Β© KIND IS A CURSE

By yeonnights

2.8K 550 979

[ COMPLETED ] - KIND IS A CURSE πŸ”ž "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Ada sebab kenapa periba... More

KIND IS A CURSE
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
19
20
21
22
23
24
25
26 [ Ending ]
Epilogue

18

95 20 76
By yeonnights

Chapter ni panjang, jadi jangan bosan membaca ye <3

Sebab chapter ni penuh dengan kemanisan Irelyn dan Minho ~~

---

Satu bulan sudah berlalu. Pembunuh yang dicari masih lagi belum mereka temui. Kumpulan Chan sudah mula menyiasat kes lain, dan memilih untuk mengenepikan dahulu kes Hendera. Bukanlah bermaksud bahawa kes ini akan ditutup, namun akan dihentikan untuk sementara waktu dahulu. Mungkin dua ke tiga hari.

"Makanlah." Biskut coklat dihidangkan pada kedua rakan Hyunjin iaitu Hans dan Felix. Susu coklat juga turut diberikan pada mereka.

"Terima kasih." Ucap mereka berdua sopan.

"Irelyn, kami mungkin gerak awal sikit. Lepas dari bercuti, kau nak kirim apa-apa tak? Vienna banyak benda menarik. Tapi jangan pula kau minta aku bawa balik croissant. Nanti masuk angin." Si anak Hwang cuba berjenaka.

"Apa susah? Tampal lah dulu supaya angin tak masuk." Celah Felix dengan mulut yang penuh dengan biskut.

"Kau ingat tu tayar ke gila?" Mereka berdua tertawa melihat Hans dan Felix saling menyiku satu sama lain.

"You know I like surprises. Jadi, surprise lah aku." Balas Irelyn. Itu salah satu cara untuk mengelakkan otak dari berfikir. Biar Hyunjin saja yang fikir ingin memberinya apa. Sebagai manusia yang tidak cerewet, jika diberi kerengga goreng pun, Irelyn sanggup terima.

ting tong

"Kejap." Pintu lekas dibuka selepas melihat gerangan siapa yang ada di muka pintu. "Awal kau datang? Macam tahu-tahu je yang kami nak gerak sekejap lagi."

"Sebab itulah aku awal. Sebab aku memang tahu." Jejaka tampan dihadapannya itu lantas melangkah masuk selepas diberi ruang oleh Hyunjin.

"Hai Minho." Seperti biasa, pelukan hangat diberikan.

"Saya bawa bahan mentah untuk kita. Awak tak perlulah susah-susah masak, sebab saya yang akan masak siang nanti. Besok awak pula masak, sebab kita berdua je kan dekat rumah ni?" Tatapan sinis serta senyuman miring ditunjukkan pada Hyunjin. Lelaki yang diusik oleh Minho tadi hanya menatapnya jijik.

"Ini rumah Irelyn. Bukan rumah kau. Jangan nak buat macam rumah sendiri pula." Nadanya terdengar geram. Irelyn dan Minho hanya tertawa melihat sikap judgy Hyunjin yang tak pernah habis.

"Baiklah Encik Hyunjin Zavier Hwang."

Kesal dengan keberadaan Minho, Hyunjin lekas mengajak rakannya yang lain untuk beredar. Penerbangan mereka lagi beberapa jam, dan kebetulan dari rumah Irelyn ingin ke lapangan terbang tidaklah begitu jauh. Kurang dari satu jam jika jalanan tidak sesak.

"Hati-hati dekat sana." Terasa berat hati ini ingin meleraikan pelukan yang sedang diberi. Baik Irelyn atau Hyunjin, keduanya terasa berat untuk meninggalkan satu sama lain.

Maklum, ini kali pertama Hyunjin pergi bercuti tanpa Irelyn disisi. Selama ini, kemana pun mereka bercuti pasti akan bersama-sama.

"Sampai sana aku telefon kau. Kalau ada apa-apa, terus telefon aku." Pesan Hyunjin.

"Jangan fikirkan hal sini. Nikmati cuti kau. Okay?" Kucupan di dahi membuat tiga lelaki disekeliling mereka berdua berasa cemburu. Hal itu disedari oleh Hyunjin.

"Cemburu kan? Lain kali jadi anak yatim."

Sebaik saja tiga sekawan itu beredar, Minho membantu Irelyn mengemas meja makan yang bersepah.

"Awak sebelum datang sini, dah makan belum?"

"Kalau saya cakap dah, itu maknanya saya menipu. Tapi kalau saya cakap belum, nanti mesti awak susah diri nak masak itu ini. Jadi awak nak jawapan yang mana satu?" Hal ringkas, dibuat rumit. Irelyn menggeleng kepala.

"Setakat masakkan telur, tak ada maknanya rumit, Minho." Balas si gadis lalu memecahkan dua biji telur ke dalam mangkuk.

Omelette pun tampak sedap jika perut sedang kosong. Sejujurnya Irelyn ingin memasak sesuatu yang berat dan mengenyangkan. Contohnya pasta bolognese atau makanan khas Itali iaitu, lasagna. Namun Irelyn tahu, Minho pasti akan membebel seperti mak-mak yang mempunyai 15 cucu.

Telur yang sudah siap dimasak, dipindahkan ke dalam pinggan.

"Nak roti bakar tak?" Tawar Irelyn sambil mencuci pan yang baru selesai digunakan.

"Tak perlu. Perut saya dah cukup enam roti." Usikannya justeru membuat Irelyn terkebil-kebil. Bukan kerana terkejut, tetapi kerana kurang faham.

"Awak makan enam keping roti ke tadi? Lah, kata belum makan?"

"Irelyn, bukan itu yang saya maksudkan."

"Jadi?" Perlahan-lahan otaknya memproses apa yang dimaksudkan oleh Minho sebenarnya. Wajah yang sudah kemerahan langsung disorok dari menjadi perhatian lelaki itu.

Irelyn mengutuk hebat dirinya kerana terlalu lembab berfikir.

Tirai malam melabuh. Sepanjang hari Minho dan Irelyn duduk di rumah dan tidak keluar ke mana-mana. Bukan malas, hanya saja, Irelyn ingin manfaatkan cutinya sebelum dirinya kembali sibuk menyelesaikan kes Hendera.

"Malam ni nak makan apa, Irelyn?" Di dapur, Minho yang sudah siap ber-apron sedia untuk memasak apa saja yang gadis itu minta. Kalau yang diminta adalah buaya masak sambal sekalipun, Minho sanggup tunaikan. Asalkan ganjarannya,

Ciuman di dahi.

"Beli sajalah." Semangatnya ternyata disia-siakan begitu saja.

"Beli? Kenapa? Awak takut saya masak tak sedap ke?" Tawa si gadis pecah. Irelyn berjalan ke dapur lalu membuka apron yang sedang Minho gunakan.

"Saya nak ajak awak tengok movie. Kalau awak sibuk masak, dapur kotor dan awak penat. Kalau awak penat, siapa nak teman saya tengok movie? Ha?" Alasan Irelyn membuat Minho tersenyum malu. Akhirnya dia mengalah dan terus mengikut langkah gadis itu.

Di ruang tamu, sudah ada bantal dan selimut di sofa.

Sepertinya malam ini akan dipenuhi dengan kehangatan dan kemanisan, batin Minho berbisik.

"Awak dah pesan makanan ke?" Tanya Minho sambil membetulkan posisi duduknya.

"Belum. Saya tak tahu apa awak suka."

"Saya tolak batu dengan kayu saja, Irelyn. Kalau awak bagi saya daun, saya telan je asalkan perut kenyang."

Irelyn terkekeh. Pesanan lekas dibuat sebelum Minho benar-benar pergi petik dan makan daun yang ada di luar tingkap dapur. Ayam goreng FFC menjadi pilihan Irelyn, kerana sedang ada promosi dan juga menu baharu. Selain ayam goreng, Irelyn juga memesan ayam pedas yang tersebut sebagai menu terlaris mereka.

"Okay, saya dah pesan. Sekarang tugas awak adalah cari movie sementara saya pergi buat air."

Remote segera dicapai. "Kenapa tak pesan saja air dari kedai tu?"

"Kedai tu tak jual air. Hanya ada pilihan ayam dan makanan sampingan."

"Tak ada air? Habis tu kalau pelanggan tercekik macam mana? Telan air liur sendiri?" Jenaka Minho semakin menjadi-jadi. Inilah watak Minho yang Irelyn kenal sejak pertama kali bertemu dulu. Tak sangka dia akan melihat kembali sikap lucu lelaki itu.

Selesai membancuh minuman dingin, Irelyn segera ke ruang tamu. "Ini awak punya."

"Terima kasih."

ting tong

"Biar saya ambil." Minho bergegas ke pintu rumah.

Sambil menunggu Minho kembali, Irelyn melihat dahulu penerangan tentang movie yang dipilih oleh Minho. Tak sangka, wajah garang seperti itu malah memilih movie bertemakan kartun. Cerita dengan tajuk My Little Pony ㅡ Sing along. "Muka garang, hati bertaman."

"Mari makan!" Penuh semangat lelaki itu berkata. Kotak ayam segera dikeluarkan dari dalam plastik.

"Nak tutup lampu atau buka?"

"Awak selesa yang mana?" Alih-alih menjawab, Minho malah bertanya balik. Pastinya Irelyn memilih untuk tidak menutup lampu. Akan lebih selesa untuk mereka berdua makan dan minum.

"Awak yakin nak tengok movie ni?" Sebelum memulakan cerita, Irelyn bertanya.

"Kenapa? Awak tak nak?"

"Suka betul tanya soalan balik. Cuba jawab soalan saya?" Lelaki itu tertawa kecil.

"Saya nak tengok sesuatu yang comel, sesuatu yang kelakar. Sebulan ni awak tak ada masa langsung untuk diri sendiri. Jadi apa kata kita penuhkan malam kita ni dengan gelak tawa. Tak nak?" Tersentuh. Itulah apa yang Irelyn rasakan sekarang. Ternyata seperhatian ini Minho pada dirinya.

Padahal hubungan mereka hanya sebatas teman.

"Okaylah. Cepat start."

---

Telinga yang menangkap bunyi dari suara televisyen membuat Minho celik mata. Dia terjaga dari tidurnya selepas merasa sakit pada bahagian leher dan kebas pada bahagian kaki. Bagaimana tidak, jika posisi tidurnya sekarang seperti manusia yang baru lepas pingsan akibat mabuk.

Terduduk di sofa dengan kepala terteleng ke kiri. "Au." Rintihnya saat menegaknya kepala.

Ketika ingin bangkit, terasa sesuatu yang berat menghempap pehanya. Selimut yang menutupi sebahagian kaki segera dialihkan. Ternyata ada kaki Irelyn yang menumpang berehat di situ. Dengan penuh lembut, Minho alihkan kaki gadis itu.

"Sepahnya." Kotak ayam bersepah di atas lantai. Televisyen pula masih terpasang seolah-olah tenaganya tidak menggunakan elektrik berbayar, tapi elektrik dari aliran kayuhan basikal.

Sebelum Irelyn berjaga, Minho berhasrat untuk mengemas lalu memasak sarapan pagi. Semuanya dilakukan dengan sangat perlahan agar si gadis tidak terganggu lenanya.

Satu jam kemudian, Minho akhirnya siap mengemas dan memasak. Sarapan yang tidak seberapa, dihidang lekas ke atas meja. Sebelum mengejut Irelyn, Minho tutup dahulu agar tidak diberak lalat.

Bontot lalat layak dibakar!

"Irelyn..." Penuh lembut dia bangunkan gadis itu.

"Eumh... Sebelah kanan..." Adakah Irelyn sedang mengigau? Namun tentang apa? Minho tertarik ingin tahu, namun dia lebih tertarik untuk bangunkan gadis itu. Minho risau makanan akan sejuk dan tidak enak.

"Irelyn bangun." Pipi Irelyn ditepuk perlahan.

"Eo? Eh?" Pandangannya kabur kerana jarak Minho terlalu dekat. Irelyn menarik selimut hingga ke paras kepala, segan muka bantalnya ditatap sang pangeran kacak. "Awalnya awak bangun?"

"Apa dia? Saya tak dengar, sebab selimut tu tebal." Irelyn baru ingat kalau kepalanya sedang berada di bawah selimut.

Perlahan-lahan kepala dikeluarkan. "Awal bangun?"

"Sebab saya dah janji nak masakkan awak sarapan, kan? Kalau bangun lambat, saya mungkir janjilah maksudnya." Nafi Minho yang sebenarnya terbangun akibat suara bising dari televisyen yang lupa ditutup akibat tertidur.

"Dah siap masak ke?"

"Dah. Marilah bangun." Lengan Irelyn dipegang.

"Kejap! Bagi saya basuh muka dulu." Tangan ditarik dari pegangan Minho.

Irelyn menekup wajahnya lalu berlari masuk ke dalam bilik. Dia mencuci muka di tandas lalu memakai sedikit riasan seperti lipbalm dan bedak. Minho belum pernah melihat muka bantalnya, jadi kerana itulah Irelyn sangat segan. Jika Hyunjin ada di sini, dia pasti akan mengejek habis-habisan muka bantal Irelyn.

"Dah siap? Mari duduk." Kerusi ditarik buat Irelyn.

"Awak masak bubur abalone? Wah." Jarang sekali Irelyn temui manusia yang rajin memasak bubur abalone di pagi hari. Tambahan pula ini dia New York, jadi memang sangat jarang ada manusia yang makan bubur abalone di pagi hari.

Selalunya hanya di Korea sahaja.

"Kalau tak sedap, beritahu. Nanti saya cuba tambah garam atau gula."

"Kalau sedap?"

"Kalau sedap?" Minho diam sejenak. Sesaat kemudian, senyuman miring terukir. "Kalau sedap, saya nak ciuman di dahi. Macam Hyunjin semalam. Boleh?"

Irelyn terbahak. "Tengok dulu. Kalau sedap sangat-sangat, baru saya bagi."

Sudu mencedok sedikit bubur yang sudah disejukkan oleh Minho. Beberapa kali ditiup, Irelyn pun menyantap bubur itu. Reaksinya tidak mampu disorok dari Minho, kerana bibirnya dengan sendiri mengukir senyuman lebar. Itu menandakan kalau bubur yang dimasak sememangnya enak.

"Sedap tak?"

"Sedap. Awak letak apa? Macam mana boleh sedap macam ni?" Penuh serius, Irelyn bertanya.

"Letak air liur basi awak." Usiknya. Irelyn menyikunya perlahan.

"Tunduklah." Malu-malu Minho melepaskan sudunya sebelum menundukkan kepala separas dengan bibir Irelyn.

"Lama sikit." Gumam Minho.

Kucupan manis dihadiahkan pada tengah dahi Minho. Wajah memang terlihat santai, namun telinga adalah bukti tentang betapa malunya Minho sekarang. Kemerahannya jauh lebih terang dari merah pada pipi Irelyn.

"Kenapa awak pula yang malu? Kan saya yang cium awak?"

"Mestilah malu. Perempuan cantik yang cium."




























































kind is a curse

















































Matahari sudah terpancar penuh, namun cuaca masih sangat sejuk. Irelyn dan Minho kini sedang bersiar-siar di taman disekitar rumah Irelyn. Kerana cuaca sangat sejuk, Minho bersyukur kerana dia memakai long coat, dan bukan cardigan biasa. Berbeza dengan Irelyn yang tak sengaja memandang rendah pada cuaca hari ini, dan memilih untuk memakai blazer biasa.

"Saya nak naik sekejaplah. Nak ambil jaket."

"Itulah degil lagi. Nah, pakai ni." Minho menanggalkan jaketnya lalu diberi pada gadis itu.

"Eh jangan, nanti awak demam. Kita kongsi je." Minho dipaksa menyarung kembali jaketnya lalu Irelyn masuk ke celah ketiak lelaki itu. "Ha macam ni."

"Cakap sajalah yang awak nak peluk saya."

"Apa-apalah Minho. Saya nak naik, awak tak bagi kan? Jadi tanggunglah bersempit macam ni." Bibir kering Irelyn membuat Minho tertawa kecil. Gadis itu benar-benar sedang kesejukan hingga bibirnya merekah.

"Marilah naik. Kita rehat dekat rumah je." Cadang Minho.

Saat mereka ingin beredar pergi, bahu Minho terasa dipegang kejap dari belakang. Lekas dia menoleh. "Ye?"

"Hai Irelyn."

---

Bbokari-

KIND IS A CURSE
221027

- Siapa yang tegur Irelyn tu agaknya? -
Ada idea tak?

Continue Reading

You'll Also Like

18.1K 520 16
"we meet again my love" -Tengku Adrian Arasyah Seorang jejaka Yang merupakan musuhnya ketika waktu kecil muncul kembali Dalam hidup Mikayla. Dipaks...
5.5K 1.2K 17
Winner of The Best Fanfiction Story - Crystal Awards ╔────── Β€ β—Ž. β—Ž Β€ ──────╗ Choi Seonhee merupakan seorang gadis popular di lama...
13.4K 1.1K 29
Seorang gadis yang hanya mampu berangan-angan menjadi seorang teman wanita Mingyu "Hayeon kau memang tak layak duduk sini." Mingyu "Ape jadi kalau s...
29.5K 583 15
"Kahwin dengan daddy jom"? -Alex Danial "You dh gila ke ape?"you are my lecturer!"-Raisha Qistina "I tak gila,I gila...