Penawar Kasih Pawana | C

By hanihisbiscus

31.5K 2.4K 429

𝐒𝐲𝐚𝐟 𝐈𝐧𝐚𝐬 | 𝐀𝐧𝐚𝐧 𝐍𝐮𝐫𝐟𝐢𝐳𝐚 𝐇𝐚𝐫𝐫𝐢𝐳 𝐔𝐦𝐚𝐢𝐫 | 𝐅𝐢𝐞𝐧𝐚 𝐀𝐫𝐢𝐬𝐲𝐚 Manis bicara... More

PROLOG
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
EPILOG I
EPILOG II

Bab 67

194 16 3
By hanihisbiscus

BERBALAS pandangan, malap kamar disimbahi cahaya purnama semata-mata. Hembusan semilir silih berganti, ganas menguncup liang roma melalui kaca jendela. Tirai langsir berdansa lembut, seakan terbuai dengan asyik semesta. Diliputi mendungnya malam, seakan penanda cuaca bakal mendatang ributnya.

Dua jejaka saling menghadap. Berpeluk tubuh, tajam renungan menikam masing-masing. Seorang santai duduk, kaki disilangkan. Tengah kawasan, dia tatluki dikelilingi lembaran ilmu menjadi saksi. Senang cereta, pejabat persendirian dipenuhi timbunan kertas sana-sini.

Sedetik, gema keriuk kerusi ditarik menampan koklea. Mendekati meja. Siku berlabuh di birai meja, pinggir bibir sunggingkan senyum sinis. Dagu menongkat tinggi, angkuh dan megah di hadapan figura satu lagi.

"Dengar desas-desus, mereka dah nak berpisah katanya? Betul ke anakku..."

Khali.

Tenang. Sudut kamar bersebelahan rak buku, dikalih tatapan ke atmosfera luar. Nyata, mendung dan suramnya persis situasi kini. Belikat mencumbui dinding, helaan nafas panjang kedengaran. Setiap tindak tanduk diperhatikan, anak mata coklatnya bersinar gelap. Amukan perasaan merasuki jiwa, menanti masa dileraikan jikalau silap susunan aksara.

"Hirraz Ummar, pengkhianat ayah."

Serta-merta jejaka tadi menoleh, lihai cerlungan kepada insan di hadapan. Menarik sedikit, terbit sinis di cangkir bibir bilamana ayah kekal memaparkan riak seorang bapa mithali. Dusta, lelaki tua ini lebih jijik. Durjana hingga tegar lakukan sedemikian rupa, kepada sesiapa yang berani melawan perintahnya.

"Jadi, kau diam bermakna kau tak menafikan."

Sedetik, Ummar menyeringai kecil. Tangkai hati rasa digeletek, dikemam bawah bibir sesungguhnya. Jujurlah, mahu pecah usus perut dia sekiranya dibantai tawa saat ini. Apa soalan bodoh ayah tanya sekarang?

"Ayah rasa Ummar pandai tak?" soal Ummar, gelak hibur. Helaian anak rambutnya jatuh, menutupi sebelah mata. Herap tawanya, kelam retina mata. Samar sinar luaran menjebol masuk, serlahkan jelek bertampang di dada.

Jemala terngandah, dikuak sekilas rambut. Postur tubuh beralih tegak, kedua-dua tangan diseluk ke dalam poket seluar. Dengus kasar, oksigen direnggut ganas semahu hati. Cuba kumpul ketenangan. Dia harus sabar. Lagi-lagi lawannya cukup hebat memanipulasi.

Kerana dia akan pastikan, kali ini dia bakal menang. Jaya, silap pengiraan buruk padah menanti di hadapan.

Tumpaskan sang gila? Ya, semestinya dan dia tidak teragak-agak jikalau perlu jadi lebih daripada pemangsa.

Tuan Hulaif mengerising sinis. Sesaat, riak muka berubah beku. Berdaham keras, tatapan jitu menembus jasad sang anak. "Antara kau dengan Umair..."

Jeda. Tajam picingan mata, gemerlap perli membias kasatmata.

"Kau lebih licik anakku."

Kontan, lekuk bibir Ummar sungging kecil.

"Like father, like son."

Pernyataan Ummar disambut kekehan garau, hiasi suasana sepi. Lelah. Halwa telinga diganti tolakan kerusi. Pelan berubah derapan kaki, mara dekati. Tidak beranjak waima sedikit, melainkan teguh berdiri di situ menanti kehadiran ayahnya hampiri.

"Ummar, Ummar, Ummar."

Rupa itu, berbeza.

Sesuatu yang sejujurnya, dia tidak ketahui bahawa topeng ayah akhirnya luntur. Runtuh sedikit demi sedikit, membuka pekung rahsia.

Tepukan janggal bergema, sekali dua. Ummar runduk, tidak sanggup pandang betapa keji orang tua sendiri. Bayang-bayang lebih tegap kuasai, menandakan ayah sudah ada di depannya kini.

"Kau yang bodoh sebenarnya, anakku."

Telapak tangan mendarat ke bahu sasa Ummar, dipaut lembut. Ummar angkat kepala, awan mendung bergayut di pelipis mata bilamana ayah memaparkan ekspresi biasa. Sebagai lelaki paling budiman. Lelaki baik yang digelar ayah.

"Jangan ingat aku tak tahu, semua yang kau dah buat. Termasuklah tentang anak perempuan tak guna tu, dia pun sama membelot. Cuba larikan diri tapi sayang..."

Bahu Ummar dicengkeram kuat, menimbul urat hijau di kekura sang tua. Biarpun kerepot dimamah usia, namun kekuatan ayah dua kali ganda membuatkan air matanya mengalir lesu. Merenyuh pedih, Ummar ketap bawah bibir mengawal erangan dia meletus.

"Aku tahu dia kat mana, Ummar. Aku tahu dia bawa benih haram entah siapa dalam tu. Bukan aku sentuh dia, lagipun barang murah dah kan? Aku dah suruh dia gugurkan, bukan tak biasa tapi dah lebih tiga kali. Jangan sampai aku sendiri heret perempuan bodoh tu dan kerjakan dia..."

Pinggir bibirnya melarik sinis. Terketap-ketap gigi dengan rengusan amarah. Melahar percikan pawaka, gelita membias penuh dendam di mata.

"Ayah... ayah nak buat apa kat Najwa?" Ummar menyoal dalam getaran. Atur nafasnya mulai tidak teratur, berburu kasar. Menguncur keringat dari pelipis, resah kenangkan keselamatan sang adik.

Sedetik, tulang rusuknya dihentak hebat dengan kepala lutut. Serta-merta jeritan nyaring Ummar meletus. Batang tubuhnya dibanting berkali-kali, menyembur cecair hanyir dari mulut apabila bahu dia masih dipegang kemas sang ayah.

Puas hati, dilepaskan sang anak yang sudah membongkok postur badan. Berundur beberapa tapak ke belakang, menitis jatuh butir biram dari celahan bibir. Tertunduk dengan sebelah tangan memegang dada, senak perut memulas kawal perih.

Tidak menanti lama, Tuan Hulaif kembali meluru pada Ummar. Kesempatan diambil, belikat sang anak dilibas kuat. Ummar jatuh. Terbaring sakit, mengerekot Ummar menghalang kaki Tuan Hulaif.

Geram. Tuan Hulaif menendang dagu sang anak, terkehel wajah itu. Menyeringai kuat, serasa patah tulang-temulang apabila kaki tua tersebut elok mendarat pada abdomen miliknya.

"Kau orang cabar aku, jadi aku cuma layankan permainan ni. Well, kau rasa dia kat mana sekarang anakku?"

Tuan Hulaif menujah lebih dalam, berdesup menjalar sengsai hingga ke kepala. Nafas Ummar tersekat, terbelalak mata dengan lakrimasi galak mencucuri pipi.

"Lepas ayah. Tolong..." Ummar merintih perlahan. Rayuan lirih tidak terkeluar, suaranya terhalang di batang tenggorok. Tuan Hulaif ketawa, memijak rakus apabila lengan Ummar kian layu menahan pergelangan kakinya.

Menggelupur maha hebat, Ummar hampir sahaja rasa nyawa direnggut dari badannya. Melihat keadaan Ummar separuh nyawa, dia lepaskan serangan kali terakhir. Diangkat kaki tinggi, mendedak bawah rahang itu sekuat hati. Automatik tengandah wajah, hampir patah tengkuknya. Sontak, Tuan Hulaif bertinggung bersebelahan jasad longlai anak sendiri.

"Aku akan pastikan dia betul-betul hilang waras," desisnya tajam. Seraut lebam dan luka sana sini, diperhatikan dingin. Bahagian dada kempas-kempis secara laju, menandakan roh itu masih kekal bertakhta dalam diri sang perjaka. Kuyu kelopak mata Ummar, cuba untuk tidak hilang kewarasan dek nestapa menyengat segenap inci.

Tuan Hulaif merengkuh tulang dagu Ummar, memasakkan renungan lihai pada anak. Berburam sayu membalas, rimas pula kala melihat perubahan drastik betapa tegap Ummar jadi selemah ini.

"Hirraz Ummar, siapa suruh kau degil? Aku pernah beritahu kan, jadi anak yang baik macam kembar kau Umair, patuh aje semua arahan aku.!Tapi kau bodoh! Benak dengan perangai menjawab tak sudah! Macam adik kau tu, bodoh!" jerkahnya kuat. Dipaut tanpa belas, kuku menyiat isi kulit.

"Patut kau mati aje, hidup pun menyusahkan aku."

Zap!

Hirisan merobek tangkai hati. Mencarik hingga mengalir lukanya tiada henti, Ummar sekadar bisukan diri. Denyut lara lebih mendominasi, menongkah arus umpama pembuluh darah dalam salur vena. Luntur semangatnya, hilang jiwanya.

Patah. Hancur. Berantakan.

"Apapun, kau kena tahu Najwa ada dengan aku sekarang ni. Kau cuma ada tempoh sampai sebelum subuh esok. Kau lambat, anak-anak buah aku akan kerjakan dia..." Tuan Hulaif koyak senyum, kejam. Wilayah bibir Ummar dielus lembut, jeda seketika.

"Sampai lunyai."

Picing mata, mengerising sinis lantas ditekan bahagian pecah tersebut. Ringisan Ummar meluncur laju, berjurus-jurus buliran jatuh. Seksa, namun bukan itu punca utama. Apatah lagi berkaitan dirinya, tetapi membayangkan Najwa yang berada di tangan durjana iaitu bapanya.

"Mesti kau tertanya kan, kenapa bukan aku sendiri uruskan dia?" Dikesat kasar darah mengalir hujung bibir Ummar. Jejaka itu sekadar mendengus pedih, berpinar samar melihat roman wajah sang ayah.

Pandangan bosan, dicalit kesan merah tadi di bahagian fabrik baju anak.

Kontan, dileraikan pegangan lantas bangkit berdiri. Tangan ralit membersihkan debu-debu di pakaian sendiri, habis renyuk dek amukan perasaan sendiri. Sebaik selesai, bebola mata lirik Ummar yang bersusah-payah cuba untuk anjak dari posisi.

Sekonyong-konyong, Tuan Hulaif beralih sedikit. Diundur kaki setapak demi setapak, benar-benar memberi peluang sehingga Ummar mampu bangun dari kewalahan menimpa. Terumbang-ambing keadaannya, seakan tidak berdaya.

"Aku dah cuci tanganlah Ummar, tak sanggup kotorkan kecuali dengan kau sebab..."

Lekuk bibir menggeleweh, jebik sekilas. Dia mara perlahan-lahan mendekati figura lasat Ummar, merendahkan postur tubuh. Paras wajah mereka disamakan, pipi bengkak tadi disentuh mesra. Mengusap kasih, Ummar kejur dengan selimut gelugut.

"Hirraz Ummar kan, anak ayah."

Ditepuk-tepuk sisi muka itu dalam skala minima, cukup mencucuk rasa sedia ada. Meleleh darah di sekitar laman tampan Ummar, masih tidak menjejaskan rupa asalnya. Tak mengapa, sudah sedia bagus diberi pengajaran daripada dibiarkan nyawa melayang.

Sementelahan selesai, dipaling tubuh lalu beredar pergi. Meninggalkan kamar pejabat, seumpama biasa. Pelan-pelan Ummar menjelepok jatuh, kosong fikiran. Meligih susuk dan lumpuh upaya, dia kaku dalam tangisan tanpa esakan.

Hanya batin meronta. Berteriak segala duka menyelusuri sukma, keliru dalam dimensi hakikat yang terjadi.

Mengapa Najwa bersikap kasar, tetapi dia tidak pernah endah. Mengapa dia sanggup gadaikan dirinya, beri kembarnya bebas bersama insan tercinta daripada terus diikat dalam keluarga porak-peranda? Mengapa sering diperhatikan ahli keluarga, malahan Anan juga terlibat sama? Dia menentang pada awalnya, keputusan Najwa sengaja berunding mahu berkomplot dengan ayah, demi kaburi semua biarpun maruah dia menjadi galang gantinya.

Malangnya, semua itu telah diketahui. Ayah jauh lebih kehadapan tampaknya saat ini dan kali ini ternyata hanya ada satu jalan penyelesaian yang ada.

Bunyian derap kaki menampan deria pendengaran. Ummar paksa senyum, pedih. Tidak jadi, sakit urat akibat kesan pertarungan tadi. Lebih tepatnya, dia memang membenarkan ayah sendiri kerjakan dia hingga separuh mati.

"Sedap kena belasah?" Menjuling atas, menyampah. Sudah mengetahui gerangan yang dinanti, bahang dia akhirnya labuhkan duduk di sisi. Panggung kepala, pupil mata disambut kepingan terakhir bagi memastikan permainan yang dilakukan tamat segalanya.

"Still alive," seloroh Ummar dibalas rengusan lelah orang sebelahnya.

"So, apa plan kau?" soalnya serius.

Namun sayangnya, jawapan Ummar hanya meminta dilempar ke gaung segera.

"Duduk macam ni, tunggu ada penyelamat jatuh dari langit untuk selesaikan semua."

Tidak semena-mena, belakang Ummar dihinggap tapak tangan besar. Kuat berdengung, mengerang hebat bergema seisi suasana.

"Sakitlah bangang."

Air matanya jatuh, merana bilamana digandakan lagi kesakitan sedia ada.

"Well, that's my Hirraz Ummar. Harriz Umair lovely brother, of course."

Bersemu merah pipi Ummar. Atmanya terusik, menjemput terharu dan segan bergumpal satu. Sesaat, dia kendurkan semula apabila Harriz sudah tarik kernyih menampakkan baris gigi. Sah, kantoi!

"Diamlah kau. Tolong aku cepat, jangan banyak tanya."

Dasar kembar tak guna. Tapi minta tolong dia juga, pasrah.

BREK ditarik. Jarum bar kelajuan meningkat kepada 150 kilometer per jam. Nafas turun naik dengan laju, layar mata menumpukan perhatian sepenuhnya ke hadapan. Cuba mengingati koordinat yang diberi Harriz, dilihat sepintas lalu. Rintik gerimis menujah laman kaca, wiper dihidupkan membersihkan wap atmosfera.

Harriz sempat memasang alat pengesan lokasi, tepat di bawah kereta ayah sewaktu dia berbalah. Memikirkan hal tersebut, kekura tangan menggigil hebat. Uratnya membias jelas, seakan bendung puing-puing lahar dalam diri.

"Patutnya aku lawan balik tadi. Suka betul dia kerjakan aku," ucap Ummar. Bibir carik senyum sumbing, tampak bahagia membelah senang arus jalan yang lenggang. Usah hiraukan kenderaan lain, tiga pagi sememangnya waktu insan manusia sering larut dalam lena.

"Riz, tengok ni eh? Aku nak tunjuk skill hebat punya!"

Harriz di sisi penumpang sudah pucat lesi semacam. Tiada darah air muka, terkapai-kapai jujut oksigen. Meligih tangan paut tali pinggang keledar, risau apabila Ummar sudah membetulkan posisi tubuh. Lagi meresahkan, keadaan Ummar seakan dirasuk jin.

Memang ajak dia menuju ke alam bahagia bersama gayanya. Memanglah dia rindu arwah isteri, tapi bukan begini caranya untuk tamat riwayat dudanya! Sekurang-kurangnya, bagilah dia bersemadi aman tanpa tragedi tragis menimpa.

Tidak menunggu balasan kembar, kaki Ummar memijak pedal sekuat hati. Mengaum ganas enjin kereta, berkepul-kepul asap memenuhi atmosfera. Tangan menggengam erat stereng sembari kemam bibirnya rapat. Sesekali, diubah laluan ke lorong kiri dan kanan silih berganti.

Entah berapa lama, mereka dalam keadaan sebegitu. Mengejar masa, Ummar tidak hiraukan kondisi roh Harriz bergentayangan ke dunia lain. Prioriti utama, selamatkan Najwa.

Adegan gila Ummar berakhir sebaik sahaja sebuah pusat hiburan jadi tatapan. Pacuan empat roda mereka mulai perlahan, ekor mata melirik para pengunjung yang keluar masuk seperti hilang warasnya.

Dahi Ummar berkerunyut seribu. Benak fikiran timbul buih-buih persoalan, benarkah di sini ayah berada atau sebahagian perancangan untuk menghakis masa yang ada? Ragu-ragu, dia menoleh pada kembarnya. Seraut yang kian merah, sudah kembali bernyawa seperti biasa. Baru disedut semula ke dunia nyata gamaknya.

"Kau nak mampus ke? Elok-eloklah bawa," ujar Harriz terketar-ketar. Masih cuba tenangkan diri, hembusan lega kedengaran kala ketahui kereta sudah mengambil tempat parkir.

"Ala, bukan selalu. Dah jom, jangan nak morning sickness kat sini. Aku tak ada pengalaman lagi. Lainlah kau, duda hot!" Tawa usik Ummar bergema, mencuit tangkai jiwa. Spontan, bibir Harriz garit senyum keletah sang kembar.

"Siot! Diamlah, dasar jantan tak laku!"

Lekas-lekas, Ummar bergegas keluar dari perut kereta. Elak sebelum menerima habuan dahsyat, tidak rela dihempap buat kesekian kali. Geleng, Harriz ekori tindakan kembar. Ingin segera menjumpai dia. Harus selesaikan segala konflik membadai seisi keliling mereka.

Kaki memijak pedal sekuat-kuatnya. Memecut laju, rahang dimamah dengan wajah merah padam. Bibir Ummar terkumat-kamit bebel, segala butir aksara dilepaskan. Entah apa dia bisingkan, Harriz sekadar tadah telinga.

Sungguh, dia pun serasa mahu meletup. Dikawal pundak perasaan, tidak seharusnya mereka berdua melatah saat ketahui. Senantiasa bersedia, cuma dalam masa sama mungkin tidak menjangkau dek akal.

"Riz, jom!"

Kereta dihentikan tepat pada sebuah bangunan apartment mewah. Harriz menoleh, bingung bilamana Ummar sudah membolos keluar. Tidak semena-mena, dia turut membuntuti dan matikan segala fungsi kenderaan.

"Tunggulah aku, Mar."

Tergesa-gesa Harriz mengejar langkah sang kembar, tidak diendahkan hentaman hujan yang mulai lebat menyirami bumi. Lekas-lekas dibuka langkah besar, menjuju memasuki gelangsar kaca bangunan tersebut. Automatik, liang roma dicumbui pendingin hawa sebaik menyelusup ke dalam.

Refleks, kesejukan berdesup menyerbu ke saraf otak. Harriz peluk tubuh, salurkan sisa haba yang ada. Bebola mata meliar sekeliling, mencari kelibat Ummar. Pandangan disepetkan, cuba mengecilkan lagi visi sehingga terbejat pada fitur yang menanti di hadapan kaunter utama.

Sontak, Harriz mengangkat kaki ke arah sana. Sementelah tiba, tangan besar itu selamat mendarat ke belakang kembar. Ummar yang fokus menanti, mengaduh kuat lantas memalingkan wajah dengan riak tajam menikam.

"Mar, apa bilik Wawa?" soal Harriz tanpa segan-silu. Ummar pula mengetap gigi geram, cuba untuk tidak membakar abu yang bersisa.

"Sabarlah, aku rasa orang tua tu sengaja menyusahkan hidup kita. Dia tak pakai nama Najwa, nama dia lagilah, tapi aku rasakan..." Ummar jeda.

Iris coklat bekerdip perlahan, minda bergelumang memikirkan kebarangkalian. Sekonyong-konyong, tepi bibir sungging senyuman. Renjatan listrik menyerkup susuk tatkala sebaris nama menerpa fikiran.

"Cik, cuba cari nama..."

Mulut dibuka, melafaz lancar gerangan yang berkemungkinan dijadikan dalang.

Khali.

Beberapa minit kemudian, tangan gadis ralit menatal skrin komputer akhirnya panggung wajah. Dikerjap sekali, memberitahu nombor bilik dengan senyuman manis.

Harriz melongo. Sedetik, dia senyum sama. Penuh muslihat, memahami isyarat mata yang diberi agar tidak membuang masa lagi.

Continue Reading

You'll Also Like

870K 45.4K 48
GTR ? Ferrari ? Lamborghini ? Audi ? BMW ? McLaren? Porsche ? Hah, semua tentang kereta, boleh beri kepada Daniela Arielya. Daniela Arielya. Gadis y...
1.4M 53.5K 62
Status : Complete Noah Iskandar x Sufi Nur Humaira [Karya kedua dari snowdreamm] Impian Noah Iskandar untuk membina mahligai bersama tunang tersayan...
176K 11.3K 33
Adam Hirdy | Azalea
808K 299 1
Agency Series (2) RICH HUSBAND AGENCY merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan bagi membantu individu menyelesaikan misi mereka untuk memikat seseo...