{7}REALITI

بواسطة 321OriginalmE

638 33 11

Sila baca. status : New المزيد

A K A N D A T A N G
B A B 1
B A B 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
B A B 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10

B A B 2

73 4 0
بواسطة 321OriginalmE

HAIRUL berhenti melangkah. Tombol pintu masih di pusing-pusing daripada luar. Tanpa membuang masa Hairul mencapai telefon pintarnya, lalu memanggil nombor ayahnya. Beberapa kali berdering barulah ayahnya menjawab panggilannya.

"Ayah dah balik ke?" Hairul bertnya.

"Belum lagi. Kenapa Hairul? Takkanlah Hairul takut kot tinggal kat rumah seorang diri. Macam tak biasa pulak," balas ayahnya bercampur gurauan.

"Tombol pintu dipusing-pusing dari luar ayah. Hairul ingat ayah dah balik," beritahu Hairul dengan nada yang serius.

"Kamu dah kunci semua pintu dan tingkap?" soal ayahnya dengan nada yang serius juga.

"Dah ayah," ujar Hairul beserta anggukan. Tombol pintu berhenti bergerak seketika. Belum lama selepas itu, 'BANG!!' pintu rumah ditendang dari luar. Hairul tersentak. Jantungnya berdegup laju.

"Hairul! Hairul! bunyi apa tu?" Suara ayahnya yang risau memanggilnya di hujung talian.

"Ayah, dia tendang pintu rumah kita ayah!" ujar Hairul.

"Hairul sembunyi dekat bilik sekarang! tunggu ayah balik!" dengan itu talian pun ditamatkan.

BUNYI gonggongan anjing menyedarkan Hairul daripada mimpinya yang menankutkannya. Dia meraup wajahnya seraya beristighfar dalam hati. Setelah itu dia bangkit daripada sofa dan mematikan suis televisyen. Baru je selangkah masuk ke dalam biliknya, tombol pintu dipusing-pusing dari luar. 'Bukan ke macam mimpi aku tadi?' bisiknya hatinya. Dia dengan laju mencapai batang penyapu bersamanya.

'CLIK' pintu rumah terbuka dan ayahnya muncul dibalik pintu tersebut. Hairul menarik nafas lega. Ayahnya yang meliat Hairul memegang batang penyapu seperti nak memukul seseorang, terkejut.

"Hairul nak pukul ayah ke?" soal ayahnya.

"Mana ada, Hairul waspada je," kata Hairul lalu meletakkan batang penyapu itu di tempatnya semula.

"Waspada ke takut?" usik Ahmad seraya tertawa kecil.

"Siapa suruh ayah beli rumah tempat sunyi macam ni. Mestilah Hairul terfikir benda-benda karut tu," balas Hairul. 

"Yelah..yelah, pergilah masuk tidur esok nak sekolahkan."ujar ayahnya. Hairul mengangguk. Setelah mengucapkan selamat malam kepada ayahnya Hairul terus masuk tidur.

'TING!' pesanan masuk. Hairul melihat. Nama mamanya tertera pada skrin hadapnnyanya. Tanpa membuka dan membalasnya, Hairul memasukkan kembali telefonnya ke bawah laci meja. Dia menyambung mengerjakan latihan sastera morden yang Cikgu Haliza berikan mereka tadi. Azif yang berada disebelahnya terintai-intai. Hairul hanya membiarkan, menunggu sehingga Azif membuka mulut.

"Aku nak tanya sesuatu boleh?" Akhirnya Azif membuka mulutnya untuk bertanya. Izzy yang berada di meja sebelah memasang telinga. Hairul mengagguk sambil tangannya masih sibuk mengerjakan tugas.

"Sebelum ni kau tinggal kat mana?"

"Bangsar."

"Oh...jadi sebab apa kau pindah ke sini?"

"Ayah aku kerja kat sini."

"Oh," Belum sempat Azif bertanya lebih lanjut Cikgu Haliza menegurnya agar berhenti mengganggu Hairul dan menyuruhnya untuk menyiapkan latihan yang diberikan. Azif pun akur sahaja. Izzy dan Nessa yang berada di meja sebelah hanya tertawa. Azif memberikan jelingan kepada kawan-kawannya itu.

Hairul memilih untuk menikmati makanan tengah harinya di kantin sekolah. Pada awalnya dia hanya seorang. Beberapa minit berlalu Azif dan dua orang kawannya menghampiri meja tempatnya makan lalu duduk semeja bersamanya.

"Hai Hairul!" sapa Nessa dengan malu-malu. Hairul senyum dan mengagguk sahaja memandangkan dia masih mengunyah makanannya.

"Hairul kau ada kawan tak sebelum pindah kat sini?" Izzy bertanya sambil melonggarkan sedikit tali lehernya. Hairul menggeleng.

"Lah! takkanlah tak seorang pun nak berkawan? Kau kan pandai," kata Izzy, Nessa dan Azif mengangguk setuju. Hairul tersenyum senget.

"Kat sekolah aku dulu tu banyak orang yang dengki," jawab Hairul setelah menghabiskan semua makanannya.

"Cetek betul pemikiran mereka kan. Sepatutnya, mereka belajarlah dekat awak dan sama-sama pandai. Ha! kan bagus kalau macam tu," Nessa berkata. "Lagipun, awakkan hensem. Takkanlah tak ada seorang pun yang tak nak kawan dengan awak?" sambung Nessa lagi. Hairul pandang Nessa tepat pada mata.

"Aku tak suka berkawan dengan orang yang tengok luaran sahaja," kata-kata Hairul itu bagai tamparan buat Nessa. Sentap dia sekejap. Izzy dan Azif memandang Nessa yang sudah berubah air mukanya. "Kalau korang nak kawan dengan aku hanya disebabkan tu, atau nak popular korang dah salah pilih. Sebab aku tak suka!" jelasnya.

Azif dan Izzy pun terus meraba-raba wajah mereka masing-masing. "Kitaorang kacak ke Nessa?" soal Azif. Nessa menggenggam penumbuknya.

"Saya tak macam tulah. Salah ke saya puji awak? Macamlah mereka berdua je kawan saya. Saya pun ada kawan lain lah!" balas Nessa bangkit daripada situ dan membawa makanan tengah harinya pergi dari situ.

Hairul rasa bersalah pulak cakap macam itu kepada Nessa. Dia perasan tadi terdapat takungan air mata pada tubir mata Nessa. Tapi dia buat tak tahu sahaja.

"Hairul kau janganlah cakap macam tu dekat Nessa. Dia tu memang kawan rapat kitaorang sejak tadika dulu sebab tu kami rapat. Dia tak suka sebenarnya kawan dengan kawan-kawan dia yang perempuan sebab mereka semua tu palsu. Depan je baik dengan Nessa sebab Nessa ni baik, suka belanja orang. Belakang mereka suka mengata Nessa tu sebab suka goda kitaorang. Hmm. Tapi dia malas nak pedulikan semua tu. Dia buat tak tahu je walaupun dia dah tahu. Cuma, Nessa ni jenis yang sensitif dalam segala hal." Izzy memberitahu dengan panjang lebar.

SEPANJANG kelas Sejarah bermula, Hairul menjadi bahan pujian Cikgu Zahirah. Tapi mata Hairul sesekali mencuri pandang Nessa yang masih mencuka wajahnya. Azif dan Izzy tak ketinggalan nak mintak ajar dengan Hairul. Ada jugak yang dengki. Habis je kelas pada petang itu, Hairul terus berdiri di hadapan Nessa. Nessa mendongak untuk memandang Hairul yang lebih tinggi darinya.

"Nak apa?" soalnya dengan nada yang datar.

"Aku nak mintak maaf sebab kata-kata aku pada kau tengah hari tadi. Kau nak maafkan ke tak?"

Nessa mengeluh. "Nantilah aku fikir," katanya. Nessa nak keluar kelas tapi dihalang oleh Hairul. Nessa pandang Hairul dengan pandangan yang marah.

"Kalau kau tak berikan jawapan sekarang ni jugak aku mesti tak boleh tidur malam ni. Tolonglah maafkan aku. Kalau kau tak nak jadi kawan aku pun tak apa. Yang penting kau maafkan aku je," kata Hairul dengan sungguh-sungguh.

"Hebat permainan kau ni Nessa. Tiga orang lelaki ek?" ejek salah seorang murid perempuan yang belum balik. Nessa tak pedulikan itu semua. Hairul pandang murid perempuan itu dengan pandangan yang tajam lalu memandang Nessa semula, meminta jawapan.

"Siapa kata saya tak nak kawan dengan awak?" Nessa pandang murid perempuan itu kemudian pandang Hairul semula.

Hairul senyum. "Jadi kita kawan?" tanya Hairul. Nessa mengagguk. Murid perempuan itu mencebik dan terus keluar daripada kelas. Nessa tersenyum kepada Hairul.

"Terima kasih," ucap Nessa ikhlas.

"Sama-sama." Hairul membalas.

"WOOO! Weyh Azif aku terakam drama korealah kat sini. Kau perasan tak?" usik Izzy.

"Drama korea ke? Bukan Drama China?" tambah Azif.

"Bongoklah korang!" jerit Nessa. Pantas sahaja tamparannya melayang pada dua orang kawan-kawannya itu.

Hairul membalas lambaian Nessa yang sudah berada di dalam kereta keluarganya. 

"Kemain kau eh," Izzy yang berada di kanannya menyiku.

"Dah macam orang bercinta pun ada aku tengok korang berdua ni,"

"Macam tu ke orang bercinta? Aku tak rasa macam tu pun," balas Hairul sambil menapak ke arah basikalnya.

"Jumpa esok!" laung Azif, naik ke motor berkuasa tinggiya.

"Jumpa esok!" laung Izzy, menghidupkan ejin motor skuternya.

"Okay!" balas Hairul.

Hairul mula mengayuh basikalnya. Sepanjang perjalanan pulang itu dia tidak tenang. Dia kerap kali menoleh ke belakang kerana merasakan ada sesuatu mengekorinya.

'PIINN!' bunyi hon kereta mengejutkannya. Brek basikal serta merta ditekan. 

"Woi! Tak sayang nyawa ke?" Kereta yang berada di hadapannya melintasinya. Dia tak perasan yang dia lalu arah yang bertentangan. 

'Fuh nasib lah tak apa-apa.'.




TERIMA KASIH

BERSAMBUNG

واصل القراءة

ستعجبك أيضاً

67.2K 1.5K 10
So cite ni aku dpt from Twitter.... enjoy....
10.3K 1.2K 21
disebabkan oleh cabaran yang merapu itu, dia terpaksa menjadi tutor aku. 더보이즈 's lee jaehyun ♡ status: completed © jaeminluv || 2020
491K 17.3K 195
(Fan TL) Won Yoo-ha, a trainee unfairly deprived of the opportunity to appear on a survival program scheduled to hit the jackpot, became a failure of...
288K 282 8
"Kanopi apa pulak dekat luar tu?" -Thalia Hadira "Kenduri kahwin" -Fakhrul "amboi, takkan dah berumur pun masih nak kawin lain? Nak berapa orang iste...