Fly High Company, Level 6 - Pejabat Maria
"Selamat pagi Cik Maria. Saya Hurul Iman. From now on, I'm your new dietician. Happy to work with you."
Kata-kata Hui disambut dengan tawa sinis dari Maria.
"Happy? Are you sure?" soal Maria sambil memandang Hui dengan sebelah keningnya diangkat.
Sengaja dia menyoal sebab dia yakin, tiada siapa yang gembira bekerja sebagai dietician atau nutrionist untuknya. Sebut sahaja 'Maria Anne', gerenti mereka angkat bendera putih. Jadi mustahil lelaki ini tidak mendengar sebarang cerita tentangnya.
"Ha?" Hui jadi pelik dengan soalan Maria.
"Nevermind. Sila duduk." Maria berkata sambil menunjuk ke arah sofa di dalam biliknya ini.
Hui berjalan menuju ke arah set sofa kulit bewarna hitam di dalam bilik itu. Maria berdiri dari kerusinya dan turut berjalan menuju ke arah set sofa itu. Kemudian diikuti oleh Fiffy.
"Macam ni ya Encik Nurul Iman-"
"HU. RUL. Hurul Iman. Nama saya. Tapi orang panggil saya Hui je. Lebih pendek dan senang." Hui memotong kata-kata Maria dengan membetulkan namanya.
"Ya whatever. Itu tak penting. Yang penting ini." Maria meletakkan sekeping cek kosong di hadapan Hui.
Hui memandang Maria dengan tanda tanya.
"Let's make this easy for both of us. Awak tulis any amount yang awak nak, saya akan bayar. In exchange, I want you to submit your resignation letter ASAP." Maria membuat tawaran.
Hui diam berfikir kemudian dia berkata;
"Dietician dan nutritionist yang lain pun cik offer benda yang sama juga ke?" soal Hui.
"Nope. Ni kali pertama. Like I said, this time, I want to make things easier for both of us. Saya yakin awak mesti dah dengar cerita dari ex-dietician dan juga ex-nutrionist saya. It's a very unpleasant working experience I must say." Maria berkata kemudian bersandar pada sofa. Dia memerhati gerak geri Hui.
Hui berbelah bahagi sebenarnya. Setiap keputusannya ada pros and cons.
Yang pertama, pros: Terima cek Maria dan dia boleh langsaikan hutang-hutang tertunggaknya. Cons: Bayaran ini sekali sahaja.
Yang kedua, pros: kekal kerja dengan Maria Anne, tambah gaji dari hospital dan Puan Farhani, dia tidak perlu lagi berfikir tentang bayaran bulanan. Cons: kerja dengan Maria Anne.
Hui memandang Maria Anne.
Huh dia ni memang sama macam rumours yang aku dengar. Hidung tinggi! Desis Hui.
"Awak boleh ambil cek tu dan fikir kat rumah baik-baik nombor berapa yang awak nak letak. Then, I'm off for a meeting."
+++
"Saya baru teringat nak tanya. Apa jadi pada restoran tu lepas news break out yang saya collapsed kat situ?" soal Maria saat dia dan Fiffy berjalan menuju ke lif selepas keluar dari pejabatnya.
"Saya expect yang restoran tu akan kena bashed tapi supprisingly, kata Bad, sejak Cik Maria datang makan kat situ, restoran sentiasa full. Even on workday." Cerita Fiffy penuh semangat.
Maria ketawa kecil. Mereka sudah di lif dan Fiffy menekan butang untuk turun.
"Aih my fan had done it again." kata Maria sambil tersenyum.
"Cik Maria kan 'Witch With Midas Hands'. Ini perkara biasa." Usik Fiffy dan mereka berdua ketawa.
'Witch With Midas Hands' adalah gelaran khas untuk Maria di mana apa sahaja yang dia beli, endorse atau pilih semuanya akan sold-out dalam tempoh masa yang singkat. Bukan itu sahaja. Sesiapa sahaja yang menjadi pilihan Maria, orang tersebut akan menemui kejayaan. Contohnya Rion dan anggota Sirius. Kedua-duanya adalah artis yang stabil membina nama di dalam dan di luar negara. Even tempat yang menjadi lawatan Maria pun akan menjadi tumpuan. Walaupun dengan imej 'Villainness' dan cerita sensasi yang menjadi muka depan majalah hiburan, fanbase Maria tetap utuh lagi kukuh.
Pintu lif dibuka dan mereka berdua masuk ke dalam.
"Oh ya. Tentang Bad. Apa-"
"Maria Anne!" panggilan Hui di muka pintu lif mematikan kata-kata Maria.
Maria dan Fiffy memandang Hui yang sedang menghalang pintu lif dari tertutup.
"Aku dah fikir masak-masak dan aku akan tetap kerja di sini." Kata Hui penuh semangat.
Maria senyum penuh makna.
"Jadi kau dah buat pilihan. Baik. Then nanti jumpa Fiffy kat cafeteria. She will show you around."
+++
Bilik Mesyuarat Utama
"Rion's first comeback for this year are schedule to be in the early of the second quarter, in early April. We decide to go with the spring theme to match the spring season in Asia. For your information, our producer already had several demo for the songs to be include in the album. And as you suggested, this time, Rion took part in the lyric writing and producing." Terang Creative Director dari Fly High Entertainment.
Maria membaca handout di tangannya dan juga ke arah slide yang sedang ditayangkan. Dia kemudian memandang kearah Rion yang turut bersama hadir di dalam mesyuarat hari ini.
"This time tema apa yang awak pilih Rion? The last time it's about bubblegum-like relationship which I kinda hate it." kata Maria terus terang. Rion menggeleng kemudian dia senyum bangga.
"Kali ini, saya tak akan kecewakan Cik Maria. It's about unrequited first love that end tragically in spring."
Mendengar kata-kata Rion buat Maria kerut dahi.
"I expect refreshing and energetic songs, Rion. I don't expect to hear a sad song." Balas Maria dan Rion mengangguk, masih kekalkan senyuman yang memberitahu untuk Maria kekal tenang.
"Maria, trust me. You will like it." Rion kemudian mengangkat thumbs up ke arah Maria. Maria mengangguk menerima apa yang Rion kata.
Well kalau aku tak setuju, memang aku 'basuh' mamat ni nanti. Desis Maria.
"Then when will be the tour?" soal Maria. Seingat dia, dalam mesyuarat bulan lepas, perkara berkenaan konsert tour Rion ada dibangkitkan.
"So far, the tour is scheduled to be hold in the third quarter. However, about the location of the tour, our Tour Manager and the team are still in negotiation with the country and place in the list. After we are done with that, the final list of the location will be send to you."
Maria mengangguk dengan jawapan Creative Director tersebut.
"Oh for the tour, I would like for the stylist to work with Fly High Apparel team. If possible, I would like for all the stage outfit for the tour come from our clothing line."
Ahli mesyuarat yang hadir semua menulis permintaan Maria di dalam buku nota masing-masing.
"And about this one..."
+++
Cafeteria Fly High
"Secara amnya, inilah encik punya working space." Tunjuk Fiffy ke arah sebuah bilik kecil dengan sebuah meja ofis dia dalamnya. Bilik yang terletak bersebelahan dengan tandas di cafeteria.
"....oh. Okay." Hui sebenarnya agak speechless melihat bilik kerjanya yang sangat ala kadar.
Mungkin inilah yang diorang maksudkan dengan "She make me feel invisible and useless! I never feel so humiliated in my life". Hui teringat apa yang ex-dietician Maria katakan.
"Tapi encik free untuk guna everything yang ada kitchen. Mari saya perkenalkan encik dengan staf kitchen."
Hui mengekori Fiffy masuk ke kitchen.
"Selamat pagi everyone!" sapa Fiffy sebaik dia menolak pintu masuk ke kitchen.
"Pagi!" balas mereka ceria.
"Guys, mulai hari ini, Encik Hurul adalah dietician Cik Maria yang baru. Jadi hope korang beri kerjasama pada dia ya." Fiffy kenalkan Hui pada staf kitchen.
Melihat Hui, ada yang buat wajah kesian.
"Well I hope this one gonna last longer. Rekod paling lama is dua minggu is it?" kata seorang wanita dengan tag nama 'Jiha' di bajunya kepada rakannya yang bernama 'Wahi'. Wahi mengangguk dengan kata-kata Jiha.
"So, hi! Nama saya Hurul Iman, Hui for short. Harap semua boleh tolong saya biasakan diri kat sini. Happy to work with everyone here!" Hui memperkenalkan dirinya dengan nada ceria dan penuh semangat.
Para staf kitchen membalas senyuman Hui.
"Jadi Hui, kenalkan ni Head Chef kita Tuan Amirul, Sous-Chef - Puan Marin, Cooks - Farid, Asistant Cooks - Jebat dan cleaning team - Jiha serta Wahi." Fiffy kenalkan satu per satu staf di bahagian dapur. Tim yang bertanggungjawab menyediakan makanan untuk semua pekerja di Fly High Company.
Gila eh. Hirarki sama macam hotel! Itu yang terlintas di kepala Hui sebaik Fiffy memperkenalkan staf kitchen.
"Nanti encik boleh berkenalan juga dengan staf yang jaga di bahagian hadapan. Saya perlu dapatkan Cik Maria semula. Jadi apa-apa urusan, boleh hubungi nombor ini." Fiffy menghulurkan bisnes kadnya.
"Baik. Jadi untuk tengah hari nanti apa yang saya perlu masak?" soal Hui.
"Nasi lemak."
+++
Fly High Company - Tingkat 6, Pejabat Maria
"Kacang ni hangit. Tak nak." Itu kata Maria sebaik sepinggan nasi lemak yang dimasak oleh Hui dihidangkan kepadanya.
"Baik." Jawab Hui pendek dan dia turun semula ke dapur dan menggoreng kacang semula.
Dia letak di atas pinggan dan sekali lagi dia naik ke tingkat 6.
Maria melihat hidangan kali ke dua ini. Kali ini kacangnya sudah digoreng sempurna. Dia mengambil pula seekor ikan bilis yang digoreng dan mengunyahnya.
"Garing sangat. Almost hangus. Tak nak."
"Baik."
Kali ke-3:
Kacang checked, ikan bilis checked. Then,
"Telur rebus separuh masak? Aku tak makan telur kuning cair. Tak nak."
"Baik."
Kali ke-4:
Kacang checked. Ikan bilis checked. Telur rebus hard-boiled checked.
"On a second thought, aku dengar cerita yang nasi lemak dengan poached egg tengah hot sekarang."
"Baik."
Kali ke-5:
Kacang checked. Ikan bilis checked. Poached egg checked.
"Now that I think again, telur mata dengan nasi lemak is better."
"Baik."
Kali ke-6:
Kacang checked. Ikan bilis checked. Telur mata checked.
"Hmm... kenapa telur ni oily sangat? Tak nak."
"Baik."
Kali ke-7:
Kacang checked. Ikan bilis checked. Telur mata less oily checked.
"Timun sikit sangat."
"...Baik."
Kali ke-8:
Kacang checked. Ikan bilis checked. Telur mata less oily checked. Extra timun checked.
"Tadi aku nampak nasi lemak dengan ayam goreng lalu kat Instagram."
"...Jadi cik nak ayam goreng?"
Maria mengangguk dengan soalan Hui. Hui senyum senget, menahan dirinya.
"Baik, Cik Maria." jawab Hui sambil mengetap giginya.
Kali ke-9:
Hui menolak troli berisi sepinggan nasi lemak yang cukup sempurna memenuhi semua permintaan Maria - kacang digoreng sempurna, ikan bilis rangup, ayam goreng serta extra timun.
Kali ni kalau dia komen lagi, memang aku sumbat nasi lemak dalam mulut dia. Basah dah ketiak aku ni ulang alik ke dapur! Bebel Hui.
"Encik Hurul nak masuk pejabat ke?" soalan Ahnaf menghentikan langkah Hui.
Hui mengangguk.
"Cik Maria baru je keluar. Dia ada photoshoot. Dan dia cakap dia tak akan balik ke pejabat dah. Jadi dia pesan untuk encik buatlah apa yang encik suka."
Kenyataan Ahnaf buat Hui terduduk di situ.
MARIA ANNE!!!!!
AFTER TAKE
"So Fiffy. Siapa Bad? The waiter yang kita jumpa kat restoran tu." soal Maria tiba-tiba saat dia sedang menyemak laporan yang diberikan oleh Fiffy.
Fiffy ketawa kecil.
"Ingatkan Cik Maria dah lupakan soalan tu." kata Fiffy sambil dia mengambil kembali laporan yang sudah siap ditandatangan.
"Mana boleh saya lupa. His existence keeps bugging me. Jadi siapa dia?" soal Maria lagi.
"Dia anak jiran saya kat kampung. Sebaya dengan abang."
"Sebaya Yusri?" potong Maria dan Fiffy mengangguk.
"Kami kenal dari kecil dan satu hari dia dan keluarga dia pindah. Lepas tu kami dah tak jumpa dah. Lebih kurang 10 tahun? Tu yang saya excited bila jumpa dia semula waktu tu." cerita Fiffy sambil tersenyum.
I smell something fishy here. desis Maria saat dia melihat reaksi Fiffy.
"Then, Yusri tahu tak yang you guys contact semula?" soal Maria. Dia kemudian bersandar pada kerusinya.
Fiffy menggeleng.
"Abang tak boleh tahu. Kalau dia tahu, habis lah Bad. For some reason yang saya tak tahu, abang macam tak berapa suka Bad. Hari tu pun dia buat muka bila saya cerita yang saya terjumpa Bad kat restoran tu. Dia siap bagi amaran supaya saya tak ke sana lagi."
"Suspicious." Kata Maria.
"Kan? Saya pun rasa macam tu. Sedangkan diorang berdua tu kawan baik masa sekolah menengah." Tambah Fiffy.
"So in short, until now, you guys still contacting each other behind your brother? Maybe even have secret meeting outside working hours?"
Tekaan buat Fiffy tersengih dan mengangguk.
"Jangan bagitahu abang ya Cik Maria."
Maria senyum dan mengangguk.
"Don't worry. Saya penyimpan rahsia yang terbaik."