ยฉ KIND IS A CURSE

By yeonnights

3K 550 979

[ COMPLETED ] - KIND IS A CURSE ๐Ÿ”ž "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Ada sebab kenapa periba... More

KIND IS A CURSE
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
Epilogue

26 [ Ending ]

85 13 31
By yeonnights

Hai semua <3

Ni last chapter. Yeon harap semua yang baca book ni dari awal, berpuas hati dengan ending dia. I hope tak ada yang terasa hati or kecil hati tentang semua yang pernah yeon tulis dalam book ni.

Yeon harap last chapter ni akan dimeriahkan dengan comment-comment korang HEHE.

Oh dan jangan lupa, besok or lusa kita ada Epilogue! Epilogue ni pendek je. Tak panjang pun.

Happy reading guys!!!

---

Satu bulan sudah berlalu dan mereka masih belum berhenti berkabung atas kepergian Chan. Sedih, pilu, marah, kesal semuanya bercampur aduk. Perasaan itu masih tidak hilang walaupun sudah satu bulan sejak hukuman dijalankan.

Hazel kini hanya menunggu hari. Keadaannya sudah sarat dan susah berjalan. Kandungannya terlihat sangat besar seolah-olah mengandung anak kembar. Namun pada kali terakhir memeriksa kandungan, doktor mengesahkan hanya ada seorang saja.

"Eh? Apa ni?" Kertas yang sudah ronyok diambil dari kakinya. Hyunjin buka lipatan kertas tersebut. "Oh."

This is not the end.
We will meet again in our next life sayang. Saya minta maaf sebab tak berani untuk jumpa awak buat kali yang terakhir. Tapi saya janji, kita akan bertemu semula lepas kehidupan saya di dunia berakhir. Lagi beberapa bulan, saya akan lahirkan bayi lelaki. Seems like you won the bet, honey! I'm gonna name him after you, sayang and I'll tell him everything about you. He gonna be so proud if he knew who is his father.

Ternyata itu adalah nota yang pernah Hazel tulis untuk Chan. Namun pada hari hukuman dijalankan, polis pulangkan semula semua barang kepunyaan tahanan.

Salah satunya, nota ini.

"It's mine, Zavier." Suara Hazel muncul dari arah belakang.

"Maaf. A-Aku terpijak." Nota itu diserahkan kepada Hazel.

"Tak apa. Noona yang tercicir."

"Hazel, aku tahu kau masih sedih. Aku pun. Jadi jangan segan kalau nak luahkan apa-apa pada aku. Walaupun sebelum ni hubungan kita tak pernah baik, kau anggap sajalah semua tu tak pernah terjadi. Tak lama lagi kau nak melahirkan dan emosi tak stabil boleh bahaya kandungan. Kau tahu benda tu kan?"

"Tahu, Hyunjin. Terima kasih risaukan noona."

Hazel berjalan masuk kebiliknya selepas nota yang dicari ditemui.

Sejak Hazel tinggal di rumah Irelyn, Hyunjin jarang menumpang tidur di sini. Ini kerana biliknya digunakan oleh Irelyn, sedangkan Minho akan tidur di ruang tamu. Jadi sudah tiada ruang lagi untuk lelaki itu menumpang tidur.

Maka hanya sesekali saja dia akan datang menyinggah dan alasan yang diberi biasanya adalah kerana rindukan Irelyn.

"Hyunjin? Bila sampai?"

"Baru je. Mana Minho?"

"Irelynㅡ" Hyunjin dan Minho bertatap mata.

Kemunculan Minho dari bilik Irelyn membuat Hyunjin berfikir semua perkara negatif. Tajam matanya menatap Minho. Ringan saja tangan ini ingin melayangkan penumbuk tanpa sebarang sebab.

"Kau berdua buat apa dalam bilik? Gatal sangat sampai tak reti nak kahwin dulu?" Tanpa usul periksa, Hyunjin terus menuduh yang tidak-tidak.

"Perangai tu kalau tak boleh nak jadi baik tolong jangan jadi jahat. Suka sangat salah faham kan? Minho tolong betulkan heater bilik aku. Itu saja, Hyunjin." Tatapan yang tadinya tajam bukan main kini perlahan-lahan menumpul.

"Kenapa kau tak suruh aku je? Aku dah tak boleh diharap ke?" Keluhan berat Irelyn lepaskan.

"Sebab aku tahu kau sibuk. Jadual kau padat kan? Lagi-lagi dah nak cuti semester ni, mesti hari-hari kau penuh dengan pen dan kertas. Betul tak?" Hal itu tidak dapat dia nafikan. Selain rindu, alasan dia datang ke sini adalah untuk melupakan segala tugasan universitinya.

"Jangan risau. Aku tak akan dapat gantikan tempat kau dalam hati Irelyn. Walau macam mana pun, kau tetap yang utama dalam kehidupan Irelyn, Hyunjin." Ungkapan Minho membuat Hyunjin malu dan segan.

"Maaf. Aku.... Banyak salah faham dengan kau." Nada suaranya tenang, namun hanya dia dan tuhan saja yang tahu keadaan hatinya.

Irelyn menepuk perlahan bahunya. "Tak apa Hyunjin. Kau penat sangat, sebab tu emosi kau tak stabil. Sekarang kau pergilah rehat dalam bilik tu. Aku dengan Minho nak masak makan tengahari."

Menu untuk hari ini adalah salmon bakar dan juga sayur-sayuran yang direbus. Alasan mereka memilih menu tersebut adalah kerana Hazel yang meminta. Sudah beberapa hari wanita itu tidak berselera kerana merindui sang suami.

Pelbagai hal yang Irelyn cuba lakukan untuk memujuk Hazel agar tetap mengisi perut. Namun tidak berjaya. Jadi apabila wanita itu meminta untuk dimasakkan sesuatu, Irelyn sangat gembira untuk membantu.

"Irelyn... Hyunjin belum tahu tentang kita kan?" Sempat gadis itu menoleh ke ruang tamu sebelum menjawab.

"Belum. Lagi pula ini bukan waktu yang sesuai untuk dia tahu. Tunggu cuti semester dia tiba dulu dan baru kita beritahu. Ye?" Walaupun lelaki itu kurang setuju namun dia iyakan saja. Kehendak gadis itu jauh lebih utama daripada kemahuan dirinya sendiri.

"Kalau awak rasa itu yang terbaik saya ikut saja. Asalkan tak terlalu lambat."

"Minho..." Tangan Minho dicapai lalu digenggam lembut. "Saya tahu awak nak semua orang tahu tentang kita. Tapi awak pun tahu yang Hazel baru lepas kehilangan Chan, kan? Jangan risau, Minho, lambat atau cepat mereka tetap akan tahu. Cumanya saya nak minta awak sabar sikit saja lagi. Sebulan saja lagi, Minho."

Tidak mungkin dia membantah kalau selembut ini gaya bicara Irelyn. "Baiklah..."

"Dan saya harap awak tak kecil hati sebab tak sambut hari lahir awak kelmarin. Kalau keadaan dah okay, kita sambut berdua ye?"

"Irelyn, saya sikit pun tak kisah. Awak jangan risau. Saya dah cukup matang untuk faham keadaan." Pipi gadis itu diusap.

Irelyn menarik tangan Minho lalu permukaan tangan lelaki dikecup lembut.


































ㅡ kind is a curse ㅡ
































"Tahniah Hazel."

Pada tarikh 25 Desember 2022 jam lapan malam, permata kecil yang diberi nama Grey Ayden Arthur selamat dilahirkan oleh Hazel. Suasana di luar ruangan bedah amatlah tegang kerana sejak dari awal lagi mereka menunggu berita tentang bayi kecil itu.

Hyunjin, Sky, Vax dan King tidak berhenti memundar mandi. Hans dan Felix pula sudah habiskan tiga kotak air kerana itu saja caranya untuk hilangkan gementara mereka.

Namun apabila sudah mendapat berita gembira, mereka berasa syukur kerana tidak perlu lagi menggigit jari atau menghentak kaki.

"Biar saya uruskan pendaftaran nama bayi. Awak dengan yang lainㅡ"

"Minho! Biar aku yang uruskan. Kau dengan Irelyn dah banyak sangat tolong Hazel. Apa gunanya aku jadi kawan Chan kalau benda macam ni pun tak boleh nak bantu." King keluar dari ruangan Hazel dan pergi menguruskan segala pendaftaran baby Ayden.

"Irelyn, terima kasih jagakan saya selama saya mengandung. Lepas discharge saya akan berpantang dekat rumah saya."

"Seorang diri? Biarlah saya jagakan awak Hazel."

"Jangan risau. Saya ada ramai pembantu yang akan jaga saya. Lagipun dah tiba masa untuk awak dan Minho fokus pada diri masing-masing. Tarikh dah pilih? Persiapan semua dah sedia ke?"

Yang lain mula melihat satu sama lain dengan penuh tanda tanya. Tidak faham sepatah apa pun tentang apa yang Hazel katakan. Sedangkan Minho dan Irelyn, keduanya terkejut memikirkan bagaimana Hazel boleh tahu tentang perancangan mereka.

"Rancangan..... Apa ni?"

"Jangan tanya noona. Tanyalah Irelyn dengan Minho." Usikan Hazel membuat Irelyn ingin melarikan diri. Namun sigap Hyunjin menggapai lengannya.

"Rancangan apa Irelyn?"

"Baiklah. Ada hal yang kami berdua tak beritahu sesiapa lagi sebab belum jumpa waktu yang sesuai. Jadi sebenarnya bulan lepas kami berdua dah kahwin."

"Dah kahwin? Dah kahwin atau nak kahwin?"

"Dah kahwin, Hyunjin." Minho menarik lembut tubuh Irelyn agar merapat dengannya.

"Jadi apa maksud Hazel dengan tarikh dan persiapan?"

"Kami dah kahwin tapi belum buat apa-apa majlis. Kami cuma kahwin atas kertas."

"Maaf Hyunjin. Patutnya aku beritahu kau pada hari cuti semester kau tiba. Tapi aku terlupa sebab terlalu sibuk uruskan Hazel. Sejujurnya kau orang pertama yang patut tahu. Kalau kau marah, aku faham. Kau berhak marah."

"Marah." Suasana hening seketika. "Tapi rasa marah aku tak dapat kalahkan rasa bahagia dan syukur."

Irelyn menarik Hyunjin ke dalam dakapannya dengan penuh rasa sayang. Walaupun dirinya sudah bergelar isteri kepada seseorang, namun Hyunjin tetap lelaki pertama yang pernah menghuni ruang kosong di hatinya. Tanpa Hyunjin, Irelyn tak akan pernah rasa kasih sayang dari adik beradik sendiri walaupun tanpa pertalian darah.

"Macam aku cakap dulu. Aku tak akan dapat gantikan tempat kau dalam hati Irelyn. Walau macam mana pun, kau tetap yang utama dalam kehidupan Irelyn, Hyunjin."

"Tidak pada saat ni. Irelyn, kau kena utamakan Minho. Darjat suami dengan adik angkat tak sama. Aku tak ada apa-apa kalau nak dibandingkan dengan Minho. Tapi aku yakin yang dia tak akan sesekali kecewakan kau."

"Hyunjin, aku tak sekejam tu. Percayalah kalau kami bergaduh nanti, kau juga yang akan dicari."

"Jadi janganlah bergaduh." Felix dengan bangganya mencelah. Hans mencubit pinggang ramping lelaki itu.

"Jangan masuk campurlah gila."

---

Pre-End

Bbokari-

KIND IS A CURSE
221120

Our Minho Caxander Gil <3

Leftenan Grey Christopher Arthur!

My hottest boy, Hyunjin Zavier Hwang!

Our pretty boys, Hans Étienne Peter and Felix Clément Noah <333

Don't forget my sweet medical examiner, Kim Atlas Arlo!

LEO HARRISON SEO AKA OUR BIG CUTE KING! ♡♡♡♡

Lastly. Alexander Yang and Qarl Edward!
Love both of them <33
Cutest character ever!

Here we go for the girl!

Hendera Jones! Hazel Skylar! and Vaxienne!

LOVEEE

AND OUR MAIN CHARACTER FOR THIS BOOK.

ㅡ IRELYN BLAIRE ㅡ

Thanks for your time everybody. Love ya!

Continue Reading

You'll Also Like

970 107 8
[complete] "kita memang di takdirkan bersama."-mingyu " sejak bila kau cringey nih?"-sara " sejak aku jumpa kau"-mingyu " whatever."-sara - oh my! s...
16.6K 1.1K 12
Di sekolah dia ialah seorang pelajar terbaik dan tiada masalah disiplin tetapi setelah tamatnya waktu sekolah , dia merupakan ahli mafia yang paling...
26.1K 2.6K 30
ใ€Ž ๐’„๐’๐’Ž๐’‘๐’๐’†๐’•๐’†๐’… ใ€ เฉˆโ™กโ€งโ‚Šหšโžต menceritakan seorang gadis yang membodoh bangang tiada sudah, tersukakan jejaka para idaman gadis yang dingin dan beku...
10K 448 43
cerita seram pendek yg diberi nama jolokan cut creepi. Hasil perahan otak dan idea yang muncul secara tiba tiba pada pukul 3 pagi.