Arah Mana Syurga (E-BOOK)

By kasturimadu

1.3K 14 0

Demi memperjuangkan sebuah kehidupan, Amaara Badriah rela menghambakan dirinya jauh ke lembah hina. Menjadi... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 5
NOTA KAKI
URGENT

BAB 4

133 1 0
By kasturimadu

KERUSI ditarik kasar. Punggung dihempas geram. Wajah Tengku Borhan yang sedang tersenyum manis itu dipandang sebal.

"Penting sangat ke lunch meeting ni sampaikan I pun you nak kena heret sama?" soal Amaara sebal.

"Tersangat penting untuk company I. Ala janganlah marah, baby. I janji lepas habis meeting ni I bawak you pergi shopping," janji Tengku Borhan.

Nafas dihela panjang. "Okey, kalau macam tu I nak request you belikan new handbag untuk I. I tengok LV ada keluarkan koleksi baru."

"Anything for you my dear," dikucup lembut jari jemari Amaara.

Tersungging senyuman ceria meniti diwajahnya. "Sebenarnya apa tujuan you bawak I jumpa client you ni? Tak pernah-pernah you ajak I sebelum ni? Why so suddenly?"

Keluhan berat dihempas kasar. "Sorry my dear, kalau ikutkan I memang tak nak kacau you hari ni. Tapi I nak buat macam mana, I takde pilihan."

"Apa maksud you ni?" terjongket keningnya.
"I perlukan khidmat you hari ni. Wakil syarikat client I hari ni agak susah nak handle. Kalau nak dikutkan I tak perlu nak berurusan dengan dia, tapi dengan CEO. Masalahnya sekarang CEO takde dekat Malaysia, dia pergi umrah. So pihak syarikat hantar wakil untuk berjumpa empat mata dengan I. Daripada cerita my PA wakil yang dihantar ni bukan orang lain tapi anak kepada CEO. Dan dengar kata dia seorang yang super duper cerewet," cerita Tengku Borhan.

Berkerut pelik dahi Amaara. "Habis tu you nak I buat apa? I bukan reti pun fasal bisnes ni."

"I nak you goda dia. Goda sampai dia setuju nak sign contract dengan company I," ucap Tengku Borhan tenang.

"What?! Are you kidding me?" bulat mata Amaara tak percaya.

"You ada nampak macam I tengah bergurau ke sekarang ni?"

"You terdesak sangat ke nak dapatkan projek tu, Tengku? You kan orang kenamaan takkanlah sampai nak kena guna cara kotor macam ni?" bidas Amaara sinis.

"I tak kisah you nak cakap apa sekalipun, Amaara. I don't care. Kalau you nak tahu dalam dunia perniagaan ni you tak boleh nak baik sangat, kalau tidak mudah-mudah you akan ditindas. Jadi salah satu caranya tak nak bagi ditindas adalah dengan menggunakan cara kotor macam nilah."

"Jadi I ni akan jadi alat sebagai tukar gantinyalah ya?"

"Pandai pun you. You tak payah risau soal bayaran. I akan bayar you lebih. Asalkan you buat kerja you. Lagipun you takkan rugi apa-apa, baby. Anggap je I tengah tolong you cari customer baru," ujar Tengku Borhan.

"Okey I terima tapi pastikan kerja yang I buat ni berbaloi dengan bayaran yang bakal I terima."

"That my girl. Fasal bayaran you tak payah risau. Semuanya ditanggung beres. Asalkan you tolong I dapatkan projek ni je," selamba dilabuhkan ciuman di pipi Amaara.

Meringai suka Amaara diperlakukan sebegitu.

Hampir 15 minit menanti, bayangan figura yang ditunggu-tunggu akhirnya muncul jua. Tersentak Amaara yang sedari tadi sibuk bermain dengan gadget ditangan. Kepala lekas mendongak merenung ke arah figura yang kini berdiri tegak dihadapan mereka. Punggung diangkat bersama dengan riak tidak percaya.

"Maaf, saya lambat sikit. Jalan jammed. Laluan jalan nak ke sini tadi ada berlakunya accident."

"Takpe Encik Razif. Small matter je. Lagipun kami pun baru je sampai," tangan dihulur bersama senyuman lebar yang meniti diwajah Tengku Borhan.

Angguk faham. Huluran disambut dan punggung dihenyak diatas kerusi. "Jadi boleh kita mulakan sekarang?"

"Boleh-boleh. Tapi sebelum kita mulakan perbincangan saya nak kenalkan Encik Razif dengan seseorang. My partner, Amaara Badriah. Amaara ni Encik Razif Haikal, wakil daripada Gelombang Holding. Macam yang I bagitahu you tadi."

Terbias senyuman lebar diwajah Amaara. Lekas tangan dihulur mahu bersalaman dengan jejaka berwajah kacak dihadapannya ini. Teruja pun ada tak sangka mereka bakal bertemu sekali lagi.

"I know you. Tak sangka kita akan bertemu sekali lagi" tutur Amaara teruja.

Berlaga pandang sebelum bebola mata dilarikan pandangannya. Tak sanggup Razif mahu bertentang mata dengan si wanita yang begitu seksi tika ini.

Ukir senyum nipis. Kepala dianggukkan. "Ya," jawabnya pendek. Huluran tangan Amaara dibiarkan sepi.

Senyuman yang tadinya manis bertukar kelat apabila sekali lagi Razif hanya mengabaikannya. Jatuh tangan yang tadinya menanti untuk disambut.

"Both of you dah kenal each other ke?" celah Tengku Borhan. Silih berganti direnung wajah Razif dan Amaara.

Melihat tiada tanda-tanda Razif mahu membuka bicara Amaara laju bersuara. "Takdelah kenal sangat. Tapi kami pernah bertemu dekat sebuah majlis makan malam. And I tak sangka hari ni I akan bertemu sekali lagi dengan Ustaz Razif ni. Hmm nampaknya I ni memang berjodoh je dengan you. Kan ustaz?" tersungging senyuman sinis.

Tak selesa mendengarkan apa yang dibicarakan oleh Amaara, Razif segera melontarkan bicaranya. "Tengku, boleh kita mulakan perbincangan kita sekarang ni? Lagi cepat kita mula, lagi cepat kita dapat kata putus."

"Ops sorry Encik Razif! Sure..." semangat Tengku Borhan.

Tak lari walau seinci bebola mata Amaara merenung wajah kacak itu. Sesekali bibir terbias dengan senyuman penuh makna. Entah mengapa dia rasakan sesuatu apabila berada dekat dengan lelaki tu. Seumpama aura yang dibawa oleh Razif begitu luar biasa.

Tika ini Amaara rasakan dia mahukan Razif.

"Saya akan bincang semula hal ni dengan ahli lembaga pengarah. Sebab projek ni menelan belanja hampir jutaan ringgit. Jadi syarikat kami tak mahu kalau tersalah pilih rakan kongsi untuk bekerjasama. Saya harap Tengku faham," ujar Razif tenang.

Kepala dianggukkan, memahami apa yang disampaikan oleh Razif. "Baik saya faham. Tapi kiranya bila saya akan dapat keputusannya?"

"Tengku tak perlu bimbang soal itu. Kalau Allah kata ianya adalah rezeki Tengku, ia akan tetap jadi rezeki Tengku. Rezeki, jodoh, ajal dan maut semuanya dah ditetapkan semenjak kita berada di dalam kandungan lagi. Apa yang penting tugas kita berusaha dan banyakkan berdoa," sempat dititipkan sebuah pesanan.

Berubah kelat wajah Tengku Borhan tika ini. Disenggolkan lengan Amaara dan mata dilirikkan tanda memberikan isyarat agar Amaara mula bertindak.

"Excuse me, I nak ke toilet sebentar ya," pamit Tengku Borhan.

Hilang saja figura Tengku Borhan, Amaara mula bersuara menggoda. "So you ni betul-betul ustaz ke atau hanya ustaz atas nama je?"

"Apa maksud cik dengan ustaz atas nama?" soal Razif tidak faham.

"Gelarkan diri sendiri ustaz tapi sebenarnya hanyalah bertopeng semata-mata. Bila siang jadi pak ustaz tapi bila malam dialah raja segala syaitan. Bab kata orang zaman sekarang ni penunggang agama," terjongket keningnya.

Bibir diukirkan senyuman tipis. Kepala dianggukkan seketika. Pandangan mata dipasakkan ke arah cawan kopi miliknya. Sedari tadi wajah cantik Amaara langsung tidak dipandang. Razif benar-benar menjaga pandangan matanya.

"Saya tak nafikan mungkin ada segelentirnya sebegitu. Dan saya juga tak salahkan cik sekiranya mahu berfikiran sebegitu. Setiap orang tu ada pandangannya tersendiri. Tapi cik kena tahu satu perkara, tak semua orang yang berkopiah, berserban atau orang alim itu adalah penunggang agama. Jangan hanya kerana nila setitik rosak susu sebelanga," tenang Razif menuturkan bicara.

Lorek senyuman sinis. "Jadi you ni kategori pak ustaz yang baik-baiklah ya?"

"Saya hanyalah hamba-Nya yang hina dan penuh dengan dosa."

Kelu lidah Amaara mendengarkan bicara Razif. Difikirkan Razif akan megah dan membangga diri namun ternyata dia silap.

Akal fikirannya semakin kuat menyatakan dia mahukan Razif.


*****


ASAP rokok dihembus kasar. Mata dibawa menikmati keindahan kota raya Kuala Lumpur yang terbentang luas di hadapannya saat ini. Sesekali terdengar helaan nafas berat yang dilepaskan kasar dari dua ulas bibir mungilnya.

Jiwa sarat dengan perbagai rasa. Menanggung beban yang dipikul saban hari. Menanti hari demi hari tanpa pernah mengenal erti jemu. Walau sentiasa dihurung rasa kecewa, jiwa tak pernah mati untuk terus menanti.

Dia, insan yang amat dirindui disetiap helaan nafasnya.

Dan dialah segala-galanya bermula.

"Amaara? Kau tak keluar ke malam ni?" sapaan Jiha menyentakkan Amaara yang jauh mengelamun.

Mendongak dia membalas renungan Jiha. Bibir diukirkan sebaris senyuman hambar.

"Tak," jawabnya pendek.

"Kenapa? Kau takde customer ke malam ni?"

Geleng kepala. "Aku reject. Malam ni aku takde mood nak jumpa dengan siapa-siapa. Lagipun aku penat. Aku nak rehat je dekat rumah," disedut kembali rokok yang berada di tangannya.

"Takde mood? Kenapa? Kau ada masalah ke?" dilabuhkan duduk bersebelahan Amaara. Wajah tenang Amaara ditilik penuh tanda tanya.

Nafas disedut dan dilepaskan perlahan-lahan. "Aku rasa, aku nak kahwin," luah Amaara.

Terbuntang mata Jiha. "Kahwin?! Kau biar betul ni, Maara? Kau nak kahwin dengan siapa ni?" soalnya.

"Razif... Ustaz Razif Haikal," jawab Amaara yakin.

"Ustaz Razif? Ustaz Razif mana pulak ni? Kau biar betul ni, Maara? Kau dah buang tabiat ke apa ni nak kahwin dengan ustaz?"

"Sebelum ni pernah ke aku main-main dengan apa yang aku cakapkan? Kau kenal aku macam mana kan?"

"Kenapa tiba-tiba je kau nak kahwin dengan ustaz tu? Apa yang ustaz tu dah buat pada kau sampaikan kau tiba-tiba je nak kahwin dengan dia?" soal Jiha curiga.

"Dia tak buat apa-apa pun pada aku. Aura yang ada pada dia yang buatkan aku betul-betul tertarik dengan dia. Dia ada karisma yang takde pada orang lain. Dia ada ciri lelaki yang selama ni aku cari," luah Amaara.

"Hmm pelik ni. Sebelum ni Dato Mahat ajak kau kahwin kau reject macam tu je. Tan Sri Ismail pun pernah ajak kau kahwin, tapi kau tolak mentah-mentah macam tu je. Ni dengan ustaz mana entah, kau terima pulak?" hairan Jiha.

"Soal hati ni bukan boleh dipaksa, Jiha. Mungkin dah tertulis jodoh aku dengan Ustaz Razif tu. So nak tak nak aku kenalah terima."

Angguk faham. Direnung seketika wajah Amaara sebelum Jiha memuntahkan sebuah persoalan yang bermain di fikirannya ini. "Aku nak tanya kau ni. Dia tahu ke kau buat kerja apa? Dia boleh terima?"

Hembusan nafas dihela berat. Wajah cantiknya diraup seketika.

"Nak tak nak dia kena terima jugak. Aku akan pastikan perkara tu. Walau apa cara sekalipun jadi aku tetap nak dia jadi suami aku," ujar Amaara.

"Kau tak mengandungkan?" soal Jiha.

Kalih pandang. Wajah bersahaja Jiha ditatap kosong. "Kalau aku ni mengandung, kau dulu orang pertama yang akan aku bagitahu. Dah kau tak payah nak merepek sangat. Sekarang ni aku perlukan bantuan kau."

"Bantuan apa pulak ni?"

Pertanyaan Jiha hanya dibiarkan sepi begitu saja. Bibir menguntumkan senyuman penuh makna.


Continue Reading

You'll Also Like

259K 15K 16
"แ€˜แ€ฑแ€ธแ€แ€ผแ€ถแ€€แ€œแ€ฌแ€•แ€ผแ€ฑแ€ฌแ€แ€šแ€บ แ€„แ€œแ€ปแ€พแ€„แ€บแ€œแ€พแ€ฏแ€•แ€บแ€žแ€ฝแ€ฌแ€ธแ€œแ€ญแ€ฏแ€ทแ€แ€ฒแ€ท.... แ€™แ€Ÿแ€ฏแ€แ€บแ€›แ€•แ€ซแ€˜แ€ฐแ€ธแ€—แ€ปแ€ฌ...... แ€€แ€ปแ€ฝแ€”แ€บแ€แ€ฑแ€ฌแ€บ แ€”แ€พแ€œแ€ฏแ€ถแ€ธแ€žแ€ฌแ€ธแ€€ แ€žแ€ฐแ€ทแ€”แ€ฌแ€™แ€Šแ€บแ€œแ€ฑแ€ธแ€€แ€ผแ€ฝแ€ฑแ€€แ€ปแ€แ€ฌแ€•แ€ซ.... แ€€แ€ปแ€ฝแ€”แ€บแ€แ€ฑแ€ฌแ€บแ€›แ€„แ€บแ€แ€ฏแ€”แ€บแ€žแ€ถแ€แ€ฝแ€ฑแ€€...
4.1M 169K 63
The story of Abeer Singh Rathore and Chandni Sharma continue.............. when Destiny bond two strangers in holy bond accidentally โฃ๏ธ Cover credit...
273K 31.3K 79
#Book-2 of Hidden Marriage Series. ๐Ÿ”ฅโค๏ธ This book is the continuation/sequel of the first book "Hidden Marriage - Amazing Husband." If you guys have...
842K 27K 68
"Real lifeแ€™แ€พแ€ฌ แ€…แ€€แ€ฑแ€ธแ€€แ€ผแ€™แ€บแ€ธแ€œแ€ฝแ€”แ€บแ€ธแ€แ€ฒแ€ท แ€…แ€”แ€ญแ€ฏแ€€แ€บแ€€แ€ผแ€ฑแ€ฌแ€บแ€†แ€ญแ€ฏแ€แ€ฌแ€™แ€›แ€พแ€ญแ€˜แ€ฐแ€ธ แ€•แ€ปแ€ฑแ€ฌแ€บแ€แ€„แ€บแ€žแ€ฝแ€ฌแ€ธแ€แ€ฒแ€ทแ€šแ€ฑแ€ฌแ€€แ€ปแ€ฌแ€บแ€ธแ€†แ€ญแ€ฏแ€แ€ฌแ€•แ€ฒแ€›แ€พแ€ญแ€แ€šแ€บ" "แ€แ€ฑแ€ซแ€„แ€บแ€ธแ€œแ€ฑแ€ธแ€•แ€ฒแ€Šแ€ญแ€แ€บแ€•แ€ฑแ€ธ Bae แ€™แ€„แ€บแ€ธแ€„แ€ผแ€ฎแ€ธแ€„แ€ฝแ€ฑแ€ทแ€›แ€œแ€ฑแ€ฌแ€€แ€บแ€กแ€ฑแ€ฌแ€„แ€บแ€กแ€‘แ€ญ แ€„แ€ซแ€แ€ป...