Β© KIND IS A CURSE

By yeonnights

2.8K 550 979

[ COMPLETED ] - KIND IS A CURSE πŸ”ž "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Ada sebab kenapa periba... More

KIND IS A CURSE
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
25
26 [ Ending ]
Epilogue

24

68 16 33
By yeonnights

Part ni bosan 2.0 ye.

Idea saya berkurang, jadi tak boleh nak fikir scene or ayat-ayat menarik. Tolong jangan serik ye baca buku saya ㅠㅠ

<333

---

Perbicaraan di dalam mahkamah sedang berlangsung. Minho, Qal, Irelyn dan beberapa lagi rakan yang lain duduk di bangku pada bahagian membela Hendera. Walaupun mereka tidak menang dalam menyelamatkan Hendera, namun mereka yakin kalau mereka tidak akan kalah dalam mendapatkan keadilan untuk Hendera.

Di sisi Chan, terlihat Hazel sentiasa berada disampingnya. Setia menemani sang suami yang memang jelas peluangnya untuk menang adalah tipis. Namun sepanjang perbicaraan, Hazel tidak bergumam sedikit pun. Dia fokus mendengar dan memahami apa yang hakim sampaikan. Chan pula tidak mampu menoleh ke arah isterinya kerana Chan tahu betapa hancurnya Hazel sekarang.

Walaupun wanita itu tidak menunjuk apa-apa reaksi, Chan seratus peratus yakin bahawa hati Hazel sedang menangis.

"Tiada keringanan yang akan diberi kepada saudara Grey Christopher Arthur. Hukuman berupa gantung sampai mati akan dijalankan pada 25 Oktober 2022. Iaitu lima bulan dari sekarang."

tok! tok! tok!

Ketika itu, suasana di dalam mahkamah hening. Chan hanya mampu menunduk setelah mendengar hukuman yang akan dia hadapi. Hazel pula diam tidak bersuara. Terlihat titisan butiran cairan jernih yang sepertinya sudah lama terkantung di mata. Wanita itu perlahan menyeka kerana tak mahu diperasan oleh sang suami.

Sidang perbicaraan sudah selesai. Sedang semuanya bersedia ingin keluar, Chan perlahan meraih lengan Hazel. Isterinya tidak menepis, sebaliknya Hazel memilih untuk menatap mata Chan. Hazel percaya bahawa sakit yang dia rasa tidak setanding dengan sakit yang Chan perlu terima.

Lagi pula, Hazel masih menyalahkan dirinya sendiri dengan apa yang terjadi. Dia masih merasa kalau sifat tamak dan rakusnya adalah penyebab utama kenapa semua ini terjadi.

"I'm sorry, Hazel." Bisik Chan. Genggamannya kuat dan menggigil.

"No. I'm the one who should said that. It's all because of me, Chan. Saya bersumpah, kalau saya boleh gantikan tempat awak sekarang, saya sanggup Chan. S-Saya sumpah Chan." Suaranya bergetar menahan diri dari menangis.

Chan cuba untuk memeluk Hazel, namun gari di tangan menjadi penghalang. Sedar dengan hal itu, Hazel mengangkat kedua tangan Chan ke atas lalu dia masuk ke dalam dakapan lelaki itu.

Kini dia terkunci di dalam dakapan suaminya, dan dia berharap bahawa dia akan terkunci untuk selama-lamanya.

Ubun-ubun Hazel dicium lama. Beberapa saat kemudian, air mata Chan jatuh menitik ke atas ubun-ubun isterinya. Hazel yang dapat merasa basah dari air mata itu, lekas mendongak. "Don't cry. Please do not cry. I need you to be strong, Chan."

"You need to live, Hazel, with or without me. You must allow our baby to be born. If it's a boy, name him after me. If it's a girl, use Grey as her middle name. Never tell them about me; I don't want them to know their father is a murderer. I'm sorry, Hazel. I'm sorry for being a bad husband. I'm sorry." Ucap Chan penuh kesal dan malu.

"I'll tell them about you. You're not a murderer. You're my husband. My love. They will recognise you as their father. Not a serial killer. What you did was bad, but it had nothing to do with our baby. They don't have to know about your blunder. Instead, they must be aware of your previous tremendous achievement, Chan. You're a great man. Amazing guy. Amazing husband."

Kata-kata Hazel sangat menyentuh. Namun Chan tak merasa kalau dia layak mendapat segala pujian tersebut. Sebelum dirinya dibawa ke belakang jeriji besi, Chan sempatkan diri untuk memeluk serta mencium Hazel.

"Sekali lagi saya minta maaf sayang."

"Awak ada masa lima bulan sebelum jalani hukuman. Saya janji akan lawat awak setiap masa Chan."

---

"Masuklah." Sudah terlalu lama berada di rumah Irelyn, Minho memilih untuk pulang semula ke rumahnya. Namun tidaklah bersendirian. Dia membawa Irelyn bersama kerana tidak mahu gadis itu bersendirian dirumah. "Awak duduk dulu. Saya pergi buatkan air. Nak air apa?"

"Latte boleh?"

"Kalau ada bahan, mestilah boleh Irelyn." Senyum tipis diciptanya.

Sementara Minho sibuk di dapur, Irelyn menyibukkan diri dengan membaca artikel tentang Chan di media sosial. Begitu banyak artikel yang salah dan tidak benar tentang apa sebenarnya yang terjadi pada Chan. Para wartawan sepertinya tidak menjalankan kerja mereka dengan baik. Irelyn sakit hati melihat betapa banyak komen yang mengutuk serta mencaci kesalahan Chan yang jelas tidak dijelaskan secara terperinci.

"Biadap!" Caci Irelyn.

Ada satu artikel yang menuliskan tajuk SUDAH TERLANJUR ADALAH ALASAN MENGAPA GREY CHRISTOPHER ARTHUR MEMBUNUH HENDERA JONES. Hal itu sangat membuat Irelyn sakit hati, kerana dia tahu bahawa perkara tersebut adalah tidak betul.

"Sudah." Telefonnya diambil oleh Minho. "Tak perlu baca semua berita tu. Sekarang awak kena fokus dekat apa yang Chan cakap, sebelum kita keluar dari mahkamah tadi."

"Oh. Saya hampir lupa tentang tu."

"Jadi macam mana? Apa awak nak buat dengan permintaan dia? Nak tolak?"

"Tak mungkin saya akan tolak, Minho. Apa yang Chan buat pada Hendera, tak akan sesekali saya lupa. Tapi dalam masa yang sama, kebaikan dia pada saya pun tak akan pernah sesekali saya lupa. Lagipun Chan dah dapat hukuman yang setimpal, jadi tak ada sebab untuk saya terus berdendam pada dia. Jadi..... Saya akan kabulkan permintaan dia."

Hati Minho berdegup kencang. Kebaikan gadis itu sekali lagi mengusik jiwanya. Perempuan yang tidak menyimpan dendam terlalu susah untuk ditemui pada zaman sekarang.

"Kalau macam tu, besok kita pergi ambil Hazel. Ye?"

"Kita?"

"Ye Irelyn. Kita. Saya tak akan biarkan awak hadapi semuanya bersendirian. Saya belum ucap terima kasih sepenuhnya lagi atas kebaikan awak untuk bantu selesaikan kes Hendera. Anggaplah apa yang saya buat sekarang, ini semua untuk balasa budi baik awak." Perlahan tangan Minho diraih.

"Awak tahu kan yang saya ikhlas? Saya buat semua ni sebab saya memang sayangkan Hendera. Jadi tolong jangan anggap ini sebagai hal yang awak perlu balas semula. Benda tu buat saya rasa seolah-olah saya tak ikhlas tolong Hendera selama ni."

"Baiklah. Kalau macam tu, awak anggap saja apa yang saya buat ni memang ikhlas nak tolong awak. Nak mudahkan kerja awak. Nak ringankan tugas awak sepanjang awak jaga Hazel nanti."

Irelyn tersenyum lebar. "Kalau itu, saya terima."

Malam melabuhkan tirai. Minho baru saja selesai mandi selepas sos tomato tertumpah ke atas pakaiannya. Ini semua salah dirinya sendiri kerana terlalu leka melihat Irelyn. "Irelyn cantik sangat ke sampai aku ingat sos tomato tu air sirap?"

Di hadapan cermin, dia bertanya. Tawa kecil dilepaskan selepas memori 10 minit lalu terimbas kembali.

Back story of 10 minutes ago.

"Spageti? Wah." Sebaik saja Irelyn melabuhkan punggung, Minho terus mencedok kuah tomaton ke dalam mangkuk yang berisi pasta berjenis spageti. Irelyn kelihatan teruja ingin menyantap makan malam itu.

"Nak banyak ke sikit?"

"Tak banyak tak sikit." Jawapannya membuat Minho terkekeh.

"Tanya lain jawab lain."

Selepas kuah dituang dan sedia disantap, Irelyn mula mencari topik untuk dibualkan. Dan topik yang dia bicarakan pada malam ini agak menarik namun menghairankan.

"Kahwin?"

"Ye, kahwin. Awak pernah terfikir tak umur berapa awak nak kahwin?" Soalan yang dilempar membuat Minho terdiam. Kerana sejujurnya, tidak pernah sekalipun terlintas difikirannya tentang topik perkahwinan.

Namun itu bukanlah bermaksud dia tidak tertarik dengan hal tersebut. Hanya saja, dia masih belum bersedia untuk membuat apa-apa komitmen. Dirinya saja masih kucar-kacir dan kurang terurus. Agak gila jika dia fikir untuk berkahwin. "Tak pernah. Tapi bila awak tanya, saya rasa mungkin dah sampai masa untuk saya fikir."

"Awak dah 25 tahun, sepatutnya awak dah kena fikir tentang kahwin. Saya tak cakap tentang bersanding di atas pelamin, tapi tentang persiapan. Tabung kahwin, kekuatan mental dan fizikal sebelum kahwin, persediaan diri untuk jadi seorang suami, seorang ayah. Macam-macam lagilah." Minho terkekeh.

Garfu di tangan perlahan dilepaskan. "Tak guna saya buat semua persiapan tu tapi sesuatu yang paling penting tak ada."

"Apa dia?"

"Pasangan."

Irelyn perlahan mengukir satu senyuman tipis. "Jodoh tu rahsia tuhan, Minho. Tuhan akan beri pada waktu yang tepat. Kalau awak tak buat persiapan awal, awak rasa diri awak mampu ke jaga jodoh yang tuhan dah tentukan untuk awak tu? Tak mungkin, Minho Caxander Gil."

Minho tidak fokus pada percakapan Irelyn kerana dia sibuk meneliti wajah gadis itu. Minho baru perasan di bawah mata dan juga di sisi kanan bibir Irelyn ada tahi lalat kecil. Dia juga baru perasan ada parut tak kasat mata pada pipi kanan Irelyn. Parut itu tidak terlalu ketara dan mungkin itu adalah parut akibat cakaran kucing.

"Cantiknya."

"Minho?"

"Y-Ye? S-Saya haus." Dengan mata yang masih tertumpu pada Irelyn, tangan Minho tiba-tiba mencapai senduk sos tomato di hadapannya lalu ingin dia bawa ke mulut.

"Minho tu sos tomato!"

"Oh? Eh!" Sos itu akhirnya tertumpah ke atas pakaiannya dan menyebabkan ianya terpercik hingga terkena muka.

"Minho..."

---

Bbokari-

KIND IS A CURSE
221114

- Yeon tak pernah tulis book Changbin -
So i hope this book will get attention <3

Continue Reading

You'll Also Like

2.6K 432 16
Selamat datang ke dunia. Tempat dimana segala kekejaman bermula.
949 107 8
[complete] "kita memang di takdirkan bersama."-mingyu " sejak bila kau cringey nih?"-sara " sejak aku jumpa kau"-mingyu " whatever."-sara - oh my! s...
1.5M 110K 61
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...
29.5K 583 15
"Kahwin dengan daddy jom"? -Alex Danial "You dh gila ke ape?"you are my lecturer!"-Raisha Qistina "I tak gila,I gila...