Zharil Darriz

By meqayla

504K 16.2K 707

Orang kata, kita kena ada confident yang tinggi. Disebabkan confident yang tinggi itu, Aish telah dimarahi se... More

Perkenalan
C1
C2
C3
C4
C5
C6
C7
C8
C9
C10
C11
C12
C13
C14
C15
C16
C17
C18
C19
C20
C21
C22
C23
C24
C26
C27
C28
C29
C30
Opinion & cooperation
Special Chapter 1
Special Chapter 2
Last Special Chapter

C25

13.7K 511 38
By meqayla


Sudah sebulan Zharil bersikap dingin dengannya. Sampai sekarang dia tidak tahu mengapa. Kalau dia salah, bagitahu dan dia akan cuba betulkan tapi ini tidak. Zharil hanya berdiam diri dan cuba mengelak bercakap dengan Aish dengan cara kerja over time. Tengah malam waktu dia sudah tidur baru mahu balik. Selepas itu berangkat ke tempat kerja awal pagi.

Waktu di tempat kerja juga sama.
Sekiranya ada kerja yang perlu dia buat, Zharil akan menyuruh orang perantaraan mereka yang memberikan kerja itu pada Aish. Jelas Zharil memang mengelak daripada bercakap dan bertemu dengannya.

Perkara ini tidak boleh diteruskan. Dia kena bercakap dan selesaikan juga masalah ini dengan Zharil malam ini. Dia tidak kisah sekiranya Zharil balik lewat lagi, yang penting dia tahu apa masalah Zharil yang sebenarnya.

Tepat jam 12 malam, kedengaran bunyi enjin kereta Zharil memasuki perkarangan rumah mereka. Aish membuka pintu rumah dengan senyuman manis. Terlihat tangan Zharil terangkat, mahu membuka pintu mungkin namun Aish lebih pantas bertindak.

Baru kaki kanan Zharil melangkah setapak, Aish sudah menahannya dan menghulurkan tangan. Tidak mahu berlama disitu, Zharil juga menghulurkan tangan kanannya dan disambut Aish pantas.

Terasa panas belakang tangannya apabila bibir Aish menyentuh kulitnya. Dia menarik tangannya kasar dan berlalu meninggalkan Aish. Aish mengikut langkah Zharil ke bilik kerjanya setelah mengunci pintu utama.

"Abang, Aish nak cakap dengan abang." Ujarnya sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik itu. Zharil yang sedang melipat lengan kemejanya memandang Aish serius.

"About what?" Datar sahaja nada suaranya.

"About us. Aish tahu yang abang cuba mengelak dari Aish. Tapi Aish tak tahu apa masalah abang sampai abang buat Aish macam ni. Dah sebulan abang berkelakuan macam ni. Macam Aish ni tak wujud pun dalam rumah ni." Dia cuba mengawal suaranya supaya tidak tertinggi suara pada Zharil.

"Aish ni isteri abang. Kalau Aish ada buat silap, bagitahu Aish, tegur Aish. Bukannya diamkan diri dan hukum Aish tanpa Aish tahu sebabnya. Boleh tak abang berterus terang je kat Aish, kenapa abang tiba-tiba berubah dingin macam ni? Aish penat lah nak berteka-teki dengan diri sendiri."

"Are you done?" Aish hanya diam tidak memberikan apa-apa respond. "You may go now. I have a lot of thing to do." Zharil bergerak ke pintu dan membuka pintu itu untuk Aish, menyuruhnya keluar dengan segera. Fikirannya akhir-akhir ini sangat kusut.

Aish kaku. Dia betul-betul terasa dengan sikap Zharil sekarang. Tanpa berlengah masa, dia terus mengatur langkah keluar dari bilik itu. Sebaik sahaja dia keluar, Zharil lantas menutup dan mengunci pintu dengan kasar. Sia-sia dia membazirkan air liurnya malam ini kalau pada akhirnya Zharil akan menghalaunya keluar.

"Sampai hati halau orang keluar. Ingat dia je ka boleh buat? Orang pun boleh buat lah." Dengan air mata yang ditahan-tahan, dia merehatkan dirinya di atas katil. "Dia ingat orang tak terasa ka dia buat macam tu? Kalau ya pun marah, cakap lah elok-elok." Dia cuba menahan air matanya daripada jatuh tapi dia gagal. Permatanya itu tetap juga jatuh mengalir tanpa dipaksa.

"Eih, kenapa dengan aku ni? Nak sensitif pula malam-malam ni. Kau kuat Aish, you can go through this." Dikesatnya air mata tadi dan melakarkan senyuman yang paling manis, cuba mencari semangat buat diri sendiri namun tetap gagal.

Air matanya tanpa henti mengalir dari tubir matanya. Senyuman juga hanyalah senyuman palsu yang dipaksa. Hatinya benar-benar rasa sakit seolah dirobek dengan kasar tanpa belas kasihan. Dadanya pula terasa sempit seperti ada sesuatu yang menghimpit dirinya. Matanya juga kian panas.

Kenapa susah sangat nak berterus terang? Kenapa kena hukum aku atas sebab yang aku sendiri tak tahu. Pedih rasanya apabila suami sendiri melayan sebegitu rupa. Rasa sakit itu tidak lagi dapat ditahan. Dalam kepekatan malam, dia terlelap dengan ditemani sisa air matanya.

~~~~~~~~~~~

"Kau okay tak ni? Muka kau nampak pucat lah." Melihatkan wajah pucat Aish, membuatkan Zahra risau. Jarang sekali dia lihat Aish pucat macam ni. Terakhir dia nampak Aish pucat macam ni pun waktu Zharil marah Aish disebabkan lewat masuk kelas.

"Aku okay. Jangan risau lah." Lengan Zahra digosoknya mahu menenangkan Zahra.

"Kau dah makan?" Aish hanya menggelengkan kepalanya sambil pandang ke bawah tidak mahu pandang mata Zahra.

"Kau nak makan apa?"

"Tak nak. Aku tak ada selera."

"Aku orderkan bubur eh."

"Tak pay- ah." Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Zahra sudah berlalu pergi meninggalkannya. Tak tahu lah kenapa, tapi dia betul-betul tak berselera nak makan. Mungkin terlalu fikirkan pasal hubungannya dengan Zharil.

Sejak semalam, dia belum lagi berjumpa atau bercakap dengan Zharil. Dia kena cari cara macam mana nak pulihkan hubungan mereka. Gambar yang mengandungi wajahnya dan Zharil sewaktu berada di pantai itu direnung lama.

Terlihat dalam gambar itu wajah Zharil sangat ceria. Wajahnya dihiasi dengan senyuman paling manis yang jarang dia perlihatkan. Manakala Aish sedang membebel dengan sisa icecream pada hidungnya disebabkan Zharil sengaja mahu mengenakannya.

Dia ingat lagi kejadian disebalik gambar itu yang ditangkap secara candid oleh Zharil. Zharil mendekatinya dengan kedua tangannya membawa icecream vanilla dan chocolate. Aish sewaktu itu masih duduk di bawah pokok sambil menangkap gambar sunset.

"Nah." Icecream chocolate diserahkan kepada Aish.

"Thank you."

"Sedap tak?" Soal Zharil

"Sedap."

"Nak sikit boleh?" Aish mendekatkan icecream itu pada mulut Zharil.

"Nak abang punya sikit." Kini Zharil pula mendekatkan icecreamnya. Belum sempat Aish makan, Zharil sudah mengangkat icecream itu mengenakan hidung kecil Aish. Aish yang perasan Zharil mengenakannya terus mengerutkan kening.

"Abang..! Hilanglah nanti make up Aish.." Bebelnya. Zharil sudah gelak besar melihat wajah marah Aish. Waktu itu juga lah dia mengeluarkan handphonenya dan menangkap gambar mereka berdua.

"Abang! Delete lah.. buruk lah Aish." Dia cuba merampas handphone dari genggaman Zharil apabila Zharil menunjukkan padanya gambar yang baru diambil Zharil.

"Biarlah buruk. Kalau cantik, nanti sayang tinggalkan abang."

Tanpa sedar, kenangan lama itu bermain dalam mindanya. Dia rindukan Zharil yang dulu. Dia rindukan suaminya yang boleh layan dirinya dan selalu bersabar dengannya. Dengan itu, matanya mula mengeluarkan cecair panas tanpa dia sendiri sedar.

"Aish, kau kenapa ni?" Zahra yang muncul tiba-tiba itu telah mematikan lamunan Aish. Lantas tangannya laju lap air mata yang dari tadi mengalir perlahan.

"Aku rindu umi aku." Dia sangat rindukan umi yang berada di kampung. Dia hanya mahukan umi sekarang. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan umi. Selama ini berbual daripada handphone sangat tidak dapat hilangkan rasa rindunya yang kian menebal.

"Dah dah. Nanti kau bawa lah Dr. Zharil balik kampung kau. Sekarang ni, kau makan dulu isi perut kau tu." Tubuh Aish ditarik ke dalam pelukannya.

Dia pasti, Aish mempunyai masalah. Tapi siapalah dia mahu masuk campur dalam hal keluarga orang. Yang dia dapat lakukan hanyalah memberi sokongan daripada belakang.

~~~~~~~~~~~

- Aish -
"Assalamualaikum. Aish nak bagitahu yang Aish nak balik kampung hari ni." -

- Wolf -
"Kita balik sama-sama."

- Aish -
"Takpe, nanti Aish cover untuk abang. Abang kan busy banyak kerja."

- Wolf -
"Kita balik sama."

- Aish -
"Aish dah beli ticket bas. Kejap lagi bas sampai. Aish tak nak ganggu abang. Assalamualaikum."


Bluetick. Again.

~~~~~~~~~~~

"Assalamualaikum umi, ayah." Laungnya daripada luar rumah kampung itu. 1 saat, 2 saat, 3 saat... tiada balasan dari kedua umi dan ayahnya. Mungkin berada di belakang rumah. Sekeliling rumah itu dipandang. Sawah yang berada dekat dengan rumahnya itu dia pandang tenang.

"Aish?! Ya Allah budak ni. Balik tak bagitahu umi pun." Tubuh Aish didakap erat oleh puan Ain. Dia juga membalas dakapan itu. Sudah lama dia tidak merasakan pelukan hangat daripada seorang umi. Rasa tenang sahaja bila umi memeluknya begini erat.

"Zharil mana?" Ya, itu lah soalan pertama yang keluar daripada mulut umi. Dia sudah agak yang umi pasti akan bertanya tentang keberadaan Zharil. Dia memandang wajah tua umi sayu. Entah lah, sekarang ini dia hanya mahu rehat. Kepalanya sekarang ini rasa berat.

Mungkin disebabkan dia hanya berbekalkan bubur nasi yang Zahra belikan tadi pagi sehingga petang ini. "Abang Zharil ada kerja, tadi abang Zharil nak hantar. Tapi Aish tak nak lah ganggu dia tu yang Aish balik sendiri."

"Dah dah. Pergi naik bersihkan diri. Belum makan lagi kan?" Lengan Aish ditarik puan Ain naik ke rumah. Rindu pada anak perempuannya akhirnya dapat dia lepaskan.

"Belum..." Kepala dilentokkan pada bahu uminya. Sudah lama dia tidak bermanja dengan umi. Ini lah masa yang tepat untuk dia bermanja tanpa gangguan abangnya yang annoying.

Puan Ain mengelus lembut kepala Aish. Hatinya kuat mengatakan yang Aish mempunyai masalah. Naluri seorang ibu itu kuat.

"Umi, ayah mana?"

"Ayah pergi jumpa ketua kampung. Katanya ada hal yang nak dibincangkan." Puan Ain menyerahkan pinggan yang berisi makanan kampung kepada Aish.

"Thank you umi. Hmm.. sedapnya bau. Macam mana umi tau Aish teringin nak makan makanan kampung ni?"

"Tengok lah siapa. Ini puan Ain lah." Tergelak Aish mendengar. Rindu rasanya mahu bermain dengan umi. Kalau dulu, umi lah tempatnya hilangkan bosan. Umi sangat faham dirinya yang manja ini.

~~~~~~~~~~~

"Nanti umi bagitahu ayah yang Aish balik tau. Aish penat nak tidur kejap." Selesai dia membersihkan dapur, dia membuka langkah ke bilik menjalankan tugasnya sebagai hamba kepada sang penciptanya.

"Ya Allah, kau ampunilah aku yang banyak melakukan kesilapan padamu, pada keluarga ku dan suami ku. Kau berikanlah aku kekuatan dan ketabahan hati yang tinggi. Kau lembutkan lah hati suamiku yang keras itu. Kau permudahkan lah aku selesaikan masalah rumah tangga ku Ya Allah. Kau lindungilah rumah tangga ku daripada orang luar yang mahu merobohkan rumah tangga ku. Aminn Ya Rabbal A'lamin."

Usai mendirikan solat, lantas badan dihempas ke atas katil. Kepalanya masih terasa berat. Badannya juga rasa sakit. Dia sangat lelah, perlukan rehat yang cukup. Mata ditutup rapat sebelum dengkuran halus terhasil

Continue Reading

You'll Also Like

259K 12.6K 47
SEDANG DALAM SEMAKAN. Sebarang TYPO atau KESALAHAN mohon maaf❀️ Hyke dhres - seorang Ceo yang digeruni oleh orang ramai dalam bidang perniagaan meman...
607K 35.1K 45
[ π‘π‘œπ‘šπ‘π‘™π‘’π‘‘π‘’ ] π™Ίπ™°πšπšˆπ™° π™Ώπ™΄πšπšƒπ™°π™Όπ™° Mia Qalisha , seorang gadis yang rela berkahwin dengan lelaki pilihan keluarganya. Perasaan antara me...
79.4K 1.9K 47
"Lemah!Kalau kau terus kekalkan standard latihan macam ni,aku terpaksa ambil tindakan " - Harris "Awak jangan cabar saya,leftenan Harris" - Mayra ~ ...
93.1K 3K 47
[First Story] Muhammad Firas bin Megat Mikael Sebaris nama yang mampu menggetarkan jiwaku . Lelaki yang aku cintai dari pertama kali aku mengenaliny...