Imperfect Moment (TERBIT)

By ayeshahamani_19

18.8K 1.1K 174

ISA KHAN | SAFEERA NASREEN Terbitan : Fajar Pakeer "When I'm good,I'm good, but when I'm bad,I'm better." - M... More

PENGENALAN
PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
MAKLUMAN

BAB 10

525 51 6
By ayeshahamani_19

DUDUK di ruangan menunggu, kami sama-sama kunci mulut. Aku, Isa dan Puan Yati sama-sama menunggu keputusan mengenai keadaan Sarah.

Walau aku tidak berapa sukakan isteri kepada lelaki itu, entah mengapa aku turut terpanggil untuk berada di sini sekali. Mungkin disebabkan insiden yang berlaku sebentar tadi. Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja Sarah rebah dengan keadaan mulut yang berbuih dan tidak sedarkan diri.

Duduk dengan jarak selang satu kerusi di sebelah Isa, aku perasan dirinya berkeluh-kesah sejak tadi. Dengan telefon yang tidak berenggang di tangan, aku nampak dia seperti sibuk menaip sesuatu di skrin telefonnya. Keluhan halus turut terhembus keluar sama.

"Keadaan kamu macam mana, Safeera? Sakit lagi, ke?"

Bibir yang mahu menggarit garis sinis, cepat-cepat aku kawal. Tidak mahu Puan Yati nampak. Bukan apa, walaupun aku ni tak baik mana, depan pensyarah aku tayang sikap yang baik sahaja. Kalau kutuk pun, dalam hati.

"Alhamdulillah, makin sihat. Terima kasih Puan Yati sebab sudi temankan saya dekat sini. Buat susah-susah sahaja." Senyum palsu aku kulum buat tatapannya.

"Tak ada apalah, Feera. Memang tanggungjawab saya sebagai pensyarah."

Aku hanya mampu tayang senyum janggal. Tak tahu mahu membalas apa. Sebaliknya, fokusku dibawa kembali ke arah manusia yang lalu-lalang di hadapan kami pada ketika ini.

Di sudut pendaftaran, kelihatan seorang wanita tua yang terkial-kial mahu memeriksa dompet lusuhnya. Di hadapan makcik tersebut, terpacak pula seorang jururawat muda yang agak cantik pada penglihatanku.

Muka dah cantik dah tu. Cuma mimik muka tu. Tak berapa cantik. Masam sahaja memanjang.

Ya, aku tahu pekerja di sektor hospital ni agak penat dan perlu melayan ramai manusia saban hari. Bayar pun RM1. Memang patut mungkin dapat layanan macam tu.

Masalahnya, kesian dekat golongan warga emas yang terpaksa datang seorang diri ke sini. Kudrat mereka dah tak sekuat dahulu. Ada anak pun, mungkin semuanya dah kerja dekat luar. Disebabkan tak mahu susahkan anak-anak, itu makcik tersebut hadir ke hospital seorang diri.

"Lambat lagi ke, makcik?" soal jururawat tersebut dengan riak wajah tidak puas hati.

"Sekejap ya, nak. Tadi tak silap makcik ada tadi seringgit dalam dompet ni. Entah mana hilang," ucap makcik tersebut seraya tersenyum malu. Habis diselongkar isi dalam beg tangannya.

"Ramai lagi ni makcik nak jumpa doktor. Cepat sikit."

"Baik, nak. Maafkan makcik ya..."

Disebabkan suara jururawat tersebut agak nyaring, ramai mata-mata orang di situ kini terarah di kaunter pendaftaran.

Dalam diam, aku kepal penumbuk di sisi. Aku tak suka tengok makcik tu diperlakukan sebegitu rupa. Biadab betul!

Bangkit dari duduk, aku teruk seluk kocek seluar. Membawa langkah ke kaunter, not wang RM100 aku campakkan tepat-tepat pada wajah jururawat tersebut. Terbuntang anak matanya apabila tiba-tiba sahaja aku menyerang begitu.

"Kena..."

"Kau buka mulut menyalak, dekat sini mampus kau aku kerjakan! Kau buta ke apa tengok makcik ni dalam keadaan susah macam ni. Apa salah kau bayarkan dulu ke apa duit RM1 tu? Lagi satu, muka kau tu memang masam 24 jam je ke? Aku tahu kau kerja dekat klinik kerajaan je. Tapi perlu ke kau pandang semua orang yang bayar RM1 ni dengan muka tahi kau tu?"

Terdiam terus jururawat tersebut. Namun begitu, aku tahu dia tak puas hati dengan aku. Tapi dia tak boleh buat apa sebab semua orang dah keluarkan telefon masing-masing dan merakam situasi yang berlaku.

"Kejap lagi mesti muka kau keluar dekat fyp tiktok. Tengoklah." Tayang senyum bangga, aku terus menggamit makcik tersebut untuk duduk di kerusi kosong yang tersedia.

"Terima kasih, nak. Makcik tak tahu macam mana nak balas jasa kamu. Makcik ni sebenarnya tak berapa sihat. Dah berapa hari tak sedap badan. Dekat rumah tak ada sesiapa nak hantarkan. Anak-anak semua kerja. Mereka minta makcik pergi hospital sendiri."

Dari ekor mata, aku perasan kolam mata makcik tu bergenang. Tanganku terus dicapai lalu digenggam erat.

"Tak ada apalah, makcik. Saya tak suka tengok orang kurang ajar dengan orang tua macam tu."

"Tak apa, nak. Mesti mak ayah kamu bangga kan sebab ada anak yang baik macam kamu..." Kini, tangan makcik itu sudah beralih di sisi wajahku lalu diusap penuh kasih.

Entah mengapa, tiba-tiba sahaja hati aku terusik apabila dia memperlakukan aku sebegitu. Sentuhannya menghadirkan rasa pilu di celah hati dalam sepi.

Selama aku hidup, mak dah ayah aku tak pernah ucapkan kata-kata yang baik untuk aku. Yang keluar dari mulut mereka, cuma sumpahan dan makian semata. Sentuhan hangat, haram tak ada. Dipukul, dikelar, disepak terajang, dikurung... itulah makanan aku selama ini.

"Tak adalah, makcik. Saya ni anak yang jahat. Kalau tak, tak adanya mak ayah saya layan saya teruk-teruk." Aku muntah gelak hebat. Namun entah mengapa, bunyi tawa itu kedengaran sangat sumbang. Plastik sungguh.

"Tak adalah. Kamu anak yang baik. Makcik yakin, kamu ni baik. Kalau tak, kamu takkan tolong makcik macam tadi. Kamu tak jahat, nak. Mungkin keadaan yang membuatkan kamu fikir diri kamu sebaliknya. Insha-Allah, makcik akan doakan yang baik-baik buat kamu."

Ah! Kenapa aku tiba-tiba jadi sentimental ni. Makcik ni pun, suka nak buat ayat sendu sendu macam ni.

"Haha, kelakarlah makcik ni. Okeylah makcik, saya minta dulu ya, assalamualaikum." Tak sanggup duduk di sana lagi, aku terus angkat kaki. Bukan apa, nanti tak habis-habis mulut dia cakap aku ni baik.

Bukan apa, memang aku yakin diri aku ni jahat. Diri aku, aku tahulah macam mana. Datanglah seribu orang cakap aku baik, aku akan terus menidakkannya.

Tuhan pun tahu aku ni jahat ke baik. Tengoklah nanti, mesti aku ni tak dapat cium bau syurga. Masuk neraka terus. Haha.

Mengambil kembali tempat asalku, aku perasan Puan Yati sudah tiada di tempatnya. Entah pergi ke mana. Yang ada cuma Isa seorang sahaja. Masih dalam keadaan tadi. Sibuk dengan telefon di tangan.

"Doktor, macam mana dengan keadaan isteri saya?"

Apabila melihat kelibat doktor keluar dari ruangan kecemasan, Isa segera meluru ke arah doktor untuk bertanyakan keadaan isterinya. Melihat itu, aku turut berbuat perkara yang sama. Berdiri di sebelahnya untuk mendengar keadaan Sarah daripada doktor.

Buka kaca mata, aku perasan riak wajah doktor itu kelihatan sugul. Tanpa kata, kepalanya dioleng ke kiri dan ke kanan.

"Maafkan saya, encik. Kami dah cuba sehabis baik. Tapi..."

Buk!

Jantungku terhentak kuat apabila tiba-tiba sahaja Isa mengayunkan buku limanya ke arah wajah doktor tersebut.

"Jangan cakap isteri aku tak dapat diselamatkan! Kau orang yang buat kerja tak betul!" Cekak kolar baju doktor tersebut, sepasang mata Isa mencerun tajam ke arah wajah doktor tersebut.

"Cukuplah tu, Isa! Doktor tu tak salah!" Cepat-cepat aku menghalang. Tidak mahu keadaan menjadi lebih buruk. Dalam masa yang sama, para pengawal juga sudah meluru ke sini. Mahu menghentikan pergelutan yang berlaku.

"Kau suka kan bila dengar isteri aku dah tak ada? Kau nak sangat kahwin dengan aku, kan? Ambil lah. Ambil!" Suara Isa sudah naik seoktaf. Menolakku ke tepi, dia terus menengking aku di hadapan semua orang yang berada di sini.

"Kau tak ada dekat tempat aku, Safeera. Senanglah kau cakap. Aku sayangkan Sarah. Aku tak boleh terima dia pergi macam tu je..." Menjatuhkan kedua belah lutut ke lantai, kedua belah tangan Isa terkepal kemas di riba. Kedua belah bahu gagahnya mengendur dalam sepi.

Aku terhenyak dengan keadaan yang berlaku pada ketika ini. Sepatutnya, aku perlu gembira kan kerana mendengar perkhabaran Sarah sudah meninggal dunia?

Tetapi mengapa, aku tidak berasa gembira. Sebaliknya, fikiran dan hati aku berasa kosong.

Mengapa semua ini berlaku secara tiba-tiba?




AKU dan Abang Nuh, sama-sama duduk menghirup Nescafe di luar kawasan hospital. Setelah melihat emosi Isa yang tidak stabil tadi, aku terpaksa menelefon Abang Nuh untuk meminta tolong.

Sebenarnya pada malam ini Abang Nuh perlu memberi ceramah di masjid sempena sambutan Maulidur Rasul di taman perumahan kami, tapi program tersebut terpaksa dibatalkan pada saat akhir disebabkan perkara ini.

Sungguh kuat hubungan persabahatan antara Abang Nuh dan lelaki mata hijau itu. Aku tergaru ingin tahu, apa sebenarnya pengorbanan yang Abang Nuh dan buat untuk satukan Isa dan Sarah di Abu Dhabi dahulu. Sehinggakan Sarah sanggup minta Isa kahwin dengan aku disebabkan perkara itu.

Mahu tanya sekarang, aku tahu perkara itu agak tidak sopan. Tambahan, aku tak nak Abang Nuh tahu hasratku yang mahu membalas dendam kepada lelaki itu.

"Kenapa dengan tangan Feera, tu? Berbalut abang tengok. Nak tanya sejak tadi lagi, tapi keadaan tak berapa sesuai."

Soalan yang terpacul dari bibir Abang Nuh, meruntuhkan tembok kesunyian yang terbina sejak tadi. Pusing tubuh ke sisi, senyum kecil aku selit pada bibir buat tatapan abangku itu.

"Tak teruk mana pun, bang. Feera tercedera sikit waktu nak masak kebab siang tadi. Sebenarnya kolej Feera ada buat hari usahawan hari ni." Ceritaku seraya terkelip-kelip comel.

"Abang tahu tu. Abang Isa ada cakap dengan abang tentang event dekat kolej Feera tu. Katanya, dia sengaja ajak Feera dengan Lina join dia berniaga sekali. Yang abang tak tahu, tentang Feera cedera ni. Nampak macam serius je..." Mendekati aku, laju sahaja Abang Nuh menilik tanganku yang berbalut itu. Riak kerisauan jelas terpampang pada wajah sucinya dalam masa yang sama.

Sekejap. Isa ajak aku dan Lina join dia berniaga sekali? Kenapa terbalik pula ni? Bukan ke Lina yang terhegeh-hegeh nak ajak dia meniaga dengan kami sekali ke? Peliknya.

"Sikit je ni, bang. Tak payahlah risau. Feera kan sado. Hah, tengok ni. Lengan Feera ni kalau kepit orang, boleh mati tau!" Sengaja aku tayang biceps aku yang tak seberapa ada tu. Bertulang! Senyum bangga turut ditayang megah kepada Abang Nuh.

"Dah... Awak tu bertudung labuh. Tak elok buat macam tu..." Cepat-cepat Abang Nuh tolak lembut tangan aku ke sisi. Tudungku yang terselak sikit lantas diperkemaskan olehnya.

Aku tertunduk merenung riba. Rasa malu dan serba-salah kini menghimpit diri.

Andailah Abang Nuh tahu perwatakan sebenar aku selama ni, agaknya dia kecewa tak ya?

Tak boleh! Aku takkan izinkan Abang Nuh tahu perangai sebenar aku. Aku tak nak dia benci dan kecewa dengan aku.

"Nanti Feera bantu abang uruskan majlis tahlil untuk Sarah, ya? Isa dengan Sarah tak ada saudara-mara terdekat dekat Malaysia. Jadinya, kita kena bantu mereka."

"Baik, bang." Kendur sahaja suara aku menyahut. Namun begitu, hati aku tergaru ingin bertanya lanjut soal perkara itu. Takkanlah saudara mereka yang jauh tak boleh datang Malaysia ke kan? Atau dia orang boleh sahaja bawa balik jenazah Sarah pulang ke negara asal mereka.

"Sebenarnya, Isa dan Sarah berkahwin tanpa persetujuan keluarga. Sebab tu... kita kena bantu mereka. Tentang hal yang jadi dekat Sarah ni pun... keluarga Sarah dekat Abu Dhabi sana tak tahu. Abang harap Safeera tak kisah. Abang Isa tu, dia dah macam saudara kandung abang."

Oh... begitu kisahnya.

Tapi, bukan ke kalau merahsiakan kematian Sarah ini akan merumitkan keadaan? Bagi aku, lebih baik berterus-terang.

Dah kenapa pula aku jadi tukang sibuk ni? Tu hal isteri dia kan. Biarlah dia uruskan sendiri.

"Abang, Feera nak tanya sesuatu ni. Boleh tak?"

"Apa dia tu?"

Aku gigit bibir. Takut nanti kalau Abang Nuh fikir aku ni kaki penyibuk pula. Tapi nak buat macam mana, memang aku tergaru nak tahu.

"Macam mana ya abang boleh kenal dengan Encik Isa dan Kak Sarah?" Depan Abang Nuh, aku kenalah bahasakan lelaki itu 'encik'. Kalau panggil nama sahaja, nanti Abang Nuh fikir aku ni tak ada adab pula.

"Waktu belajar dekat Mesir dulu. Abang sebenarnya belajar satu tempat dengan Abang Isa dan Sarah. Kami ambil bidang yang sama. Syariah."

Aku sudah terangguk-angguk faham.

"Kalau Feera ingatlah... abang dulu kan jarang balik Malaysia. Balik pun, setahun sekali. Abang sebenarnya tak nak susahkan emak dan papa. Tiket pergi balik kan mahal. Abang jadi kesian. Jadinya bila nak beli tiket balik Malaysia, abang akan buat kerja part time. Bila dah cukup duit, baru abang balik."

Mana mungkin aku dapatkan lupakan detik itu. Detik di mana menjadi mimpi ngeriku. Tiba-tiba sahaja Abang Nuh dihantar belajar ke Mesir. Aku pula, dibiarkan terkontang-kanting di rumah seorang diri.

Selepas Abang Nuh belajar dekat Mesir, layanan papa dan emak kepada aku menjadi semakin memburuk. Mereka selalu dera dan kurung aku di rumah. Berbeza sungguh layanan mereka kepada aku sewaktu Abang Nuh berada di rumah kami.

Adalah beberapa kali tu aku cuba nak lari dari rumah. Tapi tak berjaya. Aku ditangkap dan diseksa dengan lebih teruk.

Sejak dari tu, aku tadah diri sahaja menerima seksaan demi seksaan yang diberi. Mahu mengadu, aku tahu tiada sesiapa yang perkara. Cakap dengan cikgu pun, cikgu kata memang layak aku dirotan sebab aku ni nakal.

Masalahnya, aku bukan kena rotan macam orang normal. Ni dah kes penderaan! Emak dan papa rotan aku sampai badan aku berbirat dan berdarah sana-sini. Lepas rotan, mereka kurung aku dalam bilik dan tak bagi aku makan langsung.

Kalau nasib aku baik, dapatlah aku makan makanan yang Lina senyap-senyap selitkan dekat tingkap bilik aku tu. Kalau tak bernasib baik, memang aku tangkap sahaja apa sahaja binatang dekat dalam bilik tu buat isi perut.

Semut. Cicak. Lalat. Tikus. Lebah.

Itu aku dah pernah rasa. Sedap ke tak, tu belakang cerita. Yang penting, perut aku terisi.

"Tahun depan Feera dah habis belajar, kan? Nanti bolehlah sambung belajar dekat Mesir macam abang."

Gulp! Sambung belajar? Muka aku ni sambung belajar dekat Mesir?

Kalau boleh, aku dah tak nak belajar bidang agama lagi. Aku nak ambil bidang yang aku minat iaitu engineering. Tapi itulah... tak ada sesiapa kisahkan tentang minat aku tu.

Sejak kecil, aku memang kena ikut dan dengar sahaja telunjuk orang tua aku. Dia orang desak aku belajar agama. Katanya, nak semua kawan-kawan dia pandang tinggi dekat aku dan Abang Nuh sebab belajar agama.

Soal pemakaian pun sama. Jiwa aku bukan ke arah jubah dan baju kurung semua tu. Aku lagi sukakan dress singkat dan jeans ketat. Pernah aku tolak untuk pakai jubah dan tudung labuh semua. Habuannya, aku dipaksa pakai dan disebat oleh emak dan papa. Kata mereka, nanti jatuh maruah mereka disebabkan pemakaian aku yang sebegitu rupa.

Depan manusia, mereka mahu menayang perangai baik.

Depan Tuhan, nauzubillah...

Senang cerita, orang tua berdua tu suruh aku join program agama dan keluar berdakwah tu semata-mata nak mengaburi mata manusia semata-mata. Dekat rumah, perangai mereka tu sungguh bertentangan dengan apa yang mereka persembahkan kepada dunia.

Sungguh berbeza. Aku tak sanggup hendak bercerita.

Aku tahu, buka aib orang tua itu berdosa. Tapi... aku tak tahan untuk terus hidup dalam keadaan sebegini rupa.

Abang Nuh pun... tak tahu muslihat di sebalik watak baik yang dipamerkan oleh emak dan papa. Mereka berselindung di sebalik pakaian dan pekerjaan mereka yang mulia di sisi agama.

Tapi aku tahu. Tak semua orang yang terlibat dengan bidang agama perangai macam tu. Tapi soal emak dan papa aku ini, ini apa yang aku lihat sendiri.

Aku harap, suatu hari nanti Abang Nuh akan tahu mengenai sikap mereka berdua itu. Itu sahaja yang aku mahu.

Continue Reading

You'll Also Like

82.4K 9.1K 16
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...
40.3K 3K 61
Cinta? Usah disebut tentang perasaan itu. Hakikatnya rasa itu sudah lama mati dalam dua hati. Ada dua hati yang pernah ditikam dengan aksara itu. Ba...
1.4M 1.8K 3
[SIRI FLEUR SOPHIA, BUKU SATU] Fleur Sophia merupakan seorang gadis melayu kacukan British yang hidup serba mewah dan di layan bak tuan puteri oleh k...
536 71 15
2 0 2 3 🤍 TheTrio 3rd BOOK [ Tajuk lama : HIS BAMBINA ] Hanell Huka X Aurelia Izumi - Fake Dating Aurelia Izumi , pada mulanya niat hendak membantu...