Hello Neighbor (TERBIT PBAKL...

By violetfasha

2.8K 153 13

INTROVERTS DON'T MAKE FRIENDS, THEY GET ADOPTED BY EXTROVERTS Hidup di Victoria, Australia merupakan satu per... More

sinopsis
Prolog
BAB 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
TERBIT FIZIKAL DI PBAKL 2023

Bab 9

92 6 4
By violetfasha

RESTORAN Melayu Tradisi milik kawan Abang Aqil sangatlah cantik kerana dia mengekalkan reka bentuk tradisional Melayu. Ada juga pameran pakaian dan rumah tradisional Melayu disediakan di beberapa sudut restoran. Ukiran tulisan jawi yang ditulis dalam bentuk khat cantik dilukis pada dinding. Rasa macam berada di zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Abang Aqil dah tempah meja di bilik yang tertutup siap-siap sebab Mawarti memang tak boleh orang pandang dia makan. Kenal sangat perangai Mawarti yang tak suka dipandang.

"Abang Chad mata memang biru ke?" Tiba-tiba terkeluar pula soalan tu dari mulut Arif.

"Haah, aku albino."

"Seriuslah!" Arif terjerit.

"Relaks lah, kau tak pernah jumpa albino ke dulu?" Tergeleng kepala Abang Chad tengok Arif kaget macam tu.

"Tak adalah, jarang jumpa orang Melayu albino." Arif perhati rambut Chad yang agak coklat.

"Rambut tak putih pun."

"Rambut albino boleh gelap jadi coklat camtu bila usia bertambah."

Mulut Arif membentuk huruf O.

"Tapi abang suka travel, tak bagi kesan dekat kulit ke? Kena matahari banyak."

"Ada, sebab tu aku selalu pakai sunblock ke mana-mana. Pakai make up yang ada SPF lepas tu orang cakap aku lelaki lembut, susahlah kacak sangat. Jaga muka pun orang cemburu." Rambut diselak dengan penuh gaya.

Meluat pula Badang dan Aqil yang melihat. Mawarti pula daripada tadi hanya mendiamkan diri bermain dengan telefon pintarnya.

"Arif, panggil aku Chad jelah, geli aku panggil abang."

"Kalau Arif boleh panggil Chad, Mawarti pun nak panggil Chad juga." Celah Mawarti.

"Kau tak boleh, ni code brotherhood." Chad dah berlaga penumbuk dengan Arif.

Mata Mawarti bergolek meluat. "Orang luar sibuk nak bonding." Dia terus bangun dari duduk, keluar dari bilik makan.

"Awat Mawarti tu emo?" Chad tak faham.

Abang Aqil hanya mengangkat bahu.

"Abaikan dia, kau kerja apa Arif? Keluarga dekat mana?" Abang Badang saja bertanya. Mahu kenal-kenal juga jiran adiknya. Tak adalah dia risau sangat Mawarti tinggal di kejiranan itu.

"Saya freelance programmer." Arif tersenyum.

"Keluarga ada je dekat Malaysia, tapi sekarang tengah Covid teruk dekat Malaysia, Arif nak melawat pun tak boleh."

Australia ada kurang daripada sepuluh kes Covid sahaja, hanya tempat tertentu sahaja lockdown, dan rakyatnya sudah dibenarkan untuk tidak memakai pelitup muka, dan melakukan kerja seperti biasa.

"Oh faham-faham." Ketiga-tiga abang Mawarti mengangguk mengerti.

"Mak ayah kau okay tak dekat Malaysia?" Chad bertanya lagi.

"Alhamdulillah okey. Arif dah suruh dah mak ayah duduk dalam rumah, jangan keluar-keluar. Arif dah bagi duit tiap-tiap bulan."

"Mak ayah tak kerjalah?" Chad tanya lagi.

"Kerja tapi dekat rumah. Mak ayah pensyarah, jadi dia ajar online."

"Oh... Mesti keluarga kau well off en."

"Alhamdulillah rezeki. Boleh bantu ramai orang." Nyata Arif lagi. Dia hanya tersenyum ramah seperti biasa. Tiada riak bongkak dalam nadanya.

"Hari tu kau ada cakap kau kenal Mawarti dari sekolah rendah?" Abang Aqil pula buat siasatan.

Arif angguk.

"Haah, Mawarti memang tak ingat saya ke? Saya mentor Matematik dia masa darjah enam." Dari hari tu dia tanya Mawarti tapi Mawarti cakap dia tak kenal Arif, pelik juga.

"Dekat sekolah rendah dulu Mawarti kena buli, kan?" Kening Chad terangkat. "Kau ke buli dia?"

Serentak itu Abang Badang tiba-tiba menyingsing lengan baju nak tunjuk otot. "Aku dah lama tak praktis martial arts ni, baik kau ngaku siapa yang buli adik masa sekolah rendah?"

"Tak bang, bukan saya. Saya cuma nak kawan dengan Mawarti je dulu." Arif geleng kepala laju. "Mawarti memang pendiam jadi ramai orang suka kacau dia sebab nak suruh Mawarti cakap."

"Siapa tolak dia jatuh sungai?" Pertanyaan dari Badang buat Arif senyap.

"Kau, kan?" Kepala Arif terus kena headlock kemudian diketuk kepala budak tu.

"Haaa, bu ... saa saya tak sengaja!" Arif terjerit.

"Woi Badang, zaman sekolah rendah punya cerita ungkit buat apa?"

Abang Aqil cuba meleraikan pergelutan yang berlaku. Badang sempat luku kepala Arif lagi sebelum dia lepaskan kepala Arif dengan rambut yang serabai.

Muka Arif macam nak menangis.

"Dahlah Arif kau tak payah risau. Mawarti tu ada masalah sikit. Kalau dia ada trauma dia akan lupa benda tu. Doktor kata tu otak dia punya defense mechanism. Setiap kali dia ada event yang buat dia rasa stress atau trauma, otak dia automatik lupa benda tu. It's called repression. Event yang buat dia trauma ditolak masuk dalam minda separa sedar supaya dia boleh hidup dengan tenang tanpa gangguan. Bukan dia buat-buat lupa, tapi dia memang betul lupa." Terang Abang Aqil.

"Masa ayah kami meninggal sebab sakit jantung pun Mawarti lupa apa yang berlaku, bangun-bangun ayah dah tak ada." Tambah Abang Chad pula.

Arif terkedu mendengarnya. Tak sangka Mawarti anggap pengalaman sekolah rendah sangat menyakitkan dan pahit untuk diingat.

"Tak apa kalau dia tak ingat kau, bagus juga kau boleh buka buku baru tanpa terikat dengan masa lampau. Buatlah kenangan baru yang indah yang Mawarti tak dapat lupakan." Abang Aqil menenangkan Arif yang dilanda kerisauan.

Arif mengangguk mengerti. Nasib abang-abang Mawarti ni baik orangnya.

Selang beberapa saat, Mawarti masuk semula ke dalam bilik untuk makan.

"Makanan tak sampai lagi?" Penat dia pergi tandas lama-lama dengan harapan makanan dah sampai.

"Belum, orang ramai." Chad bagi Mawarti apron siap-siap sebelum makan. Orang lain dia tak bagi pun. Pelik pula Arif yang melihat.

"Kenapa pakai apron?" Tanya Arif bila dia rasa pelik. Dia nak duduk depan Mawarti pun abang-abang Mawarti tak bagi. Tempat di hadapan Mawarti dibiarkan kosong.

"Kau akan tahu kenapa." Selamba Abang Aqil menjawab.

"Makanan dah sampai!" Chad bersorak bila makanan yang ditempah, ditolak masuk ke dalam bilik mereka dengan dulang. Dulang kedua dibawa masuk air.

Bilik makan mereka diperbuat daripada kayu, dan mereka makan pun bersila tapi disediakan meja kayu.

"Mawarti tempah Mi Bandung kan?" Abang Aqil tolak makanan tersebut pada Mawarti yang berada di hujung meja.

"Thanks!" Comel sahaja Mawarti tersenyum. Mawarti memang begitu. Dia hanya akan tersenyum bila dapat dua benda, makanan dan duit. Jangan bagi dia teddy bear! Kalau tak, Mawarti bakar.

Pilihan menu Arif ialah nasi lemak sambal udang. Abang Aqil, Abang Badang pilih nasi kerabu. Abang Chad pula makan laksa Penang. Mereka rambang mata nak pilih makanan tadi sebab semua jenis masakan Melayu ada dekat sini.

Arif baru nak menyuap nasi ke dalam mulut, tapi bila matanya terpandang Mawarti yang angkat mi guna sudu, mi jatuh balik masuk dalam mangkuk dan kuahnya terpercik sampai ke meja depan Mawarti, Arif tercengang.

Gadis itu cuba menyua semula mi ke dalam mulut, tetapi mi yang diambil jatuh kembali dalam mangkuk. Kemudian, terpercik mengenai apron dan meja. Arif perasan, Mawarti pegang sudu juga kekok.

"Boleh makan tak dik?" Chad menegur bila keliling mangkuk adiknya bersepah dengan kuah yang terpercik.

"Boleh-boleh." Tenang sahaja dia menjawab.

"Tak ada sesiapa ajar Mawarti makan pakai sudu ke?" Bisik Arif pada Chad.

"Dah ajar dah, tapi setiap kali dia makan mi atau benda berkuah bersepah juga. Kalau makan benda tak berkuah tak adalah bersepah." Selamba aje Chad jawab.

Mawarti menghirup kuah kemudian, pipinya pula kena makanan.

"Sorry lah kalau Arif tak selesa, sebab tu abang suruh duduk jauh sikit dari Mawarti." Abang Aqil hanya tersengih.

"Dia makan masih macam budak-budak, sebab tu abang susah nak lepaskan dia duduk rumah seorang diri."

"Patutlah tak ada lelaki masuk meminang dia." Selamba Abang Badang mengutuk.

"Orang dengarlah." Mawarti cebik bibir. "Mawarti lagi suka makan sorang-sorang biar tak ada siapa boleh judge macam mana orang nak makan. Sebab tu orang suka tinggal sorang." Jari dipetik gaya diva. "Plus, kenapa kita kena ubah diri kita untuk lelaki? Tak ada self confidence. Perempuan hidup bukan untuk lelaki." Balas Mawarti balik.

"Yalah. Ha makanlah tumpah lagi, nasib baik abang-abang kau ni baik boleh terima kau seadanya." Abang Badang malas nak layan.

Arif hanya tergeleng kepala dengan senyuman simpul melihat pergaduhan adik-beradik itu.

"Mawarti," serunya lembut. Dia berpindah tempat duduk di hadapan Mawarti. Kuah yang tertumpah di meja itu dilap dengan tisu. Mangkuk Mawarti diambil kemudian diletak di hadapannya.

Mawarti hanya memandang Arif keliru bila Arif sudah mengambil sudu dan garfu.

"Tengok ni." Arif memusingkan garfu pada mi Bandung macam pasta, lalu diletak atas sudu dengan cermat. Sudu yang dipenuhi mi dan kuah itu diangkat kemudian dihala pada mulut Mawarti.

"Ni, makan." Abang-abang Mawarti sudah tercengang. Mawarti apatah lagi.

"Nah, makan." Sua Arif lagi dengan kening terangkat. Tapi Mawarti hanya bertindak mendiamkan diri.

"Wah, dia buat macam kita ni tak wujud, mengorat adik depan-depan." Abang Badang terluka.

Arif tergelak kecil.

"Sorry, sorry..." Dia letak semula sudu dan garfu dalam mangkuk kemudian tolak kembali kepada Mawarti.

"Tulah, aku ingat badan aku dah bau tanah, dah nak mati, sampai orang tak nampak." Abang Aqil pula menambah.

"Buat tak nampak pula wali utama adik masih wujud." Tawa mereka pecah.

"Sorry bang, teringat adik dekat rumah, dia pun makan sepah." Arif hanya tergaru kepalanya yang tak gatal.

"Teringat adik kau ke teringat adik aku?" usik Chad dengan mata kecil.

"Chad, kau tak payah nak mula matchmaking." Badang menegur. "Kalau kau matchmaking benda tak pernah jadi."

"Teringat kisah lama lah tu dia dengan ex dia tak jadi kahwin." Chad ketawa mengekek.

Abang Badang sudah mengacah nak tumbuk Chad. "Aku bagi kau kang!"

Arif tergelak kecil. Malu-malu dia pindah semula ke tempat duduknya biarkan Mawarti makan sendiri. Dari sudut matanya dia dapat melihat Mawarti buat seperti yang diajar tadi, kemudian makan dengan cermat. Walaupun masih tumpah, sekurang-kurangnya tak seteruk tadi. Terseksa pula dia tengok Mawarti ambil mi tak dapat-dapat.

****

Makan tumpah pun boleh buat drama hahahaha

Continue Reading

You'll Also Like

312K 818 10
Finding out my boyfriends secret fantasies, and living them.
5M 164K 49
When strangers from completely different backgrounds get married... -- Shifting as the cool breeze toyed with my senses, I sighed at my husband stand...
23K 2.3K 22
Akriti hates cheaters. According to her, ❝Once a cheater, always a cheater.❞ After being cheated by her friend-turned-lover-turned-husband, Akriti di...
24.7K 32 3
short. direct. sexy. All characters are above the age of 18. Accepting Requests!