π“π‘πž π‹πšπ¬π­ π‹π¨π―πžπŸ–€

Oleh CameliaBatrisyix

229K 6.1K 287

Luthfan Darren x Maya Darena Tidak semua orang mampu untuk menjalani kehidupan yang penuh cabaran seperti May... Lebih Banyak

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
Chapter 59
Chapter 60
Chapter 61
Chapter 62
Chapter 64
Chapter 65
Chapter 66
Chapter 67
Chapter 68
Chapter 69
Chapter 70
Chapter 71
Chapter 72
Chapter 73
Chapter 74
Chapter 75
Chapter 76
Chapter 77
Chapter 78
Chapter 79
The End βœ”οΈ

Chapter 63

2.3K 55 1
Oleh CameliaBatrisyix

I love you wildly, insanely and infinitely
- Luthfan Darren
______________________________________

Aku menanti kepulangan Tengku Darren dihadapan pintu, sekarang jam sudah menunjukkan pukul 6:15 minit petang. Biasanya jam-jam macam ni suami aku dah balik, tapi mana dia?

"Maya? Buat apa dekat luar tu?" Sapa mommy, dia duduk dikerusi sebelah aku. Bibir mengukir senyuman padanya

"Tak ada lah mommy, Maya tengah tunggu Darren. Biasanya pukul enam dia dah ada dekat rumah, tapi kenapa belum sampai lagi ni?" Aku menyoal wanita itu, mommy tersenyum lucu dengan gelagat aku

"Ada yang rindu ke?" Usiknya, aku ketawa kecil. Mestilah orang rindu, tak sabar ni nak tengok reaksi dia bila dapat tahu yang aku mengandung. Mesti dia gembira sangatkan? Sedangkan mommy dengan daddy tadi pun terlompat-lompat bila mendapat berita yang aku mengandung, apatah lagi suami aku. Yer dok?

Beberapa minit kemudian, muncul kereta Lamborghini Urus masuk kedalam pagar rumah. Tersengih lebar aku dibuatnya apabila melihat tuan empunya badan yang keluar dari perut kereta, lelaki itu turut membalas senyuman aku

"Sampai pun putera sulong mommy ni, isteri Luth dah lama tunggu tau? Kesian dia.." Mommy bersuara seakan akan meminta simpati bagi pihak aku, Tengku Darren ketawa kecil sebelum dia bersalaman dengan mommy. Sempat tangannya mencuit hidung aku

"Ya? Maaflah abang balik lambat hari ni, jalan jammed sangat. Kalau ikutkan hati, nak aje turun dari kereta lepas tu berjalan. Confirm lagi cepat sampai"

Mendengar saja kata-kata itu terus membuatkan aku dan mommy ketawa. "Jomlah masuk, tadi Maya dah masakkan Luth tomyam tau? Mommy dah rasa, memang sedap!" Puji mommy, serta merta wajahku membahang

"Betul ke Maya yang masak?"

Pantas aku mengangguk. "Mestilah saya yang masak, penat tau? Saya ingatkan nak makan tomyam tu panas-panas, tapi awak pula yang lambat balik" Sengaja aku membuat muka sedih, namun suami aku hanya ketawa saja

"Nanti abang suruh bibik tolong panaskan tomyam tu, dah jom masuk. Tak sabar Luth nak makan masakan isteri Luth ni mommy, mesti mommy pun dah terliur kan?" Ujar Tengku Darren sambil tersenyum, dia memeluk pinggang aku manakala sebelah tangannya lagi memeluk pinggang ibu tercintanya

Kelihatan daddy dan Luthfy sudah berada di meja makan, nampak gayanya mereka memang dah tahu yang suami aku dah balik. Aku mengambil tempat disebelah mommy manakala Tengku Darren duduk disebelah adik lelakinya itu, daddy pula duduk tengah-tengah

Boss besar, hehe

"Wah sedapnya bau tomyam yang Maya buat ni, pandai menantu daddy masak" Pujian daddy itu membuatkan aku rasa nak kembang semangkuk, alahai janganlah puji kita.. malu lah hihi

Amboi, gediknya kau Maya Darena. "Alahai daddy ni, bau aje yang sedap. Entah-entah rasanya ke laut" Balasku selamba, tangan sibuk mencedok nasi kedalam pinggan satu persatu. Kemudian dihulurkan pada mereka semua,

Aku hanya memerhati gerak geri mereka semua yang sedang menikmati tomyam itu, entah kenapa dada rasa berdebar mengalahkan masuk Master Chef. Aku lihat mata Tengku Darren dan Luthfy membulat

"Sedapnya!" Ucap Luthfy teruja

"Betul tu, dah macam dekat kedai orang-orang Thailand aje ni. Pandai Maya masak" Ujar daddy pula

Makin membahang wajah aku, dalam masa yang sama aku kerling suami aku yang ralit menjamu selera. Suami aku ni tak nak puji aku ke?

"Awak.. sedap tak?" Soalku pada Tengku Darren yang berada dihadapan aku, lelaki itu angkat wajah. Bibirnya perlahan-lahan mengukir senyuman

"Sedap sangat, pandai isteri abang masak. Beruntungnya abang dapat isteri macam Maya ni kan? Dah lah cantik, baik, pandai masak pula tu.. kesian dekat orang yang single tu kan" Pujinya, dalam masa yang sama sempat Tengku Darren menyindir Luthfy yang sedang fokus menjamu selera

Pantas Luthfy angkat wajah, menjeling abang sulongnya itu. "Eleh, kalau aku single pun kenapa? Bukannya kacau kehidupan kau pun, kan Maya?" Soal Luthfy, aku hanya ketawa kecil. Tak mahu berpihak pada sesiapa

"Memanglah kau tak kacau kehidupan aku, tapi kau tu dah tua pun Luthfy Dzafren. Apa kata kau bawa balik calon menantu untuk mommy dengan daddy, tapi.. Kalau setakat scandal lebih baik tak payah, buang masa dan tenaga aje" Tengku Darren masih lagi ingin menyakat, riuh meja makan ini dengan gelak tawa kami

Luthfy mempamerkan wajah menyampah

"Hari tu aku dah bawa balik tau, tapi kena reject dengan mommy!" Balas Luthfy tidak puas hati, mommy yang sedang menikmati tomyam itu mencebikkan bibirnya

"Siapa suruh Dzaf bawa perempuan tak cukup kain? Memang tidak lah mommy nak terima dia jadi menantu mommy." Balas mommy pula

Sekali lagi Luthfy pamer muka tak puas hati, pandangannya jatuh pada aku. "Maya, awak bukan ada kawan ke? Apa kata awak kenalkan dia pada saya, Yana kan bertutup, solehah dan lemah lembut.. bak kata mommy dia nak menantu yang ada ciri-ciri tu. Awak bagi nombor dia dekat saya, boleh?" Luthfy menjongket kening berkali-kali

"Yana dah berpunya" Gurau aku, dapat aku lihat riak wajah Luthfy yang berubah itu. Daddy ketawa besar

"Kalau Dzaf nak, daddy boleh kenalkan dengan anak kawan-kawan daddy. Ramai lagi yang boleh jadi typical menantu idaman, tinggal cakap aje" Sambung daddy pula

"Hm, tengoklah macam mana"

****

Aku menarik tangan Tengku Darren ke ruang tamu, terpinga-pinga wajah lelaki itu. "Kenapa ni Maya? Ada apa-apa yang Maya nak bincang dengan abang ke?" Penuh hairan Tengku Darren menyoal, aku tidak menjawab sebaliknya mencapai satu kotak berwarna putih yang berada diatas meja

"Cuba buka" Arahku lalu kotak itu di serahkan padanya, terjongket sebelah kening Tengku Darren. Tangan kasarnya mencapai kotak itu, baru saja dia ingin buka. Aku menahan tangannya

"Kenapa?"

Kepala digelengkan, aku tersenyum nakal. Tengku Darren membuka kotak itu, tak sampai dua detik. Mata hitamnya membulat besar, pantas dia pandang aku dengan pandangan yang tidak percaya

Di dalam kotak itu ada satu pregnancy test dan satu kain kecil yang tertulis 'Hello Daddy'

"Betul ke ni sayang?" Soal Tengku Darren, masih lagi ragu-ragu. Sedar tak sedar ada air mata yang bertakung dimata Tengku Darren, tangannya memeluk pinggang aku hingga jarak kami begitu rapat

Laju aku mengangguk. "Suprise! I'm pregnant!" Jeritku teruja, air mata aku turut bergenang. Dapat aku lihat wajah Tengku Darren yang penuh kegembiraan itu, sangat.. ikhlas.

"Alhamdulillah, terima kasih Maya!" Pantas tubuh aku dipeluk erat, akhirnya air mata aku mengalir. Kali ini bukan air mata kesedihan, tapi kegembiraan. Ya.. aku gembira

Aku membalas pelukannya. "Saya tak sangka yang saya akan mengandung secepat ini" Sengih aku, Tengku Darren ketawa besar. Geli hati dengan telatah aku

"Tahniah along, siapa sangka tak lama lagi aku dapat anak buah" Sampuk Luthfy yang datang entah dari mana, kami melepaskan pelukan. Memandang daddy dan juga mommy yang turut serta melihat adegan kami tadi, serta merta wajahku membahang

"Alhamdulillah, Luth perlu jaga Maya dan kandungan tu elok-elok. Ibu mengandung ni biasanya mood dia akan berubah-ubah, jadi mommy harap Luth sabarlah ya?" Pesanan mommy itu membuatkan kami ketawa

"Awak ni Mawar, anak sulong kita ni bukannya pertama kali jadi suami."

Tiba-tiba hati aku terasa sakit, dah kenapa pula kau nak terasa ni Maya? Betul lah apa yang daddy cakap, Tengku Darren ni bukannya kali pertama jadi seorang suami. Malahan dah pernah jadi seorang ayah pun, kau tu yang kedua.

Bukan pertama.

"Thank you sayang. I love you wildly, insanely and infinitely" Bisikan Tengku Darren itu membuatkan lamunan aku tersentak, perlahan-lahan bibir mengukir senyuman. Lupakan ajelah Maya, sekurang-kurangnya dia orang dah bercerai kan? Jadi maksudnya.. sekarang ni kau tetap yang pertama di hati Tengku Darren.

____________________________________

Tajuk : The Last Love
Tarikh : 02/03/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)

Lanjutkan Membaca

Kamu Akan Menyukai Ini

5.1K 313 21
Menjadi bijak dan genius tidak diinginkan langsung oleh gadis bernama Ayshara Dania. Dia hanya inginkan kehidupan yang sederhana dan penuh dengan kas...
3K 260 44
|Kisah antara Delisha Medina & Edrian Edward Lee| Delisha Medina❕ Delisha merupakan seorang gadis riang dan selamba, tetapi kepada orang terdekatnya...
116K 3.6K 20
(BxB, DON'T LIKE, DON'T READ) Leaving his old life was hard for him but he did it to protect his brother being killed by their father after he was...
1.7K 296 32
"Mengapa kamu tidak percaya akan kebesaran Allah? Padahal Dia sesungguhnya telah menciptakan kamu dalam beberapa tingkatan kejadian. Tidakkah kamu pe...