Mr.Mafia Milik Ashi

Izzleverty tarafından

11.7K 723 141

Raeez Darrian Alexandra.Jejaka berdarah England itu cukup menarik perhatian ramai dengan rupa parasnya dan ha... Daha Fazla

MMMA 1
MMMA 2
MMMA 3
MMMA 4
MMMA 5
MMMA 6
MMMA 7
MMMA 8
MMMA 9
MMMA 10
MMMA 11
MMMA 12
MMMA 13
MMMA 14
MMMA 15
MMMA 16
MMMA 18
MMMA 19
MMMA 20
MMMA 21
MMMA 22
MMMA 23
MMMA 24
MMMA 25
MMMA 26
MMMA 27
MMMA 28
MMMA 29
MMMA 30
MMMA 31
MMMA 32
MMMA 33
MMMA 34(Last chapter)
Special Chapter

MMMA 17

301 15 0
Izzleverty tarafından


Hari hari berlalu seperti biasa. Pada hari ini aku menolong Milly di Grupo Bimbo. Pelanggan agak berkurang sejak kebelakangan ini. Mungkin kerana ada kedai baru dibuka berdekatan sini.

"Thank you, datang lagi ya" Milly mengukir senyum ke arah pelanggannya yang baru selesai membuat pembayaran. Aku hanya memerhatinya dengan senyuman nipis. Riak wajah Milly tidak ceria seperti selalu, dia kelihatan sedih. Aku berjalan mendekatinya lalu menarik tangannya duduk di satu meja. Milly hanya menurut.

"Kau kenapa?" Soal Milly sambil mengangkat sebelah keningnya. Mungkin hairan bila aku tiba tiba mengajaknya duduk. Aku merenungnya.

"Kau tu kenapa, muram je aku tengok. Ada masalah eh" Aku menyoalnya balik. Milly ketawa kecil. Belakang tanganku ditampar.

"Bila masa pulak aku muram. Mana ada lah" Walaupun wajah Milly mengukir senyuman, namun aku dapat rasa dia ada masalah. Aku kenal Milly sebaiknya.

"Jangan nak menipu lah. Aku kenal kau macam mana" Aku terus merenung wajahnya tanpa kelip. Lama. Senyuman Milly tadi semakin lama memudar menjadi senyuman pahit.

"Hmmm" Wajahnya disembam di atas meja. Milly sedikit merengek. Kakinya di bawah meja dihayun.

"Cuba kau bagitahu aku, kenapa ni"

Milly angkat kepala memandang aku. "Cuba kau tengok kedai aku ni. Dah tak ramai orang datang, semua dah pergi kedai baru tu"

Aku tersenyum nipis mendengar suara sayu Milly meluah masalahnya. Milly jarang begini, selalunya bila dia ada masalah, dia tetap akan luah dengan wajah yang ceria. Tapi kali ini berbeza, suaranya suram. Seolah olah ada awan mendung di atas kepalanya.

"Ala biasa la tu hidup berniaga. Ada hari kita untung, ada hari kita rugi. Berniaga ni ada naik turunnya." Aku menutur lembut sambil bermain dengan jari jemarinya.

"Aku bukan apa beb, kedai bakeri ni aku uruskan sorang sorang dengan bantuan kau dan yang lain. Even parents aku nak tolong tapi aku still taknak. Aku nak usahakan sendiri. Aku happy bila tengok pelanggan ramai masuk and dapat banyak pesanan. Sekarang ni dah tak ramai yang datang, kalau ada pun boleh kira dengan jari. Benda tu buat aku sedih beb, aku taknak Grupo Bimbo terbengkalai macam tu je. Usaha aku selama ni akan jadi sia sia" Hati aku sedikit sebak mendengar kata kata panjang lebar dari Milly.

Betul apa yang Milly cakap. Kedai bakeri ini adalah idea dan impian Milly sejak dulu lagi. Setelah berbincang dengan keluarganya, akhirnya Milly dapat menubuhkan kedainya sendiri. Sebagai kawan baik, aku menolongnya apa yang patut sedikit demi sedikit. Sekurang kurangnya Milly takkan berasa keseorangan. Dari mula sampai sekarang, aku nampak segala usaha Milly untuk menjayakan Grupo Bimbo.

'Aku nak tolong kau Milly, tapi macam mana? Aku taknak tengok kau sedih macam ni lagi.' Hati kecilku menggumam. Aku pandang Milly yang masih melentok di atas meja dengan pandangan sayu.

Tiba tiba akalku menyebut satu nama. Raeez! Mungkin lelaki itu boleh tolong? Dia kan businessman berjaya. Aku menahan senyum, patut ke aku mintak tolong Raeez? Kalau ada jalan penyelesaian, boleh juga aku buat kejutan untuk Milly.

Yes, perlu. Demi kawan baik kau Ashi.


***

Aku termengah mengah berlari lalu melabuhkan duduk di hadapan seorang lelaki yang santai bersilang kaki.

"Awak..sorry lambat. Huhh teksi lambat tadi. Hehee" Aku menyengih. Wajah kacak Raeez dipandang. Sudah hampir sebulan kami tak berjumpa.

Raeez selesakan duduknya. Jari jemari bergabung lalu diletak atas meja. Matanya merenung aku penuh serius. Kami kini di sebuah kafe yang agak terpencil. Walaupun agak tersorok, pelanggan di sini tetap ramai.

"What can i help you Babygorilla? Bagitahu je, aku tolong setakat yang mampu" Tumpuannya diberi penuh kepadaku. Aku garu kepala.

"Ermm..pasal Milly. You know Grupo Bimbo right? Kedai tu dia usaha sendiri. I dont know awak perasan atau tak, tapi dah ada kedai baru yang dibangunkan dekat kawasan tu."

Raeez angguk. "Okey so?"

"So, perniagaan Milly terganggu. Awak faham kan?" Raeez angguk lagi lalu menyandarkan tubuhnya pada kerusi. Nafasnya dihela.

"I got it. Is she okay right now?" Aku angkat kedua dua bahu sebagai jawapan. Hakikatnya aku sendiri pun tak tahu keadaan sebenar Milly sekarang. Kadang kadang dia bergelak ketawa tak ingat dunia, dan kemudian dia akan termenung pula.

"Saya tak tahu. Kedai dia buka macam biasa, dia pun bekerja macam biasa. But i really dont know her feelings"

"Kau tak cuba pujuk dia ke? Maybe with a little advice, she'll be okay then" Keningku berkerut sedikit. Entah kenapa hatiku terasa panas bila Raeez cakap aku tak cuba pujuk Milly.

Hello! Aku kawan baik dia kot, of course la aku pujuk dia. Tak sedar, rupa rupanya keningku berkerut agak lama. Raeez merenungku.

"Jangan buat muka macam tu Ashi. You seem angry with me." Raeez mengangkat sebelah kening sambil jari mengacau minuman di hadapannya. Terus hilang kerutanku, bertukar kepada wajah tidak berperasaan. Mataku beralih ke tingkap kaca, merenung jernih titisan hujan yang renyai renyai di luar.

Kami berdua diam. Lama. Masing masing seolah olah leka dengan dunia sendiri. Aku merenung ke luar, Raeez pula leka mengetuk cawannya dengan sudu.

Aku hela nafas panjang. Dah kenapa pula tiba tiba jadi canggung. Aku perlukan pertolongan Raeez saat ini. Pasti dia ada idea bernas untuk menolong Milly.

"Please awak..tolong saya. Saya tak suka tengok kawan baik saya sedih macam tu" Nadaku separuh merayu. Terpaksa. Kalau tidak, sampai esok pun Raeez ni tak bercakap.

"She's your bestfriend right? Kenapa minta tolong aku?"

Ahh sakit hati! Cara dia bercakap menampakkan diri dia agak sombong. Mamat ni nak tolong ke taknak sebenarnya? 'Aku tolong setakat yang mampu' konon. Taknak tolong bagitahu je la awal awal. Aku boleh minta tolong orang lain. Tak perlu sakit hati bersoal jawab dengan dia.

Aku pincing mata.

"Takpe lah. Terima kasih sebab luangkan masa dengan saya sekejap. Maaf ganggu awak" Terus aku bangun dari kerusi. Tangan kiri mencapai beg sandangku lalu ingin berjalan keluar.

Raeez diam. Lalu dia tersenyum sinis sedikit.

"Hey wait!" Beg sandangku disambarnya cepat. Tersentak aku lalu berhenti dari melangkah. Aku menoleh memandang Raeez yang masih kekal di kerusinya. Perlahan lahan begku ditarik.

"Sit" Aku geleng.

"I said sit!" Kali ini nadanya tegas. Mencicit aku lari duduk ke tempat asal. Takut. Malu. Risau kalau ramai yang menoleh ke arah kami kerana ketegasan suara Raeez.

Aku duduk sambil menunduk kepala. Malas mahu menatap Raeez. Malas? Atau sebenarnya takut untuk memandang Raeez yang sedang merenungku dengan riak wajah yang tidak dapat ditafsirkan?

"Betul nak aku tolong?" Dia bertanya. Aku sekadar mengangguk laju.

"I can't hear you. Betul nak aku tolong?" Tangannya diletakkan di sebelah telinga, menunjukkan dia mahu mendengar suaraku untuk menjawab.

"Ya, saya nak awak tolong"

"Sebab?" Aku guling mata. Banyak songeh juga mamat ni.

"Sebab saya tak kenal sesiapa pun yang bijak dalam dunia perniagaan selain awak. Awak je yang saya kenal dan senang nak berurusan. Lagipun, syarikat yang awak handle tu kan berjaya. Dah macam macam idea yang awak fikirkan untuk majukan syarikat awak kan? Setakat business kecil macam Grupo Bimbo tu, celah gigi awak je." Aku memberi pujian yang menggunung. Biar dia bangga dan setuju untuk menolongku.

Raeez ketawa kecil. "Jangan nak membodek sangat. Okay, i'll help you"

Mataku bersinar. Terserlah keterujaan di wajahku. "Betul ni?"

Dia angguk. Membuatkan aku rasa gembira. Akhirnya aku dapat menolong Milly walaupun bukan bantuan dari diriku sendiri.

"Terima kasih! Awak bagitahu je awak nak apa, saya tunaikan semuanya selagi saya mampu" ujarku seakan berjanji. Raeez senyum lagi lalu dia mengangguk.

"Of course..everything has a prices" Dia mendekat sedikit. Gaya mahu berbisik.

"Anything?"

"Yup" Aku anguk laju. Lalu kami berdua membalas senyuman.

Lain kali bawa kamera. Tangkap sekeping gambar Raeez senyum letak bawah bantal. Bukan senang nak tengok mamat ni senyum tau!

****

Kerusi empuknya ditarik lalu melabuhkan duduk di situ. Tubuhnya disandarkan, keluar keluhan penat di bibirnya. Tali leher yang disimpul kemas itu dilonggarkan.

Raeez termangu seketika di meja kerjanya. Kepala sibuk memikirkan tentang Ashi. Lebih tepat, memikirkan tentang cara untuk menolong Milly.

'Tok tok tok'

"Come in" Laungnya pendek. Memberi keizinan manusia itu masuk ke dalam biliknya.

Setelah pintu dibuka, terpampang wajah kacak seorang Rhys Darrian Alexzander. Dia segak berpakai formal kerjanya, iaitu doktor. Ya, Rhys merupakan seorang doktor. Masih ingat kejadian Raeez ditembak di lapangan terbang? Raeez tak perlu bersusah payah pergi ke hospital kerana dia mempunyai doktor peribadi, adiknya sendiri.

"What's bring you here dude?" Soalan diaju sambil merenung adik kembarnya.

Rhys mengangkat bahu dengan berwajah selamba. "Saja datang nak lepak"

Kerusi dihadapan meja Raeez ditarik kasar lalu duduk disitu. Kaki disilang lalu diletakkan di atas meja. Gaya santai. Raeez memerhati adiknya yang sudah mengemam sepuntung rokok di bibir. Perlahan dia mengeluh.

"Kau masih merokok? Can you stop it? Berapa kali aku nak pesan jangan merokok lagi. You're a doctor Rhys." Tangan Raeez mula sibuk memegang fail fail kerja. Mulut masih bergerak memberi nasihat kepada Rhys.

"I'm trying" Asap mula berkepul kepul keluar. Raeez bangun dan membuang rokok itu ke dalam sinki yang basah.

"Told you before, no smoking here" Amaran itu mengundang sengihan Rhys. Tangan diangkat tanda mengalah.

"Okay i'm sorry" Pemetik api dikeluarkan lalu ditendang jauh. Raeez hanya menggeleng kepala. Keluhan berat keluar dilepaskan.

"Asal kau nampak serious sangat harini?" Selamba soalan itu ditanya tanpa menghiraukan renungan abangnya. Kerusi yang diduduki itu dipusing berkali kali.

"Sebelum ni kau nampak aku main main ke?" Rhys sengih lagi. Benar, Raeez seorang yang agak serius. Jarang nampak dia nak bermain main.

Raeez berdecit kecil. Sebelah tangan memegang pelipis kepala. "Aku...busy minggu ni. Kau boleh handle sikit sikit tak kat office?"

Rhys angguk. "Boleh je. Kau busy buat apa?"

"Ashi mintak tolong aku untuk stabilkan perniagaan kawan dia, Milly. So maybe aku akan jarang datang office. Apa apa nanti kau update dekat aku." Fail fail diselak lagi. Sesekali mata fokus pada skrin komputer.

Tawa Rhys meletus tiba tiba. "Wait, seriously kau masih berhubung dengan perempuan tu? Bro, sampai bila kau nak seksa diri kau dengan bayangan iras Stella tu? Kau cakap dekat aku kau nak move on,kau nak lupakan dia. But look, macam mana kau nak move on kalau kau kerap jumpa Ashi."

"Why? Aku jumpa Ashi tak semestinya bermaksud aku tak boleh move on. Stella is Stella. Ashi is Ashi. Two different person. Aku tahu macam mana nak bezakan" Raeez menidakkan. Hilang tumpuannya pada kerja walaupun mata masih melekat pada skrin.

"Okay, do you love Ashi?"

"No"

"Do you still love Stella?"

Senyap. Tiada jawapan dari Raeez. Dan itu membuatkan Rhys tersenyum senget. Tahu sangat jawapan senyap itu. Lalu dia bangun dari kerusi.

"Aku harap sangat kau boleh lupakan kekasih lama kau. Dan Ashi tak jadi mangsa kenangan silam. Cau."

Bayangan Rhys hilang disebalik pintu kaca. Hening menyelubungi suasana di sekitar Raeez. Tumpuannya 100% sudah hilang.

Okumaya devam et

Bunları da Beğeneceksin

111K 3.8K 45
Kisah cinta sang gadis kepada sang jejaka yang pada mulanya dianggap cinta monyet yang tidak akan berkekalan sampai ke alam perkahwinan bak kata sang...
440K 11.6K 55
" Kenapa semua lelaki sama je? Kenapa semua lelaki suka buat aku sengsara macam ni? Aku benci kau! Aku benci!" - Nur Afiqah Insyirah. " No matter...
414K 11.3K 101
[Highest ranking #6 in romance Highest ranking #1 in readers] Disebabkan satu kesalahan kecil, gadis bernama Nur Lidya Huraisha, ibu dan adik perempu...
373K 13.1K 66
Raihana atau lebih dikenali Raihana Sofea bt Datuk seri Hakim. di sekolah lama dia,nak dikatakan gangster tak juga sebab dia tak buli orang. tapi dia...