My favourite Army: Arcturus L...

By misshelen21

174K 5.4K 95

hai, disini saya akan ceritakan tentang percintaan seorang gadis 'lovesick girl' dengan seorang tentera. cer... More

Perkenalan
kisah silam yang menyakitkan
Are you ready?
Kisah Dia
Senyuman Yang Mencairkan
Aku Bergetar Disentuh Dia
Jodoh?
Ready For Love
Takdir Dan Waktu
Pink Venom
Belum Siap Kehilangan
Bukan Dia Tapi Aku
Jodoh Pasti Bertemu
Sabarlah Hati
So Hot Hot
Lelaki Ini
Kau Milik Aku
Your Army
Mi Amor
As if it's your last
Pujaan Hati
Pelukan Cinta
Mungkinkah Dia
Rahsia Kita
Rahsia Dia
Bukan Lagi Rahsia
Kehangatannya
Lamaran Diterima
Fasa Pertama
Fasa Kedua
Sekotak Cincin
Nama Didalam Doanya
Si Daisy
Doa untuknya
Persembunyiannya
Gadis Pemilik Harimau Putih
Bertemu Kembali
Bunuh Diri Tingkat Lima
Aku Menang
Penantian
Mempublishkan Dia
Membantu Si Hantu
Membantu Si Hantu 2
Kepulangannya
Kepulangannya 2
Akhirnya Bertemu
Bantal Peluk
Dia?
Bukan Dia
Jeles?
Ketahuan Rencana Dia
Penerimaan
Dijumpai?
Bersua Muka
Identiti Terungkap
Dibuang Dan Diterima
❗Announcement For Next Chapter ❗
Leftenan Karl Syakirin 1
Leftenan Karl Syakirin 2
Penyesalan Atas Pemergiannya
Mula Bergoncang
Pujukan?
Bertemu kembali
Ceritanya
Cara Dapatkan Dia
Akhirnya Milik Aku!
Hukuman Yang Mengerikan!
Mencuba!
Penyesalan Sara Elyana
Hantar Dia Pulang
Akhirnya Tahu
Kekesalan Meyyza Helena
Diculik?
Ditangkap!
Jangan ambil dia!
Secebis Kekuatan Demi Dia
Dia Bahagia Ku (END)

Akhir Sebuah Penantian

2.2K 79 1
By misshelen21

Jam menunjukkan angka 5 petang menandakan berakhirnya tugasan mereka hari ini. Mereka semua bergerak untuk pulang namun, langkah seseorang terhenti apabila terdengar namanya dipanggil.

“meyyza...." panggil incas mereka yang bernama Rohaiza.

“ye saya koperal" jawab Meyyza Helena dengan perlahan.

“saya tak nak tahu apa pun alasan, saya nak kamu cari cara untuk selesaikan kes ni, atasan dah terlampau bersabar dengan kamu semua jadi esok pagi saya nak kamu ajukan cara macam mana nak selesaikannya, atau saya adukan ke pihak kolej kamu, faham?" Koperal Rohaiza memberi amaran kepada Meyyza Helena yang tertunduk lesu.

“baik, koperal saya akan segera cari jalan untuk menyelesaikan masalah ini,sekali lagi saya mohon maaf." selepas mengatakannya dia kemudian meminta diri untuk pulang.

"Saya pergi dulu koperal! Assalamualaikum!"

Meyyza Helena berjalan lurus tanpa menghiraukan kawan-kawannya yang lain namun, kerana faham akan situasi itu Asya Syuhada dan yang lain hanya diam mengikutinya.

“Asya, kau dengan yang lain gerak dulu, aku ada hal nanti malam kita jumpa." ujar Meyyza Helena dan terus pergi meninggalkan mereka tanpa sempat Asya Syuhada bertanya.

“baik" jawab Asya mengalah sambil berjalan menuju ke arah keretanya, dari kejauhan terlihat kereta Meyyza Helena sedang meluncur laju meninggalkan kawasan itu.

“kesian kan dia....mesti dia tengah serabut ..." Ana Humaira menyatakan simpatinya kepada yang lain.

“tu lahh.....siapa dowhh, eeeyyyy geramnya aku.....rasa nak lempang-lempang je....kalau aku tahu siapa memang eeeeyyyyyy......geram aku...." ujar Syafiqa sambil membuat gaya penumbuk yang tak seberapa besar mana.

“ishhhh.....dah sudahhh...." Asya Syuhada berkata namun dipotong oleh Ana Humaira.

“sudahhhh......apa yang sudahhhh.....“ membuatkan Asya Syuhada ingin sekali mengetuk kepalanya kawannya itu.

“dah la korang ni pening kepala aku." Asya Syuhada mengalah dan melajukan kembali kakinya menuju kereta.

‘aku kena cari tahu siapa dan gambar macam mana yang dikatakan tu....kesian kat Meyy...' Asya Syuhada berkata di dalam hatinya.

‘aku rasa macam tahu je siapa dia.....tak pe malam ni aku akan bercakap dengan Meyy'.

Mereka memasuki kereta jenis Produa Myvi milik Asya Syuhada dan berlalu meninggalkan tempat itu, Asya tidak terlalu fokus kepada pemanduannya kerana jalan yang dipenuhi oleh kereta menyebabkan dia hanya memandu secara perlahan, dia kini hanya fokus kemanakah Meyyza Helena pergi.

Ketika kereta mereka ingin melepasi MP yang menjaga pintu, mereka dihentikan oleh MP tersebut.

“haa....korang ehhh..." MP itu berkata sambil membuat mimik wajah mengejek lalu dia melambaikan tangan supaya Asya Syuhada dan yang lain bergerak membuatkan Asya sedikit terkedu.

“nate berok ni satg....dia taw laa" kata Syafiqa sambil memandang tajam MP tersebut yang tengah ketawa bersama kawannya seolah-olah menggolok-olokkan mereka.

Sesampainya di pondok post sekali lagi mereka diejek oleh para anggota yang bertugas yang berjaya meletupkan amarahnya Asya Syuhada.

“hangpa ingat hangpa bagus ka?? hangpa tu pun kuli jaa, kalau bukan disebabkan loreng yang hangpa pakai ni!! huhhh, orang gila pun tak pandanglah !! tak payah nak acah-acah innocent sangat! cermin diri tu dulu !! kami tak kacau hangpa, hangpa jangan kacau kami ingatt!!! kalau kami tak salah aku akan pastikan hangpa ni azam, nazmi dan syah esok melutut minta maaf kat kami!! tu termasuk tu mangkuk hayun tu sekali, cakap dekat dia kalau kami tak salah aku akan pasti atasan korang yang terlibat dalam kes ni bagi dia penalti." Asya Syuhada meluahkan kemarahannya sambil menuding kan jarinya ke arah MP yang mengejeknya tadi membuatkan para anggota hanya terdiam.

“benggek " ujar Asya Syuhada sambil berlalu pergi, dia kemudian meludah air liurnya ke jalan tar bagi menunjukkan betapa marahnya dia ketika itu, dia berjalan ke arah kereta, sesampainya dia disitu dengan muka yang agak mengerikan dia melihat ke arah MP yang berada di pintu masuk tadi sambil menjelirkan lidahnya membuatkan MP tadi hanya lihat tanpa reaksi, terkejut mungkin.

Mereka kemudian terus pulang kerana terlampau marah dan penat sehingga terlupa untuk membeli makanan, setelah sampai hostel Asya Syuhada terus berlari memasuki biliknya kemudian dia bergegas memasuki bilik air, kerana dia sudah tidak tahan ingin menumpahkan air mata yang dia tahan sejak tadi, dia seolah-olah tidak dapat menerima ejekan dari para anggota tadi.

"Bodoh punya manusia! Saja bagi orang marah!!"

Dia menghabiskan waktu yang lama didalam tandas setelah kering air matanya dia kemudian keluar dari situ dan digantikan oleh Ana Humaira.

Sedangkan Meyyza Helena.

“Ya allah penatnya...." keluh Meyyza memandang lurus kearah laut.

Yaa, sepeninggalannya tadi, dia terus menuju ke satu taman yang agak jauh dari kawasan perumahan askar yang dihadapannya terdapat laut yang luas, dia tidak terus pulang kerana ingin mencari ketenangan setelah seharian dimarahi.

"Kenapa lah aku yang kena!"

Dia mengelap air mata yang mengalir deras di pipi mulusnya, dia juga seperti Asya Syuhada yang seolah-olah tidak dapat menerima kemarahan atasannya yang bukan disebabkan olehnya.

“kenapa aku yang kena? apa perlu aku buat? salah aku ke? punca siapa ??? siapaaaa!" Meyyza Helena meraung perlahan supaya tidak didengari oleh orang, namun dapat didengar oleh seseorang yang sedang mendekatinya.

“awak tak salah" tiba-tiba terdengar suara seseorang menjawab pertanyaannya membuatkan Meyyza Helena tersentak lalu menoleh kearah seorang lelaki yang berdiri dihadapannya.

‘KHAIRUL', Meyyza membaca nama yang tertera disitu, dia cuba mengingati lelaki itu kerana sepertinya dia pernah melihatnya sebelum ini dan kemudian dia menoleh kembali dan menundukkan kepala sambil menyeka air matanya menggunakan jari setelah dia dapat mengingat dimana dia pernah menemui lelaki itu.

Belum sempat dia menyeka semua air matanya, sehelai sapu tangan bercorak loreng Navy dihulurkan kepadanya membuatkannya aktivitinya terhenti seketika lalu dia menatap lelaki bernama Khairul itu dan kemudian mengambil sapu tangan itu.

“terima kasih".

Lelaki itu kemudian duduk disebelahnya tanpa meminta izinnya membuatkan Meyyza Helena berganjak sedikit untuk menjaga jarak.

“kadang-kadang dalam dunia ni kita kena berjuang, kadang-kadang kita kena lepaskan kalau sangat-sangat dah tak mampu, jangan paksa kalau orang lain tak nak berjuang untuk kita." kata-kata itu membuatkan Meyyza bingung, dia seolah-olah tidak mengerti apa yang lelaki itu cuba sampaikan.

"Haa?"

“saya tak tahu apa yang awak lalui jadi saya tak berani nak cakap lebih-lebih, semoga awak kuat je" ujar Khairul Aydeen menguatkan Meyyza Helena.

Yaa, Khairul adalah lelaki tersebut, dia sebenarnya hanya kebetulan melalui jalan tersebut semasa membuat sikit rondaan dikawasan itu kerana tempat tersebut dekat dengan tempat mereka membuat latihan.

Namun, semasa membuat rondaan matanya secara tidak sengaja menangkap sosok tubuh yang sangat dia rindui membuatkan dia berhenti untuk menggapai harapannya untuk berkawan dengan gadis tersebut tetapi setelah dia mendekati gadis itu ternyata gadis itu sedang menangis syahdu sambil bertanya kepada diri sendiri dan kemudian dia menolong untuk menjawab pertanyaan tersebut.

“saya Khairul" Khairul memperkenalkan dirinya kepada Meyyza Helena yang masih terdiam.

“haaa.....aaaa....sa.. sa..saya Meyyza." balas Meyyza Helena tergagap-gagap membuatkan Khairul Aydeen tersenyum geli melihat tingkah laku gadis tersebut.

“awak buat apa kat sini? broken ke?" pertanyaan yang membuatkan Meyyza Helena lemas kaki untuk menjawab.

“ehhh...takk.....ada problem sikit" ujar Meyyza Helena menyangkal tuduhan itu.

“ohhhh.... hahhahhaha kalau awak sudi nak share......share je lahh saya sudi dengar" ucap Khairul Aydeen sebenarnya ingin mendekati dan rapat dengan gadis itu.

“hurmm...." Meyyza seolah-olah berfikir.

‘macam mana ni .... aku nak diam atau nak bagitahu je....kalau aku tak bagi tahu...hurmmm entah laa tapi kalau aku bagitahu kot mana tahu dia boleh tolong sebab dia navykan?' gumam Meyyza Helena dalam hati sambil sesekali melihat pakaian Khairul.

Khairul Aydeen yang terasa diperhatikan melihat ke arah gadis itu yang sedang memainkan tangannya sesekali matanya meneliti pakaian di tubuhnya membuatkan Khairul Aydeen mengangkat dada yang tegapnya untuk menarik perhatian gadis itu.

“hurm.....sebenarnya macam ni....."

Meyyza Helena kemudian menceritakan kes pagi tadi yang berlaku sehingga dia tidak sedar bahawa kini dia memeluk tangan Khairul bagi menghilangkan bebannya dan menangis disitu membuatkan lelaki itu ingin memeluknya namun, hanya tangannya sahaja yang terangkat ke udara untuk membelai kepala gadis tersebut.

Meyyza Helena kemudian tersedar apabila tangan kasar Khairul Aydeen yang besar menyentuh kepalanya, sepantas kilat Meyyza menjauhkan dirinya dari tangan kekar itu sambil mengusap pipinya dengan laju.

“ok macam ni saya bagi cadangan pada awak." Khairul kemudian membisikkan sesuatu kepada Meyyza Helena membuatkan gadis itu memandang tidak percaya kepadanya.

“ikut je....sebab askar ni tak suka benda-benda renyah jadi kita yang kena psiko balik untuk dapatkan keuntungan kita ...kalau rasa diri tak bersalah....tak salah kalau cuba kan? askar pun manusia tak kejam lah, lagi pun gambar tu tak tahu macam mana kan? jadi try la psiko balik mesti orang yang sebar tu akan mengaku." Khairul Aydeen menyakinkan Meyyza Helena.

“ok baiklah...saya akan cuba " Ujar Meyyza Helena sambil membuat gaya semangat kepada Khairul Aydeen menciptakan moment indah hari itu untuknya.

Tidak terlupakan Khairul mencuba nasib untuk mendapatkan nombor telefon gadis tersebut kerana selalu terlupa dengan meminta upah setelah cadangannya itu berhasil.

“nanti kalau apa yang saya cakap tu berjaya menyelesaikan masalah awak, apa awak nak bagi pada saya?" pancing Khairul membuatkan Meyyza memandangnya, seketika mata itu bertemu namun, diputuskan oleh Meyyza yang cepat-cepat mengalihkan pandangannya.

“haaaa??? bukan pertolongan ke?" soal Meyyza kembali mencairkan suasana.

“ye laa pertolongan tapi saya nak untung juga kan?" jawab Khairul sambil tersenyum penuh makna.

“ishhh.....tak ikhlas !!! " balas Meyyza sambil memeluk tubuhnya tanda protes lebih tepat Merajuk membuatkan Khairul Aydeen ketawa tak henti-henti.

“ikhlasssss.....tapiiiiii jauhhhhhhhh" tawa Khairul Aydeen pecah bersama Meyyza Helena yang sedikit tertarik.

“ok, kalau macam tu awak nak apa?" soal Meyyza Helena kembali sambil melihat kearah jamnya.

“belanja makan" jawab Khairul Aydeen ringkas seolah-olah tahu bahawa gadis itu sedang mengejar waktu.

“ok deal....bila? lepas kes ni selesai ke?" tanya Meyyza lagi sambil tangannya membereskan begnya.

“ikut lahh, saya okey je" jawab Khairul Aydeen sambil mengangkat kening sebelah.

“ok....nanti pape roger" ucap Meyyza Helena sambil berdiri lalu ingin berjalan pergi.

“ehh, awakkk!!!" membuatkan gadis itu mengalihkan pandangannya ke arah Khairul yang sudah berdiri.

“macam mana saya nak tahu awak tak bohong"tanya Khairul membuatkan Meyyza terdiam.

" lagi satu macam mana saya nak cari awak dan tahu kes tu dah selesai atau belum? kalau macam tu awak tinggalkan nombor telefon dekat saya, boleh? " cadang Khairul Aydeen setelah melihat Meyyza Helena seakan-akan berfikir.

“haaa...boleh juga" jawab Meyyza lalu meninggalkan nombor telefonnya kepada Khairul Aydeen yang tersenyum lebar.

Lalu Meyyza Helena menuju ke arah keretanya dan kemudian memecut pergi setelah dia membunyikan hon kepada Khairul, dia seolah-olah di cas semula tenaganya seakan baru di pagi hari, dia mengenggam erat telefon yang berada ditangannya.

Khairul juga akhirnya bergerak meninggalkan kawasan yang menjadi saksi antara dia dan gadis itu, sambil senyuman tidak lekang dari bibirnya dia melajukan keretanya menuju tempat latihannya.

‘Akhir sebuah penantian'. gumam Khairul Aydeen dalam hati.

Continue Reading

You'll Also Like

57.4K 3K 54
π‘Ίπ’†π’ƒπ’†π’π’„π’Š - π‘©π’†π’π’„π’Š π‘΄π’‚π’π’‚π’Œπ’‚π’‰ π‘«π’Šπ’‚ π‘·π’‚π’…π’‚π’Œπ’–, π‘¨π’Œπ’– 𝑻𝒆𝒕𝒂𝒑 π‘΄π’†π’π’„π’Šπ’π’•π’‚π’Šπ’π’šπ’‚ Ammar Firhan Haqeem | Tengku Adira Sofia S...
2.3K 311 61
"A-alana suka abang !!!!!!" ucapnya separuh menjerit Sontak pen yang ada dipegangan Nuqman Yusuf terjatuh entah kemana..Terkejut kerana pernyataan ti...
469K 19.1K 83
[Editing] Dalam drama pasti wanita akan berkahwin dengan lelaki kaya, tapi tidak dengan kisah Maya dan Daniel.Daniel persetuju melakukan perkahwinan...
35.9K 4.1K 15
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...