ยฉ KIND IS A CURSE

By yeonnights

2.8K 550 979

[ COMPLETED ] - KIND IS A CURSE ๐Ÿ”ž "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Ada sebab kenapa periba... More

KIND IS A CURSE
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26 [ Ending ]
Epilogue

15

91 21 26
By yeonnights

Hello hello ~

If ada typo, janganlah tegur. Maafkan please :')

Sebab sempurna tu hanya milik andra and the backbone

kau begitu sempurna ~

---

"Hyunjin." Hans datang sambil membawa secawan lemonade. "Kau dah beritahu Irelyn ke?"

"Belum. Mungkin malam ni atau lepas kita habis kelas. Aku takut juga kalau dia tak ada dekat rumah, sebab dia sibuk uruskan kes Hendera. Aku seboleh-bolehnya tak nak dia serabut, sebab bila dia serabut, mood dia mesti tak betul. Jadi aku kena cari waktu yang sesuai untuk beritahu semua teori aku." Ada sebab mengapa dia tak mahu Irelyn menjadi profiler. Irelyn akan menjadi seorang yang sangat serius dan sibuk, walaupun ketika bukan waktu kerjanya.

Minuman yang diberi lekas diteguk. "Kau nak aku teman kau? Felix ke?"

"Tak perlu. Aku tahulah apa nak buat."

---

TOK TOK TOK

Satu lagi ketukan dan kemungkinan besar pintu itu akan pecah. "Kenapa dia tak nak buka?"

"Mana saya tahu, Chan."

click

"Ye?"

"Encik Qarl Edward, kami NYPD dan awak ditahan atas tuduhan membunuh Hendera Jones." Tanpa menunggu, Vax dan King terus menggari Qal dan membawanya keluar dari rumah.

"Chan, awak rasa betul ke dia?" Tanya Irelyn.

"Rakaman tu bukti, Irelyn. Pukul empat pagi, dia masih belum keluar lagi dari apartment tu. Yang kita nampak cuma orang masuk saja." Jelas Chan.

"Tapi dia nampak sedih lepas Hendera mati. Tak akanlah dia pura-pura?" Kalau betul Qal lah pembunuhnya, Irelyn akan sangat benci dengan lelaki itu. Tergamaknya seorang manusia yang sanggup membunuh dua nyawa sekaligus tanpa belas kasihan.

"Marilah balik ke pejabat. Dekat sana saja kita bincang."

Di pejabat polis, Qal kini ditempatkan di dalam bilik soal jawab. Chan dan Irelyn akan duduk bersama untuk menyoal lelaki itu. Melihat Qal yang diam dan tenang membuat Irelyn serba salah. Kuat perasaannya mengatakan kalau lelaki di hadapannya ini memang tidak bersalah. Namun sayangnya, rakaman CCTV yang ditonton sebentar tadi justeru berkata lain.

"Qal?" Irelyn cuba memanggil. Tiada respon.

"Encik Qal?"

"Apa maksud kau yang ini kes pembunuhan?" Mereka berdua terkejut dengan soalan yang Qal lontarkan. Mengapa lelaki itu terlihat seperti benar-benar tidak tahu tentang kes pembunuhan ini. Jika benar dia lah yang membunuh gadis tak berdosa itu, dan ini semua hanyalah lakonan semata.

Qarl Edward layak mendapat anugerah Oscar.

"Qal, tolong jangan pura-pura lagi. Kenapa, Qal? Kenapa awak sanggup bunuh Hendera? Awak tahu tak yang dia tengah mengandung?" Wajah diangkat menghadap Irelyn dan Chan. Mereka berdua terkedu apabila melihat mata Qal yang sangat merah dan sembab. Tangan yang sedang tergari di atas meja terlihat dikepal hingga membuat uratnya timbul. "Q-Qal."

"Tak ada sebab untuk aku bunuh dia lah sial! Seteruk-teruk aku, aku tak akan bunuh orang! Aku bukan pembunuh!" Qal menghamburkan kata-kata yang menunjukkan kalau dirinya tidak bersalah. Irelyn tetap tenang walaupun Qal sedang bertindak agresif.

"Encikㅡ"

"He's not the killer." Irelyn memotong. Chan menoleh dengan kerutan penuh keliru.

"How do you know?" Mereka berdua sepakat untuk keluar dari ruangan itu dan membiarkan Qal tenang dahulu.

"I'm a profiler, Chan. Saya tak kata tekaan saya sepenuhnya tepat. Tapi saya pun tak boleh nak nafikan yang Qal terlalu mustahil untuk dituduh sebagai pembunuh."

"Jadi awak nak kata yang rakaman CCTV tu menipu kita lah? Macam tu?"

"Chan! Semalam Qal datang rumah saya dalam keadaan yang menyedihkan awak tahu tak? Rupa dia tak ada beza dengan manusia yang tengah hilang arah, Chan. Dan apa yang saya nampak tadi ni, bukanlah ciri-ciri seorang pembunuh. Tapi ciri-ciri lelaki yang terseksa lepas tahu bekas kekasih dia mati dibunuh." Si Leftenan meraup wajahnya lalu melabuhkan punggung di bangku.

"Jadi siapa, Irelyn? Siapa lagi yang layak dituduh?"

"Baru hari ke dua, Chan. Tolong jangan putus asa. Anggap kita buat semua ni demi Hendera. We need justice for her."

"Tapi kita tak boleh lepaskan Qal. Kita kena tahan dia untuk bantu siasatan kita. Alang-alang dia pun dah tahu tentang kes ni, sayang kalau kita tak gunakan khidmat dia sebagai bekas teman lelaki Hendera."

"Okay. Asalkan awak janji untuk tak jatuhkan apa-apa hukuman ke atas dia."

"Janji. Tapi janji tu terbatal kalau betul dialah pembunuh yang kita cari."

Hari sudah beransur malam. Irelyn pulang ke rumahnya selepas Qal dimasukkan ke dalam ruang tahanan. Memberi lelaki itu peluang pulang ke rumah adalah idea yang tidak bernas menurut Chan. Khawatir kalau-kalau Qal akan melarikan diri.

Di rumah Irelyn, gadis itu tidak dapat membuka pintu rumahnya walau sudah berkali-kali memasukkan kata laluan pada automatik door lock nya. Kali yang ke lima  Irelyn sudah mula kesal. Pintu ditendang serta dihentak menggunakan tangan dan kakinya. "Siapa yang tukar password!"

click

"Irelyn....."

"Hyunjin." Tatapan bertembung. Hyunjin dapat melihat betapa lesunya wajah gadis itu. Inilah wajah yang cukup dia benci. Dulu, dia pernah bersumpah jika wajah itu tidak akan pernah muncul lagi. Namun lihatlah apa yang jadi sekarang?

"Aku yang tukar. Aku letak tarikh lahir aku, 0320 supaya senang untuk kau tulis. Nombornya dekat-dekat." Jelas Hyunjin.

"Thanks." Ucap Irelyn sembari masuk ke dalam rumah.

"Irelyn. Aku ada sesuatu nak cakap."

"Aku penat. Besok boleh?" Tanpa menoleh, Irelyn menjawab. Keluhan berat terdengar dari mulut gadis itu.

Hyunjin sedikit terasa. Sudah lama dia tak mendapat respon sebegitu dari Irelyn. Selalunya, seletih apapun Irelyn, gadis itu pasti akan duduk dan mendengar semua keluh kesal Hyunjin. Namun malam ini semuanya berubah. Rapat Hyunjin memejam matanya, cara untuk mengelakkan diri dari menghamburkan kata-kata yang mungkin akan lukakan hati Irelyn. "Okay. Aku balik dulu."

Kaki melangkah ke pintu utama. Mulut memang berkata ingin pulang, namun hati tidak berhenti berharap jika kepergiannya akan dihalang. "Hati-hati."

Punah harapannya. "Eum. Okay."

"Hyunjin sekejap." Lengan terasa digenggam kejap. Laju kepalanya memaling ke belakang.

"Ye?"

"Tidur sajalah sini. Dah malam. Sejuk. Aku tak nak kau masuk angin." Ternyata sang kakak masih mengambil berat. Hyunjin menunduk kerana ingin menyembunyikan senyuman harunya.

"Kau nak apa-apa? Air panas ke? Aku boleh tolong buatkan." Tawar Hyunjin. Irelyn lekas bersetuju.

"Aku nak mandi dulu. Kejap lagi kita berbual." Gumam Irelyn.

"Okay."

"Oh ye. I love your new hair." Lembut kepala Hyunjin diusap dan dibelai. Tak sangka kalau gadis itu akan perasan tentang potongan rambut barunya.

"Aku ingat kau tak perasan."

"Mana boleh tak perasan kalau dah hensem-hensem macam ni." Puji Irelyn lagi sebelum beredar masuk ke biliknya. Hyunjin sedikit girang apabila diperlakukan bak bayi oleh Irelyn.

Tiada apa yang lebih bahagia dari mendapat perhatian daripada sang kakak.

Selepas minuman siap dibancuh, Hyunjin membuat makan malam untuk Irelyn. Entah mengapa, kuat nalurinya berkata jika Irelyn masih belum menyantap apa-apa dari siang tadi. Dengan skill masak yang terhad, Hyunjin membuat sandwich bacon yang baginya cukup remeh pembuatannya.

drtt drtt drtt

Terdengar bunyi deringan telefon dari area ruang tamu. Ternyata itu panggilan dari telefon Irelyn. "Chan? Apa benda dia nak malam-malam ni."

Panggilan lekas dijawab, "Kau nak apa?"

"Hyunjin? A.. Where's Irelyn? Is she okay? Dia nampak penat tadi, jadi aku risau kalau dia tak sihat ke apa." Ada isteri, tapi macam tak ada isteri. Kutuk batin Hyunjin.

"Dia penat. Nak tidur. Chan, kalau bukan sebab kes Hendera, Irelyn tak akan sibuk masuk campur tau? Jadi sekarang ni, boleh tak kau berhenti ganggu dia selepas waktu kerja? Kau ada isteri, jadi layanlah isteri kau. Irelyn pula, kau tak perlu sibuk. Dia ada aku. Aku tahu jaga dia." Tit! Talian langsung dimatikan.

"Hek hekm! Marah Chan ke?" Pasang telinga ternyata Irelyn ni.

"Tak lah. Marah monyet. Dari mana entah dia belajar telefon orang malam-malam ni." Hanya mampu tertawa mendengar ungkapan Hyunjin tadi.

"Tadi kau kata nak cakap sesuatu kan? Marilah duduk sini." Sofa ditepuk.

Minuman yang sudah dibancuh, dibawa ke ruang tamu. Sandwich juga turut dihidangkan di atas meja. "Kau yakin nak dengar? Aku boleh je tunggu sampai kau hilang penat. Sebab aku takut, apa yang aku cakap ni akan buat kepala kau kusut."

"Eum. Kepala otak aku memang dah kusut. Daripada tunggu, bagus kau kusutkan je lagi." Irelyn terkekeh.

"Okaylah. Aku sebenarnya ada teori."

"Teori? Tentang apa? Lukisan kau?" Lelaki kacak itu menggeleng.

"Tentang kematian Hendera. Aku rasa dia bukan bunuh diri. Tapi dibunuh. Kemungkinan besar, identiti pembunuh dia akan buat kau terkejut." Irelyn agak terkejut selepas mendengar teori Hyunjin. Tak sangka lelaki itu dapat meneka kebenaran sebenar tentang kes ini.

"Katalah yang teori kau betul. Kau rasa, siapa pembunuh Hendera?" Hyunjin diam sejenak.

"Betul nak tahu?"

"Lebih dari nak. Kalau boleh, nak bersemuka." Nafas berat dihela Hyunjin.

"Minho Caxander Gil."

---

Bbokari-

KIND IS A CURSE
221020

- Ha agak-agak teori Hyunjin tu -
boleh pakai ke?

Hensemnya my boy! <3
Ni bila rambut pacak macam
mat remp remp


Ni macam bad boy but actually good boy
HAHAH

Continue Reading

You'll Also Like

4.2K 545 68
Bukan Hero Romantik mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Emma atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem yang mempunyai sifat seperti wanita. Rambutn...
2.6K 196 20
๐…๐ข๐ซ๐ฌ๐ญ ๐๐จ๐จ๐ค ๐’๐Š๐™ ๐Ÿฐ ๐Œ๐ข๐ง๐ก๐จ ๐ญ๐ž๐ซ๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ฉ ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐ฅ๐ข๐Ÿ๐ญ ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐ฌ๐ž๐จ๐ซ๐š๐ง๐  ๐ฐ๐š๐ง๐ข๐ญ๐š.๐“๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ก๐ฅ๐š๐ค...
29.4K 583 15
"Kahwin dengan daddy jom"? -Alex Danial "You dh gila ke ape?"you are my lecturer!"-Raisha Qistina "I tak gila,I gila...
6.4K 751 27
Bangchan, lelaki psycho yang suka berubah-ubah personaliti. Jatuh cinta dengan Mirae, gadis kasar dalam diam "๐‘Œ๐‘œ๐‘ข ๐‘ค๐‘Ž๐‘›๐‘›๐‘Ž ๐‘๐‘™๐‘Ž๐‘ฆ โ„Ž๐‘–๐‘‘๐‘’ ๐‘Ž๏ฟฝ...