© KIND IS A CURSE

By yeonnights

2.8K 550 979

[ COMPLETED ] - KIND IS A CURSE 🔞 "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Ada sebab kenapa periba... More

KIND IS A CURSE
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
21
22
23
24
25
26 [ Ending ]
Epilogue

20

88 20 71
By yeonnights

Ada yang menunggu ke tu?

Btw yeon maybe slow update sebabnya busy sikit. But jangan risau, book ni akan tamat. Tak akan tergantung macam tu je. InsyaAllah.

So stay okay! <3

---

"Apa lagi yang tak cukup Hazel?"

"Saya nak Irelyn bertugas sebagai profiler sampai saya habis pantang. Bukan setakat kes Hendera saja. Awak janji apa dengan saya Chan? Awak sendiri yang cakap, awak akan buat apa saja untuk saya. Jadi mana janji awak tu? Mana janji tu, Chan?"

"Hazel, saya dah buat sehabis baik untuk bagi awak gembira. Saya dah buat semampu saya untuk buat awak puas hati. Apa lagi yang awak nak saya buat? Lagipun kita dah bincang tentang hal ni kan? Saya dah janji untuk hold kes Hendera ni selama yang saya mampu, supaya Irelyn tak berhenti bertugas sebagai profiler. Apa lagi yang awak nak saya buat, Hazel Skylar?"

"Saya nak sesuatu yang pasti. Awak pasti ke kes ni boleh hold sampai tahun depan? Kandungan saya baru dua bulan lebih, Chan."

Fikirannya kusut memikirkan permintaan si isteri. Rasa bersalah adalah hal utama mengapa Chan pernah bersumpah pada dirinya sendiri, untuk tidak akan pernah membuat isterinya sedih.

Hal ini berlaku kerana kesalahannya pada setahun yang lalu.

Last year, 28 August 2021.

"What the fuck." Degup jantungnya laju hingga membuat dadanya sakit. Mana tidaknya? Ada seorang gadis muda sedang tertidur lena tepat di sebelahnya. Hal yang membuat Chan lebih terkejut adalah, mereka berdua sedang berbogel. Tiada seurat benang pun pada tubuh mereka.

Lelaki berdarah Perancis ㅡ Australia itu cuba untuk meneka dimanakah dirinya sedang berada. Cahaya yang malap dan pandangan yang kabur membuat otaknya susah untuk memproses keadaan sekeliling.

"Au." Kakinya pedih apabila memijak lantai. Perlahan dia membongkok lalu meraba bahagian tapak kakinya.

Ternyata dia tidak sengaja memijak lencana polisnya yang berjenis pin. Jika ada lencana, pasti ada seragam.

"Arthur?" Dari arah belakang, satu suara memanggil.

"Saya kena balik. Isteri saya tunggu dekat rumah." Seragam dibutang dengan laju walaupun ada beberapa butang yang ternyata salah lubang.

"She can wait. Right?"

Chan tidak menjawab. Dia fokus menyarung pakaiannya agar boleh beredar dengan segera. Lagi pula, Chan sudah ingat apa yang berlaku dan bagaimana dia boleh berada di sini. Kerana sudah ingatlah, dia ingin cepat-cepat pergi. "Arthurㅡ"

"Diam, Vax! And don't you dare to call me Arthur again." Gertak Chan.

Lelaki itu melangkah pergi setelah mengambil semua barang-barangnya. Menapak keluar dari bilik, Chan mendengar bunyi alunan lagu yang bertema gelap dan seksi.

Mata melihat kawasan sekeliling dan barulah dia sedar kalau dirinya sedang berada di motel.

Sebaik saja tiba di kereta, Chan terus memandu pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan, mulutnya tidak berhenti mengutuk kesalahannya sendiri. Bagaimana dia boleh meniduri sepupu isterinya sendiri iaitu Vaxienne, yang saat itu baru beberapa bulan bekerja sebagai detektif di dalam kumpulannya.

Dan kebetulan, Hazel sendiri yang membawa Vax masuk ke dalam kumpulan mereka.

"How can you betray her feelings, Chan. She's your wife!" Stereng kereta dihentak.

Chan menyesal menawarkan Vax tumpangan untuk menghantarnya pulang.

Dikeranakan sikap Chan yang terlalu baik dan prihatin serta mudah rasa kasihan, dia memang tidak boleh jauh dari berbuat kebaikan.

Apabila sudah berduaan di dalam kereta yang gelap dan sejuk, pastinya syaitan akan mula menyerang.

Godaan syaitan akan selalu menang jika dituju pada manusia yang lemah. Chan sangat lemah dan akan sentiasa kalah dengan sentuhan dan belaian lembut dari mana-mana perempuan. Dan malam itu, Vax seperti sengaja melakukan hal-hal tersebut.

Chan tidak mampu menolak kerana dirinya sudah dikuasai oleh rasa nikmat dari sentuhan tersebut.

Dan saat itulah, kereta yang sewajibnya lurus ke hadapan, tiba-tiba belok ke kanan dan berakhir di hadapan motel khas untuk pasangan melakukan hubungan intim.

---

"Jumpa apa-apa tak, Minho?" Reaksi yang diterima agak mengecewakan.

"Saya bodoh betul bab IT ni. Dulu masa sekolah, saya pelajar yang suka bersukan. Saya lagi sanggup sakitkan badan daripada sakitkan otak."

Sudah dua jam mereka berdua duduk di hadapan layar segiempat tepat ini, hanya untuk melihat apakah isi rakaman di dalam kamera pengintip yang ditemukan tadi. Mereka menjumpai lubang USB di bawah kamera tersebut, namun sudah dua jam fail kamera itu tidak dijumpai di dalam komputer.

"Marilah jumpa Chan. Saya rasa dia mesti tahu tentang benda ni."

"Jangan Irelyn. Kalau betul pun ini milik dia  belum tentu dia akan mengaku. Lagi pula, mesti dia ada sebab tak baik. Sabar, kita cuba cari dulu."

Sementara Minho sibuk menyelesaikan 'teka teki' kamera tersebut, Irelyn menapak ke dapur untuk membancuh apa-apa air. Tekaknya terasa kering selepas penat membaca tunjuk ajar cara melihat rakaman kamera pengintip di dalam komputer tadi.

ting tong

"Oh? Siapa pula." Pintu lekas dibuka. "Eh, Qal?"

"Irelyn, aku ada sesuatu nak tunjuk kau." Terlihat digenggamannya sedang memegang sebuah beg kecil yang hanya dirinya saja yang tahu apa isinya.

"Masuklah." Jemputnya.

"Siapa, Irelynㅡ Kau buat apa dekat sini?" Kerutan kecil di dahi menandakan Minho tidak menyukai keberadaan Qal. Segera Irelyn menenangkan Minho dengan memberitahu niat sebenar Qal.

"Aku janji tak akan lama, dengan syarat kau berdua kena tolong aku tengokkan apa isi rakaman dalam kamera ni." Sebuah kamera CCTV dikeluarkan dari dalam beg yang dipegang sejak tadi.

Lelaki dan perempuan itu ternganga mendengar permintaan Qal. "Kenapa....?"

"Kami berdua tengah buat benda yang sama. Kami nak tengok apa yang ada dalam kamera pengintip ni. Tapi kenapa kamera kau lagi besar? Mana kau dapat kamera tu?" Minho mengambil kamera CCTV yang dihulurkan oleh Qal.

"Itu CCTV rumah Hendera. CCTV tu aku sendiri yang pasangkan sebab Hendera yang minta. Baru hari ni aku teringat tentang CCTV tu."

"O-Oh...." Minho tergamam sembari menerima CCTV itu dari tangan Qal.

"Lebih baik kita pergi jumpa Chan, Minho. Dekat pejabat polis, mereka ada komputer khas untuk tengok semua rakaman ni." Cadangan Irelyn ditolak keras oleh Qal. Laju dia merentap kamera CCTV dari tangan Minho.

"Kalau kau nak bawa kamera ni pergi balai polis, aku tak akan benarkan. Lagi pula, aku curiga dengan semua kawan-kawan polis kau."

"Irelyn apa kataㅡ"

ting tong

"Siapa pula datang saat-saat genting macam ni?" Sekali lagi gadis itu pergi membuka pintu.

"Noona, ni ada cili dengan kacang buncis. Saya punya peti sejuk dah tak muat nak simpan semua sayur dengan buah." Ternyata Alexander si jiran sebelah.

"Terima kasih, Alexander."

"Noona okay tak? Kenapa nampak kusut?" Ingin sekali dia bebelkan hal yang membuat kepalanya kusut, namun risau kalau Alexander tidak selesa. Maka dengan perlahan, kepala pun digeleng.

"Tak ada apa. Noona okay. Macam mana makanan tadi? Sedap?"

"Noona tukar topik. Maksudnya memang ada apa-apa. Noona lupa ke yang saya pelajar bidang psikologi? Saya pun bakal profiler juga, sama macam noona." Sekilas tawa kecil terlepas dari mulut Irelyn.

"Alexander masuklah dulu, nanti noona tunjuk benda apa yang buat noona kusut."

Buah tangan tadi dibawa ke dapur dan disimpan di dalam peti sejuk. Alexander yang duduk termangu di ruang tamu segera dibawa masuk ke dalam bilik.

"Oh? Kawan noona." Sekali lagi dia dan Minho bertemu.

"Nama dia Minho. Okay lupakan sesi soal kenal. Noona nak tanya, Alexander tahu tak cara untuk kita tengok rakaman yang ada dalam kamera CCTV ataupun kamera pengintip? Dah dua jam noona dengan Minho cuba, tapi tak berjaya juga."

"Macam mana cara noona tengok?"

"Kami cucuk USB ni dan sambung ke komputer." Lubang USB ditunjukkan.

Alexander tiba-tiba tertawa seolah ingin mengejek Minho selepas penerangan singkatnya tadi. Tiga manusia di hadapan Alexander menatap hairan ke arah lelaki itu. "Kenapa gelak?"

"Itu lubang caj. Bukan lubang untuk sambung ke komputer."

Jatuh berderai maruah Minho dan Irelyn sebagai orang lebih tua dari Alexander. Qal pula hanya mampu diam kerana dia sendiri tidak tahu kalau kamera pengintip dan kamera CCTV boleh di caj.

"Tapi ini kan pakai bateri?" Minho menunjuk ruang yang terisi bateri.

"Baca ni. Rechargeable. Maksudnya kalau tak ada bateri, boleh caj. Tak pandai bahasa inggeris ke?" Sekali lagi maruah mereka terasa dipijak-pijak.

Alexander duduk di hadapan komputer dam mula menilik kamera pengintip milik Irelyn. Terlihat jarinya sedang mencongkel sesuatu di sisi kanan kamera itu, sebelum akhirnya sekeping SD kad kecil terlihat.

"Wah." Kagum mereka bertiga dibuatnya.

"Semua rakaman dalam ni. Bukan dalam tempat caj tadi." Belum puas memerli ternyata.

SD kad itu dicucuk ke satu lubang kecil pada Desktop CPU. Sesaat kemudian, satu fail kecil muncul di dalam layar.

"Tada~" Riang Alexander bereaksi.

"Oh macam tu je." Minho bergumam.

"Tapi tetap tak mampu nak buat. Lemah."

Mereka semua mula melihat rakaman dari kamera pengintip Irelyn, namun tiada apa-apa disitu. Malah yang paling membingungkan adalah, rakaman itu seolah terpotong. Tiada permulaan atau pengakhiran.

Yang ada hanyalah ketika Minho dan Irelyn duduk melepak di ruang tamu sambil menonton movie hingga tertidur bersama. Selepas itu, semuanya hitam.

Rakaman ketika Minho menjumpai kamera itu pun tiada.

Aneh.

"Buang masa kita je." Gumam Irelyn. Minho mengusap lembut bahu gadis itu.

"Mungkin rakaman dalam CCTV ni akan bantu kita." Kamera CCTV yang sedang Qal pegang, lekas diserahkan pada Alexander. SD kad segera dicabut keluar.

"Sebelum saya tolong bukakan, boleh tak saya nak tahu ni semua apa benda? Kenapa dengan kamera ni semua?" Mereka bertiga tidak mampu menjawab.

"Kalau Alexander nak jawapan, dalam SD kad tu ada jawapannya."

Dengan itu, Alexander kembali meneruskan tugasnya. Sebaik saja SD kad dicucuk masuk, sebuah fail yang tertulis CAM 1 terpapar. Tanpa mengetahui apa-apa, Alexander lekas menekan fail tersebut.

"What the fuck!"

"Tutup mata semua!"

Terlihat figura Hendera sedang separuh bogel. Sepertinya baru selesai mandi.

Irelyn mencapai tetikus lalu keluar dari fail tersebut. Ternyata ada berpuluh fail lain yang tertulis tarikh dan hari. Laju Irelyn mencari fail dengan tarikh 23 Mei, Isnin. Selepas ditemui, fail tersebut ditekan.

"Dah ke Irelyn?" Minho lekas membuka matanya. Hm, lebih baik tak perlu tanya kalau tak nak tunggu jawapan.

"Bukalah mata."

Empat pasang mata kini sedang menatap fokus ke arah layar komputer. Irelyn mempercepatkan rakaman hingga ke jam tiga pagi, iaitu waktu ketika seorang lelaki terlihat memasuki rumah Hendera tanpa mengetuk dahulu pintunya.

23 May 2022, Monday, 3:06AM

"Kalau kau tak minta maaf dan cerita hal sebenar dekat Irelyn, tengoklah apa jadi besok."

Hendera menghela nafas yang berat sambil menatap kepergian Minho.

Lelaki itu meninggalkan rumah dengan penuh kesal dan marah yang membuak-buak. Sebaik saja dia beredar, Hendera menutup pintu dan terus masuk ke bilik.

klik

Pintu yang tidak dikunci oleh Hendera adalah alasan mengapa sang pembunuh mampu masuk tanpa menyusahkan diri sendiri. Sebaik saja berjaya menapakkan kaki ke dalam, pintu kembali ditutup lalu dikunci dari dalam.

Si pembunuh perlahan-lahan mengintai Hendera yang sedang berada di dalam biliknya. Dengan pintu yang tidak tertutup, hal itu memudahkan si pembunuh menyelesaikan apa yang ingin dia selesaikan.

"Hm.. Hm.." Hendera tidak mendengar apa-apa kerana telingannya sedang disumbat earphone. Tambah pula dengan tubuh yang sedang menghadap ke arah kiri dan membelakangi pintu, pastinya dia tidak sedar akan kehadiran sang pembunuh.

Dalam hitungan saat, pembunuh itu melompat naik ke atas katil Hendera lalu cuba mengelar lehernya. Namun pisau yang dipegang terbalik membuat kelaran tidak berjaya.

Hendera cuba melawan dengan berteriak, namun si pembunuh menekup mulutnya dengan kuat. Hendera menolak tangan si pembunuh dari mulutnya hinggalah sarung tangan si pembunuh tercabut.

Sedar kalau keadaan sudah tidak terkawal, sang pembunuh terpaksa menekup mulut Hendera menggunakan tangan kosongnya lalu perut gadis itu ditusuk lalu dibelah sepanjang dan sedalam yang mungkin.

Tak cukup dengan itu, baju Hendera ditarik ke atas lalu pisau ditancap ke bawah dada gadis itu. Ini untuk membuat darah keluar dengan lebih pantas agar Hendera segera mati.

"Maaf."

---

"Saya tak sanggup nak teruskan."

Mereka berempat hampir pengsan melihat apa yang menimpa Hendera. Rakaman dihentikan seketika dan Irelyn meminta Alexander untuk melangkau beberapa minit kerana terlalu seram dan kejam.

"Mana pembunuh tadi?" Qal panik. Pembunuh itu hilang.

"Mungkin dia isi air dalam tab mandi. Sebab aku jumpa mayat Hendera dalam tab mandi." Semua menantikan kelibat si pembunuh. CCTV ini adalah satu-satunya harapan mereka.

"Kalau dia tak tunjuk muka macam mana? Mask dia tinggi sampai ke mata." Alexander bertanya.

"Harapnya dia tunjuklah."

Pembunuh yang tadinya hilang, kini muncul kembali. Dia berdiri tegak disisi katil Hendera sambil menatap tubuh yang baru saja dia bunuh dengan cara yang mengenaskan.

Pembunuh itu terlihat membuka masknya lalu memasukkan ke dalam poket seluar. Sepertinya dia kekurangan oksigen.

"Kenapa dia tak nak tengok CCTV? Ke dia tahu dekat bahagian tu ada CCTV."

"Sabar Minho. Jangan tanya apa-apa dulu."

Ketika mayat Hendera di dukung, sang pembunuh mendongak sekilas dan hal itu membuat hooded kepada hoodienya terjatuh.

"Oh?!"

"C-Chan."

---

Bbokari-

KIND IS A CURSE
221102

- hehe -

Continue Reading

You'll Also Like

44.6K 3.6K 25
[complete] " orang yang pindah sebelah rumah kita ni beruk ke manusia ? " 110219 170519 © heysoftie- fanfic 19
57.3K 4.8K 32
[COMPLETE] "aku 13 tahun...dah 2 tahun aku duduk kat rumah anak yatim.. Tapi lepas tu ade k-idol jaga aku.. Adalah sebab dia.. Ermm tapi 8 bulan je...
25.9K 2.4K 132
❝ Choose one or drop one ❞ + aesthetic cover by Pinterest + kpop game version + svtbbuing's project 2O19 start : 181219 end : 1OO42O
4.5K 395 15
Sape pernah tengok satu anime ni dia tau jalan ceritanya. Tapi saya tukar kepada ff. Mungkin saya tukar sikit sikit. Kim Dahyun,seorang yeoja yang bo...