VILLAIN : SHE THE LOST MOON

By SyuAme

1K 72 3

Selepas kematian aku, Aku terbangun di dunia lain. Yep! Macam cerita Isekai. Aku masuk ke dunia fantasi novel... More

EPISODE 2 : Become Antagonist
EPISODE 3 : Meet The Protagonist
EPISODE 4 : Welcome Ceremony
EPISODE 5 : Duel & New Dog
EPISODE 6 : MY TEACHER IS MY FAMILIAR!?
EPISODE 7 : New Challenge Part 1
EPISODE 8 : New Challenge Part 2
EPISODE 9 : Order Themera?
EPISODE 10 : Are you sure this is Exam?
EPISODE 11 : End of Float Island Field Exam
EPISODE 12 : BAD NEWS!!!
EPISODE 13 : Prime Minister, Rank, Door
EPISODE 14 : RED TYRANT ARC PART 1
EPISODE 15 : RED TYRANT ARC PART 2
EPISODE 16 : RED TYRANT ARC PART 3
EPISODE 17 : RED TYRANT ARC PART 4
EPISODE 18 : RED TYRANT ARC PART 5
EPISODE 19 : RED TYRANT ARC PART 6
EPISODE 20 : RED TYRANT ARC PART FINALE
EPISODE 21 : Post- Red Tyrant Arc
GALLERY 1 : Munechika Mikazuki
GALLERY 2 : HARPYCLAW DORM
EPISODE 22 : New Smartphone & GORGON
EPISODE 23 : GORGON PART 2
EPISODE 24 : Simon's Food & New Bad News
EPISODE 25 : Date
EPISODE 26 : Kidnapped
EPISODE 27 : Meeting The Great Three Arc Part 1
Episode 28 : Meeting The Great Three Part 2
Episode 29 : Meeting The Great Three Part 3
Episode 30 : GORGON EGG IS HATCHED!!?
Episode 31 : The Terrorist at The SCHOOL!? Part 1

EPISODE 1 : The Welcome

117 8 2
By SyuAme

[Monster]

“Monster!!”

“Ibu!! Matanya menakutkan!! Uwaa!!”

“Kenapalah kitorang kena jaga anak macam kau!!?”

“Kau bukan anak aku!! Kau cuma orang luar!!”

“Apa kau dengar? Anak jiran kita ni, Aku dengar anak mereka seekor monster.”

“Aku pun pernah nampak Monster tu!! Matanya merah!!”

Korang pasti tahu lagi kan? Aku dengar Ibu bapa Anak tu meninggal dunia akibat kemalangan. Aku berasa kesian dekat keluarga yang ambik dia sebagai anak angkat.”

“Mereka bahkan mengalami krisis kewangan. Pasti anak itu membawa nasib malang.”

Aku.... Penat....

Aku penat dengan semua ni....

Ibu, ayah dan Onii-sama.... Mereka semua tinggalkan aku bersendirian di dunia ni.

Pakcik dan Makcik.... Mereka sampah.

Kawan-kawan.... Mereka anggap aku ni Monster.

Dari dahulu lagi.... Aku dah penat dengan semua ini.

“Kau dengar tak? Anak jiran kita bawa nasib buruk pada orang lain. Hari ini, ada seorang budak mati lemas lepas bermain dengan anak tu.”

Jangan salahkan aku.... Aku tak salah apa-apa.

“Aku tak tahan dengan budak tu.... Dia menakutkan....”

Ini bukan salah aku.....

“SAYANG!!! SAYA TAK NAK BUDAK TU ADA DALAM RUMAH KITA!! CEPAT BUANG DIA!!”

Semuanya.... Semuanya benar-benar buatkan aku rasa muak.....

“Monster!!! Kalau kau takde dalam rumah ni!! Kalau kau tak lahir!! Kakak aku masih ada!!”

Semua orang... Ingin aku mati....

“—PEMBUNUH!!!!”

Ye tak ye juga.... Kenapa aku tak mati dari awal?

“Mika.”

Aku dah muak dengan semua ni....

Aku penat dengan semua ni....

Clangg....

Perluru di masukkan ke dalam pistol.

Ini adalah yang terakhir.... Aku melihat pemandangan yang indah ni....

Aku melihat suasana bandar yang masih sibuk walaupun sudah masuk waktu senja. Angin yang bertiupan di atas bangunan itu menambahkan suasana baik aku.

"Hari ini.... memang hari yang indah untuk mati."

BAAAANGGGG!!!!

*******

Eh?

Aku terkejut setelah sedar apa yang berlaku.

Bukan ke sepatutnya aku dah mati?

Apa ini dunia selepas kematian? Kenapa gelap je?

Aku melihat cermin antik dan besar di depan aku. Cermin itu terapung dan apa yang boleh melihat di dalam cermin itu ialah, Warna hitam.

“Api melambangkan keberanian.”

Gambar api menyala ditunjukkan oleh cermin itu.

“Air melambangkan Kesedihan.”

Gambar cecair air ditunjukkan.

“Angin melambangkan Kebebasan.”

Angin yang menerbangkan daun ditunjukkan.

“Tanah melambangkan Keceriaan.”

Gambar Tanah ditunjukkan.

“Ais melambangkan Kesunyian.”

Ais yang retak ditunjukkan.

“Petir melambangkan Kekuasaan.”

Petir yang berdentum kuat ditunjukkan.

“Cahaya melambangkan Kehangatan.”

Gambar bintang cahaya kecil muncul.

“Kegelapan melambangkan—”

Aku terkejut apabila wajah aku muncul di dalam cermin itu.

“—Diri kau.”

". . . ."

“Katakan, Apakah keinginan kau, Munechika Mikazuki?”

Aku menggigit bibir aku dengan terdesak.

Keinginan? Kau kata keinginan?

"Apa orang seperti aku layak memiliki keinginan?" Balas aku dengan senyuman pahit di dalam cermin itu.

“Setiap orang layak memiliki keinginan. Disitulah, Jiwa mereka bertindak untuk mencapai keinginan mereka.”

“Munechika Mikazuki. Beritahu apakah keinginan kau.”

Selama beberapa saat, aku menutup mulutku. Aku tak tahu nak jawab apa kerana aku ragu-ragu.

Orang seperti aku tak layak ada keinginan.

Hanya itu sahaja aku yakin selama hidup aku.

"Aku hanya...."

Mata aku menatap ke arah diri aku pada cermin tersebut.

“—ingin mati sahaja.”

Hanay itu sahaja aku inginkan. Aku dah muak dengan semua ni.

“Keinginan yang aneh.... Manusia biasa nakkan hidup abadi atau kekuasaan. Berlainan dengan kau.”

Sebuah Topeng putih muncul di dalam cermin itu.

“Munechika Mikazuki, Kau memang manusia yang aneh.”

“Walaupun kau ingin mati, Aku takkan benarkan.”

"Hah?"

“Kau akan menjalani hidup yang unik. Kau akan bertemu dengan—”

“—gagak—”

Gambar gagak muncul.

“—Iblis—”

Topeng Iblis muncul pada cermin itu.

“—Naga—”

Simbol naga ditunjukkan.

“—Monster—”

Gambar Kucing bertelinga api biru terlihat.

—dan diri kau.”

Diri aku berada di cermin.

“Jalani hidup kau dengan baik-baik. Ubah apa yang kau pernah lakukan. Buka diri kau dan buatlah kehidupan yang lebih baik, Munechika Mikazuki.”

Aku melihat tangan seseorang keluar daripada cermin yang gelap.

“Saa, Ambillah tangan aku dan jangan pernah lepaskannya....”

Perlahan-lahan,aku menyambut tangan itu dan ditarik masuk ke dalam cermin itu.

“Kau akan sentiasa berada di sisi aku, Mika.”

Gelap. Apa yang aku rasa hanya badan aku dipeluk oleh sesuatu yang besar.

“—Kerana kau milik aku sekarang.”

*****

Ding! Dong! Ding! Dong!

Loceng gergasi di menara berbunyi sangat kuat pada malam itu.

"Apa!?"

"Loceng tu!!"

"Tak mungkin!! Ini dah hampir 15 tahun sejak Maou pergi!!"

Crowley berjalan keluar dari pintu dan berdiri di hadapan beranda. Dia melihat suasana kota yang tidak berapa jauh darinya, agak riuh-rendah.

"Sudah lama sejak loceng tu bunyikan sejak kelahiran Zororis. Apa mungkin...."

“Maou yang baru telah tiba.”

Crowley menoleh ke arah punca suara. Dia melihat seorang lelaki berkerudung hitam yang menutup kepalanya kecuali tanduknya yang tegak.

"Aku boleh rasakannya," Lanjut lelaki itu.

"Jarang kau tiba-tiba muncul depan aku, Albert. Apa kau mungkin kau sangat teruja dengan identiti Maou baharu?"

"Tidak. Aku dah tahu siapa dia."

"Ara? Kalau kau dah tahu, Benda ni dah tak menarik."

"Aahh! Kenapa Korang masih tak bergerak lagi? Bukan ke sekarang kita patut tengok Maou yang baru?" Tegur seekor Kucing hitam yang berjalan di atas beranda.

"Kau ingat Maou baru akan muncul tiba-tiba kat depan kita? Susah nak cari Maou baru tu kalau waktu malam macam ni." Balas Crowley.

"Alah! Apa susahnya? Cari jelah kat hospital. Kan Maou baru tu baru lahir. Mestilah dia lahir kat hospital."

"Chase, Aku tak tahu apa kau tu bodoh atau tidak—"Albert mula bercakap.

"—Aku tak bodohlah!!" Marah Kucing tu atau dikenali sebagai Chase.

"—tapi Maou tak pernah lahir secara normal. Paling tidak, keluarga mereka dibunuh dan tinggal mereka seorang. Mereka ditakdirkan bersendirian sebelum menjadi Maou sebenar."

"KAU HIRAUKAN AKU KAN, ALBERT RURVEORA!!?"

"Sepertinya kau salah faham, Rakun Sialan. Aku cuma bercakap je. Kau yang memotong ayat aku."

"SIAPA YANG KAU PANGGIL RAKUN HAH!!? AKU NI GREAT GRIFFIN TAU TAK!!?"

"Dan aku seekor naga. Apa ada masalah?"

Crowley menghelakan nafasnya sambil mendengar pergaduhan Albert dengan Chase.

"Yare-Yare.... Aku tertanya-tanya adakah Maou baru tu akan suka pada Familiar bising seperti kita? Mungkin tidak—"

DDDRRRRAAANGGGGG!!!

Bunyi petir Berdentum kuat terjadi tepat di atas menara berdekatan dengan Lokasi Crowley, Albert dan Chase.

"Petir?"

"Tak... Tu bukan Petir biasa." Kata Crowley.

"Crowley, Petirnya berwarna merah." Tegur Albert.

"Aku tahu...."

Crowley memandang serius ke arah menara tersebut.

"Ini bahaya.... Kat menara tu.... Ada Dark Mirror."

"KAU BIAR BETUL!!? KENAPA KAU SIMPAN DARK MIRROR KAT SANA!!?" Marah Chase.

"SEBAB STOR RUMAH AKU DAH PENUH!!"

"SAPE SURUH KAU ISI BENDA-BENDA TAK BERGUNA!!? KAN DAH TAK MUAT!!"

"TU BUKAN BARANG TAK BERGUNA!! TU BARANG ANTIK!! HARGANYA MAHAL TAHU TAK!!? AKU HABISKAN 50,000 GRIM UNTUK LUKISAN MAOU ZORORIS YANG PERTAMA TAHU TAK!!?"

"DASAR BURUNG TAK GUNA!!"

"Maa~ Lebih baik Korang berhenti. Tak gunanya bergaduh." Albert meleraikan pergaduhan Crowley dan Chase.

"Yang lebih penting sekarang ni, Bukan ke kita patut jemput Maou baharu kita? Dia pasti sedang kebingungan sekarang ni." Lanjutnya.

Crowley dan Chase berasa kata-kata Albert ada masuk akalnya.

"Kalau macam tu, Jom kita jemput Maou baharu kita." Ajak Crowley lalu lompat turun daripada beranda. Tak lama kemudian, dia terbang sebagai seekor gagak.

"OI!! AKU ORANG PERTAMA YANG PATUT JUMPA DIA!! BUKAN KAU!!" Chase mengejar  Crowley daripada belakang.

"Sape sampai dulu, dia dapat!!"

Albert melihat Crowley dan Chase yang bermain kejar-mengejar.

"Apa gunanya magik kalau bukan untuk diri sendiri?"

Pakk!! Jari dipetik dan Albert lesap begitu sahaja.

*****

Crowley masuk melalui tingkap dan berubah menjadi manusia semula. Chase juga turut bersama dengannya.

"Albert!? Bila masa—"

Sudah tentu mereka berdua terkejut apabila Albert sudah berada di menara, dengan selamba dan tenang.

"Magik."

"Ah."

‘Naga Sialan!!! Aku tahulah kau tu berbakat tapi ni tak adil tau tak!!?’ Marah Crowley dan Chase di dalam hati.

"Itu."

Mata mereka berdua tertuju ke arah sesuatu yang ditunjuk oleh Albert.

Seorang gadis, berambut hitam, terbaring tidak sedarkan diri, di hadapan Dark Mirror yang terapung di udara.

"Perempuan?—Kejap.... Petir merah berdentum ke sini dan terdapat Dark Mirror kat sini.... Jangan-jangan—"

"—Dia Maou Baru tu!!?" Ayat Crowley dipotong oleh Chase.

"Ini pelik. Aku ingatkan Maou baru adalah bayi lagi. Bukannya sudah dewasa." Gumam Crowley dengan kebingungan.

"Crowley, Chase, Aku pass. Kalau dia lihat aku, Aku takut dia tak selesa."Celah Albert.

"Oi! Albert! Tunggu kejap—"

Snapp!! Albert dah menghilang dahulu sebelum ayat Albert di habiskan.

"Naga tu memang pembuat masalah." Ejek Chase.

"Jangan cakap orang, kau pun pembuat masalah juga."

"AKU BUKAN PEMBUAT MASALAH!!"

Crowley menghiraukan Chase dan berjalan menuju ke arah gadis itu. Tangannya menyentuh rambut hitamnya.

Tiba-tiba....

BA-DUMPPP!!!

Rasa panas, Darah melonjak, kepalanya berasa pusing dan penglihatannya menjadi kabur dirasai oleh Crowley.

'A-apa benda ni? Badan aku... Rasa panas...'

"Oi! Gagak! Kau okey ke!?" Tanya Chase.

"Gek!" Crowley memegang tangannya yang menjadi sangat panas.

'Panas.... Badan aku....terlalu panas....'

“Crowley.”

Suara seseorang memenuhi kepala Crowley.

“Lindungi Tuan mu. Tak kira apa jua.”

Suara yang menyeramkan dan menakutkan.

'—Bahkan suara ni buatkan aku tertekan.'

"Chase...."

"A-apa?"

"Sentuh dia."

"Hah?"

Belum sempat Chase memberikan jawapannya, Tangannya ditarik lalu dipaksa menyentuh rambut Gadis.

Badan Chase terasa ditekan. Darahnya menjadi panas, jantungnya berdetak lebih laju. Kepalanya berasa sangat pusing.

“Chase, Lindungi Tuan mu. Tak kira apa jua.”

Dengan pantas, Chase menarik tangannya.

"O-oi... A-apa benda tu, Crowley?"

"Suara Maou Zororis."

"Apa!?"

"Tak salah lagi, Ini suara Maou Zororis. Hampir 15 tahun aku tak dengar suara ni." Jawab Crowley lalu bangun dan melihat gadis yang terbaring itu.

"Dia.... Maou baharu itu."

*******

Di mana ni? Ini bukan bilik aku.... Kenapa aku rasa ada benda duduk atas badan aku?

“Ah! Kau dah bangun!”

Aku terkejut apabila melihat seekor kucing hitam yang boleh bercakap, berada di atas badan aku.

"Rakun bercakap?"

"AKU BUKAN RAKUN LAH!!"

Rakun ni.... Comel juga ye.

"Seperti dijangkakan, kau lain daripada yang lain."

Aku menoleh ke arah punca suara. Seorang lelaki berpakaian aneh duduk di kerusi bersebelahan aku. Lelaki itu memakai topeng dan topi aneh. Dia tersenyum sinis pada aku.

Aku bangun dan memandang ke arah tangan aku. Rakun yang tadi lompat duduk di sebelah aku.

"Kenapa? Apa ada masalah?" Tanya lelaki itu dengan lembut.

"Ha...haha...."

"Mnh?"

"HAHAHAHAHA!!!!"

Gelak ketawa aku membuatkan lelaki dan Rakun itu terkejut.

Telapak tangan aku menutupi mata kiri aku sambil kepala aku tertunduk sedikit. Rambut aku yang panjang menutupi wajah aku supaya orang yang tidak kenali mengetahui emosi aku.

"Aku tertipu.... Aku tak sangka yang akan hidup lagi."

Ini teruk.... Sangat teruk....

Aku mula bencikan badan ni....

Aku cuma nak mati sahaja... Apa itu susah?

"O-Oi... Crowley, Perempuan tu kenapa?"

"Manelah aku tahu."

Aku memandang ke arah lelaki dan Rakun itu.

"Aku mana sekarang ni? Terakhir kali aku ingat, Aku kat bangunan tinggi." Tanya aku.

"Kau pasti kebingungan. Baiklah, biar aku jelaskan. Pertama, aku kenalkan diri aku. Nama aku Crowley. Rakun di sebelah ini, Chase."

"AKU BUKAN RAKUN LAH SIALAN!! AKU GREAT GRIFFIN!!!" Marah Chase.

"Great Griffin?"

Apa benda tu?

"Ah... Jangan pedulikan apa yang Rakun ni katakan. Dia cuma kucing biasa je." Balas Crowley.

"KAU GAGAK SIAL—MMMMHHPP!!!"

Mulut Chase ditutup paksa.

"Ojou-chan, apa nama kau pula?"

"Munechika Mikazuki."

"Mh? Nama yang aneh. Apa mungkin kau berasal dari dunia lain?"

"Dunia lain?"

"Dah agak dah. Kau dari dunia lain. Takde pilihan lain, biar aku jelaskan semuanya."

"Munechika Mikazuki, Kau berada di Kediaman Raven. Semalam, kau pingsan di depan Dark Mirror. Disebabkan kau tak sedarkan diri walaupun sudah banyak kali dikejutkan, Aku terpaksa bawak kau masuk ke rumah aku."

Aku memandang tajam ke arah Crowley.

Lelaki ini mencurigakan.

"Jangan terlalu berwaspada sangat. Aku takde niat apa-apakan kau—"

BAANNGGG!!!!

Burung di dalam sarang terbang keluar daripada pokok selepas mendengar bunyi tembakan yang kuat.

"Ot to... Sangat berbahaya untuk gadis kecil seperti kau pegang senjata, Ojou-chan."

Aku memberikan tatapan pembunuh ke arah Crowley sambil mengarahkan Senapang ke arah kepala Crowley.

"Mm... Tatapan yang bagus.... Aku tak sangka manusia biasa macam kau boleh ada magik seperti ni."

"Ha! Manusia? Aku lebih suka panggil Monster berbanding Monster."

Suasana menjadi hening antara kami berdua.

"Aku faham kau rasa tak sedap hati bila bersama orang tidak dikenali tetapi aku takkan buat apa-apa pada aku. Percayalah pada aku."

Aku memandang ke arah Crowley dengan lama. Tak lama kemudian, Aku menghelakan nafas lalu menghilangkan senapang tadi.

Lelaki merenung ke arah aku dengan lama. Itu menambahkan aku punya tidak keselesaan.

"Kalau ada soalan, tanya je. Aku akan jawab semuanya."

"Apa benda tu?"

"Kalau kau cakap pasal senapang tadi, aku hanya boleh jawab itu hanyalah sebuah sumpahan je."

"Sumpahan?"

"Sejak aku boleh mencipta senapang tu, Semua orang mula jauhkan diri aku dan menghilang satu persatu. Itulah kenapa aku panggil sumpahan."

"Mmm.... Jarang orang memiliki magik tu."

"Magik?"

"Ah... Apa mungkin kat dunia kau takde magik?"

"Sudah tentu takde. Magik tu cuma fantasi je—"

"Kau ada di dunia magik."

"Hah?"

Aku pandang ke arah Crowley dengan terkejut.

"Selamat datang ke dunia Magik."

Suasana menjadi hening. Aku bangun dari katil dan mengambil topi merah di atas laci. Topi dipakai dan aku berjalan ke arah tingkap.

"Munechika?"

"Panggil aku Mika."

Tingkap dibuka. Itu membuatkan Crowley dan Chase terkejut serta kebingungan.

"Jumpa lagi nanti."

Aku lompat terjun dari tingkap—

"Mika!!!"

—dan terbang menggunakan senapang sebagai penyapu terbang, dengan sepantas yang boleh.

"Yare-Yare, Macam mana aku nak bagitahu Albert ni?" Gumam Crowley dengan penat.

"Itu tak penting. Yang penting ialah... Macam mana dia boleh tak takut bila dia kat dunia lain!? Apa dia tak takut kena makan dengan makhluk tak dikenali!!?" Marah Chase.

"Nak buat macam mane? Dia Maou yang paling pelik yang aku pernah jumpa."

*****

Continue Reading

You'll Also Like

855K 61.1K 71
[SIRI FLEUR SOPHIA, BUKU DUA ] Selepas segala dugaan dan cabaran yang Fleur Sophia alami selepas pindah ke Malaysia, gadis itu akhirnya dapat miliki...
7.2K 56 5
kisah menceritakan tentang kehidupan aku yang pertama kali kena batang orang lain
63.5K 321 3
Kisah athirah yang masih di bangku sekolah dimanfaatkan kepolosan nya oleh si tua.