HAIKAL DAN SEMESTANYA [✔️]

By fluffywoo0

5.4K 356 227

"Ibu ayah abang, Haikal tidur dulu ya..." _________________________________________ More

Cast
Prolog
01
02
03
04
05
07
08
09
10
11
12
13
14
BORAKBORAK‼️
15
16
17
18
19
20

06

147 12 24
By fluffywoo0

Tetaplah tumbuh, walau runtuh.
 


Pagi datang lagi, membuat matahari bersinar indah. Kini didepan cermin sudah ada remaja lelaki yang tersenyum indah. Ia menatap pantulan dirinya yang penuh luka dan lebam. Tapi ia sudah menutupi itu dengan plaster agar lukanya tidak terlalu parah.

Haikal melangkahkan kakinya ria, seperti tidak ada yang terjadi kemarin. Dibawah terlihat 3 orang yang sangat ia sayangi.

"Selamat pagi!" ucapnya semangat, senyum indah terpancar pagi ini.

"Haikal gerak dulu!" tanpa ragu ia melenggang pergi dari sana. Tidak melihat sang orang tua yang sudah menggeleng kehairanan atas sikapnya itu. Ia tidak makan pagi kerana ia sudah memakan makanan yang terletak dimeja belajarnya.

Haikal menghayunkan kaki panjangnya ke perhentian bas. Ia sedang menunggu bas sejak 10 minit yang lalu. Matanya berbinar ketika melihat bas bewarna kuning datang  Kerana terburu buru dan bersemangat ia berlari menuju ke bas tersebut.

Brukk!! Haikal tidak sengaja melanggar seorang lelaki yang diperkirakan umurnya sama dengan sang ayah.

"Haikal mintak maaf pakcik!" Haikal mengambil barang-barangnya yang terjatuh dan menggapai tangan lelaki tersebut sambil meminta maaf tanpa henti.

"Maaf ya! Haikal kena cepat ni pakcik!" lelaki itu terkejut lalu memegang bahu Haikal.

"Nama kamu siapa?" tanya lelaki itu.

"Haikal, pakcik!" jawab Haikal laju.

"Nama penuh kamu" tanya lelaki itu lagi.

"SORRY PAKCIK! NANTI KITA SEMBANG LAGII" jerit Haikal sambil mengejar bas yang sudah mahu bergerak. Lelaki itu tersenyum, akhirnya ia menjumpai apa yang ia cari selama ini. Tuhan memang selalu baik, buktinya hari ini ia berjumpa seseorang yang selama ini dia cari.

Lelaki itu mengerutkan dahi "Kenapa banyak bekas luka di tubuhnya?" monolog lelaki tersebut.

Haikal baru sampai disekolahnya, tidak terlambat malah tepat waktu. Kerana baru selangkah dia menginjakkan kaki, bell sudah berdering. Haikal berlari menuju ke kelasnya dan lagi lagi dia tidak sengaja melanggar seseorang.

"Maaf ya? Haikal nak cepat ni" ucap Haikal bergetar.

"Takpe, aku pelajar baru dekat sini. Nak tak jadi kawan aku?" tanya seorang lelaki yang kelihatan sebaya dengannya, lalu lekaki tersebut  merangkul bahunya. Sekaligus membuatkan senyuman terukir dibibir Haikal.

"Nak nak! Nama kau apa?" tanya Haikal membuat lelaki itu tergelak.

"Ryan Mikaeel" ujar lelaki bernama Mikaeel itu lalu mengusak surai Haikal.

Haikal beroh ria "Tau tak? Nama kita lebih kurang sama! Nama Haikal pon ada Ryan jugak dekat depan!"

Ya kerana kamu itu adikku! Batin Mikaeel.

"Mungkin takdir" Mikaeel masih setia merangkul Haikal terus melepaskan rangkulannya.

"Kenapa?" tanya Haikal keliru, entah kenapa ia begitu selesa berada didekat Mikaeel, padahal mereke baru berjumpa.

"Dah bunyi loceng, kita sekelas kan" tanya Mikaeel.

"Oh haah, Jom!" Haikal menarik tangan Mikaeel, membawanya ke kelas. Seluruh perhatian kini teralihkan ke arah mereka berdua.

" Mika duduk sebelah Haikal je lah eh" Mikaeel mengangguk lalu duduk dikerusi yang ditunjuk Haikal.

"Mika? Not bad." katanya di dalam hati.

"Sapa tu?" tanya salah seorang pelajar yang sekelas dengan mereka kepada Haikal.

"Pelajar baru sekaligus kawan baru Haikal!" jawab Haikal semangat.

"Kau nak kawan dengan si hodoh ni? Dah la hodoh, bodoh pulak tu" tanya Hayden dengan nada yang seperti mengejek mengundang tawa seisi kelas. Menyisakan Haikal dengan senyum palsunya. Mikaeel hampir kehilangan kendali, berani beraninya menghina Haikal, adik kesayangannya.

Haikal duduk disamping Mikaeel dan menatapnya sendu. "Betul cakap dorang, Kau tak malu ke kawan dengan aku?"

"Hm? Hodoh dari mana? Mungkin matanya buta."

"Jika kecantikan itu amat berharga, kau rasa kenapa Marlyn Monroe memilih bunuh diri? Jika kepandaian itu jauh lebih berguna, kau rasa kenapa David Christopher Kelly memilih untuk menelan 29 biji pill penghilang rasa sakit dan menyayat pergelangan tangannya sendiri?"

"Tak apa jika kau bodoh, tak berguna, tak boleh buat apa apa, dan tak berbakat dalam hal lainnya. Justeru ketidaksempurnaan itu yang menjadikanmu seorang manusia."

"Jadi, jangan pernah memanggil diri sendiri dengan sebutan bodoh dan hodoh. Aku tak suka!" protes Mikaeel lalu diangguki oleh Haikal.

"Akhirnya Haikal ada kawan." Ia tersenyum ketika menatap Mikaeel yang berada disampingnya.


"Bang, aku dah jumpa adik kita!" ucap lelaki itu sambil menempelkan handphonenya ditelinga.

"....."

"Woahhh, serious lahhhh! Apakah ini takdir!!" pekikan kegirangan terpancar di raut wajah Mikaeel.

"......"

"Okaylah! Bye!" Mikaeel terkejut bukan kepalang ketika menemukan Haikal yang berdiri tegak dibelakangnya.

"Kau buat apa dekat sini?" tanya Mikaeel.

"Tunggu kau habis on call" jawab Haikal.

"Jangan risau lah, aku takdengar pon" sambung Haikal. Mikaeel menghembuskan nafas lega. Dia ingat Haikal mendengar semuanya. Mikaeel perlukan masa untuk menceritakan semuanya kepada Haikal.

"Jom rehat!" ajakan Haikal berjaya mengejutkan Mikaeel daripada lamunannya, ia mengangguk.

"Jom!" setelah mengatakan itu, Haikal terus menarik Mikaeel sesuka hatinya. Membawa Mikaeel ke kantin.

"Biar aku beli, kau nak apa?" Haikal lagi ii tersenyum.

"Hm oke! Aku nak pizza cheese lebih" Ia memberikan beberapa lembar duit sepuluh ringgit kepada Haikal.

"Fav food?" tanya Haikal sebelum beranjak pergi. Mikaeel mengangguk.

"Haikal pon suka makanan yang ada cheese! Kita ni dah macam adik beradik lah kan?!" Haikal berlalu pergu diiringi gelak tawanya.

"Memang kita adik beradik, kau je yang taktau dik" lagi lagi Mikaeel hanya berani mengungkap kenyataan yang satu ini di dalam hati.

Setelah menunggu selama 15 minit, Haikal datang dengan senyum lebarnya. Ia menatap Mikaeel yang sedang ralit menatap handphonenya. Tanpa sedar Haikal sudah duduk dihadapannya.

"Kalau ada phone mesti best kan Mika?" tanya Haikal.

" Bestlah, dekat sini kita boleh cari banyak maklumat, lepastu banyak game. Kita boleh stalk seseorang jugak- ya begitulah" Mikaeel merutuki kebodohannya yang hampir terkeluar, ia tak mau Haikal curiga. Haikal  mengangguk dan mengembalikan duit lebihan Mikaeel.

"Mika tau tak? Haikal dari dulu nak sangat ada phone. Tapi ayah cakap, selagi Haikal takboleh dapat result yang bagus macam Abang Hayden, ayah takkan belikan. Malah Haikal mesti kena pukul dengan ayah kalau markah tu teruk" Haikal meluahkan isi hatinya, walaupun tidak semuanya namun ia berasa lega. Mikaeel tersentuh mendengar itu, apakah adiknya selama ini hidup menderita?

Mikaeel memakan potongan pizza itu. "Luka yang ada dekat badan kau tu kenapa?"

"Jatuh" Haikal berbohong.

"Tak mungkinlah!"

"Betulla, Haikal jatuh!" bohong Haikal, matanya berkaca kaca seperti tidak mampu membohongi dirinya sendiri. Ia menahan tangisnya mati matian. Semoga airmata ini tidak turun, ia tidak mau merosak image di depan kawan barunya ini.

"Ikut aku" tiba tiba Hayden menggeret Haikal menjauh dari Mikaeel. Mikaeel yang keliru terus berdiri dan mengikuti langkah Hayden.

Haikal dibawa ke tandas, ia dihentak Hayden ke dinding. "Apa yang kau cakap dekat budak baru tu hah?!" bentak Hayden

Haikal menggeleng. "Tak, Haikak takcakap apa apa"

Plak! "Tipu"

"Betul bang!" airmata Haikal jatuh, pendiriannya yang kukuh tiba tiba hancur. Hayden meninggalkan Haikal begitu saja. Mikaeel yang sedari tadi merecord kejadian tersebut terua memasukkan handphonenya ke dalam poket seluarnya ketika Hayden melewatinya dan berhenti di depannya.

"Jauh dari Haikal!" bentak Hayden, Mikaeel hanya memutar bola matanya malas.

"Cepat atau lambat. Aku akan ambil Haikal semula dari keluarga kau!" Mikaeel terus berlari ke arah Haikal. Meninggalkan Hayden yang sedang berusaha mencerna percakapan Mark.


NEW CAST

Ryan Mikaeel

※votement

Continue Reading

You'll Also Like

39.3K 4.7K 22
Ketika Baby baby TXT dan NCT Dream bersatu. Nggak Baby si.. Tuyul iya:) Biasakan vote;)
14.4K 2.2K 31
Jisung yang mempunyai indera keenam hanya bisa menghela nafas nya setiap hari setelah bertemu dengan hantu yang menurutnya lumayan gila Enggak, hantu...
3K 387 4
Untukmu laki-laki penyuka laut dan senja. Yang keberadaannya tidak pernah dianggap ada.
68.4K 7.5K 35
[Completed] BELUM SEMPAT DI REVISI ❝ Aerum seseorang tak sempurna yg dikirim tuhan untuk kulengkapi kekurangan nya ❞ -HuangRenjun Start : 25/01/20 En...