YUJO

By rayhana_ken

101 29 48

Sekolah adalah tempat di mana kau akan kumpul berbagai kenangan manis dan pahit untuk dikenang di masa tua. ... More

Minum teh jap
Prolog
CHAPTER 2
CHAPTER 3
CHAPTER 4
CHAPTER 5
CHAPTER 6
CHAPTER 7

CHAPTER 1

9 3 10
By rayhana_ken

"Seriuslah Am..."

Beg di tangan dan wajah Ammar yang mengangguk-angguk  bersama senyuman, aku pandang silih ganti.

"Am..kau gurau je kan?"

Ammar menggulingkan mata ke atas.

"Tak Za sayang, nah pakai. Sesuai apa dengan Za," 

"Haha..." Aku hanya mampu tertawa hambar ketika Ammar menyarungkan beg mengerikan itu  pada aku.

Yeap. Beg mengerikan kerana warna kuning menyala ditambah dengan animasi Upin Ipin sebagai penambah seri lah kononnya. Lebih tepat beg budak tujuh tahun.

Bagaikan kerbau dicucuk hidung, aku hanya pasrah saat Ammar menolak tubuh aku sehingga ke luar rumah, ke tepi kereta Alphard berwarna hitam milik arwah abah.

"Have a nice day Za," ucap Ammar lalu menutup pintu kereta.

Senyuman ikhlas Ammar itu malah terlihat seperti ejekan di mata aku.

Ting!

Notifikasi menandakan mesej masuk membuatkan aku menyeluk poket kemeja. Mesej dari Ammar yang mengucapkan 'Goodluck' buatkan asap mulai keluar dari kepala.

Aku rasa nak jerit sekuat hati untuk lepaskan geram tapi mengingatkan pemandu kereta a.k.a Pak Tam yang menghidap sakit jantung, aku tahan niat dulu.

Untuk korang yang masih tak faham situasi sebenar, bagi aku lima detik untuk kawal diri.

Antara perkenalkan diri atau cakap pasal Ammar, aku pilih nombor dua. Ini juga untuk mengelakkan diri kau orang jatuh hati pada  pada muka kacak dia.

Untuk pengetahuan semua, Raja Ammar Zarif Bin Raja Zahirul adalah abang tunggal aku.

Tentang beg Upin Ipin yang aku pakai ni, berpunca dari kejadian malam semalam di mana aku dan Ammar one by one main permainan video yang disebut PUBG. Sebab aku kalah, jadi aku kena pakai beg-urgh aku nak memaki tapi macam menghina hasil karya anak Malaysia pula.

Tak, tak. Ini salah Ammar yang perangai macam animal. Umur 27 dengan pekerjaan doktor tak sesuai dengan dia siot. Tapi aku fikir positif dia sepi memandangkan dia tak ada awek.

Lagi satu, arwah abah dah lama pergi. Mama pula tak tinggal dengan kita orang. Mama kerja di luar negara. Aku tak tahu kisah tentang keluarga aku ni klise atau tak. Tapi itulah yang jadi.

Aku rasa sebab kekurangan kasih sayang, aku dan Ammar selalu buat benda bodoh sama-sama untuk hiburkan diri masing-masing. Ya, hanya rumah mampu buat aku ketawa senang. Sebab kat sekolah aku tak ada kawan (gelak sambil lap air mata)

"CIK IMAN!"

"Ye Pak Tam?!"

Badan spontan menegak.

"Kita dah sampai dah, Cik Iman tak nak turun ke?"

"Ah nak turun dah," Aku laju menolak pintu kereta lalu keluar. Lupa seketika tentang beg yang Ammar bagi.

Baru nak tutup, aku panjangkan kepala ke dalam perut kereta semula.

"Er...Pak Tam tinggikan suara ke tadi?" Aku meminta kepastian.

Pak Tam memusingkan tubuh sedikit memandang aku. Dia tersengih menampakkan barisan gigi tanpa kacip.

"Dah Cik Iman tak dengar Pak Tam kuatkan lah sikit. Hehe,"

"Hehe," bagai dipukau aku turut tersengih. Pesona gigi Pak Tam kiranya.

Usai menutup rapat pintu kereta, aku memusing tubuh menghadap bangunan-bangunan yang seperti saling bersambung.

"Sekurang-kurangnya kau cipta sejarah untuk aku Am,"





Garlic bun aku gigit dalam kuantiti yang aku rasa muat dalam mulut. Kunyah, telan, lalu esofagus dan masuk ke dalam perut.

Sejak lapan pagi menjejakkan kaki ke sekolah, aku hanya lepak kat belakang sekolah sambil makan garlic Bun yang acik potong rumput kasi. Kalau kau orang rasa belakang sekolah aku ada longkang busuk, kau salah.

Belakang sekolah aku bersih, kalau gosok kertas putih kat kaki lima ni aku tak jamin kertas tu akan kotor. Haah aku duduk atas lantai dan acik bagi roti tengah potong rumput berbelas meter di bahagian tepi aku.

Punca utama aku duduk sini selama tiga jam tak perlu dibahas kot. Buat sakit hati.

Bagi menghilangkan geram, aku akan perkenalkan diri aku. Aku watak utama kan? Dalam banyak orang di Xandara Highschool, aku dipilih sebagai watak utama gila tak happy. Bangga jap.

Nama aku Raja Zarra Imanina Binti Raja Zahirul. Nama aku ada king, korang ada? Jangan kagum awal sangat, aku tak ada keturunan raja.

Ammar dan Mama panggil aku Za. Yeah diambil dari Zarra. Manakala di sekolah, guru-guru panggil aku Iman daripada Imanina.

Umur aku umur klise cerita teen fiction, 17 tahun. Namun lambat masuk sekolah punya pasal, aku duduk di kelas 4 Violet. Tinggi 160cm dan berat badan-uh ringan. Ye boleh dikatakan macam tu.

Kalau muka, tak adalah special sangat. Kulit aku memang cerah tapi tak seputih arwah abah aku. Well kalau kau tanya aku, aku sangat suka tengok kening sendiri.Tak nak tinggi diri tapi kening aku memang cantik. Itu yang mama puji.

Soal penampilan aku bermasalah sikit. Apapun aku adalah seorang perempuan yang masih berniat untuk berfesyen. Tapi aku tak reti.

Tengok ajelah, sementara pelajar perempuan lain reti bergaya, aku hanya tahu pakai kemeja petak je kalau nak ke mana-mana. Sekali tengok, nampak macam jantan without six pack pun ada jugak.

Perangai aku...normal buat masa ni. Orang marah, aku marah balik. Orang serang, aku serang balik. Aku buat apa yang ada dalam kepala aku.

Kat sekolah, aku tak popular di kalangan pelajar. Tapi di kalangan guru...mungkin. Sedikit. Bukan sebab genius tapi sebab aku tak pandai. Pernah sekali guru Biologi hampir tak benarkan aku ambil kelas dia. Sebab aku asyik dapat gred C subjek tu dan aku selalu pecahkan radas makmal. Wait macam ni. Ak- aku tak sengaja okey?

Aku cuma memang tak boleh pegang benda kaca. Lebih tepat aku takut pegang kaca. Cepat je tergelincir dari tangan.

Dekat rumah, Ammar sediakan satu cawan dan pinggan khas untuk aku. Memang tak lah dia join sekali pinggan plastik. Jatuh martabat katanya.

Cakap pasal rumah, mari aku kenalkan sedikit tentang family aku.

Seperti yang kau orang sedia maklum, aku cuma ada Ammar dan Mama dekat dunia ni.

Aku jarang sekali berbual dengan mama. Cuma sekali sekala. Aku tak marah atau rasa dipinggirkan sebab mama sibuk orangnya . Apapun, mama tetap masukkan duit dalam akaun bank setiap bulan. Kecuali Ammar!

Bukan mama tak bagi. Tapi Ammar yang halang. Lagipun Ammar dah ada kerjaya yang memberikan kesenangan pada diri dia.

Bercakap tentang satu-satunya abang tunggal aku, jujur aku cakap, dia yang selalu jaga aku sejak mama pergi luar negara. Di mana umur aku baru 14 tahun waktu tu. Aku tahu dia penat sampai hari jadi sendiri pun dia lupa. Sebagai adik, aku tak lupa bagi hadiah setiap tahun pada dia.

Ammar cakap dia suka dapat hadiah macam santa claus. Rasa macam mengada tapi sekali-sekala apa salahnya.

Mungkin kerana kurang pengalaman, aku hanya mampu letak hadiah kat bawah katil dia dengan balutan macam orang hantar santau. Haah aku tak tahu balut. Nak minta tolong Ammar balut memang ketara sangat aku bodo.

Tak sangka apa yang aku buat hanya mendatangkan rasa seram pada Ammar dan akibatnya hadiah aku selalu masuk tong sampah.

"Pft-"

Tanpa sedar bibir aku tertawa kecil mengingatkan masa itu.

"Kau gelak sebab apa?"

"Hah? Haha, takde cuma ingat something,"

"Lawak sangat eh?"

" Gila tak lawa-WOI!"

Aku spontan mengesot beberapa meter ke belakang. Beg Upin Ipin aku peluk rapat ke dada.

"Shus...nanti ada yang tahu kita lepak kat sini," pelajar lelaki itu meletakkan jari telunjuk ke atas bibir.

Aku dengan bodo mengangguk laju sambil mengemam bibir. Tiba-tiba muka aku bertukar 'eh' apabila perasan sesuatu tentang rupa lelaki itu.

Dia handsome cuma macam pernah...

"Dani...el?"

Daniel tersenyum excited siap gerakkan jari macam sotong beserta muka 'uwu'

Ok tak handsome.

Continue Reading

You'll Also Like

6 Royals By Ian

Teen Fiction

2.3M 142K 68
Tentang 6 orang pelajar perempuan yang 360° berputar kehidupannya. Lyssa Irene, Nathra Kyara, Amisya Nadine, Ariana Rose, Farra Natrisha dan Iris Ri...
2M 78.5K 54
Irfan Hakimi. Seorang pensyarah muda yang paling terkenal di kampus atau erti kata lainnya Lecturer Paling 'Hot'. 'Hot' sangat ke? Eleh, semua tu tak...
2.6M 88.3K 82
Hariz pelajar yang bermasalah di sekolah. Muncul saja mukanya di sekolah, pasti ada saja perkara yang menyusahkan pihak sekolah. Murid lain, balik s...
1.7M 92.7K 54
❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menj...