagian hanya kerana dari benih yang serupa?

Yang pasti, sesama mereka adalah saudara. Nyata lebih dari cukup sebenarnya.

"Selamanya."

Luhur. Kasih sayang seorang kakak kepada sang adik.

Continue Reading

You'll Also Like

808K 299 1
Agency Series (2) RICH HUSBAND AGENCY merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan bagi membantu individu menyelesaikan misi mereka untuk memikat seseo...
180K 9.1K 56
'Let go of your fears of starting over' || Known as Carlo Revino, Han Dylen's Bodyguard Malaikha Amanda. Gadis yang hidup sekadar menumpang di rumah...
44K 2.4K 59
Make-believe /ˈmeɪkbɪliːv/ = Imitating something real +++ "You are blackmailing me." "Don't put it that way. You're making me look bad. Let's do thi...
493K 23.4K 57
Nara Khalisya. Hidupnya tak pernah berputar pada satu paksi. Bebas tak terikat. Angkuh tak terkata. Sehingga kehadiran Haril Yusuf, mengubah segalany...