Unexpected love (malay)

By prinxcess_xx

121K 6.8K 1.1K

"Siapa sangka percutian yang telah dirancang dengan sempurnanya oleh 4 sekawan ini berubah 360 darjah dengan... More

Intro
Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25 (crime)
Chapter 26 (Naughty scene)
Chapter 27
Chapter 28 (pt)
Chapter 29 (18+)
Chapter 30 (18+)
Chapter 32 (21+)
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36 (18+)
Chapter 37 (crime)
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42 (21+)
Chapter 43 (crime)
Chapter 44 (18+)
Chapter 45 (18+)
Chapter 46 (crime)
Chapter 47 (18+)
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50 (18+)
Chapter 51
Chapter 52 (kiss scene)
Chapter 53
Chapter 54 (18+)
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
Chapter 59
Chapter 60
Chapter 61
Chapter 62
Chapter 63
Chapter 64

Chapter 31

1.2K 63 5
By prinxcess_xx


"Wait , Kak Fira nak tanya something ni kat korang berempat" , tanya Kak Fira pada kami yang sedang asyik makan ais-krim. 

"Tanya lah apa tu?" , tanya Mikaeyla.

"Apa nama melayu suami korang?" , tanya Kak Fira tanpa segan silu. 

"Nama diaorang actually panjang gila nak mampus kak. Sampai Sofea pun tak berapa nak ingat sangat ni" , terang Kaeyla bersungguh-sungguh. Kak Fira panggil Kaeyla Sofea jadi memang dia akan bahasakan diri dia Sofea dengan Kak Fira. Hope korang tak confuse ya. 

"Betul ni Kak Fira nak tahu?" , tanyaku pada Kak Fira. Bersungguh-sungguh dia nak tahu. 

"Ya betul. Nak tahu jugak kan nama melayu diaorang. Tak sangka jugak lah anak mat salleh macam diaorang boleh masuk islam" , terang Kak Fira smabil menggeleng-geleng kepala tanda tak percaya. Begitu juga dengan kami. Memang first-first pun kami semua tak percaya juga yang diaorang dah masuk islam. Tapi lepas papa cerita barulah kami percaya. 

"Alah tak kan Kak Fira tak kenal Farhan? My uni crush? Tu lah suami Mai sekarang ni" , kata Aurora sambil mencebik. Eleleleh suka lah tu kawin dengan crush sendiri. 

"Farhan Azriel Shah tu ke?" , tanya Kak Fira inginkan kepastian.

"Bingo!" , katanya seperti bersorak gembira. Kak Fira mengangguk faham. 

"How about Luca?" , Kak Fira pusing memandangku. Aku tersenyum kelat memandangnya.

"Zafwan Aidil Zafriel..." , jawapku dengan nada yang agak perlahan. Tapi masih dapat didengari oleh Kak Fira. 

"Rin pula?" , Kak Fira pusing memandang Kaeyla yang sedang menghabiskan ais-krimnya. 

"Nak sekali dengan bin ke? Hehe" , boleh pula dia tanya ea macam tu.

"Ha bin sekali" , jawab Kak Fira lalu menolong Kaeyla mengelap mulutnya yang comot itu. Ish Ish Ish macam budak-budak. Nasib Rin tak ada kalau tak aku rasa si Kaeyla ni dah kena cium kat sini. 

"Muhammad Daniel Zaqwan Fatteh bin Muhammad Fahim" , tercenggang kami semua mendengar nama Rin. Mak oi. Nama panjang-panjang nak gi mana oi. 

"Kau biar betik?" , tanyaku dan laju Kaeyla mengangguk mengiyakannya. 

"Nama husband aku lagi lawa. Muhammad Darwish Jazriel Mikail bin Muhammad Suhaimin. Ha kau ada?" , yang ini lagi perghhh. Dahsyat beb nama masing-masing. Ni kalau ada anak ni rasa lagi gempak kot nama anak dia. 

"Memang betul-betul nama orang kaya ea semua" , kata Kak Fira sambil menepuk tangan gaya tak percaya. "So after this korang panggil dia guna nama melayu ke or guna nama sebenar dia?" , alamak Kak Fira bagi soalan cepumas pulak. Aku memandang yang lain sambil membuat muka. 

"Buat masa ni for Bella kitaorang still panggil kau aku aja" , terangku dengan jujurnya.

"Lah...hmmmm. Tak apa lah slow-slow. Nanti kalau korang dah mula rapat baru lah tukar." , kamu semua hanya mengangguk dengan jawapan Kak Fira. Memang itu pun rancangan kami. Buat masa ni biarlah panggil kau aku dulu. As long as papa dengan mama tak tahu. Kalau diaorang tahu masak aku kena ceramah dengan mereka.  

                     Tiba-tiba serentak dengan itu aku , Mikaeyla , Aurora dan Kaeyla dapat call. Serentak babe. Ni mesti dah plan awal-awal ni. Kami terus bangun dan menjauh sedikit daripada yang lain untuk menjawap call tersebut. 

"Hello?" 

"Congratulations Bella!!" , sakit telinga aku dengar dia menjerit. Abang Ryan ni memang lah. Kalau lah dia dekat memang aku dah pukul dia ni. 

"Abang kalau abang tak balik majlis orang siap abang. Orang merajuk dengan abang setahun" , rungutku padanya. 

"Alololo ye lah. Of course abang akan balik. Takkan abang tak balik kan? Satu-satunya adik abang nak kawin ni" , pujuknya. Aku memang manja dengan abang Ryan. Dia lah satu-satunya abang yang aku ada. Walaupun dia hanyalah abang angkat tapi aku dah anggap dia macam abang kandung sendiri dah. 

"Okay lah abang nak cakap tu jer. Nanti abang call lagi ya. Abang ada hal ni. Bye~" , tergesa-gesa nada dia. Aku menjawab lambaiannya sebelum memutuskan talian. Aku berjalan kembali ke meja dimana Kak Fira berada. 

"Amboi semua bla macam tu jer ya tinggalkan Kak Fira sorang-sorang" , katanya sambil membuat gaya seperti kanak-kanak merajuk. 

"Alah sorrylah Kak Fira. Call dapat serentak tu yang tak sempat nak cakap bye dekat Kak Fira" , kata Aurora sambil mencubit pipi gebu milik Kak Fira. Berdecit jugaklah dia kena cubit dengan Aurora. 

"Siapa call." , tanya dia sambil tersenyum. 

"Abang Adam. Dia kata nanti time majlis dia balik. Katanya nak tengok satu-satunya adik kesayangan dia ni naik jinjang pelamin" , balas Aurora sambil membuat muka tak puas hati dengan si abang. Kami hanya ketawa melihatnya. 

"Tu okay lagi. Ni aku dapat call serentak daripada abang Miz dengan abang Mika kau tahu tak. Pastu tak habis-habis gaduh. Bingit telinga aku oi." , katanya sambil menepis-nepis telinganya itu. Memang pun. Kalau nak cerita pasal abang Miz dengan abang Mika woi sampai aku beranak pun tak habis lagi kau tahu tak? Bila jumpa asyik lah gaduh. Kesian Mikaeyla. Dia lah yang selalu kena. 

"Tabah ya Mikaeyla" , kata Kaeyla sambil mengurut-urut belakang badan Mikaeyla. 

"Oh ya macam korang dengar haritu kat rumah abang Kris , dia kata nak sponsor kan bila kita kawin nanti? Ha memang pun. Tadi dia call cakap jangan risau dia dah sponsor for everything. Dia akan datang nanti time majlis kita. Oh ya forgot. One more thing , dia ajak kita pergi majlis kawin dia nanti" , kami semua tersenyum riang mendengar kata-kata Kaeyla itu. Tak sangka ya Kris akan berkahwin juga dengan Lin. Tu lah orang cakap zaman sekarang ni dah tak kesah  dah kalau perigi cari timba dulu ke atau timba cari perigi dulu. Dah jodoh tak ke manakan. 

"Bella ni rasanya dah dapat agak dah. Mesti abang Ryan yang call ni" , usik Kak Fira padaku. Aku hanya tersenyum sambil mengangguk. "Wah makin meriahlah majlis korang ni kan? Tak sabar pula Kak Fira sekarang ni" 

"Amboi Kak Fira...Tak sabar macam dia pula yang nak bersanding ya?" , usik kami semua pada Kak Fira. Terus Kak Fira tersipu malu apabila kami mengusiknya. 

"Eh dah jom balik. Dah pukul berapa ni? Nanti mama marah , akak tak tahu ea?" , kami terus menyarung handbag sebelum beredar daripada situ untuk pulang ke rumah. 







"Kris baru call aku yang everything dah settle sebab dia kata dia yang sponsor" , kata Rin yang baru sahaja selesai berborak di talian. 

"Thank godness ada Kris" , kataku menarik nafas lega. 

"So now how?" , tanya Carl yang sedang memandu itu. 

"Balik lah apa lagi kan?" , jawab Jae sambil bermain game ditelefon bimbitnya itu.

"Tak nak aku. Gi lepak jom? Tempat biasa" , kata Rayyan dibahagian tempat duduk paling belakang. Oh lupa diaorang naik vellfire milik papa. Tu yang si budak-budak ni duduk lintang-pukang. 

"Kalau Carl on aku on" , jawapku lalu memandang ke arah Carl disebelahku. Dia mengangguk perlahan. 

                 Sampai sahaja disana Carl memarkingkan kereta dikawasan yang agak terpencil sebelum kami semua turun daripada kereta tersebut. 

"Wah...dah lama aku tak jejak kaki kat sini. Still the same and beautiful as usual" , omel Jae sebelum dia berjalan masuk ke dalam bangunan tersebut. 

"Oh dear~ I miss you so much. Do you miss me darling?~" , geli-geleman aku dibuatnya bila aku dengar Rayyan cakap macam tu. Eh mamat ni dah buang tebiat agaknya. I admit it that kitaorang dah lama gila tak jejakkan kaki kat tempat lepak ni. Still the same. Maybe sebab tempat ni agak terpencil daripada bandar. That's why tak ada sesiapa yang tahu tentang tempat ni. Kami terus naik ke rooftops untuk menikmati keindahan alam semula jadi. 

"Yeah...it's still the same" , ucap Rin yang sedang melihat pemandangan yang amat cantik dihadapannya itu. Belakang bangunan tersebut terdapat sebuah tasik yang sangat cantik dan terdapat juga satu lagi bangunan yang berhampiran dengan tasik tersebut. Bangunan itu amatlah cantik. Sumpah lawa gila nak mampus. Kalau boleh aku gambarkan pemandangan dibelakang itu ianya sama seperti dalam disney princess. Not exactly same but it's quite similar. Yes memang lawa gila. Tempat ini sesuai untuk orang yang nak release stress. Recommend sangat tempat ni. Kami menghabiskan masa disitu untuk beberapa jam lamanya. Melayan perasaan. Sebelum kami mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. 







                 Sampai sahaja dirumah aku dapat lihat mama dan Puteri sedang berborak di dapur manakala Kak Hanin and Maira mungkin berada di dalam bilik mereka agaknya. Aku masuk dan terus bersalaman dengan mama. Begitu juga dengan yang lain. Kak Fira sudah pun berada di lif untuk naik ke atas meletakkan barang-barang shopping di dalam bilik kami. 

"Amboi mama borak sampai tak ingat dunia ya? Sampai kami balik pun tak dengar ya?" , usikku pada mama. Mama hanya mencebik. 

"Alah you all lah lama sangat sampai mama nak gossip pun kena gossip dengan Puteri sorang" , jawab mama sambil memuncungkan mulutnya tanda protes. Alahai comel aja mama ni. 

"Alololo comel jer aunty merajuk. Patutlah uncle suka dengan aunty" , eh eh amboi Aurora usik lelebih nampak. Terlihat mama tersipu malu apabila mendegar pujian daripada Aurora. 

"Aunty kami naik atas dulu ya~" , pinta Mikaeyla lalu kami terus berlari naik ke atas. Lumba siapa sampai dulu hehe. Sampai atas terus sahaja kami masuk ke dalam bilikku. 

"Oh ya akak lupa nak cakap malam ni korang ada malam berinai tau. So you better siap-siap lah ya. Kemas apa yang patut. Akak nak gi bawah jap nak panggil yang lain. Kalau nak tolong pun lagi bagus lah ya hehe" , sempat ya Kak Fira mengusik kami sebelum turun. Kami hanya mengangguk sebelum yang lain membuat keputusan untuk terus turun ke bawah membantu Kak Fira dan yang lain. 

"Pelamin petang ni sampai. Mama ada appoinment dengan kawan mama nak gi spa so korang dengar-dengar lah ya kalau ada orang datang tu" , beritahu mama pada kami semua yang sedang mengemas ruang tamu.

"Okay ma!" , jawab kami semu serentak. 

                   Tepat pukul 2.40 petang , orang yang ditugaskan untuk membuat pelamin pun datang. Actually aku dengan yang lain tidur tak ingat dunia lepas penat kemas rumah tu. Kak Fira , Kak Hanin dan Mikaeyla sahajalah yang ada semasa mereka datang itu. Aku dengan yang lain lawan siapa tidur paling lama agaknya kat atas tu. Sumpah kitaorang tidur lena gila. Sampaikan satu bunyi pun kitaorang tak dengar. Tidur mati pula ya kami semua ni. Orang sibuk-sibuk kerja kat bawah kitaorang tidur kat atas. Haish pemalas betul jadi bini orang ya. 






"Bell-......" , aku membatalkan niat untuk memanggilnya setelah melihat dia sedang terbaring tidur di atas katil. 

"Farhan , Zaqwan. Bini kau kat sini" , panggilku lalu membuka luas pintu bilik tidur aku dan Bella. 

"Bertuah punya budak" , kata Carl sambil tersengeh melihat isterinya itu. 

"Biar lah diaorang. Kak Fira kata diaorang penat kan kemas rumah tadi? Dah jom gi bawah tolong apa yang patut" , Rin menepuk bahuku sebelum aku menutup pintu bilik dan berlalu pergi untuk turun ke bawah. 







                 Surprisingly malam tu Kris , Lin , abang Keat dan Riana datang. Oh god. Makin meriahlah rumah mama dengan papa ni. Mujur sahaja rumah agam papa ni besar dan banyak bilik. Kalau orang datang pun masih banyak lagi bilik yang ada. Seronok aku tengok mama dengan papa layan baby Rumi dengan baby Ren. Tak sabar agaknya nak timang cucu. But aippp not me okay. Biarlah abang Ryan yang bagi mama dengan papa cucu. Aku tak nak anak buat masa ni. Walaupun aku suka baby tapi I'm not ready for that.

"Jauh mengelamun" , tersentak aku dibuatnya apabila Luca datang dan menegurku dengan tiba-tiba. Ringan sahaja tangan ni memukul tubuhnya. 

"Kau ni suka pukul orang pula. Abusive betul" , alah drama lah dia ni.  

"Kau lah terkejut aku. Cuba lah bagi salam ke apa ke" , omelku padanya.

"Yelah. Assalamualaikum cik Bella" , baru nak cakap baik tak payah. 

"Walaikumsalam..." , kasar aku menjawabnya. 

"Kau tak nak bagi mama cucu?" , tersembur air yang aku minum daripada mulutku itu. 

"HUH?!!" , tanyaku dengan muka yang sangat terperanjat. 

"Overlah kau ni" , eh eh kau. Kau lah tanya soalan yang tak masuk akal. 

"Kau yang tanya soalan bodoh , aku juga yang kena" dia memberiku tisu untuk mengelap mulutku yang basah itu. Untung sahaja tak ada orang dekat kami ni. Kalau tak memang semua mata memandang aku. 

"Kau tak nak anak?" , dia tanya soalan yang sama sekali lagi. Aku diam.

"Aku tak nak anak. Kalau kau kawin dengan aku untuk ada zuriat , I'm sorry I can't give it. Kau boleh ceraikan aku" , aku tahu setiap lelaki yang kawin pasti nak kan zuriat kan? Tapi aku tak nak. Kalau dia nak anak aku rela diceraikan dan dia boleh kawin lain. 

"Siapa cakap aku nak anak bila kawin dengan kau?" , eh lah? Habistu yang kau tanya aku pasal anak tu dah kenapa nyet? Eh lah dia ni aku pulak yang sakit kepala layan kau. 

"Dah tu yang tadi kau tanya aku pasal anak tu dah kenapa?" , pelik lah aku dengan dia ni.

"Saja jer. Tetibe terlintas kat kepala otak ni" , dia ni random sangat lah. "Look Bella , aku tak kesah pasal anak pun yang penting sekarang ni ialah kau. You're mine right now. It's enough for me" , katanya sebelum dia meninggalkan aku keseorangan di buaian. Aku hanya diam. Maybe dia terasa hati kut dengan aku. Haish dah satu hal pula aku nak gi pujuk jantan tu. Aku dah lah tak reti pujuk orang. Haish.






"Congrats bro! Tak sangka kau kawin dulu sebelum aku ya?" , Kris bersalaman dengan Rin yang sedang duduk di atas pelamin menunggu aku habis berinai. 

"Ceh...acah lah kau. Sebenarnya kau dah tahukan aku akan kawin dulu daripada kau?" , Rin menumbuk dada Kris tanda bergurau. Kasarnya gurauan diaorang....

"Alah kau suka kan? Sebab aku yang sponsor? Aku kawin nanti kau pula sponsor aku ya" , pinta Kris pada Rin. 

"No hal lah. Kalau pasal duit biar aku yang settle" , cieee tau lah orang kaya. Berlagak sungguh ya anda? 

"Kaeyla dah siap lom?" , tanya Rin padaku. 

"Dah. Ha jom makan. Sorrylah lambat" , kataku lalu kami berjalan menuju ke luar rumah untuk makan. "Mana Lin bang?" , tanyaku pada Kris yang lagi tadi asyik berseorangan. Biasanya dia akan berkepit dengan Lin ni tak pula. 

"Ada tu tengah main dengan budak kembar" , Kris menunjukkan ke satu arah dimana Lin dan Riana sedang berborak-borak sambil bermain dengan Ren dan Rumi. Aku hanya mengganguk faham. 

"Kau tunggu sini biar aku ambikkan kau punya makanan" , arah Rin kepadaku. Aku mengangguk laju. Betul lah apa yang Kris cakap , Rin ni sweet orangnya. 






              Aku mencari-cari susuk tubuh Carl yang lagi tadi tidakku lihat. Mana lah dia ni. Aku dah cari kat satu rumah tak jumpa-jumpa. Nak cari kat luar? Ramai orang lah aku tak suka ramai-ramai ni. Aku sudah buntu. 

"Kau cari aku?" , terpekik aku apabila Carl tiba-tiba muncul dibelakang aku. Aku memukulnya dengan agak kuat. 

"Kau ni terkejut lah aku" , kataku sambil berjalan turun ke bawah. 

"Sorrylah. Kau nak makan? Jom aku suap" , eh macam tahu-tahu pula. Memang itulah niat sebenarku untuk mencarinya. Yelah tangan dua-dua dah berinai. Manalah boleh nak makan. Nak minta tolong yang lain? Tak payah semua tengah busy. 

"Macam tahu-tahu jer hehe. Jom" , terus mukaku yang monyok tadi berubah tiga ratus enam puluh darjah. Aku melompat riang macam kanak-kanak ribena dapat ice-cream pula. 

"Kau duduk sebelah Kaeyla , nanti aku datang sana" , aku hanya mengikut sahaja arahan yang dia berikan. 

"Awwww so sweet lah korang ni" , sengaja aku mengusik mereka berdua yang lagi tadi bersawit tak ingat orang sebelah. 

"Hai suami tolong suapkan isteri aja. Apa yang sweetnya" , tanya Kaeyla hairan. 

"Alah kau ni gurau aja pun tak boleh ke?" , aku menarik muka dengannya. Belum sempat aku nak merajuk lebih lama , Carl sudah pun datang dengan makanan yang nampak sangat sedap. Terus aku tersenyum riang. 








"Amboi seronok nampak bergelak tawa sakan" , sampukku dengan tiba-tiba. 

"Eh Mikaeyla rupanya. Duduk lah. Eh you dah makan belum?" , tanya Lin dengan ramahnya. Lin lah perempuan yang kami nampak haritu. Dia lah orang yang tolong bayarkan air untuk kami tu. Dan dia jugalah orang yang Rayyan jumpa di club haritu. Lin sangat ramah orangnya. 

"Ah haah Mikaeyla. You dah makan belum?" , tanya Riana yang juga duduk disebelahku itu. 

"Belum. I tengah cari Jae sebenarnya ni. You ada nampak tak?" , lapar anda tahu? Tapi tulah lagi tadi aku cari Jae tak jumpa-jumpa mana pula lah laki aku ni pergi? Haish. 

"Tak apa lah. Biar I tolong you. You! Nah pegangkan Rumi , I nak ambikkan Mikaeyla makan" , bersungguh-sungguh dia nak tolong aku. Haish malu aku dibuatnya. Jae kalau aku dapat kau nanti memang aku suruh kau tidur luar malam ni. 

"Eh Riana tak apa lah. Tak yah susah-susah" , kataku tak nak menyusahkan dia. 

"Eh tak apalah. Tak ada susah pun" , terus dia bangun untuk mengambil makanan untukku. 

"Tak apa lah. Biar Riana tolong. Daripada you berlapar jer. Nanti sakit perut pula." , pujuk Lin. Aku hanya mengangguk. Baik sungguh diaorang ni. 







               Aku bangun daripada tempat dudukku untuk menuju ke arah luar rumah untuk makan. Lapar lah. Tapi inai aku belum kering lagi ni? Aduh hai. Nak mintak tolong Luca? Hmmm dia pun dah pergi entah ke mana. Aku duduk kembali ditempat dudukku itu. 

"Lapar? Meh aku suap. Buka mulut" , out of nowhere dia datang bawa makanan. Prihatin juga ya dia ni. "Macam budak kecik lah kau ni makan" , omelnya yang sedang menyuapkan makanan padaku. Aku menjelingnya. Dia tersengeh melihatku. 

"Dah tu? Siapa suruh kau nak tolong?" , aku menarik muka. Ish dia ni memang lah. Kalau tak sakitkan hati aku sehari tak sah. 

"Alah aku gurau jer. Sorrylah. Bukak lah mulut." , tau pun takut. Main-main dengan aku lagi kan dah kena. 

"Kau buat lagi sekali , malam ni tidur luar ea. Jangan nak tidur dengan aku" , ugutku padanya. 

"Aku bagitahu papa" , tak nak kalah ea dia ni.

"Kau bagitahu papa seminggu kau tidur luar. Tidur lah kat sofa bawah ni" , apa aku kesah? Biarlah papa nak cakap apa yang salah kau. 

"Okay fine....sorry" , hampa nada suaranya. Nak lawan aku? Tak boleh lah bang. Aku kan perempuan. Perempuan mana pernah salah. 






                 Malam tu kami tidur pada pukul 1 lebih pagi. Yang nak kemas barang satu hal. Nak keringkan inai satu hal. Ha sudahnya tidur pukul 1 semua. Haiyoooo. Ghisau-ghisau. Ni baru selesai doa selamat. Belum lagi majlis bersanding nanti. Tah apa lah jadi ya? Aku rasa aku pitam dulu kot lepas habis majlis. 

Continue Reading

You'll Also Like

Garpu & Camca By hlovate

General Fiction

109K 5K 31
A short one. From the '10' anthology compilation (published November 2016, ISBN 978-967-0851-49-5). Goodreads : https://www.goodreads.com/book/show/3...
Rooftop Rant By hlovate

General Fiction

147K 9K 71
TRIGGER WARNING -substance abuse - suicide attempt - mental health Be kind. To you yourself and others. (published February 2009, ISBN : 978-967-511...
5.9M 238K 49
[ 1st BOOK = ARS ] ___________________ Dia berbahaya. Dia penuh dengan misteri. Dia penuh dengan muslihat. Dia... Danny Asyraf Lee. Mafia yang digeru...
4.1K 170 32
Neya gadis cantik idaman jejaka, seorang yang lemah lembut dan cukup berdikari. Namun diusia 26 tahun, Neya masih tidak pernah memikirkan untuk berum...