Penawar Kasih Pawana | C

נכתב על ידי hanihisbiscus

31.5K 2.4K 429

𝐒𝐲𝐚𝐟 𝐈𝐧𝐚𝐬 | 𝐀𝐧𝐚𝐧 𝐍𝐮𝐫𝐟𝐢𝐳𝐚 𝐇𝐚𝐫𝐫𝐢𝐳 𝐔𝐦𝐚𝐢𝐫 | 𝐅𝐢𝐞𝐧𝐚 𝐀𝐫𝐢𝐬𝐲𝐚 Manis bicara... עוד

PROLOG
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
EPILOG I
EPILOG II

Bab 64

245 18 0
נכתב על ידי hanihisbiscus

BERLANJUTAN. Anan bersiap pergi ke kerja, tinggalkan Syaf yang sering nantikan dia untuk memohon restu. Penampilan ala kadar, masih sama hampir menutup semua aset yang ada.

Sungguh, terasa sikapnya tidak seiring pemakaian. Dia bukanlah baik mana, solehah pula jauh sekali. Bertatih, kejarkan cinta Dia setelah dikecewakan manusia.

"Anan gerak dulu," ucap Anan sembari tergesa-gesa menyarung sandal sendiri. Sebaik dia mahu tunggang pacuan dua rodanya, Anan dengus geram. Lupa mengambil kunci, bagaimana dia hendak bawa jikalau begini?

"Awan sayang..." meleret nada Syaf memanggil, menggamit perhatian Anan. Lengan sasa diangkat, digoyangkan perlahan benda yang dicari Anan sedari tadi. Serta-merta Anan turun dan hampiri Syaf. Panggung tinggi jemala, aksa bundar menatap tajam Syaf.

"Nak kunci Anan, bagi." Anan hulur telapak tangan, tadah untuk sambut pemberian.

Gila, tak berdaya dia hendak menjengket hujung kaki. Sudahlah separas dada sahaja, sekarang Anan perlu capai kunci yang Syaf mainkan di jarinya setinggi garis khatulistiwa pula.

"Kalau abang tak nak? Awan nak buat apa? Hukum abang pula?" Syaf sengaja tarik tali terhadapnya. Alis nipis dijungkit, mencabar Anan berkerut seribu dengan percikan amarah terbias di netra.

"Abang rasa, abang boleh tunaikan?" Anan pulangkan buah paku keras semula, senada.

Syaf larik senyum sinis, kunci ditangan beralih tempat. Memasukkan kedua-dua tangan ke poket seluar, disandarkan tubuh pada daun pintu tertutup rapat.

"My cloud, kau nak apa sebenarnya?" Syaf soal tenang, memanah tepat sekujur tubuh Anan kaku berdiri. Namun tangan kecil itu mengepal kuat, seakan mengawal amukan perasaan bersarang di pengkung dada.

"Anan mohon, abang lepaskan Anan."

Bam! Disambar hentaman guruh kuat, gegaran tangkai jiwa luluh ke bumi. Syaf kedu, tidak menjangka respon Anan. Terkebil-kebil memandang Anan, isterinya sekadar beriak biasa. Seakan sudah nekad, walaupun sesungguhnya dia dapat lihat Anan dibungkus getaran dengan omongan sendiri.

"Kau sanggup?"

Anan senyum nipis disebalik kain, berkilauan kristal layar mata sembari angguk kecil.

"Anan tak kisah, buat apa tinggal dengan lelaki yang pernah layan Anan macam halimunan. Tiga tahun dia hilang, tup tup hidup lagi dan nak perbaiki semua. Anan tak bodoh, Syaf. Anan tak sanggup pertaruhkan hati ni, untuk seseorang yang tak sudi dan ikhlas dengan Anan." Intonasinya bergetar, dia kemam bibir rapat.

Seketika, derapan kaki seseorang mendekati. Anan pegang hujung baju, meramas resah bilamana bauan maskulin benar-benar menusuk ke dalam rongga nasal.

Syaf berhenti sejengkal jarak dari Anan, mencerun fitur kerdil isteri menekur ke lantai. Kontan jari Syaf sentuh bawah dagu Anan, dilangut agar berhadapan dengannya.

Pupil mata hitam mencumbui seraut gadis awannya, hitam pekat penuh bahari sembari berdesis halus, "Gila."

Setitis, permata jernih jatuh. Lensa mata berburam, memusat Syaf yang menikam lihai. Nafas hangat suami menampar bahagian terbuka di wajah, Anan kerjap mata ketakutan. Meligih sengsai kala Syaf bertukar mencengkam tulang rahangnya, sesak dihalang kain purdah.

"Anan tahu, abang. Anan sedar siapa diri Anan selama ni. Sebab tu, Anan minta abang lepaskan perempuan gila ni, sebelum dia yang naik gila nak hadap perangai abang."

Tercungap-cungap Anan tuturkan kata, lengan menggigil cuba leraikan pegangan Syaf. Sukar dihimpit sebegini, tidak teratur dengan dada berombak kasar. Perit mengawal rasa, galak lakrimasi menguncup pipi.

Sesaat, Syaf lepaskan Anan. Pucat air muka, menanti rebah lantas jasad isterinya disauk dalam pelukan. Erat biarpun Anan cuba menolak tidak suka, meronta-ronta Anan kedengaran lirih di gegendang telinga.

Syaf dekatkan bibir pada koklea Anan, berbisik halus dengan amukan perasaan. "Try me, my cloud. Runtuhkan ego aku, tewaskan aku dengan cara kau tersendiri, hukum aku sampai titik di mana aku lemah tak berdaya. Aku serahkan segalanya bahkan nyawa ni..."

Syaf tarik kepala Anan rapat ke dada, inginkan isterinya dengarkan alunan ritma jantung yang berkocak. Kejur, halwa telinga disambut melodi kesayangan. Galak menguncur air mata, Anan pejam khayal menikmati.

"Milik kau, awan. Aku benarkan, giliran kau hancurkan aku pula..." Syaf senyum hambar, tubir berkaca-kaca akhirnya luruh jua. Diketatkan dakapan, menjalar hangat pada kekasih hati meskipun batin ditiup taufan dingin membeku suasana.

"...semahunya."

Lengan halus Anan membalas pelukan, sebu merayap bilamana kenangkan kisah mereka. Dia akan lakukan, jikalau itu kemahuan Syaf.

"Anan rasa, abang yang gila," bisik Anan perlahan.

Sekujur tubuh tegap Syaf ditolak, kaki berundur setapak dua. Anan cari muara wajah sang suami. Iris hitam berembun, dipanah lembut dengan linangan tika yang terpancar hanya keluhuran. Tulus taburkan diksi, dia percaya Syaf cagarkan semua demi gadis sepertinya.

"Teruskan angau pada Anan, abang. Anan akan pastikan abang sendiri jatuh terduduk, melutut untuk tarik semula kata-kata abang."

Automatik, sinar mata meluap angkuh. Kering sudah mutiara, dia lukis senyum senget. Tangan menggengam kunci segera dibuka. Memaparkan sekilas penuh bangga, tanda berjaya lepasi Syaf sebentar tadi. Dia sempat ambil tatkala memeluk suami, diseluk tanpa diketahui.

Anan pusing tubuh. Langkah kaki diatur ke motosikal, topi keledar di penghadang diambil. Disarung cermat, Anan toleh pada Syaf. Kekal pegun, tidak beranjak waima secoet.

"Jangan pernah menyesal, Syaf Inas."

Deruan enjin motosikal dihidupkan. Anan kenyit mata lantas memecut pergi.

Ekor mata melahap pemergian Anan, hingga hilang dari pandangan. Keluhan panjang dilepaskan. Dia ketawa perit sembari geleng. Tak menjangka namun dia hormatkan keputusan Anan. Sedar kesalahan itu dibina atas kekhilafan sendiri membuatkan Anan keras bina benteng antara mereka.

"I won't, my cloud."

RENGGANG. Hubungan beku antara dua pihak, tiada penambahbaikan mahupun perbincangan dilakukan. Seorang ke hulu, seorang lagi di hilir menjauhi diri masing-masing.

Sejak kepulangannya, Anan bersikap dingin. Tempoh hari, Syaf hampir robohkan tembok Anan. Entah mengapa, di mana lain terjadi apabila gadis itu akhirnya buat dia bungkam sendirian. Teringat permintaan isterinya begitu tinggi, harga yang bakal memisahkan mereka lagi.

Seakan elakkan dari bertembung sama sendiri, namun Syaf tidak betah apabila Anan perlakukan dia seolah tidak wujud sama sekali. Terutamanya sekarang, wanita itu selamba pulang lewat dari mana, lantas bertukar pakaian untuk rehatkan tubuh yang lelah.

Bukan Anan seorang sahaja bekerja, dia pun sama tapi tidaklah selewat Anan.

Tapi tidak hari ini, dia tak akan lepaskan lagi.

Tahu-tahu Syaf sudah terpacak di hadapan pintu tandas, memeluk diri dalam keadaan tegak umpama tugu. Tika daun pintu dikuak, terjembul wajah Anan dengan jasad separa terdedah. Kain tuala membalut sebahagian anggota badan, ada kesan parut di sekitar pelosok sang isteri ditatap redup dan sayu.

Anan sedar bebola mata Syaf meratah dirinya, serta-merta menolak lembut fitur tegap itu. Syaf tidak bersedia, berundur beberapa tapak. Anan angkat kaki mahu pergi, pantas lengan bahu halusnya direngkuh. Membejat langkahnya, Anan angkat jemala pada muara suami persis merayu kepadanya.

"My cloud," serunya lembut. Anan endak ambil endah, tatapan dia kosong semata-mata.

"Masuklah, Anan dah siap guna."

Seiring itu, terasa isi kulitnya perih hebat di dalam cengkeraman Syaf. Anan desis sakit, berkolam birai mata apabila jari-jemari Syaf seakan kunci pergerakannya.

"Awak nak apa Syaf?" soalnya senada. Cuak tergambar di air muka, namun jujur dia cuba tidak larut dalam perasaan mendominasi diri.

"Aku minta maaf, awan." Tunak renungan persis rayuan, Anan kerjap lembut perhatikan. Teliti di sebalik ceritera aksa hitam milik Syaf, selusup luhur permohonan suami. Namun sayangnya, hati merasai keikhlasan diberi tetapi ulas bibir pantas menafi.

"Itu aje? Ada benda lain lagi ke awak nak cakap dengan Anan? Kalau tak ada, lepaskan Anan sebab Anan penat sangat-sangat."

"Anan Nurfiza!"

Bahu Anan menghinggut tinggi, tersentak kala terima frekuensi melambung sang suami. Birai mata berkaca-kaca, meluruh laju tanpa sedar. Sekonyong-konyong, mata Anan buntang besar bilamana Syaf menolak tubuhnya terhenyak ke dinding.

Anan menyeringai, terbelalak dengan air matanya mengalir deras. Syaf mara menghimpit, tidak memberi ruang. Kedua-dua belah lengan bahunya kini dikunci Syaf, memasung dia dalam tawanan. Mata kuyu Syaf tajam melahap setiap inci wajahnya, memerah dengan dengusan lelah. Menggeletar hebat Anan, lebur tulang-temulang rapuhnya diperlaku sedemikian rupa. Jindat luas berkerut sakit, terasa seluruh sendi remuk habis.

"Why?" Tatapan Syaf bercelaru. Tangan menggoncang milik Anan, erat hingga menyeksa Anan. Tidak semena-mena, melorot jatuh fabrik tuala membungkus jasad isteri.

Seketika, raut Syaf berubah riak. Juring suaminya berembun, Anan sekadar koyak senyum nanar. Jujur, dia faham reaksi Syaf. Anak mata hitam itu meliar segenap pelosok tubuhnya, mencumbui pada setiap parut yang ada. Bukan bekas pukulan atau dera menggamit perhatian, tetapi hirisan dan torehan yang nyata menimbulkan kewalahan.

"Anan hodoh kan?" Anan pinta kepastian, redup memusat pada Syaf. Ralit meneliti dirinya. Pasrah. Perlahan-lahan Syaf mampir, sembamkan wajah pada leher jinjang isteri. Menikmati aroma lili ini, candu kegemarannya.

Hangat. Titisan mutiara membasahi kulit, Syaf menangis kerananya.

Anan katup mata, runduk bersama buliran jernih mengguyur lesu. Gementar apabila bibir Syaf meratakan kucupan, beralih ke tulang bahu seterusnya ke loket yang diberi. Rantai yang masih dikenakan, elok menghiasi tulang selangka. Syaf angkat kepala, bisik sesuatu membuatkan Anan terkedu sendirian.

"Abang terlalu lambat ke, awan?" tenggelam-timbul suaranya, Syaf renggangkan pegangan.

Dirapatkan wajah, dahi disandarkan sama sendiri. Suram pandangan saling bertaut, menggambarkan perasaan mereka. Anan buka mata, membundar bilis pada Syaf.

Beberapa ketika, bebola mata yang berkolam melihatkan figura pasangan sendiri. Bibir dikunci rapat, membiarkan iris gelora prahara dalam atma. Melankolik bersulam renjana, mungkin ia hanya dusta semata-mata dek penipuan yang diterima.

"Kau yang mungkir janji, Syaf." Anan buka mulut, riak mukanya kelam membalas. Sembari lengan yang masih bebas diangkat. Dia merangkul leher Syaf, berani bertindak dengan menghakis jurang antara mereka.

"My cloud..." Syaf leraikan cengkaman, beralih memaut tubuh genit Anan merapat. Hangat membungkus epidermis kering, juntaian rambut Anan dirapikan ke celahan telinga.

Anan koyak senyum, tawar. Sendu aksa memusatkan tatapan, luruh laju lakrimasi kala taupan suam menyinggah ubun-ubunnya penuh syahdu.

"Kau tipu aku, Syaf." Pecah bait bicara Anan, sayu. Bekerdip pedih, pandangan Anan samar-samar bahana tangisan menodai lurah pipi.

"Kau seksa aku." Anan jengket kaki, panggung laman muka seraya mengucup pucuk hidung suami. Syaf kelu, termangu-mangu terhadap perilaku Anan.

"Kau bunuh anak aku." Dilarikan ciuman dari sisi wajah, menjalar hingga ke tepi bibir Syaf. Kasih dicurahkan, lembut sebelum Anan lepaskan. Dia kembali berdiri seperti biasa, direhatkan kepala pada dada bidang suami. Bersemu darah pipi mulusnya, segan dan amarah bergumpal satu akibat keterlanjuran sendiri.

"Aku penat, Syaf. Ada apa dengan kita sebenarnya?"

Sayup-sayup suara Anan berpuput menyentuh halwa telinga, silir sejuk membelai kadangkala membuatkan Anan meligih hebat. Esakan Anan lebat persis mengongoi, berulang kali merintih persoalan memukul sanubari. Syaf sekadar kejapkan pelukan, erat berkongsi rasa pada gadis awannya. Dagu diletakkan pada kranium juita, sebak bilamana Anan kemaskan lilitan.

Anan Nurfiza tetap sama, tetap gadis yang dicintai. Biarpun jujur Syaf keliru, sejauh mana Anan ketahui hinggakan mengelak jauh. Bagaimana hendak selesaikan masalah yang membadai rumah tangga mereka, jika keadaan ini terus berlanjutan?

"Aku bodoh kan. Biarkan hubungan kita tergantung, kau pula menunggu..." ucap Syaf, separa berbisik. Pelan-pelan tangan kekarnya menjalar ke atas, mengusap tempurung Anan. Sebelah lagi setia membelai belakang Anan, membujuk duka isteri.

Anan senyum sinis, dia angkat kepala dengan wajah lencun. Tajam, memerah netra menghinggap seraut suami. Anan decit halus seraya membalas keras, "Bukan untuk kita, tapi untuk kau lepas..."

Sontak, bicara Anan terhenti kala batang tengkuknya terus ditarik ke hadapan. Syaf cecap rakus belahan bibir isteri sesungguh hati, lumpuhkan urat sendi Anan dengan lolongan air mata. Jerut nafas Anan kasar, garang menakluki hak milik mutlaknya.

Disertakan segala jeladeri perasaan di pengkung dada, lebur kata-kata ternyata bakal hancurkan kepingan jiwa. Bala kebencian itu kasat mata, kecewa dan keliru dalam helaan nafas mereka. Namun, ilusi utuh inginkan cinta biarpun ketahui dia punca utama.

Syaf leraikan tautan, sebaik nafas Anan mulai tercungap-cungap pinta dilepaskan. Menggigil dengan saraf yang longlai, sendat rengkung terbata-bata suaranya. Jasad Anan hampir tumbang, pantas dipaut Syaf. Pinggang dirangkul kemas, telapak tangan kasar suaminya merayap hampir pelosok parut yang ada. Elusan demi elusan, gugur setiap permata seperti asid menyimbah buana.

"Penawar kasih pawana..." gemeresik bisikan Syaf, persis siren nyaring bermain dalam sanubari. Tidak pasti perasaan dialami, cuba cakna situasi semakin meruncing hebat kala ini.

"Kau suka kan dera aku macam ni." Suara Anan berburu resah, basah lensa mata bercumbuan sepasang iris kuyu dimamah naluri lelakinya. Syaf berikan isyarat, jujurnya dia tidak bersedia setelah sekian lama. Setelah kejadian menimpa dia, sanggupkah rapuhnya hati digalas empu badan ini melangkah di kemudian hari?

Bagaimana seandainya Syaf pergi lagi, meninggalkan dia terkontang-kanting sendiri?

"Rasa dihargai, disayangi." Anan kulum senyum, dimaniskan sebaik mungkin. Dia paksa diri agar kelihatan tenang sahaja. Jangan larut, teruskan bermain hingga ke noktah penamat. Kendatipun berliku, dia akan pastikan aturan buah caturnya berubah.

Dia akan menang dan akhiri semua dengan jayanya, biarpun kehancuran tersebut bakal memantikan dia. Sanggup, sepertimana Syaf lakukan rencana mebobrok tangkai kalbu wanitanya.

Tungkap. Jindat luas berkerunyut pada barisan aksara Anan, seakan sedar isterinya beri maksud di sebalik tindakannya akan ada risiko harus ditanggung kemudian hari. Lekuk tubuh Anan mampir, bibir mongel menghadiahkan senyuman tipis membuai jiwa.

"Andai tu yang kau rasa, teruskan awan. Teruskan sampai kau benci aku semahunya, my cloud. Saat tu, aku tak akan halang kau. Aku terima kalau kau tak mampu hadap aku lagi, kau nak pergi jauh pun..."

Syaf dakap Anan, kali ini tidak dilepaskan waima sekelumit. Syaf terperangkap, lirih dengan nada serak menuturkan kata menabrak emosi Anan. Anan pasang telinga, rintihan Syaf berdengung di halwa telinga seiring kucupan mendarat serata mukanya. Meneroka setiap bahagian penuh cacat cela, belaian mesra ungkapkan cinta.

"...malahan lebih daripada tu, aku akan cuba tunaikan. Demi isteri abang, Anan Nurfiza."

Itu janji, tanda dia sedia apa jua kemungkinan nanti.

Itu janji, suami yang dahulu ingin jadi penawar buat gadis sepertinya.

Itu janji, Syaf Inas kepada Anan Nurfiza.

"Jangan tabur janji, Syaf. Aku risau kau tak mampu tunaikan nanti, macam dulu." Anan balas keras, kaku bejatkan pergerakan Syaf pada jasad kerdilnya.

Geleng.

"Abang akan buat, awan. Abang akan buat."

Tertahan-tahan nafas Anan, tersekat hebat kala tangan sasa membelit dia hampir remukkan tulang-temulang miliknya. Kala rindu bersatu amarah, tegar ditakluki terhadap omongan nyaman yang dianggap rumah dahulunya.

Kini, realiti itu dusta. Impian mengait mimpi indah, sekadar fatamorgana.

"Tapi, tolong berikan abang peluang untuk terangkan semuanya. Abang mohon, sayangku awan." Rayuan Syaf, peneman sepi nihil Anan. Tandusnya kasih dambaan suami, dia alpa dan hanyut dalam pelayaran yang dinakhoda.

"Maafkan abang, awan. Abang rindu..." Dimatikan tepat pada tengah bibir Anan, tiada lagi halangan saat Anan serahkan jiwa, raga, jasad dan hati.

Anan pun rindu abang.

Anan maafkan abang.

Anan cintakan abang, tapi sekarang Anan keliru.

Senandika Anan merintih, hiba.

Sekelip mata, gagal semuanya. Diberi cendera dan gemintang bercahaya, bunuh sisa cinta yang ada. Nyalaan butarepan marak membakar, sinar kembali dalam panjang malam diharungi. Membungkus rasa bergumpal satu, puing-puing manis melatari momen dalam laranya hubungan dahulu.

המשך קריאה

You'll Also Like

180K 9.1K 56
'Let go of your fears of starting over' || Known as Carlo Revino, Han Dylen's Bodyguard Malaikha Amanda. Gadis yang hidup sekadar menumpang di rumah...
673K 25.7K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
3.5M 307K 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
25.1K 1.3K 70
━ #𝐇𝐄𝐑 𝐕𝐄𝐍𝐆𝐄𝐀𝐍𝐂𝐄. ❴ THE FIRST OF HER SERIES, #1 ❵ ❛ Antara kita... Siapa lebih derita?❜ 𝑬𝒍𝒗𝒊𝒏𝒂 𝑴𝒂𝒓𝒊𝒔𝒔𝒂, dia protagonist dan...