ยฉ KIND IS A CURSE

By yeonnights

2.8K 550 979

[ COMPLETED ] - KIND IS A CURSE ๐Ÿ”ž "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Ada sebab kenapa periba... More

KIND IS A CURSE
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26 [ Ending ]
Epilogue

11

87 24 37
By yeonnights

Possible tak nak dapat 10 votes untuk chapter ni?

<3

---

"Nah, minum dulu." Mug berisi susu coklat dihulurkan pada Irelyn. Kusut pada wajah gadis itu masih belum luntur sejak pagi tadi. Dari Hyunjin bangkit tidur hinggalah sekarang iaitu jam makan tengahari, Irelyn kelihatan sangat runsing memikirkan apa yang terjadi semalam.

Terlampau banyak perkara yang jadi dalam satu hari. "Apa yang kau runsingkan sangat ni? Ceritalah." Tutur Hyunjin sembari melabuhkan punggung di sofa.

"Tak ada apalah. Aku cuma pening sebab belum bayar bil elektrik."

"Bil?" Soalnya penuh curiga. "Jarang-jarang kau lupa bayar apa-apa bil."

"Aku nak masuk dulu. Nanti kalau kau nak balik, jangan lupa kunci pintu." Irelyn bangkit dari duduknya dan sebelum melangkah pergi, dia berpesan sesuatu, "Kalau terserempak dengan Minho dekat bawah apartment, beritahu dia aku tak ada dekat rumah. Cakap saja yang aku ada hal."

"Irelyn kauㅡ"

"Aku okay, Hyunjin. Aku pun manusia. Aku perlukan waktu bersendirian, itu je. Jangan lupa apa aku cakap tadi."

"Okay..." Hilang saja kelibat Irelyn, Hyunjin pun terus mengemas barangnya untuk pulang. Seperti yang dipesan, pintu rumah dikunci rapat.

Tibanya dia di lobi, Hyunjin benar-benar terserempak dengan Minho. Irelyn seperti ahli nujum yang mampu mengetahui apa yang akan terjadi pada lima minit ke depan. Hebat. "Hyunjin...?"

"Minho... Cari Irelyn ke?"

"Haah. Siapa lagi yang tinggal dekat sini kalau bukan Irelyn kan?" Lelaki itu cuba berjenaka walaupun Hyunjin sedar kalau jenaka itu hanyalah sebuah perlian.

"Sekejap. Aku nak tanya sesuatu boleh?" Minho mengangguk walaupun terselit sedikit keraguan. "Semalam... Kau ada jumpa Irelyn ke?"

"Ada. Siang tu."

"Malam?"

"Tak." Jawapan Minho membuat Hyunjin bingung seketika. Jika Irelyn dan Minho tiada masalah, jadi mengapa Irelyn enggan bersemuka dengan lelaki itu? Alasan nak bersendirian sangat tidak boleh diguna pakai kerana Hyunjin kenal sungguh dengan keperibadian kakak angkatnya yang satu ini.

Gadis itu bencikan kesunyian.

"Eum, Irelyn tak ada dekat rumah. Dia ada hal."

"Oh... Hal apa?" Hyunjin menjungkitkan bahunya lalu menggeleng perlahan.

"Tak tahu. Okaylah aku pergi dulu, see you later, o nunca (or never)" Kaki melangkah pantas meninggalkan kawasan kediaman Irelyn.

Minho tidak mempercayai kata-kata Hyunjin. Kuat perasaannya mengatakan kalau ada sesuatu yang disimpan oleh lelaki itu. Wujud aura tidak enak ketika Hyunjin memberitahu tentang Irelyn yang katanya sedang tidak berada di rumah. Nada Hyunjin terdengar seperti sedang berbohong dan seolah-olah ingin menyembunyikan sesuatu.

Minho memilih untuk abaikan apa yang disampaikan oleh Hyunjin dengan terus melangkah naik ke atas, tepatnya ke rumah Irelyn. Tiba saja di hadapan pintu rumah Irelyn, Minho memilih untuk mengetuk dan tidak menekan loceng. Kerana jika loceng ditekan, skrin LED akan menyala dan itu akan membuat Irelyn tahu tentang kedatangannya.

Beberapa kali tangan mengetuk, pintu tak juga kunjung dibuka. "Ada masalah apa dia ni? Betul ke tak ada dekat rumah? Tapi kalau betul kerja, kenapa kereta dia ada dekat bawah? Tak akanlah jalan kali pula." Soalan demi soalan ditanya pada dirinya sendiri.

Kaki sudah hampir kebas, namun pintu masih tidak kunjung terbuka. Walaupun Minho masih tidak yakin seratus peratus tentang apa yang Hyunjin sampaikan tadi, lelaki itu tetap memilih untuk pergi. Dia memujuk dirinya dengan menyakinkan diri sendiri kalau apa yang bermain dalam fikirannya hanyalah permainan hati semata.

click

"Oh?"

"Eh? M-Minho?"

---

"Gracias." Ucap Hyunjin selepas pesanannya iaitu Kopi Latte terhidang di depan mata. Dihirupnya sedikit demi membasahkan tekak yang kering. "Eum sedap."

"Eh? Kau kawan Irelyn kan?"

"Hendera..." Siapa sangka dirinya akan bertemu dengan gadis yang pernah dan masih dia benci. Semuanya atas alasan kerana Hendera pernah menyakiti perasan Irelyn beberapa hari yang lalu. Masih segar di ingatan Hyunjin tentang mesej yang dihantar oleh Hendera kepada Irelyn. Terlalu biadap hingga susah untuk otak bijaknya melupakan setiap patah perkataan yang tertulis. "Kaya betul kau sampai mampu masuk kafe mahal macam ni?"

"Huh. Kakak adik sama je. Sombong tak bertempat." Kutuk Hendera dengan suara begitu halus. Andai saja dia tahu bagaimana pendengaran Hyunjin bekerja. Terlalu tajam sampaikan suara hati pun lelaki itu mampu dengar.

"Duduklah. Itupun kalau kau tak tahu malu." Hendera berdesis sebelum benar-benar melabuhkan punggung.

"Katalah apa yang engkau nak katakan. Tapi dah kebetulan kita bersemuka sekarang ni, ada sesuatu yang aku nak beritahu. Mungkin Irelyn belum beritahu kau, jadi biar aku saja yang sampaikan." Sampul surat berwarna putih dikeluarkan dari poket jaketnya. "Aku nak kau tengok gambar ni sebaik mungkin. Harapnya kau fahamlah apa yang aku cuba sampaikan."

Sampul dibuka perlahan. Empat keping kertas gambar dikeluarkan, namun keadaannya terbalik. Jadi Hyunjin masih belum tahu gambar apakah yang terlakar pada empat keping kertas pada tangannya itu. "Gambar apa ni?"

"Tengoklah sendiri. Kenapa? Takut?"

"Takutlah juga. Risau-risau ni gambar muka kau. Siapa je nak tengok muka orang jahat." Puas mengejek, Hyunjin lekas membalikkan empat keping gambar tadi. Apa yang dilihat tidak seperti yang tergambar di fikirannya. Jantung Hyunjin bergetar hebat ketika lelaki yang ada di dalam gambar tersebut.

"Aku tengah mengandung. Anak Minho. Jadi beritahu Irelyn untuk berhenti mengemis perhatian dari lelaki tu. Semalam aku dah pesan dekat dia, tapi risaulah kalau perempuan tu bukan jenis faham bahasa kan? Jadi aku pesan dekat kau juga supaya kau boleh ingatkan dia."

"Kau jumpa Irelyn ke semalam?" Hendera mengeluh.

"Memang aku kena ulang dua kali ke untuk bagi kau faham? Lain kali buka telinga luas-luas." Gambar dirinya dan Minho di atas katil tadi dirampas semula dari tangan Hyunjin. Sebaik mungkin gambar itu dimasukkan ke dalam sampul. "Jangan lupa aku pesan ni. Beritahu Irelyn supaya berhenti menyemak dalam hidup Minho. Faham?"

Hendera bangkit untuk beredar. Namun kalimat singkat Hyunjin berjaya membuat tubuhnya kaku sesaat. "Kesian betul hidup Minho." Hendera berkerut hairan.

"Apa maksud kau?"

"Heh." Hyunjin berdesis. Lelaki itu turut sama bangkit dari bangkunya. Beg disandang dan minumannya tadi juga diambil. Namun sebelum beredar, sempat dia bazirkan dulu air liurnya, "Kesian hidup Minho tu. Tak cukup dengan diri kau yang selalu bebankan dia, sekarang kau tambah pula beban lagi satu. Kesian."

Hyunjin yakin detak jantung Hendera pasti sedang berdegup laju bak orang yang sedang berlari 100 kilometer sejam akibat menahan kesal dan marah. Melihat tangan yang dikepal sedang menggigil membuat Hyunjin tersenyum puas hati. Enggan menyakiti bola mata sendiri dengan melihat wajah perempuan itu lebih lama, Hyunjin pun terus beredar meninggalkan kafe.

"Aku tak suka Minho. Tapi kalau suruh pilih percaya Hendera atau Minho, mati hidup balik pun belum tentu aku nak percaya perempuan tu. Irelyn pun satu. Kena rasuk syaitan apa sampai sanggup pergi jumpa Hendera malam semalam. Siapa watak utama dalam cerita ni sekarang? Urgh."

Hyunjin kini berada di hadapan pintu rumah Irelyn. Ketika pintu ingin dibuka, telinganya menangkap bunyi suara yang terdengar seperti sedang bergaduh. Ketika diteliti dengan betul, suara Minho terdengar jelas sedang menengking. Tanpa berfikir panjang, Hyunjin terus merempuh masuk ke dalam rumah.

"Irelyn?"

"H-Hyunjin."

"Kenapa kau ada dekat sini?" Keberadaan Minho cukup mengesalkan Hyunjin. Bukan dia tak suka dengan kewujudan lelaki itu, namun selepas tahu apa yang berlaku pada Irelyn malam tadi, Hyunjin jadi faham mengapa gadis itu enggan bertemu dengan Minho hari ini. Irelyn perlukan masa yang banyak untuk tenangkan fikirannya.

"Sebab aku tahu ada sesuatu yang tak kena. Irelyn, awak kena beritahu saya apa yang jadi. Kenapa tiba-tiba nak mengelak lagi? Baru semalam kita berdua berbual sama-sama, Irelyn. Baru kelmarin saya tumpang tidur rumah awak. Kenapa Irelyn?" Melihat Minho yang bersungguh-sungguh ingin mencari jawapan membuat Hyunjin kasihan. Keluhan berat dia helakan.

"Irelyn..... Aku dah tahu semuanya."

Kita empat pasang mata sedang menatap Hyunjin. "Maksud kau?"

"Aku jumpa Hendera tadi."

"Hendera? K-Kenapa dengan Hendera, Irelyn? Awakㅡ"

"Beritahu dia, Irelyn. Dia berhak tahu semua hal yang terang-benderang melibatkan dia. Kalau kau simpan, sama saja macam kau bersubahat dengan perempuan tu." Minho semakin keliru. Dia tidak tahu siapa yang patut dia dengarkan sekarang. Sama ada Irelyn atau Hyunjin.

"Apa dia, Irelyn?"

Nafas berat dihela oleh Irelyn. Bola mata Minho ditatapnya, "Semalam Hendera ajak saya jumpa dekat taman kawasan rumah awak. Tak ada angin atau badai, dia tiba-tiba bagi saya empat keping gambar. Tapi sebelum dia bagi semua gambar tu, dia ada beritahu sesuatu. Sesuatu yang buat saya terkejut."

"Apa dia..."

"Dia mengandung..... Anak awak."

Lelaki itu terduduk. Bukan lidahnya yang kaku. Tapi jantungnya. Ingin dia bercakap sesuatu, namun jangankan bercakap. Bernafas pun sudah tidak teratur sekarang ini. Minho mengusap perlahan dada kirinya untuk menenangkan detak jantungnya. "G-Gambar tu. Gambar apa?"

Hendera menoleh sekilas ke arah Hyunjin. Gelengan kecil dicipta, menunjukkan kalau dia tidak rela untuk memberitahu. "Kau betul nak tahu?"

"Kalau boleh, aku nak tengok."

"Gambar kau dengan dia atas katil....... Bogel."

---

"Kalau Irelyn tak mahu jawatan tu semula, saya tak boleh buat apa-apa. Kita tak boleh nak paksa dia. Bila ingat semula dengan apa yang kita pernah buat dekat dia dulu, saya tak rasa kita ada hak untuk tentukan apa yang patut dia buat. Kalau dia kata tak mahu, maksudnya kita kena hormat keputusan dia." Ungkapan Chan didengar baik oleh Hazel. Wanita itu tiba-tiba berdesis.

"Tak boleh, Chan. Dia terhutang budi dengan awak, dengan kita! Sebabkan awak, dia dapat merasa jadi profiler. Saya tak nak bagi orang lain pegang jawatan tu sepanjang saya mengandung. Susah untuk saya dapatkan semula nanti. Kalau Irelyn yang pegang jawatan tu, tak susah untuk kita buang dia." Sang suami lemah lutut mendengar kata-kata isterinya.

"Kalau saya minta awak berhenti kerja lepas anak kita lahir, awak sanggup?" Hazel berdecik.

"Awak dah janji kan? Awak sendiri yang izinkan saya tetap bekerja walaupun dah ada anak. Kenapa tiba-tiba macam ni? Atau awak memang lagi selesa bekerja dengan Irelyn, dan bukan dengan saya. Ha, Chan?" Lengan sang isteri digenggam lembut. Hazel melabuhkan di sebelah suaminya. Bahu wanita itu diusap lembut selembut lembutnya.

"Hazel, saya sebenarnya dah penat dengan kerja saya. Kalau boleh, saya nak berhenti jadi polis. Lebih baik saya cari kerja lain dan kita jangan libatkan lagi Irelyn dalam hidup kita. Mungkin apa yang saya fikir, sama dengan apa yang Hyunjin nak. Dua-dua pihak menang. Ye?" Hazel menghela nafasnya yang terasa berat.

"Tak nak, Chan. Saya nak kerja. Saya nak jadi profiler semula."

"Hazel tolong. Kali ni saja. Tolonglah jangan penting diri. Jangan jadi selfish. Kalau awak bekerja, siapa nak jaga anak kita?"

"Irelyn. Dia berhutang budi dengan kita kan?"

"Hazel...." Bagai dihentak batu, jantung Chan dibuatnya selepas mendengar kata-kata yang keluar dari mulut sang isteri. "Saya kahwin dengan siapa sekarang ni? Awak atau Irelyn?"

---

Bbokari-

KIND IS A CURSE
221009

- Late update again </3 -
Sorry!

Continue Reading

You'll Also Like

12.4K 1.6K 15
ยฉ2019 -๐Š๐‡๐€๐ˆ๐๐ƒ๐„๐‘๐๐”๐„๐๐Ž (๐–๐€๐’ -๐๐”๐๐†๐Œ๐ˆ๐) ๐’๐“๐Ž๐‘๐˜๐‹๐ˆ๐๐„ [BANGTAN SERIES #7] โœงโ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โ€ขโโ€โโ€ขโ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โœง Petah berdebat? Be...
949 107 8
[complete] "kita memang di takdirkan bersama."-mingyu " sejak bila kau cringey nih?"-sara " sejak aku jumpa kau"-mingyu " whatever."-sara - oh my! s...
5.5K 1.2K 17
Winner of The Best Fanfiction Story - Crystal Awards โ•”โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€ ยค โ—Ž. โ—Ž ยค โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ”€โ•— Choi Seonhee merupakan seorang gadis popular di lama...
18.1K 520 16
"we meet again my love" -Tengku Adrian Arasyah Seorang jejaka Yang merupakan musuhnya ketika waktu kecil muncul kembali Dalam hidup Mikayla. Dipaks...