Penawar Kasih Pawana | C

By hanihisbiscus

31.5K 2.4K 429

๐’๐ฒ๐š๐Ÿ ๐ˆ๐ง๐š๐ฌ | ๐€๐ง๐š๐ง ๐๐ฎ๐ซ๐Ÿ๐ข๐ณ๐š ๐‡๐š๐ซ๐ซ๐ข๐ณ ๐”๐ฆ๐š๐ข๐ซ | ๐…๐ข๐ž๐ง๐š ๐€๐ซ๐ข๐ฌ๐ฒ๐š Manis bicara... More

PROLOG
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
EPILOG I
EPILOG II

Bab 62

210 14 0
By hanihisbiscus

Sabah, negeri di bawah bayu.

BAHANG. Remang api menjilat roman wajah, berbera segenap kulit menerima marak pawaka itu. Rintik keringat merembes deras, dikesat dengan belakang tangan sepintas lalu. Fabrik pakaian kian lencun, basah mengguyur menampakkan lekuk tubuh.

Sebelah tangan masih setia mengipas unggun api, mahu mengawal atur takat didih masakan yang disediakan. Serasa sudah berbuih hidangan, dia pula melebur cair kerana kepanasan. Sesekali helaian rambut terjuntai jatuh, dia sisir semula ke belakang sebelum terhenti di tengkuk sendiri.

Jeda. Lenguh kaki bertinggung terlalu lama, dia pilih untuk berdiri seketika. Pandangan diliarkan sekeliling kawasan, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Kepala dilangut ke jumantara pula, kawanan burung berkicauan bebas bergemeresik di halwa telinga. Sinar jingga gah mengenyit retina mata, gumpalan awan berambal indah melengkapkan potret ciptaan Dia.

Dalam diam, dia memuji kebesaran Yang Maha Esa. Tenang menyelusup liang-liang jiwa, menanggung ribang kudus pada seseorang. Syaf runduk, nafas direnggut perlahan lantas dihela berat. Bibir mengarit senyum nipis, cuba mengusir perasaan tadi.

Saat ingin menyambung kerja yang tergendala, bahu kekarnya terasa ditepuk seseorang. Sontak, pergerakan Syaf terbejat. Pelan-pelan dia menoleh sebelum helaan nafas lega meluncur dari ulas bibir. Fizi rupanya.

"Biar aku ganti, muka kau pun dah serupa gua tu. Kau rehatlah dulu, bersihkan diri sebelum kita hidangkan makan malam." Fizi lukis senyum tipis, membenarkan dia pergi sementara memilih untuk bantu Syaf. Syaf membulat tak percaya, benarkah wajah dia sekarang begitu? Dia sekadar tayang kernyih, menyerahkan kipas kertas tersebut pada Fizi.

"Thanks, bro. Aku gerak dulu," ujarnya sembari kaki diangkat pergi.

MALAM menjelang, Syaf kembali membantu. Huluran demi huluran mangkuk dan cawan berisikan makanan serta minuman, tidak menang tangan mereka uruskan. Hampir semua telah menerima, sehelai tuala melilit batang lehernya kini ditarik. Dibawa lap laman muka sendiri, berpeluh lelah sebelum Fizi mengajaknya istirahat sama di batang kayu lain yang disediakan.

Seketika, dia tergemap kaku. Anak mata dipanah pada sulaman aksara yang tentera, hujung fabrik yang dijahit dengan sebaris namanya. Spontan, pemikiran melayang kenangkan belahan jiwa. Gadis awan yang dirindui, bagaimana agaknya keadaan di sana? Kali terakhir bertentang mata, serasa sudah lama berlalu ditelan dek waktu.

"Syaf!" laung Fizi dari kejauhan, menyentak lamunan serta-merta. Kaki diangkat membuka langkah, menjauhi khemah juadah dan berehat nun jauh di sana.

Akur, tangan turut utuh membawa sekali makanan. Mereka melabuhkan duduk bersama, senyap seketika sementelah masing-masing lapar setelah seharian bertungkus-lumus dengan urusan sukarelawan.

Mangkuk disua ke bibir, menghirup sup hasil air tangan sendiri.

Lazat!

"Aku tak sangka kau akan datang sini semula, dua tahun pula tu. Kenapa kau pilih untuk terlibat sama?" Fizi memulakan perbualan, memecahkan kesepian. Dia memandang hadapan, sekadar menyapu malas sekitar kawasan dikerumuni manusia.

Syaf kelu, air mukanya berkocak. Lekas-lekas, dikawal semula ekpresi agar kelihatan normal. Sayangnya, Fizi sempat melirik sedetik namun mulut sengaja dizip rapat. Syaf mula letakkan mangkuk kosong ke sisi, melambat-lambatkan pergerakan apabila sedar tangannya sekarang menggeletar hebat.

Bibir digeliggit, gelisah dan rawan merajah diri. Liur ditelan payah, celah tenggorok tersekat saat ini. Entah di mana silapnya, bekas makanan ia terjatuh ke bawah. Mujur sudah habis, namun jelas Fizi masih larut dengan dunianya. Seakan-akan tidak sedar situasi yang berlaku.

Syaf cuba ukir senyum, kekok. Serasa tulang pipi tak boleh membengkok, liat semacam. Menoleh sekilas pada Fizi, pemuda itu sekadar bereaksi biasa.

Spontan, Syaf mengeluh panjang. Tangan memangku dagu sendiri, meraup roman sedia resah. Anak mata meliar kanan kiri, kelihatan setiap para peserta dan penduduk sedang menjamah juadah yang disediakan.

"Aku tak tahu," tuturnya perlahan. Memberat nafas, ulas bibir menceber.

Hening.

"Aku tak tahu kenapa aku kat sini sebenarnya. Aku elak bertembung dengan dia, aku tak nak jumpa dia. Tapi..." Syaf jedakan bicara, mata dikatup membawa diri meladeni kenangan lalu. Dilatari kaset bayangan kisah asmara yang lama, di mana keadaan masih baik-baik sebelum dihancurkan dengan rencana gila hasil ukirannya.

Fizi membisukan diri, setiap patah perkataan Syaf mengetuk jelas halwa telinga. Dia pasang deria pendengaran luas-luas, sudi membiarkan Syaf luahkan terlebih dahulu.

"Dah hampir tiga tahun. Aku elak berjumpa dia, aku tak bertanya khabar dia apatah lagi tentang zuriat kami. Aku rasa, aku suami dan ayah yang gagal sejak awal lagi. Aku tak layak bersama dia," lirih Syaf berkata, bibir diketap dengan lidah ditolak ke dinding pipi. Liur tersekat di celah kerongkong, perit ditelan sebelum dengusan resah meniti di mulutnya.

"Kenapa mesti ditakdirkan jumpa manusia yang ada kaitan dengan masa lalu kita, aku rasa serba-salah setiap kali dengan dia." Syaf menyudahkan kata dengan juring mata yang berbahang pedih. Kabur pandangan, dia tegakkan posisi badan seraya meraup mukanya kasar. Tulang antara mata dipicit, mengawal isinya gugur berjuraian.

Entah mengapa, dia buntu. Tidak pasti bagaimana mahu perbetulkan semuanya. Dia ingin selesaikan, namun dia juga gusar dan tiada keyakinan untuk menghadapi sama sekali. Katakan dia pengecut, sememangnya benar dan tidak dia nafikan.

Tanpa aba-aba, belakang tubuhnya ditepuk perlahan. "Silap manusia dia mencintai, tetapi tak reti berkomunikasi meluahkan isi hati."

Terpempan, lumpuh lidah tiba-tiba. Terpasung kemas pada lelangit, Syaf pegun sendiri. Bagai nasihat diberikan kali ini terus menusuk hingga ke relung hati, dipanah tepat dan jitu pada sasaran.

"Kunci utama dalam perkhawinan, bukan semata-mata berasmara tak tentu hala. Jauh sekali demi mendapatkan zuriat semata-mata. Dari segi teknikal, saat kau melafazkan ijab kabul bererti kau sedia galas tanggungjawab untuk menjaga, melindungi, menyembuhkan dan membawa dia ke jalan yang diredai oleh-Nya."

Fizi koyak senyum tipis, raut redup diarahkan pada Syaf yang terdiam kelu. Parut panjang menghiasi wajah, tertanya-tanya juga apa yang telah berlaku. Dalam masa sama, serasa dia baru mulakan bicara. Namun naluri mengatakan kuat, bahawa semua bait diksinya menyelusup baik ke dasar sang perjaka.

"Bila cerita soal jodoh ni kan, berat sebenarnya. Sebab aku pun bujang lagi secara umumnya. Tapi tak bermakna, aku tak ada keinginan nak ada pasangan, bina mahligai bersama dan menuju ke syurga-Nya bersama-sama. Cuma, mungkin belum tiba masa aku untuk berumahtangga lagi. Lagipun, aku percaya Allah akan berikan sesuatu kepada hamba-Nya tepat pada waktunya. Tak cepat, dan tak juga lambat, insya-Allah dan aku bersedia menerima..." Jeda. Nafas ditarik dalam terlebih dahulu sebelum menyambung kembali pertuturannya.

"Hidup hanya mampu merancang, jauh sekali untuk tahu apa yang akan jadi di masa akan datang. Yang pasti, aku follow the flow dan terima aturan takdir Dia adalah yang terbaik, sepertimana aku berada di sini menjadi salah seorang yang terlibat dalam misi sukarelawan ni." Panjang lebar dia berhujah, diselitkan juga impian dan pengalaman sendiri. Bekali tidaklah hebat mana seperti di luar sana, tetapi dia tetap bersyukur diberikan peluang yang mungkin orang lain tidak merasa.

"Daripada cerita kau ni kan, jujurnya aku tiba-tiba teringatkan member sendiri si Aufa tu. Dah sambung bertugas semula, bila lagilah aku boleh jumpa dia dengan perangai keras kepala tu. Berbulan-bulan hilang dari radar, tahu-tahu muncul depan aku. Entah macam mana bini dia hadap awalnya, dia berubah seratus-peratus jadi Aufa yang lain daripada aku kenal selama ni. Sisi lain yang aku tak percaya, dia akan buat sejauh tu..."

Seketika, Fizi hilang kata. Dia kemam bibir, rahang dimamah dengan liur ditelan payau. Hujung lidah menolak dinding pipi, tangan dibawa ke peha kembali. Ditepuk beberapa kali sembari pinggir mulut mencarik senyum nipis. Untuk detik itu, hanya sepi menghurungi sehinggalah Fizi terngandah dengan renungan rembut. Berbeza pandangan, seakan ada sesuatu disimpan.

Entah mengapa, setiap perlakuan lelaki itu ditatap Syaf penuh minat. Membawa dia teringat pada bayu kenangan lalu, di mana semuanya baik-baik sahaja. Bekali definisi lebih tepat adalah tatkala rahsia yang disimpan utuh semakin punah dirajah cinta dambaan.

"Apapun, mulakan dari sekarang, Syaf. Andai nak selesaikan sesuatu perkara, kau perlu hadapi benda tu. Kalau kau macam ni, sampai bila-bila pun kau tak akan tahu." Fizi menasihati, lebih lembut dan damai. Seakan memberi ruang nyaman, detik untuk berfikiran bahawa setiap butir diksinya untuk dicakna sementara waktu.

"Entahlah, aku keliru sebenarnya." Syaf menjawab pendek, spontan tangan dibawa menguak rambut lantas dihentikan ke batang tengkuk sendiri. Digosok perlahan, mengurangkan rasa janggal.

Balasan Syaf disambut senyuman, Fizi angkat muka menala langit malam. Kali ini, kanvasnya gelap tiada gemintang. Hembusan sarayu garang membelai wajah, mendung muara seperti gelodak hati mendiami sekujur tubuh yang gagah. Liputan kabus menutupi cendera pucat, tanda-tanda semesta akan ditangisi tidak lama lagi.

"Aku tahu, kau tak ceritakan sepenuhnya pada aku. Tak apa, aku faham dan aku sendiri tak akan langgar garisan antara kita. Cukup tugas aku sebagai seorang insan, menasihati dan menegur kepada kau. Yang selebihnya, kau perlu tentukan sama ada terus hanyut dengan andaian sendiri, ataupun pergi jumpa dia terangkan semuanya."

Bicaranya laju meskipun dia ralit memandang sana, diikuti Syaf turut mendongak sama. Omongan Fizi melatari minda, masih menimbang dari segala aspek. Dalam masa sama, dileraikan perasaan berkecamuk dengan ambien sekeliling. Peluput telinga dijamah nyaring sahutan cengkerik, bersahut-sahutan dengan alunan mutiara yang kian renyai menitis.

"Syaf."

Fizi jatuhkan kepala, dia menoleh pada rakan sebelah yang turut sama memberi respon. Laman muka yang berselirat dan sukar dimengertikan dihadap lama, bibir digarit senyum segaris bagi merenggangkan beban sang jejaka. Moga kurang kecelaruan menghimpit gelodak parahara melingkari jiwa, ada sinar disebalik dugaan menimpa.

"Kadang-kadang bilamana ego kuasai kita, mungkin juga kita fikir itu yang terbaik tanpa kita sedari, silapnya adalah kau tak beri peluang pada pihak satu lagi. Hidup berpasangan, bukan setakat kau kongsi katil dalam satu selimut aje kan? Kau berikan segalanya, susah-payah bersama, luahan cerita luar dalam berkongsi suami isteri dan saling bertolenrasi. Zaman sekarang, mereka lost point paling penting dalam perkhawinan ni iaitu..." meleret nadanya, sengaja.

"Komunikasi." Syaf membalas perlahan, sayup-sayup ditenggelami bayu cuaca.

"Gotcha!"

Fizi kernyih sumbang, ada tawa halus meletus diiringi titisan sahmura. Sesaat, dentingan loceng bergema mengetuk koklea. Sudah tanda untuk masuk semula kediaman masing-masing, khemah yang disediakan segala hidangan juga sudah sedia dibersihkan oleh yang lain.

"Kau boleh pulang semula pada dia, bila kau dah bersedia. Tapi jangan ambil masa terlalu lama, masa tak pernah menunggu kita. Kau pun dah lama tak ke bandar kan, alang-alang tu nak pesan kali ni giliran kau beli sekali bekalan mentah untuk seminggu dua. Aku tahu kau sengaja mengelak keluar, no objection this time. Kau balik lewat esoknya pun tak apa, ambil lah angin dulu selesaikan mana yang patut."

Fizi memberi pesanan terakhir sebelum mereka beriringan lari-lari anak mengikut peserta kem lain untuk berteduh. Hentaman kristal lihai semakin rakus menghentam buana, keras mengena tubuh memasing saat meredah hujan.

Hilaian tawa menyanyi merdu, mesra kala yang dewasa sudah melantun kuat frekuensi memanggil anak-anak yang ceria mahu disimbahi alam yang luruh ke tanah dipijak mereka. Entah mengapa, melihat sekilas pandang cukup menggambarkan susuk gadis itu dengan jelas dalam benak lelakinya.

Syaf pegun. Membejat langkah Fizi apabila dia akhirnya melangut tinggi, membiarkan tubuhnya disirami dengan birai mata berkaca-kaca sedari tadi. Lebat dan lecun habis pakaian, ada buliran jernih mengguyur menuruni pipi disebalik tangisan gemawan sana. Fizi memerhati, perlahan mengundurkan diri dan menyambut huluran payung yang diberi rakan peserta.

"In the end, I miss you after all."

Pelan-pelan mata dipejamkan rapat sembari bibir mengukir senyum tipis. Dalam tangis tanpa suara, dada dihimpit hempasan jeladeri emosi isi hati. Membenarkan diri dilimpahi takungan air, umpama meredakan rasa bermukim setelah lama bertahan segala rasa.

Dejavu. Semua kejadian berlaku seakan momento untuk mengimbas kembali masa lalu. Bagai senandung dialun simfoni gelak tawa belahan hati, menemani hari-hari sepi yang sarat membendung rasa selama ini.

Dan ternyata, segala perilaku Syaf diperhatikan tanpa suara. Cukup menandakan bahawasanya telahan Fizi benar, jejaka yang kelihatan kental luaran telah lama digelumang ribang pada wanita kesayangan.

Contengan aksara karya jiwa.

Ceritera tentang aku dan dia.

Dalam carian dambaan dama.

Akhir penemuan hanya ada Dia.

Temani sulit jalanan dan sukar hidupan.

Merana bahana angkara cinta.

Silap huluran paksi harapan pada manusia.

Gagal, rebah di lantai takdir tangisi semua.

Mana bahagia setelah lara sekian lama?

Semesta saksi segala, gelora ribut membadai sukma.

Moga benang raja hadir jua setelah derita.

Prahara meladeni berganti ceria.

Dari hamba biasa, ternyata lemah tiada daya.

Anan Nurfiza.

Mata pena lincah menyentuh helaian karbon, dakwat grafit mengukir tinta tentang atma. Nukilan hadir dari seorang insan biasa, sekadar merungkaikan belenggu merantai kerdilnya sang hamba. Terus ralit meladeni melankolik diri, timbunan manusia yang huru-hara bersesak tidak diambil kira saat ini.

Anan angkat wajah, bibir tipis dicarik senyum halus. Dia paling muka ke tingkap kaca, membundar berkaca-kaca dilemparkan pada hamparan jalan dikelilingi pepohon. Seketika, roda yang berputar kian perlahan apabila tiba di perhentian sepatutnya.

Anan segera menyimpan barangan miliknya sontak bangkit berdiri, kaki dibawa menapak keluar dari perut bas. Memandangkan keadaan ditimbuni himpunan manusia, Anan terpaksa pohon izin memberi laluan kepadanya biarpun nyata meligih peluh pelosok tubuh berhadapan dengan masyarakat luar.

"Mohon beri laluan, Anan... sa... saya nak keluar..." nadanya bergetar, kepala sekejap merunduk dan diangkat mahu alih perhatian. Tenggelam-timbul dalam keadaan tidak selesa, Anan pegang erat tali beg di bahu mengawal rasa.

Tidak enak dihurungi sebegini, dia mahu lekas-lekas keluar sekarang juga.

Jujur dia mengatakan, Anan terasa ditelajangi beberapa pasang mata seakan menilai dan menghukum dirinya. Entah di mana, dia tahu ini hanyalah perasaan dan andaian semata-mata namun dia tak mampu menepis kebarangkalian menerjah benaknya.

Sebaik telapak kasut menyentuh jalan tar, serta-merta urat sendinya lemah akhirnya rebah. Tangan sempat berpaut pada palang besi, nafasnya mengah dengan renik pada pelipis. Menggeletar seluruh anggota, tubir berembun sedari tadi menari juga sudah pun mengalir laju.

"Allah..."

Rintihan pilu menguasai suasana, dia lelah tetapi harus menjalani. Ada sesuatu sepatutnya dilangsaikan sejak dahulu lagi dan dia, nekad dengan keputusan ini meskipun bahana bencana bakal menimpa.

Menginjak hari seperti biasa, topeng pura- tabah menjalani aturan takdir dicuba sedaya-upaya. Utuh bibir melorek senyuman tiada perisa, tewas saat bersendirian jua. Mengadu domba pada Dia, kurangkan sarat rasa meladeni sukma. Pedih kalbu, sulit membendung. Bagaimana mahu menampung andai dia sendiri juga hampir putus asa.

Lurus memandang restoran dikunjungi para ummah, diliarkan mata mencari seseorang. Tidak semena-mena, dalam kerumunan manusia ini dia dapat dengari jelas suara sang empu yang ingin ditemui.

"Kau datang akhirnya..." intonasi tinggi, menarik perhatian Anan.

Sinar netra automatik menumpu pada salah satu meja, dipusat pada gerangan sekujur tubuh yang dikenali. Ringkas berpakaian serba gelap dengan topi menutupi rambutnya. Anan picingkan aksa, memastikan susuk tersebut lantas dituju mampir mendekati.

Galau dengan keadaan bergemelugut merantai nurani. Resah berhadapan, dia cuba tenangkan walangnya diri. nafas dijujut dalam, dilabuhkan duduk menghadap insan tersebut.

"Anan Nurfiza binti Abdullah."

Sebaris nama disebut nyata, tangan menompang dagu perhatikan reaksi Anan berubah keruh. Pancaran sepasang mata kasat mata berkocak, ibarat relung yang tersimpan di pengkung dada terluah dari riak muka sang dia.

Dan-dan, gadis itu meletuskan kekehan hibur dengan bibir dilarik penuh sinis. Membentangkan hamparan roman jengkel, tak jangka perubahan Anan bertutup litup sepenuhnya seakan tiada noda.

"Najwa Umairah."

Serta-merta Najwa matikan tawa, ekpresi tajam menancap Anan yang turut berani bertentang mata. Seraut manisnya tiada, sekadar suram dihiasi durja semata-mata. Masing-masing melaharkan rasa bermukim di sanubari, jujurnya pertemuan ini benar-benar menimbulkan bibit-bibit teruja.

Malang sekali, dia sedar tujuan asal Anan ke sini. Belikat disandarkan pada kerusi, berpeluk tubuh sembari kepala digeleng kesal. Dengusan geram beserta decitan kedengaran, kornea mata memerah biarpun bawah pelupuk dilingkari hitam dan bengkak tiada tara.

"Well, asal kau tak sebut sekali nama orang tua aku? Dia ayah yang baik, kau tahu?" ujar Najwa dengan gigi dilagakan sama sendiri, dadanya kempas-kempis menahan jeladeri menghempas kalbu. Dikatup kelopak mata, sedetik sebelum bayangan ngeri bergelumang dalam minda seperti kaset rosak.

Spontan, dia tegakkan badan seraya tangan menyentuh abdomen perut. Mengejang diusap kasih biarpun lidah kelu, hujung bibir digarit naik. Melotot berburam penuh sayu, tidak sedar Anan yang memerhatikan tingkah lakunya. Aturan nafas berburu laju, cuba diperbetulkan pada kadar normal semula. Meligih maha hebat saat diketuk suara garau lelaki di sisi. Lekas-lekas Najwa berpaling muka, dipanggung tinggi pada fitur pelayan dengan buku nota kecil di tangannya.

Sekonyong-konyong, helaan nafas lega meniti dari ulas bibir. Paranoid sahaja lebih kau ni, Najwa. Ekor mata melirik pula Anan sekilas, termangu dengan riak serba-salah. Berkerunyut jindat dengan alis saling bercantum, aneh perilaku Anan masih sama seperti dahulu. Tetap naif dengan kepolosan tidak menentu, keruan meratapi tak sudah.

"Kau nak apa sebenarnya, Anan?" Dilepaskan rengusan, lihai memanah seperti ular berbisa.

"Sebelum tu, order dulu makanan. Aku nak pilihkan, tapi risau kau fikir aku bubuh racun pula nanti." Direbahkan tubuh kembali, penat berperang dengan fikiran gelap seumpama bayang merantai hidupnya.

Anan goyang jemala kiri kanan, jari-jemari meramas hujung pakaian resah. Ragu membisu untuk berbicara, kusut sama ada perlukah ditanya kemusykilan membebani fikiran. Najwa akur lantas memberi isyarat agar pelayan tersebut beredar pergi.

Kontan keadaan tegang tatkala Anan berikan renungan keliru, seakan membenarkan Najwa selusup tentang kecelaruan yang dialami. Tidak semena-mena Najwa mengarit senyum sinis, berantakan relung mereka harus dia selesaikan. Apa lagi solusi dia ada sedangkan segala jawapan kepada kemelut melanda saling berkait rapat ada di genggamannya? "Fasal mana yang kau nak tahu, Anan? Tentang kisah aku jadi perempuan jalang semata-mata demi kau? Mungkin juga fasal anak kau yang mampus tiba-tiba atau..."

Jeda. Postur tubuh diangkat sebaik gelas bandung dan sepiring nasi goreng paprik diletakkan. Ucapan terima kasih diberi, pandangan menggiurkan di hadapan segera dinikmati. Bibir straw dipegang, dia menyedut air lambat-lambat dengan hujung mata mengerling Anan yang berubah pucat.

"Apa maksud awak demi Anan?"

Dia cakna mengapa perubahan nestapa berlaku, malahan sengaja kerana mahu lihat sejauh mana Anan bertahan dalam permainan ciptaannya. Difokuskan pada hidangan yang ada, sudu dicapai di sisi piring lantas dikumpul nasi beserta lauk dalam satu tempat. Sejurus itu disua ke bibir sendiri, mengunyah perlahan sebelum meneruskan suapan seterusnya.

Anan sekadar mengunci mulut, diteliti keadaan Najwa yang melahap makanan begitu selera.

Najwa angkat wajah, tidak selesa bilamana ditatap sedemikian rupa. Automatik perbuatan dia terbejat, dentingan kaca saling berlaga. Najwa meratah amarah seraut Anan, marak pawaka terbias membuak-buak mahu membakar. "Abaikan. Lagipun, kau sebenarnya jumpa aku, nak tahu sebab utama suami tercinta kau pergi tanpa khabar berita kan?"

Bam! Cukup lontaran omongan diberi mampu menggores Anan, hentakan tepat mengena sasaran. Keras mengejung bersama birai matanya basah, liur juga tersekat di alur kerongkong ditelan payah.

"Firstly, siapa nama anak kau? Dia mati sebab kena buatan orang kan, kau nak tahu tak siapa buat?"

"Siapa?" bergetar suara, riak dipamer tanda tanya.

Bibir dibuka melafazkan sebaris nama, serta-merta berderau air muka Anan menerima.

"Jujurlah, kau tak pelik ke kenapa Ummar minta kau jumpa aku? Sedangkan kau boleh aje jumpa orang tua kat kampung tu, dia tahu semuanya kot." Pinggan ditolak tepi, seleranya sudah mati. Gara-gara Anan persis tidak sabar hendak ketahui, dia terpaksa gadaikan keinginan yang dihadapi.

"Syaf pergi sebab kau, kau bodoh kalau fikir dia terima segala kekurangan kau tu. Dah lah bodoh, gila pula tersua-sua pada yang tak sudi. Kau tak sedar ke Anan, kau dah diperangkap dengan masa silam. Tentang asal usul kau, tentang mama dan ibu kesayangan yang benci kewujudan kau, keluarga suami kau terima seadanya sedangkan semua yang terjadi tu tiba-tiba." Panjang berjela dan bertalu-talu lemparan diksi, Anan pegun dengan minda mencerna segalanya.

"Kau tahu kan Fiena tu, isteri Harriz yang sekarang dah timbus tujuh kaki bawah tanah eh..." Cepat-cepat Najwa tekup mulut sendiri, terlanjur menyusun kata yang lancangnya berapi.

"Dulunya tunang Syaf, tapi diputuskan sebab kematian Syifa', adik suami kau. Mungkin lebih tepatnya, bestfriend kita dulu," tutur Najwa sebaik dijatuhkan tangan ke permukaan meja. Jari-jemari runcing mengetuk meja, memainkan irama entah apa-apa.

Usah kata air muka Anan kala ini, berderau tiada darah dengan mata kelamnya. Berburam mendakap jiwa, menyeruak tungkap kerana kebenaran yang dibentangkan.

"Anan, Anan, Anan."

Kepala digeleng beberapa kali, decitan halus kedengaran.

"Kau naif sangatlah untuk dunia yang kejam ni, sejak awal lagi semuanya dah dirancang suami kau. Dia nak ikat Fiena sebab nak balas dendam untuk kau, dia kenal kau Anan. Tapi akhirnya dia serba-salah dan ragu-ragu dengan keputusan sendiri, mujurlah ada Harriz yang bodoh cintakan kakak angkat kau tu. Suami kau dan Syifa', malahan seluruh keluarga mentua kesayangan kau, dah khianati dan perdaya tentang diri kau, Anan."

Mimik muka menceber sedih, serupa mengejek. Seketika, dia ubah menjadi tegang seperti biasa. Sungguh, endak berlebihan kerana leburnya kebenaran nan satu ini bakal membuka pengkung yang lain pula.

Biar terbongkar kotak rahsia, meluluhkan kebenaran yang terpahat kemas tanpa cacat cela. Sempurna mana ia disorokkan dari pengetahuan, jatuh jua tatkala tiba masanya.

"Kau, anak Saliza yang di mana adik beradik dengan Salmah. Alahai, nama pun lame sangat lah... Bilamana Saliza ada anak, Salmah pun ada anak, kiranya korang ni apa? Then, tahu-tahu jadi suami isteri tapi sebelum tu kau dan Syaf memang ada hubungan sebagai..." meleret nada, kening menjungkit tinggi.

"Sepupu?"

"Bingo!" Jari dipetik kuat, senyuman dia melebar. "Sayangnya kau berbinkan Abdullah. Anak haram yang ikutkan ayahnya yang sebenar ialah..." kendur intonasi, menjebik benci bersama kerising sinis lantas disambung pertuturan selafaz kata.

"Bapa aku, bekas teman wanita Saliza dulu."

Continue Reading

You'll Also Like

493K 23.4K 57
Nara Khalisya. Hidupnya tak pernah berputar pada satu paksi. Bebas tak terikat. Angkuh tak terkata. Sehingga kehadiran Haril Yusuf, mengubah segalany...
578K 19.8K 69
( In editing process...) ๐€๐‘ - ๐‘๐€๐˜๐˜๐€๐ - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
483K 24.3K 59
๐—ฅ๐—ผ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ฒ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ฒ๐˜€ โ€ขยฐ. *เฟ ยซ2๐ง๐ ๐๐Ž๐Ž๐Šยป ยฉ2021โ€ข แถœแต’แตแต–หกแต‰แต—แต‰แตˆ หš เผ˜โ™ก ยทหš๐€๐ƒ๐˜ ๐€๐’๐‡๐‘๐€๐… ๐— ๐€๐‘๐ˆ๐€๐๐€ ๐€๐“๐ˆ๐‹๐ˆ๐€หš เผ˜โ™ก ยทหš Adi Ashraf dan...
5.6M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...