Dukun 2 (COMPLETED)

By HairiKhuzairi2

94.2K 1.5K 339

Peristiwa hitam yang berlaku pada puluhan tahun lalu kini kembali. Zaki dihantui kembali makhluk yang pernah... More

1: Kampung Permai
2: Pelindung
3 : Sesuatu Perubahan
4 : Dia Masih Hidup
5 : Rasukan Syahwat -PART 1-
5 :Rasukan Syahwat -PART 2-
6: Zaki Sedar
7 : " What The F*ck is Wrong With Me?!"
8: Perasaan Baharu
9: Pelukan Kasih
9: Pelukan Kasih -Part 2-
10: Malam Yang Panjang
11 : "Aku Bukan Gay"
12 : Menangkap Makhluk itu
13 : Handsome
14 : Disini ia bermula
PREVIEW
15 : Abang Maafkan Aku
16: Maafkan Aku Abang
17 : Kasih Berubah
18: Zaki Hilang
19: Mencari Zaki
19: Mencari Zaki -PART 2-
21: Fitri Yang Sebenar
PREVIEW -AKHIR-
DUKUN 2 CHARACTER
DUKUN 2 -FINALE-
DUKUN -RECAP-

20 : Pergi Dari Hidupku!!

2.3K 47 7
By HairiKhuzairi2

20: Pergi Dari Hidupku!!

Motorsikal yang ditunggang zali masuk kedalam halaman rumah fitri. Zali memandang sekeliling rumah fitri. Pintu dan tingkap rumah tertutup rapat. Zackruddin dan zali turun dari motorsikal.

"Tak silap saya.. ini rumah anak murid saya"kata zackruddin
"Siapa?"tanya zali
"Saya macam tak berapa ingat nama dia..fakri ke fazli ke fitri ke fikri.."kata zackruddin
"Hmmm macam takde orang"kata zali
"Tula.. bertutup je rumah ni.."
"Kita cuba bagi salam dulu"

"Assalammualaikum.."

Zali dan zackruddin silih berganti memberi salam. Zali berjalan keliling rumah itu. Zackruddin memandang persekitaran rumah itu. Zackruddin menoleh ke arah tingkap. Zackruddin seperti melihat kelibat orang mengintai di balik tingkap cermin nako yang kabur itu. Zackruddin merenung lama-lama ke tingkap tersebut.

"Macam mana? Ada orang tak?"tanya zackruddin bila melihat zali berjalan kembali ke arahnya.

Zali mengelengkan kepala. Zali dan zackruddin kemudiannya keluar dari halaman rumah fitri. Fitri berasa lega kerana kedua-dua lelaki itu akhirnya berlalu pergi dari rumahnya.

"Tak boleh jadi ni.. aku kena buat sesuatu.. kalau tak habis akan ada orang tahu tentang aku"kata fitri sambil memandang ke arah zaki yang lena.

Malam itu selepas solat isyak dan juga solat hajat untuk mencari zaki, rahimah bersama anak sulungnya dan bekas cikgu sekolah rendah anak bongsunya makan malam di dapur. Malam itu rahimah memasak makanan kesukaan zali.

"Mana mak dapat daging itik salai ni?"tanya zali
"Razak yang belikan.. tu yang mak buat masak lemak tu"kata rahimah
"Zack makan itik?"tanya zali
"Makan je"kata zackruddin
"Macam mana tadi? Ada jumpa pape ke pasal zaki?"tanya rahimah
"Tak jumpa lagi mak.. zali dah buat report polis dah"kata zali
"Apa kata tok imam?"tanya rahimah
"Tok imam yang suruh buat report polis"kata zali
"Mak harap sangat dapat jumpa zaki dengan selamat."kata rahimah
"Mak jangan risau, zali percaya zaki selamat dan baik-baik je"kata zali.

Selesai makan zali duduk di beranda rumah sambil membalas whatsapp dari isterinya. Zackruddin berada didalam bilik zaki. Zackruddin membalas whatsapp dari pembantu pengurus restorannya. Setakat ini segala urusan perniagaan di restoran zackruddin berjalan lancar.

Zackruddin juga membalas whatsapp dari alia. Alia selalu bertanya akan perkembangan zaki. Zackruddin meminta alia untuk bersabar dan berdoa supaya zaki dipertemukan dengan cepat dan selamat.

Waktu sudah menghampiri jam 11malam. Zackruddin berjalan keluar dari bilik dan menuju ke beranda rumah. Zackruddin tersenyum melihat zali sedang leka menonton video di youtube.

"Hi"tegur zackruddin lalu duduk disebelah zali
"Hi"zali tersenyum
"Tengok apa?"tanya zackruddin
"Video-video prank lawak ni"kata zali
"Tak mengantuk ke?"tanya zackruddin
"Belum lagi.. awak dah mengantuk ke?"tanya zali
"Tak.. sedap mak awak masak itik tadi"puji zackruddin
"Ye memang sedap.. lauk kegemaran saya tu"kata zali
"Saya nak minta resepi la kat mak awak.. boleh saya masuk dalam menu restoran saya"kata zackruddin
"Boleh.. tanya la mak saya nanti"kata zali lalu menyambung menonton youtube

Zackruddin mengusap lengan zali mengunakan jari telunjuknya. Zali menoleh ke arah zackruddin. Zali tersenyum. Zackruddin juga tersenyum. Zali mengusap rambut zackruddin. Zackruddin membiarkan zali membelainya.

"Jangan.. nanti mak awak nampak"kata zackruddin bila zali merapatkan wajahnya ke wajah zackruddin
"Mak saya dah tidur"kata zali
"Nanti orang lain nampak"kata zackruddin
"Takde orang dah waktu-waktu macam ni"kata zali lalu memaut leher zackruddin.

Zali mencium bibir zackruddin. Zackruddin membalas ciuman zali. Tidak sampai 15 saat mereka berbalas ciuman. Zali tersenyum sambil mengusap pipi kanan zackruddin dengan ibu jarinya.

"Awak gay ke biseks?"tanya zackruddin
"Apa?"dahi zali berkerut mendengar pertanyaan zackruddin
"Saya mengaku la.. dulu sebelum jadi cikgu saya gay.. saya suka lelaki.. lepas tu saya kawen.. saya tinggalkan dunia gay ni.. tapi sekarang bila jumpa awak, saya rasa macam jadi gay semula"kata zackruddin

Wajah zali serta-merta berubah. Zali kelihatan tidak selesa setelah mendengar pengakuan zackruddin.

"Zali.."zackruddin memandang zali

"Boleh tak kalau kita jangan melabelkan diri kita dengan gelaran macam tu? Saya tak suka lah. Ye saya suka awak zack.. tapi tak perlulah awak anggap saya macam gay ke ape ke.. bagi saya benda tu tak penting pon.. lagipun saya dah kawen.. dah ada isteri..dan 2 orang anak.. jadi saya tak suka dengan label-label yang macam tu.. tak penting pun.."luah zali
"Zali.. awak suka kat saya?"zackruddin sedikit terkejut
Zali memandang zackruddin sekejap sebelum kembali memandang skrin telefon bimbitnya.
"Sebenarnya saya.. saya tak nak.. hmm awak dah kawen dan ada keluarga awak.. saya risau jika saya buat perasaan awak berubah pada keluarga awak sebab tu saya tak nak awak jadi.."
"Awak menyesal ke apa yang berlaku petang tadi?"tanya zali serius
"Tak! Bukan.. tak menyesal pun.. tapi risau..dan serba salah"
"Zack.. ye saya suka kat awak.. tapi bukan sampai tahap saya nak ceraikan isteri saya dan tinggalkan anak-anak saya untuk bersama dengan awak. Saya tak rasa saya akan jalinkan hubungan istimewa dengan awak atas sebab saya suka kat awak"jelas zali(wei aku pernah guna ayat ni time dengan razif dulu wakakaka)

"Jadi maksud awak?"
"Macam ni la maksud saya.. ok, saya suka awak.. saya suka peluk awak..saya suka kiss awak.. itu je.."kata zali
"Ok ok"kata zackruddin sedikit hampa
"Zack.. hey.. ok tak?"tanya zali memandang zackruddin yang sedikit sunggul.
"Saya suka awak zali.. suka tahap macam nak selalu dengan awak"
"Zack.. benda ni baru buat saya.. dan saya tak nak melebih-lebih pun.. cukup sekadar macam ni je"
"Macam ni tu macam apa?"
"Peluk cium tu ok la.. setakat tu je"
"Saya ingat awak suka apa yang saya buat kat awak time kat sungai petang tadi"
"Ye saya suka awak isap batang saya.. tapi tu dah melebih sangat la.."kata zali
"Ye ye ye betul kata awak.. saya minta maaf"
"Benda dah jadi zack.. yang penting jangan buat lagi"amaran dari zali
"Hehe paham.. jangan risau saya tak akan"

Zackruddin terhenti dari bicara. Hidungnya menangkap aroma sesuatu yang ganjil. Zackruddin memandang zali

"Kenapa zack?"zali risau melihat air muka zackruddin berubah.
"Awak.. awak ada bau tak?"kata zackruddin dalam berbisik
"Bau apa?"tanya zali
"Cuba awak bau"suruh zackruddin.
"Bau kemenyan"terpacul dari mulut zali

Zali mengalihkan pandangan ke halaman rumah. Dalam samar-samar cahaya lampu jalan, zali dapat melihat satu susuk tubuh sedang berjalan menghampiri rumah.

"Eh tu macam.. zaki!!"zackruddin
"Ya Allah zaki! Mak!! Mak!! Bangun mak!! Zaki dah balik!!"jerit zali kegembiraan.

Zali berdiri dikuti zackruddin. Zaki berjalan perlahan-lahan menuju ke rumah.

"Ada apa ni? Mak dah nak tidur dah"kata rahimah yang datang ke beranda rumah.

"Mak tu mak! Zaki dah balik!"kata zali gembira
"Mana?? Mana zaki?? Ya Allah zaki! Balik juga anak mak ni"kata rahimah gembira.

"Eh zali.." zackruddin berasa pelik melihat pergerakan zaki.

Zali terus menuruni tangga berlari mendapatkan adik kandungnya.

"DUSSHH!!"

Tidak semena-mena zaki menendang dada abangnya yang berlari ke arahnya. Zali terpelanting ke belakang.

"Ya Allah zali!!"jerit rahimah.

Zackruddin segera turun dari beranda mendapatkan zali yang jatuh terlentang ditendang zaki.

"Aku nak kau berambus!! Jangan kau cari aku lagi!! Aku tak akan kembali!! Pergi kau dari hidup aku!! Jangan gangu aku!!"jerit zaki dalam nada suara garau. Mata zaki terbeliak hanya kelihatan putih sahaja.

"Ya Allah zaki! Bawak mengucap nak! Ni mak ni zaki!"kata rahimah lalu turun tangga beranda menuju ke zaki

"Makcik!! Jangan makcik!! Itu bukan zaki!! Zaki kene rasuk tu makcik!"zackruddin menjerit ke arah rahimah.

"Mak jangan dekat mak!" Kata zali sambil menahan senak didadanya akibat ditendang zaki.

Zaki kemudian memusing badannya ke belakang lalu berjalan keluar menjauhi rumah.

"Zaki tunggu!!" Zali bingkas berdiri lalu berlari mengejar zaki

Zaki menoleh ke belakang lalu menyeringai. Zaki kemudiannya merangkak dengan cepat umpama seekor harimau berlari laju. Zali terus mengejar zaki.

"Makcik tunggu sini, saya pergi kejar mereka"kata zackruddin lalu berlari mengekar zali dan zaki.

Setiap gerak langkah zaki terlalu pantas..malah zaki juga melompat dan merangkak dengan lajunya umpama seekor harimau.

Zali tidak putus asa mengejar adiknya. Zali tak akan membiarkan adiknya pergi. Namun apakan daya, kudrat zali untuk melangkah laju seperti adiknya tiada. Akhirnya zaki hilang ditelan kegelapan malam.

Zali tertunduk lalu terjatuh. Zali mencungap laju, malah degup jantungnya juga begitu laju. Zali memandang ke depan. Kelibat zaki tiada. Zackruddin berlari mendapatkan zaki yang terbaring keletihan di atas jalan raya.

"Zali!!!"jerit zackruddin

Zackruddin mengangkat zali untuk berdiri. Zali memeluk zackruddin. Zackruddin mengusap belakang badan zali.

"Sabar zali sabar.. kita akan dapat juga zaki tu balik.. yang penting kita tahu zaki masih hidup dan selamat"kata zackruddin

"Selamat? Selamat apanya kalau dah macam tu keadaan zaki.. !"marah zali
"Ok ok dah dah.. jom kita balik dulu"kata zackruddin lalu memapah zali kembali ke rumah.

Setiba dirumah, kelihatan rahimah sedang ditenangkan oleh salwa dan razak. Razak segera membantu zackruddin memapah zali.

"Mana zaki pergi nak?"tanya rahimah teresak-esak
Zali hanya mampu mengelengkan kepala
"Zaki balik ke tadi?"tanya razak
"Ye.. dia balik"kata zali
"Tapi bukan zaki yang sebenar.. zaki tadi macam kene rasuk"kata zackruddin
"Kene sampuk?"salwa terkejut
"Ye, mata zaki putih kemudian cara zaki merangkak lari tadi dah macam harimau"tambah zackruddin
"Apalah dugaan yang Kau beri pada anak aku ni Ya Allah"rahimah sebak
"Sabarlah kak.. kita akan akan dapat juga zaki tu nanti"kata razak

Malam itu zali tidak boleh melelapkan matanya. Masih terbayang kata-kata zaki yang dirasuk itu. Dada zali juga masih terkesan sakitnya akibat tendangan zaki. Zali melihat skrin telefon bimbitnya. 3:17 AM.

Zali menoleh ke arah zackruddin yang sudah lama lena. Zali rapatkan badannya ke badan zackruddin. Zali memeluk zackruddin. Zackruddin tidak sedar dipeluk zali.

Pagi itu zackruddin terjaga dari lena. Cahaya matahari sudah terbit dan memasuki ruang rumah papan itu. Zackruddin terkejut melihat jam dinding sudah pukul 8 pagi. Zackruddin memandang ke arah zali yang masih lena dengan badannya mengiring ke arahnya. Zackruddin mencium dahi zali.

Zackruddin berjalan menuju ke dapur. Zackruddin melihat rahimah sedang menyediakan sarapan pagi. Zackruddin ke bilik air dan mencuci mukanya.

"Zali masih tidur lagi ke?"tanya rahimah
"Ye makcik.. penat sangat agaknya tu"kata zackruddin lalu duduk dikerusi.
"Jemputlah makan, makcik buat lempeng.. boleh cicah dengan kuah masak lemak itik malam tadi"perlawa rahimah

Zackruddin dan rahimah berpaling ke arah zali yang berjalan laju ke arah bilik air. Zali membasuh mukanya. Zali kemudiannya terus berjalan menuju ke biliknya.

"Zali.. meh sarapan"ajak rahimah
"Takpe, zali tak lapar.. zali nak pergi cari zaki"kata zali
"Nak cari kat mana?"tanya zackruddin
"Mana-mana jela!"zali terus masuk kedalam biliknya.

Zackruddin dapat merasakan zali tidak ceria seperti sebelumnya. Zali agak moody pada pagi ini.

"Saya temankan zali cari zaki ye makcik"kata zackruddin lalu berdiri
"Hmm yela"

Zackruddin melangkah masuk kedalam bilik zali. Zali memaki selusr jeans. Zali kemudianya mencapai tshirt. Zackruddin menghampiri zali

"Zack please.. sorry saya takde mood pagi ni"kata zali menepis tangan zackruddin ketika zackruddin cuba memeluk zali
"Ye ok..sorry kacau awak"kata zackruddin lalu berundur ke belakang.
"Kalau awak nak ikut saya cari zaki, cepat-cepatlah bersiap"arah zali
"Ok.. tapi zali, awak tak mandi ke? Tak kan nak terus keluar dengan muka serabai macam ni"kata zackruddin

Zali terdiam. Zali memandang zackruddin tajam. Zali mencapai tuala lalu keluar dari biliknya. Zackruddin mengelengkan kepala.

Pagi ini aktiviti pencarian zaki menggunakan kereta zackruddin. Razak tidak dapat meminjamkan motorsikalnya kerana razak menggunakannya untuk kerja. Zali memandu kereta zackruddin.

Zackruddin tidak berbual dengan zali, wajah zali serius memanjang. Zackruddin tahu zali kecewa dan benggang kerana tak berjaya menghalang zaki dari pergi pada malam tadi. Terus-terang, zali sebenarnya tidak tahu atah tujuan untuk mencari zaki. Zali hanya pusing-pusing satu kampung memandu kereta zackruddin.

Setelah lebih 30minit bergerak, zali memberhentikan kereta di bahu jalan di suatu tempat sunyi. Tiba-tiba zali menghentak stereng kereta beberapa kali dengan kuat. Zackruddin terkejut melihat zali yang tiba-tiba bagaikan hilang kawalan diri. Zali keluar dari kereta.

Zackruddin keluar dari keretanya lalu menghampiri zali yang sedang berpeluk tubuh itu.zackruddin hanya memandang ke arah zali yang kelihatan tertekan.

"Saya malu nak tengok mak saya pagi ni lepas apa yang jadi malam tadi"zali bersuara
"Bukan salah awak"
"Saya ni abang, saya yang patut jaga keluarga saya.. mak harapkan saya bawa balik zaki"
"Zaki akan balik juga nanti.. awak jangan fikir yang bukan-bukan"kata zackruddin

Telefon bimbit zackruddin berdering. Zackruddin tersenyum melihat nama yang terpapar di skrin telefon.

"Waalaikumsalam asri.. ye saya.. dah sampai kat kampung dah kelmarin.. ye...baik.. ok saya tunggu.. Insyallah.. Walaikumsalam"

"Kawan saya akan sampai lepas asar nanti. Kawan saya pernah lawan dukun pak wardi dengan makhluk tu.. saya yakin kali ni kawan saya akan dapat hapuskan terus makhluk tu"kata zackruddin
Zali tersenyum kelat.
"Hey.. jangan stress.. saya yakin malam ni kita akan dapat zaki"kata zackruddin

Zackruddin memeluk zali.





Continue Reading

You'll Also Like

22.9K 1.2K 118
You locked your doors and windows to prevent me from entering. Too bad i'm already inside. Peminat fiksyen shasha ? Tempat yang betul ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜ Hati hati...
9.7K 337 21
Sebuah ceritera bergenre seram. Tapi tidak menyeramkan kerana telah diselit beberapa genre lain. Isi Kandungan Mungkin Mengandungi; -Perilaku 18+ -S...
231 64 6
Horror | Funny | Adventure Shah Fuan dan Nik Adam. Dua nama yang berbeza dan juga dua personaliti yang berbeza. Hanya sahaja, mereka mempunyai wajah...
23K 3.1K 41
A Sequel To Diary ~ Dalam Season lepas, seluruh warga dunia telah dikejutkan dengan khabar kumpulan boy group terkenal SEVENTEEN yang dikatakan telah...