Arah Mana Syurga (E-BOOK)

Par kasturimadu

1.3K 14 0

Demi memperjuangkan sebuah kehidupan, Amaara Badriah rela menghambakan dirinya jauh ke lembah hina. Menjadi... Plus

BAB 1
BAB 2
BAB 4
BAB 5
NOTA KAKI
URGENT

BAB 3

159 2 0
Par kasturimadu

BEG kertas daripada perbagai jenama mewah digengam kemas di tangan kiri dan kanannya. Langkah diatur penuh gaya menyusuri pusat beli belah mewah itu.

Sudah menjadi rutin wajib bagi Amaara pada setiap minggu untuk menghabiskan masanya dengan berbelanja. Lagi pula pekerjaan yang dilakukannya sememangnya membutuhkan untuk dia sentiasa tampil bergaya dan mengikuti arus perkembangan fesyen semasa.

"Maara, kau ada apa-apa nak beli lagi ke?" soal Jiha.

"Hmm aku rasa, aku takde nak beli apa-apa dah. Kau?" soalnya kembali.

"Aku takde apa nak beli sangat pun. Next week kan aku nak pergi Dubai dengan Dato Malik. Dia cakap nak bawak aku pergi shopping, so aku shopping dekat sana jelah nanti," teruja Jiha bercerita.

"Wow... Dato Malik ya? Best lah kau dapat jerung besar kali ni."

"Well sekali sekala. Kebetulan dia ada business trip dekat sana. So dia ajak aku teman dia. Aku orang dah ajak aku follow jelah," ujar Jiha teruja.

Angguk faham. "Bertuahlah kau dapat layan Dato Malik tu. Aku dengar kata dia tu bukan calang-calang orang. Top 10 orang terkaya dekat Malaysia ni."

"Aku pun tak sangka dia puas hati dengan servis yang aku bagi pada dia. Kalau kau nak tahu, bayaran yang dia bagi dekat aku pun cukup lumayan. Kiranya kalau nak makan setahun pun tak habislah," ucap Jiha.

Bulat mata Amaara tidak percaya. Wajah Jiha yang tersenyum bangga itu direnung tidak percaya. "Wow! Boleh tahan banyaklah. Untunglah kau. Lepas ni kau tak payah nak cari customer lagi. Jaga Dato Malik sorang je pun dah cukup."

Kepala digeleng tanda tidak setuju dengan apa yang dituturkan Amaara. "Aku tetap akan cari customer lain. Dato Malik tu pun bukan aku sorang je yang dia langgan. Perempuan keliling pinggang. Kalau kau nak tahu dia tu buaya. Aku pun tak faham macam manalah bini dia boleh tahan dengan perangai Dato Malik tu."

"Boleh jadi bini-bini dato ni semua bertahan hanya disebabkan harta je. Ataupun sebab masing-masing dah tua. Nak bercerai pun rasa malu dekat anak-anak dengan cucu-cucu. Jadi selagi boleh bertahan dorang akan bertahan," komen Amaara.

"Yang itu mungkin boleh jadi salah satu sebabnya jugak. Tapi ada juga aku dengar segelentir mak datin ni ada yang pasang anak-anak ikan. Sebab tu dorang tak kisah laki dorang nak main perempuan lain pun. Sebab dorang pun buat perkara yang sama. Kiranya win-win situation lah," balas Jiha.

"Biasalah Jiha bila dah banyak duit macam tulah. Dan yang pastinya orang yang paling beruntungnya adalah kita. Kerana duit datuk-datuk tu semualah kita boleh hidup mewah macam ni. Tak payah dah susah payah nak fikir macam mana nak cari duit."

Terjongket kening Jiha seketika. "Jadi sekarang kau dah tak menyesallah buat kerja ni?" duga Jiha.

"Menyesal? Takkan pernah ada dalam kamus hidup aku. Aku enjoy dengan apa yang aku buat sekarang. Duit dapat, nikmat pun dapat," jawab Amaara senang.

"Good! Lagipun ni je cara kita nak hidup senang. Duduk dekat KL ni kalau tak pandai cari duit alamatnya merempatlah kita. Nak-nak orang macam kita ni, langsung takde pendidikan. Silap hari bulan kena tipu macam tu je."

Kepala dianggukkan tanda setuju. "Dahlah Jiha. Jomlah kita balik. Malam ni Dato Saiful ajak aku teman dia pergi dinner. Nanti lambat bersiap bising pulak orang tua tu," dibuka luas langkah kakinya.

"Yalah. Jom."

Kaki dihayun laju menuju ke arah ruangan parkir bawah tanah bersama-sama Jiha. Sekali sekala wajah Jiha yang sedang berceloteh itu dikerling seketika. Telinga ligat mendengar butir bicara wanita itu.

Tinggal hanya beberapa langkah saja lagi dia menghampiri kereta mewahnya dalam Amaara tidak sedar, dia tiba-tiba saja dirempuh kasar oleh seseorang. Bagaikan nangka busuk punggungnya jatuh ke lantai.

"Aduh! Sakitnya punggung aku!" terlepas seringai kecil dari bibir munggilnya.

"Amaara!" lekas Jiha mendapatkan Amaara.

"Maaf, cik... Maaf... Saya betul-betul tak sengaja," tegur satu suara garau. Beg-beg kertas yang bertaburan dikutip laju.

"Maaf, maaf! Kau ni buta ke apa?! Sampaikan aku yang cukup besar ni pun kau nak langgar!" marah Amaara. Atas bantuan Jiha lekas dia bangun berdiri. Wajah sang jejaka yang sedang menunduk itu direnung bagaikan harimau yang sedang kelaparan.

Wajah yang setia menunduk tadi lekas diangkat. Melihatkan dua wanita cantik yang berdiri di hadapannya ini, pandangan lekas dilarikan. Tak selesa dia melihatkan pemakaian kedua-dua gadis ini.

"Saya betul-betul minta maaf. Saya tahu salah saya sebab jalan tak tengok depan. Saya nak cepat tadi," ujar sang jejaka serba salah.

"Aku peduli apa kau nak cepat sekalipun. Mata tu ada pakailah bukannya simpan buat pekasam!" hambur Amaara.

"Maara, dahlah tu. Dia dah minta maaf dah kan? Tak payahlah kau nak marah-marah lagi. Malulah orang tengok," celah Jiha. Tak selesa apabila ada yang mula berbisik-bisik melihatkan adegan tidak berbayar itu.

"Saya betul-betul minta maaf. Takpelah kalau cik rasa, cik ada cedera dekat mana-mana kita boleh ke klinik. Saya akan bayar kos rawatan dan kos ganti rugi pada cik," lembut sang jejaka berbicara.

Tersungging senyuman sinis dibibir Amaara. Mata merenung tajam ke wajah yang langsung tidak mahu bertentang mata dengannya itu. "Kau? Nak bayar ganti rugi pada aku? Berapa sen sangat duit yang kau ada? Silap hari bulan kau nak bayar bil klinik aku pun tak cukup. Aku ni belum cukup kejam lagi nak paw orang miskin macam kau ni."

Melihatkan kebisuan sang jejaka, Jiha lekas bersuara. "Maara, dahlah tu. Jomlah kita balik. Daripada kau buang masa melayan mamat ni, baik kita blah," ajak Jiha.

"Nasib kau baik hari ni sebab aku nak cepat. Tapi pastikan lepas ni aku tak jumpa kau dekat mana-mana dah. Jangan berani-berani muncul depan aku lagi," keras amaran diberikan.

"Baik cik. Maaf sekali lagi daripada saya," tutur sang jejaka.

"Kau punya maaf tu boleh berambus," tanpa amaran beg kertas miliknya dirampas kasar. Usai itu dengan penuh gaya, kaki melangkah meninggalkan sang jejaka yang terkebil-kebil sendirian.

Hembusan nafas dihela berat. Dada yang berentak tidak seirama diusap perlahan-lahan. "Astaghfirullahalazim..." gumam Razif sendirian.


*****


GAUN labuh berwarna merah dengan potongan belahan di bahagian dada tersarung kemas ditubuh langsingnya. Rambut panjang miliknya pula di sanggul rapi sekaligus menampakkan leher jinjangnya yang putih dan gebu itu.

Jika melibatkan majlis korporat sebegini, Amaara pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mempamerkan penampilannya yang cukup menarik. Tujuannya adalah satu, mahu memancing perhatian golongan VVIP yang pasti akan mengejarnya hanya kerana mahu mendapatkan perkhidmatannya kelak.

Puas hati dengan penampilannya, langkah diatur penuh gaya menuju ke kenderaan mewah milik Dato Saiful yang sudah sedia menunggunya. Tubuh diloloskan masuk ke dalam perut kereta bersama senyuman menggodanya.

Dato Saiful yang sudah terpancing nafsunya saat melihatkan penampilan Amaara yang kelihatan sungguh seksi itu lekas merangkul tubuh langsing wanita itu. Dilabuhkan ciuman dipipi Amaara tanpa rasa bersalah. Tangan pula sudah dibawa merayap ke sana sini merasai lekuk tubuh wanita itu.

Amaara yang jelas tidak suka akan tingkah lelaki tua itu lekas menepis lembut tangan yang sudah menjalar disekitar alat sulitnya.

"Dato, please behave," ujar Amaara.

Kalau ikutkan rasa hati mahu saja dia meludah wajah berkedut si tua ganyut ini. Namun disabarkan hatinya daripada berbuat demikian apabila memikirkan soal bayaran yang cukup lumayan dia terima pada malam ini.

"I dengan you mana boleh behave, sayang. Salah you lah sebab bijak pancing nafsu I. Nasib baik dinner malam ni cukup penting. Kalau tidak sekarang jugak I dah bawak you balik penthouse I. I akan kurung you sampai pagi esok," jawab Dato Saiful. Tangan dah naik membelai wajah cantik Amaara.

Hembusan kasar dihela perlahan. Wajah miang Dato Saiful ditatap bosan. "Dato, you cuma bayar I untuk teman you pergi dinner. Lain-lain service you takde bayar. Kalau you nak lebih daripada tu boleh. I boleh bagi. Tapi bayarannya kena lebih daripada biasa," terhias senyuman sinis dibibirnya.

"Tell me. I akan bayar. How much? I akan transfer sekarang."

Telefon bimbit yang disimpan kemas di dalam coat bajunya dikeluarkan. Bersedia untuk memindahkan sejumlah wang kepada Amaara.

"Tak mahal. Cuma 15 ribu for one night."

Angguk faham. "Okey. Tapi pastikan I dapat layanan yang tip top sesuai dengan bayaran yang I dah bagi pada you."

"Don't worries, Dato. Ini Amaara lah. I akan pastikan you akan teringat-teringat pada I," digigit lembut telinga tua Dato Saiful.

Pui! Masin!

"Wow! Sound good. Tak sabar I," balas Dato Saiful teruja.

Hampir 30 minit menempuhi perjalanan, mereka akhirnya tiba di Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur.

Turun saja dari kenderaan mewah milik Dato Saiful, lengan lelaki berusia hampir 60-an itu dirangkul mesra. Bibir tak lekang mengukirkan senyuman menggodanya.

Tempat duduk khas buat golongan VVIP menjadi hala tuju pasangan yang tidak berapa nak sejoli itu. Dilabuhkan punggung selesa disalah sebuah kerusi yang sudah disediakan khas buatnya dan Dato Saiful.
Acara makan malam itu bukan hanya untuk ahli korporat yang berada di dalam negara sahaja, malah pelabur dan ahli perniagaan daripada luar negara turut diundang sama.

Saat mata ligat memerhatikan tingkah laku manusia yang berada di dalam majlis tersebut, pandangan mata mulai jatuh pada satu susuk tubuh yang duduk tidak jauh daripadanya. Bebola mata ligat meneliti wajah kacak sang jejaka.

Puas memerhati, pandangan mata beralih pula ke arah gaya penampilan sang jejaka. Sut dari rona biru gelap terlihat kemas tersarung ke tubuh sasanya. Songkok yang berada diatas kepalanya diteliti.

Wait! Songkok?

Rengusan kasar dilepaskan tanpa sedar. Terhenti niatnya mahu memuji sang jejaka saat melihatkan songkok yang terletak elok diatas kepala sang jejaka. Terasa rosak sudah penampilan si jejaka kacak itu.

Tidak betah berdiam diri, lengan Dato Saiful dicuit perlahan. "You, pak ustaz mana tu? Dia salah masuk majlis ke?" soal Amaara. Dimuncungkan bibir ke arah figura sang jejaka.

Berlapis dahi Dato Saiful. Pandangan mata dibawa ke arah figura yang dimaksudkan oleh Amaara.

"Oo tu... Razif Haikal. Anak kepada Puan Maizura, pemilik Gelombang Holding."

Angguk faham. "Oo macam tu. I ingatkan pak ustaz mana yang dah sesat masuk sini."

"By the way, budak tu memang ustaz. Sebab tu kalau you tengok dia macam warak sikit," beritahu Dato Saiful.

Terbias riak tidak percaya diwajah Amaara. "Are you kidding me?"

"No, I'm not."

Dianggukkan kepalanya seketika. Sesaat kemudian bibir mulai diukirkan dengan senyuman sinis. Muncul satu idea jahat dibenak fikirannya.

Punggung diangkat dan langkah diatur menuju ke arah meja sang jejaka.

"Ehem... Hai, boleh I duduk sini?" dengan suara lunak dia menyoal.

Razif yang tersentak dengan sapaan mengejut itu lekas mendongak. Melihatkan figura sang wanita yang berdiri disebelahnya, pandangan lekas dilarikan. Tak selasa melihatkan penampilan sang wanita yang begitu menjolok mata.

Terketap bibir Amaara apabila diabaikan begitu saja oleh sang jejaka. Belum pernah ada dalam hidupnya dibiarkan begitu saja oleh mana-mana lelaki yang melihatnya.

‘Tunggulah kau. Sombong sangat dengan aku kan? Aku nak tengok sejauh mana kau boleh berlagak sombong dengan aku. Silap hari bulan melutut kau dekat kaki aku ni,’ desis hati kecilnya.

Tak betah berdiri bagaikan tiang lampu, kerusi kosong ditarik kasar. Dengan selamba punggung dilabuhkan duduk bersebelahan Razif.
Dihela nafas sebelum dia kembali memulakan perbualan diantara mereka berdua.

"Hai, I'm Amaara. You pulak?" tangan disuakan ke arah sang jejaka.

Berlapis hairan dahi Razif. Tangan Amaara yang sedang menanti disambung itu dipandang kosong. Dengan helaan nafas berat dia bersuara juga.

"Maaf, cik. Saya tak bersalaman dengan perempuan yang bukan muhrim. Saya harap cik faham," lembut Razif berbicara.

Mati senyuman yang tadinya menghiasi wajah Amaara. Tangan yang menanti disambut ditarik bersama wajah kelat. Terketap bibirnya menahan amarah yang kini mulai bergodak.

"Opss! Sorry. Whatever lah. By the way, I dengar kata you ni ustaz. Kalau dah ustaz kenapa you boleh tersesat dekat majlis ni?" soalnya. Cuba memancing Razif untuk berbual dengannya.

"Kenapa? Salah ke kehadiran saya disini?" balas Razif.

"Tak salah. Cuma I pelik. Cuba you tengok penampilan you. You tahu tak ini adalah majlis korporat. Gaya you ni dah macam orang tua nak masuk dewan rakyat. Sut dan songkok! So old school. Why not kalau you buang je songkok atas kepala you tu. Barulah kena dengan majlis ni. Takdelah sakit mata I ni tengok," tutur Amaara panjang lebar. Tangan cuba untuk membuka songkok yang tersarung kemas diatas kepala Razif.

Dilarikan kepalanya daripada disentuh Amaara. Mata masih tunak merenung ke hadapannya. Tak kuasa dia melihat ke arah wanita seksi disebelahnya itu.

"Maaf kalau penampilan saya pada malam ni dah buat cik rasa kurang senang. Tapi saya selesa dengan apa yang saya pakai dan gayakan asalkan ianya tidak melanggar hukum syarak dalam Islam. Lagipun pakai songkok, serban waima kopiah sekalipun itukan sunnah nabi. Jadi saya rasa tak salah saya sebagai umatnya nak menghidupkan sunnahnya. Asalkan ianya tidak berlebihan."

Terdiam Amaara dibidas sedemikian rupa. Bibir diketap geram.

"Ah, I tak kisahlah semua tu. Hmm by the way, I rasa macam I pernah tengok je muka you ni. Kita pernah jumpa ke sebelum ni?" dalam diam tunak Amaara memerhatikan Razif. Dahi dah mula berkerut pelik.

Terbit senyuman tipis dibibir Razif. Benarlah telaahannya. Gadis cantik ini adalah gadis yang sama dilanggarnya siang tadi. Serasa kecil benar dunia ini!

"Tak. Mungkin pelanduk dua serupa."

"Are you sure? Sebab wajah you nampak macam familiar je," terjongket keningnya.

"Maaf cik, saya kena minta diri dulu. Ha sebelum tu saya nak bagitahu. Saya rasa ayah cik tengah cari cik tu. Daripada tadi lagi dia duk pandang kiri kanan. Saya rasa baik cik balik ke meja cik semula sebelum ayah cik risau. Assalamualaikum," punggung diangkat dan kaki dibawa melangkah meninggalkan Amaara yang jelas sedang terpinga-pinga itu.

Berlapis dahinya. "Ayah?" dibawa sorotan mata ke arah meja yang didudukinya tadi.

Jatuh rahang Amaara apabila bebola mata terhala ke arah Dato Saiful. Bayangan Razif yang sudah melangkah jauh itu direnung tajam.

"Orang tua ganyut tu dia cakap bapak aku?! Kurang ajar betul!" gumam Amaara.

Hempasan nafas dihela perlahan. "Memang patutlah dia cakap orang tua tu bapak aku. Dah memang boleh jadi bapak aku dah pun."

"Takpe sekarang kau sombong sangat dengan aku kan? Tapi takpe lepas ni aku akan pastikan kau akan jatuh ke dalam pelukan aku jugak," bibir sempat mengumam kecil. Wajah dah mekar dengan senyuman sinis.




Continuer la Lecture

Vous Aimerez Aussi

1.5M 131K 45
✫ 𝐁𝐨𝐨𝐀 𝐎𝐧𝐞 𝐈𝐧 π‘πšπ­π‘π¨π«πž π†πžπ§'𝐬 π‹π¨π―πž π’πšπ πš π’πžπ«π’πžπ¬ ⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎⁎ She is shy He is outspoken She is clumsy He is graceful...
410K 12.5K 37
The Sokolov brothers are everything most girls want. Intimidating, tall, broody, they are everything to lust after. Not that they... particularly car...
464K 26.3K 44
The story continues to unfold, with secrets unraveling and new dangers lurking in the shadows. The Chauhan family must stay united and face the chall...
1.3M 66.4K 59
π’πœπžπ§π­ 𝐨𝐟 π‹π¨π―πžγ€’ππ² π₯𝐨𝐯𝐞 𝐭𝐑𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐒𝐞𝐬 γ€ˆπ›π¨π¨π€ 1〉 π‘Άπ’‘π’‘π’π’”π’Šπ’•π’†π’” 𝒂𝒓𝒆 𝒇𝒂𝒕𝒆𝒅 𝒕𝒐 𝒂𝒕𝒕𝒓𝒂𝒄𝒕 ✰|| 𝑺𝒕𝒆𝒍𝒍𝒂 𝑴�...