Hello Neighbor (TERBIT PBAKL...

By violetfasha

2.8K 153 13

INTROVERTS DON'T MAKE FRIENDS, THEY GET ADOPTED BY EXTROVERTS Hidup di Victoria, Australia merupakan satu per... More

sinopsis
Prolog
BAB 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 15
Bab 16
TERBIT FIZIKAL DI PBAKL 2023

Bab 14

80 4 1
By violetfasha

"WEI, dengar cerita kau menangis semalam?" Arif pagi-pagi dah menegur dari laman rumahnya. Sambil-sambil siram pokok bunga, nampak pula Mawarti dekat depan pintu nak pergi buang sampah.

Mawarti juling mata. Malas nak layan. "Not your concern."

"Aku tengok rumah kau macam kosonglah Mawarti, nak tak aku bagi kau pokok bunga satu." Tegur Arif lagi.

"Malas, nanti pokok bunga aku mati, sebab aku lupa ada hidupan lain selain aku dalam rumah ni." Selamba sahaja gadis itu membalas.

"Ambil lah satu, bunga ni senang tumbuh." Dia menudingkan jari pada bunga ros merah di hadapannya.

"Bunga ni sesuai untuk kau, nama pun sama dengan bunga, Mawar. Dahlah cantik, tapi garang nak mampus." Sambil memuji sambil mengutuk Si Arif ni. Mawarti buat muka.

"Apa? Aku cakap pasal bunga ni, perasan je kau."

"Tak nak, aku tak suka ada komitmen."

"Selalunya orang yang cakap tak suka komitmen ni yang terpaling menjaga bila dia ada komitmen. Lagi pun rugilah kau tak ada pokok bunga dekat rumah, pokok-pokok ni berzikir tau dekat Allah. Ambil berkat sikit." Arif menghulur bunga yang telah dipotong batangnya kepada Mawarti.

Mawarti menundukkan badannya sedikit kemudian hidu bunga ros tersebut. Makin lama dia bau, dia rasa dia nak bau lagi dan lagi. Air liurnya entah kenapa merembes keluar. Lama kelamaan, mulut dibuka luas sebelum dia makan kuntuman bunga ros tu.

Arif tercengang. "Woi! Aku suruh bau, bukan suruh makan!"

Mawarti ambik tangkai bunga ros yang telah togel kelopaknya kemudian disimpan dalam baju. Mulutnya mengunyah kuntuman bunga tadi.

"Rasa macam... Sayur sawi." Dia mengangguk mengeyakan kenyataan tadi. "Bolehlah tanam benda ni, nanti kalau dia tumbuh lagi boleh buat ulam."

"Woi!" Arif terjerit lagi. "Ni pertama kali aku tengok orang makan bunga, kau ni scary duh!"

Tawa Mawarti terlepas kecil. Arif yang tadi tengok Mawarti macam kanibal, sekarang sudah berubah wajah. Dia terpegun melihat Mawarti tergelak begitu. Entah kenapa Mawarti nampak cantik pula dari pandangannya. Selama ni Arif pandang Mawarti biasa sahaja. Tapi hari ni lain sikit.

"Aku tak tahu kenapa aku cepat teruja bila bau benda wangi. Sorry lah... Aku rasa otak aku dah set benda wangi tu sebagai makanan."

Tergeleng kepala Arif. "Makan je kerja."

"Ajar aku macam mana nak tanam benda ni." Batang bunga ros tadi diangkat.

"Sekejap aku bagi kau tanah dulu. Ros memang cepat tumbuh."

"Aku nak tanam dalam rumah. Aku nak rumah aku bau wangi."

Arif cekak pinggang. "Pastu hari-hari kau lapar je pandang bunga ros." Dia pergi ke belakang rumah kemudian ambil pasu plastik yang kosong.

"Sini tengok aku buat." Masing-masing sudah duduk di bawah pokok di antara rumah mereka. Mawarti hanya memerhatikan tangan kekar Arif memasukkan tanah ke dalam pasu kecil yang comel. Batang pokok bunga ros yang telah dipotong 45 darjah tadi dicabut daunnya sehingga hampir togel, kemudian dibenamkan akarnya ke dalam rooting hormone. Dia masukkan batang ros tersebut ke dalam tanah.

"Kau tutup dengan plastik tapi jangan tutup ketat sangat." Pesan Arif.

"Pastikan tanah dia lembab. Lepas dua minggu macam tu kau periksalah dah tumbuh akar ke belum. Tarik-tarik sikit, kalau rasa ada grip dekat tanah maksudnya akar dah tumbuh. Nanti kalau akar dengan daun dah tumbuh boleh cabut plastik. Kau kalau nak siram guna spray sikit-sikit je. Jangan banyak sangat."

Mawarti mengangguk. "Bila bunga tumbuh?"

"Tengoklah keadaan, kadang dia ambik masa setahun dua tahun macam tu."

"Ala, bilanya dapat makan?"

"Bunga bukan untuk dimakan!" Arif tertekan.

"Aku pernah nampak lecturer aku buat teh bunga ros. Kalau ros sekadar boleh dibau, lepas tu gugur, rasa macam membazir pula. Khasiatnya boleh buat awet muda tau." Wajahnya disentuh lembut dengan riak angan-angan.

"Hmm, sukahatilah." Penat dah Arif melayan. Pelik-pelik aje jiran sebelah rumahnya ini.

"Semalam kenapa menangis teruk sangat? Gaduh dengan abang?" Arif buat lagi perangai kepochi dia.

Mata Mawarti bertukar sepet. "Aku dah jumpa ramai orang macam kau Arif, bagi aku ekstrovert paling tak boleh dipercayai, banyak mulut. Menyampah aku."

"Alaaa... Yalah, tak tanya dah." Mulut Arif muncung.

Pasu bunga terus diangkat nak bawak masuk rumah. Baik dia masuk sebelum muka dia burn walaupun cuaca tak panas pun. Kalau musim panas sahaja cuaca mencecah sehingga empat puluh darjah lebih. Sekarang ni tengah musim bunga, tapi Mawarti tetap malas nak keluar.

"Mawarti," Arif memanggil lagi. Gadis itu berpusing ke belakang dengan kening terangkat. "Kenapa kau tak kahwin lagi?"

"Are you asking because you care or you're just curious?"

"Curious." Jujur Arif menjawab.

"What will I get if I feed your curiosity?" Nakal Mawarti bertanya. Bibir tersenyum penuh makna.

"Well..." Arif bangun dari duduknya. "Maybe I'll start to care." Bahu diangkat dengan wajah nakal. Mawarti terdiam sejenak.

"There's a reason why people at my age don't get married, there's a reason why people get divorce..." Mawarti tersenyum hambar.

"There's a reason why we shouldn't meddle with God's plan when he knows what's best for us." Sambungnya lagi. "For everything that has happened to me, I believe there's wisdom behind it. There's a reason why I'm not married yet. I give it a thought why... And I realize I enjoy being alone more than being with people. And I don't want to be like other people who rush to get into a relationship when it's not the time according to God's plan. It will mess everything up." Mawarti tersenyum tenang. "Does that answer your question?" Keningnya terangkat sedikit setelah mengeluarkan kata-kata seperti seorang ahli falsafah Socrates. Tiba-tiba terasa bangga kerana mampu menjawab soalan 'Mak Cik Jemah' tentang 'bila kahwin' dengan tenang tanpa perlu bernada sarkastik.

"How do you know it's God's plan when you don't try hard enough to change it?"

"Because I believe what is meant for me is meant for me. Jodoh takkan ke mana. Itu rezeki yang memang dah ditetapkan oleh Tuhan sebelum kita di alam roh lagi. Dan aku tak kisah jodoh datang lambat sebab tu aku tak pernah berusaha mendapatkannya, sebab aku suka hidup begini, aku bahagia hidup sendirian. Definisi bahagia aku terlalu mudah, dan aku tenang bila dapat buat benda yang aku suka. Untuk apa gapai bintang setinggi langit kalau akhirnya kita tak dapat buat pun benda yang kita suka. Bahagiakah itu?" Mawarti masih lagi tersenyum.

Entah kenapa di sebalik kata-kata Mawarti itu sedikit sebanyak menyentuh jiwa Arif. Hatinya berasa tenang melihat wajah tenang Mawarti yang seolah-olah tiada masalah. Dia tertanya dirinya sendiri, bila kali terakhir dia tersenyum ikhlas seperti Mawarti? Selama ni dia pura-pura tersenyum ramah kepada orang lain untuk menutup kesedihan dalam hatinya.

Bahagiakah dia selama ini?

"Thanks." Arif juga tersenyum. "Kau bahagia bersendirian?"

"Yup, being alone is the only thing I'm good at, and I'm happy with it." Mawarti mendagu di anjung hadapan rumah. "Hashtag, introverts are not depressed but they are just human beings who like to be alone. Lone ranger for life!" Tangannya dijulang semangat.

Arif tertawa kecil mendengar hashtag Mawarti yang kelakar. Tapi, ada betulnya apa yang Mawarti cakap. Orang selalu fikir introvert ini manusia yang kasihan kerana mereka selalu bersendirian. Padahal mereka tenang begitu.

"Mungkin kau akan cakap impian aku mudah, tapi kau silap, freedom is expensive. Being alone is expensive. You need money to affirm people that you don't need them. People will disturb you if you are incapable. And this fight is worth it because it's important as an introvert to have some peace of mind." Mawarti menambah lagi dengan penumbuk yang diangkat separa dada.

Arif berjalan mendekati Mawarti tapi ada jarak satu meter yang memisahkan mereka. "You're interesting."

"Thanks even though I already knew that." Gadis itu melambaikan tangan sebelum masuk ke dalam rumah.

Senyuman Arif terkoyak sedikit. "I wish to be like you."

Kadang dia terfikir bagaimana Mawarti boleh tabah menghadapinya seorang diri, sedangkan dia perlukan sokongan orang lain untuk bangkit, dia perlukan orang lain untuk buat keputusan tentang hidupnya.

Tingkap rumah Mawarti tiba-tiba terbuka. "You cannot be like me, Arif. I'm taken. I own myself. No copyright is allowed. Be yourself, the best version of yourself. If you don't love yourself, nobody else will." Tingkap rumah ditutup.

Tawa Arif berdekah. "Then, teach me how to love myself."

"First, stop begging for someone's love. Find out what you want, what makes you happy, and do it."

"If what makes me happy is making other people happy, is that valid?"

"Sure. Whatever you love." Tenang Mawarti menjawab.

"But you better find something permanent. If people left you, will you be happy? Don't put your happiness on people. Manusia itu sifatnya menghampakan."

Arif tersenyum kelat bila dia sedar Mawarti betul. Keluhannya terlepas.

"It's okay, step by step. Aku pun baru belajar nak sayang diri aku sendiri." Mawarti menutup tingkap semula.

"Goodluck in loving yourself."

"Alaa... Aku nak cakap dengan kau lagi."

"Aku cepat penat cakap dengan manusia."

****

Arif kepochiii hahahah

Continue Reading

You'll Also Like

93K 7.8K 52
#1 in the desi medical romance series Her lips were inches from mine and her sweet scent filled the air between us, intoxicating me. I slid my hand d...
223K 7.5K 33
He's a millionaire. He can never deny his father. Her happiness is her family. She can do anything for her family. But when she's forced to support h...
311K 817 10
Finding out my boyfriends secret fantasies, and living them.
3K 317 11
Lily Thompson, a shy nerd, in love with her brother's best friend. But when she walks in on him and her best friend making out, it's over. No more lo...