Berkasih Dengan Pontianak

By KacangHantu

2.1K 26 0

Apabila mendapat pelawaan daripada gadis cantik berambut panjang itu nyata bersungguh-sungguh, hati Mat Deris... More

1. Mimpi
2. Panggilan Tidak Dikenali
4. Dirasuk
5. Cuba bercakap
6. Siapa dia?

3. Tangisan Dari Cermin

294 3 0
By KacangHantu

Pada malam itu, Mat Deris menceritakan peristiwa yang dialaminya ketika berada di
pejabat kepada Pak Cik Ahmad, Mak Cik Lijah, Ripin dan Baharum.

Pada mulanya mereka menganggap cerita yang disampaikan oleh Mat Deris itu hanyalah sebuah cerita karut yang sengaja direka. Hanya Mak Cik Lijah yang kelihatan begitu yakin dengan kisah yang disampaikan oleh Mat Deris itu. Pak Cik Ahmad, lebih banyak mendiamkan diri tetapi turut mendengarnya dengan penuh minat.

"Tak mungkin syaitan atau iblis boleh membuat panggilan telefon," ujar Baharum.

Ripin pula ketawa besar apabila mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Baharum itu.

"Tapi ini adalah kenyataan," balas Mat Deris, "aku sendiri yang mengalaminya."

“Mungkin kau masih dibayangi oleh mimpi-mimpi yang kau alami semalam atau mungkin juga otak kau sudah mulai senget," Baharum bersuara lagi.

Dia menganggap bahawa apa yang diperkatakan oleh Mat Deris itu hanyalah kisah dongeng yang hanya layak menjadi bahan ketawa.

"Kita adalah orang-orang terpelajar," Ripin pula bersuara setelah berhenti dari ketawanya, "kita sepatutnya dapat berfikir dengan rasional dan tidak mempercayai cerita-cerita karut yang tidak boleh diterima akal!"

"Kau juga pernah memberitahuku bahawa kau juga turut percaya akan adanya dunia ghaib yang didiami oleh makhluk-makhluk halus seperti jin, iblis dan syaitan. Apakah kau tidak yakin dengan apa yang aku cakapkan?" Tanya Mat Deris sambil
memandang tepat ke muka Ripin.

"Memang! Aku juga percaya akan wujudnya iblis dan syaitan kerana di dalam Al Quran sendiri ada
membangkitkan soal ini," Baharum, mahasiswa tahun akhir fakulti undang-undang Universiti Malaya
itu bersuara lembut tetapi kemudian bersuara dengan lebih serius, "apa yang amat payah untuk aku percaya ialah apabila kau mengatakan bahawa kau telah menerima satu panggilan telefon dari syaitan!"

"Memang peristiwa ini benar-benar berlaku," balas Mat Deris untuk menyampaikan kepada teman-temannya, "dengan suara yang seolah-olah mengugut, dia meminta supaya aku segera mengosongkan bilik yang sedang aku duduki sekarang."

"Bagaimana pula pendapat pak cik dalam perkara ini?" Tanya Baharum sambil memandang ke arah Pak Cik Ahmad yang sejak dari tadi hanya diam membisu.

"Perkara ini terserah kepada kamu semua," ujar Pak Cik Ahmad dalam suara yang begitu lembut," sekiranya apa yang dikatakan oleh Mat Deris itu adalah benar, kita terpaksalah lebih berhati-hati tetapi jika sampai adanya ancaman seperti yang dikatakan oleh Mat Deris itu tentulah aku sendiri tidak dapat menerimanya."

"Ini rumahku. Apa ada kaitannya dengan rumah milikku ini?" Pak Cik Ahmad menambah sambil membetulkan duduknya.

"Aku bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh pak cik itu," ujar Ripin, "Tuhan ada menyebut bahawa diri-Nya adalah paling berkuasa di seluruh alam dan manusia pula adalah merupakan makhluk yang
disuruh menguruskan dunia ini. Jadi, kita tidak perlu kalah pada ancaman aneh seperti itu."

"Ya!" Baharum turut menyokong, "masakan kita mahu diurus atau kehidupan kita diaturkan oleh sesuatu benda yang tidak wujud dan tidak pasti?"

Mat Deris terdiam sejenak. Kesempatan itu digunakan olehnya untuk menghirup kopi pekat yang sudah sejuk di atas meja di hadapannya. Selepas itu barulah Mat Deris menyambung.

"Suara itu memberitahuku bahawa bilik itu adalah kepunyaannya dan dia ingin menduduki kembali bilik itu," kata Mat Deris. "ini bermakna tentulah dia pernah menduduki bilik itu sebelum ini.. Betul tak?"

"Berani dia mendakwa bahawa bilik itu adalah kepunyaannya!" Mak Cik Lijah tiba-tiba bersuara dengan geram. "Tanah ini sebenarnya adalah merupakan tanah pusaka tetapi rumah ini kami bina dengan titik peluh kami sendiri kira-kira tiga puluh tahun yang lalu, jadi bagaimana dia boleh mendakwa bahawa bilik itu adalah kepunyaannya?"

"Mungkin ada orang yang pernah tinggal di bilik itu dan telah pun meninggal dunia," Baharum memberi pendapat.

"Siapa ya..." Mak Cik Lijah bersuara sambil termenung berfikir untuk mengingatkan siapakah antara penyewa yang telah menduduki bilik yang sedang diduduki oleh Mat Deris itu. "Hanya yang aku ingat Siti sahaja yang pernah mendiami bilik itu. Sebelum itu, bilik itu pernah diduduki oleh Halim, anak mak cik yang kini menetap di Pulau Pinang tetapi ketika dia tinggal di bilik itu, tidak pernah puka berlaku
sebarang kejadian aneh begini.

Baharum termanggu-manggu memandang siling. Dahinya berkerut memikirkan perkara aneh yang tidak pernah dialaminya sebelum ini. "Begitu aneh dan membingungkan untuk diselesaikan!"

“Itulah namanya dunia ghaib. Dunia ghaib pasti akan sentiasa berada dalam keadaan aneh!" Ripin pula mencelah.

Mat Deris menjadi semakin bingung dibuatnya. Dari hasil perbincangan itu, dia tidak dapat menemukan sebarang jalan penyelesaian yang boleh menghilangkan kekusutan di dalam kepalanya. Tidak ada sedikit pun jalan yang dapat membantu-
nya untuk menghadapi perkara aneh yang menyulitkan itu. Walau bagaimanapun, Mat Deris tidak dapat menyalahkan sesiapa. Kini hanya satu tekad yang ditanam dalam dirinya, dia akan terus mendiami bilik itu walaupun makhluk itu telah mengugutnya supaya dia segera keluar dan meninggalkan bilik sewa di rumah kepunyaan Pak Cik Ahmad itu.

Selain dari itu, Mat Deris juga berazam untuk menyiasat sendiri akan kekusutan yang dialaminya itu secara diam-diam tanpa pengetahuan dan bantuan daripada sesiapa pun. Tetapi sekiranya rakan-rakan yang tinggal serumah dengannya itu
mengetahui apa yang sedang dan akan dilakukan olehnya, itu tidak menjadi sebarang kesalahan.

Malam itu, hanya Mat Deris dan Ripin sahaja yang tidur lewat. Pak Cik Ahmad dan Mak Cik Lijah serta Baharum telah lama dibuai mimpi. Mat Deris dan Ripin masih duduk di ruang tamu menonton televisyen walaupun sudah lebih pukul dua belas tengah malam.

Apabila televisyen telah tamat siaran, Mat Deris terus mematikan suis televisyen kemudian menapak ke arah pintu masuk untuk mempastikan pintu utama di rumah itu benar-benar telah dikunci. Setelah pasti semuanya berada dalam keadaan baik, Mat Deris terus masuk ke biliknya. Dia menutup pintu bilik lalu menguncinya dari dalam.

Setelah menukar pakaian kepada pakaian tidur, Mat Deris menghampiri meja tulisnya. Seperti biasa, sebelum melelapkan mata dia akan mencatit segala peristiwa yang dialaminya di dalam buku catitan hariannya. Tentu yang akan dicatitkan olenya pada malam itu adalah mengenai peristiwa aneh yang
dialaminya.

Ketika dia menyelak pada muka surat yang ingin ditulisnya iaitu pada muka surat yang tercetak 22 November tiba-tiba dia terkejut apabila ternampak cermin yang berbingkai warna merah darah tergantung di dinding di hadapannya. Dia amat mengenali cermin itu kerana cermin itulah yang telah ditemuinya pada malam semalam.

Kali ini Mat Deris menjadi lebih bingung apabila wajah perempuan yang dilihatnya di dalam cermin itu sudah berubah. Orangnya masih ada di dalam cermin tetapi wajahnya sudah jauh berbeza.

Kalau semalam Mat Deris melihat kepedihan dan kegetiran terdapat pada wajah gadis di dalam cermin itu tetapi kini ianya sudah disebaliknya. Perempuan cantik itu sedang tersenyum manis. Terlalu manis sehingga menggegarkan hati dan perasaannya.

Kerana menduga bahawa Ripin masih belum tertidur, Mat Deris segera bangun lalu terus menuju ke arah bilik Ripin. Sebelum keluar dari biliknya, Mat Deris sempat mengerling ke arah cermin sebesar kotak rokok yang sedang tergantung di dinding berhampiran dengan meja tulisnya.

"Ada apa?" Tanya Ripin sebaik sahaja dia membuka pintu biliknya.

"Pasal cermin yang aku katakan itu. Cermin tersebut muncul kembali dibilikku.!"

Tanpa menunggu sebarang pelawaan dari Mat Deris, Ripin bergegas menuju ke arah bilik Mat Deris sambil diikuti oleh Mat Deris dari belakang. Sampai di bilik Mat Deris, Ripin terhenti sambil matanya memandang ke seluruh bilik kecil itu untuk melihat cermin yang dikatakan oleh Mat Deris.

"Mana cerminnya?" Tanya Ripin.

"Itu, yang tersangkut di dinding berhampiran dengan meja tulisku," balas Mat Deris.

Ripin terus menerpa ke arah cermin yang dimaksudkan oleh Mat Deris. Lama dia merenung ke arah cermin sebesar kotak rokok itu tetapi tidak ada wajah perempuan cantik seperti yang dikatakan oleh Mat Deris.

"Tak ada apa-apa pun dalam cermin ini!" Gumam Ripin.

"Ada, kau lihatlah betul-betul!" Ripin terus mengambil cermin yang tersangkut di dinding lalu melihatnya dari dekat tetapi ternyata tidak ada apa-apa yang dapat dilihatnya dalam cermin itu kecuali wajahnya sendiri.

"Tak ada apa-apa pun," gumam Ripin lagi.

Mat Deris datang menghampiri Ripin untuk mempastikan bahawa wajah perempuan cantik itu memang wujud di dalam cermin kecil itu tetapi apabila dia melihatnya ternyata Ripin tidak bergurau. Wajah perempuan cantik itu telah pun ghaib entah ke mana.

Ripin merasa agak kecewa dengan apa yang dikatakan oleh Mat Deris. Kini dia menganggap apa yang dilihat oleh Mat Deris itu hanyalah merupakan satu lamunan semata. Kemudian dia cuma menyangkutkan kembali cermin itu ditempat asalnya tetapi apabila dia cuba untuk menyangkutkan cermin kecil itu dia mendapati tidak ada paku yang melekat di dinding dan tidak terdapat sebarang tali penyangkut pada cermin kecil itu. Puas Ripin cuba menyangkutkan cermin itu pada didinding tetapi usahanya itu ternyata sia-sia.

"Kau gunakan gam untuk melekatkan cermin ini pada dinding bilikmu?" Tanya Ripin ingin tahu.

"Aku tak pernah meletakkannya di situ. Dia tergantung di dinding itu dengan sendiri."

"Aku tak percaya!"

"Kalau tak percaya, kau lihatlah sendiri sama ada terdapat sebarang kesan gam di belakang cermin itu!"

Ripin meneliti semula cermin kecil di tangannya untuk mempastikan kesan gam di belakang cermin tersebut tetapi ternyata tidak terdapat sebarang kesan gam di bahagian belakang cermin kecil itu.

Rupanya perbualan antara Ripin dan Mat Deris itu telah didengari oleh Pak Cik Ahmad dan isterinya, Mak Cik Lijah. Kedua mereka segera datang ke bilik Mat Deris untuk mengetahui apa yang sedang dibincangkan oleh dua orang anak muda yang menyewa bilik di rumah mereka.

"Ada apa?" Tanya Pak Cik Ahmad.

Mat Deris berpaling ke arah suara yang menegurnya lalu dia terus datang menghampiri Pak Cik Ahmad.

"Ini dia cermin yang saya katakan pagi semalam!" Ujar Mat Deris sambil menunjukkan cermin kecil yang ada di tangannya kepada Pak Cik Ahmad.
"Lihatlah wajah perempuan yang saya katakan itu!"

Pak Cik Ahmad mengambil cermin kecil dari tangan Mat Deris. Mak Cik Lijah datang lebih rapat kepada suaminya untuk melihat wajah perempuan yang dikatakan oleh Mat Deris.

"Pak cik tak nampak apa-apa dalam cermin ini!" ujar Pak Cik Ahmad dengan suara agak kesal.

"Mak cik juga tak nampak apa-apa pun dalam cermin ini," tambah Mak Cik Lijah pula.

Mat Deris menjadi cemas kerana apa yang dilihatnya di dalam cermin itu tidak dapat dilihat oleh orang lain. Wajah gadis cantik berambut panjang itu masih wujud di dalam cermin kecil itu tetapi Ripin dan Pak Cik Ahmad laki bini tidak nampak apa-apa pun. Ianya hanyalah sebuah cermin biasa sahaja bagi mereka.

Mat Deris merasa agak malu di samping begitu hairan dengan apa yang dilihatnya. Tidak mungkin hanya matanya sahaja yang boleh melihat wajah perempuan cantik itu. Adakah matanya telah rosak? Mat Deris sekali lagi melihat ke dalam cermin kecil yang baru diunjukkan oleh Pak Cik Ahmad dan ternyata wajah perempuan cantik berambut panjang itu masih ada di dalam cermin itu. Kedudukan perempuan itu masih tidak berubah dan senyumannya terus melebar.

"Aneh sekali!" Rungut Mat Deris. "Kenapa hanya aku seorang sahaja yang dapat melihatnya?"

"Mungkin badan kau kurang sihat agaknya," balas Mak Cik Lijah sambil menatap wajah Mat Deris dengan pandangan penuh kehairanan.

"Tidak mak cik! saya masih sihat!" Balas Mat Deris, "tapi... sudahlah! Mungkin aku sudah gila ataupun mereng agaknya!"

Ripin, Pak Cik Ahmad dan Mak Cik Lijah kemudian keluar meninggalkan Mat Deris dengan kebingungan yang melanda fikiran mereka. Setelah mereka keluar, Mat Deris kembali mengunci biliknya dari dalam. Dia merasa begitu kecewa dan bingung. Cermin kecil itu kembali dilihatnya. Wajah gadis cantik berambut panjang itu masih ada di dalam cermin itu dan masih tersenyum manis.

"Huh! Gara-gara kau, mungkin mereka menuduh aku telah gila! Celaka betul kerana kau hanya menampakkan wajahmu pada pandangan mataku saja!" Rungut Mat Deris. Serentak dengan itu, satu lagi kejadian aneh tiba-tiba berlaku. Wajah perempuan cantik berambut panjang itu tiba-tiba hilang dan lenyap dari cermin kecil itu.

Mat Deris terkejut dan terperanjat. Berkali-kali dia melihat ke dalam cermin kecil sebesar kotak rokok itu tetapi ternyata wajah itu telah hilang. Setelah agak lama menunggu dan wajah cantik itu tidak muncul lagi dalam cermin kecil itu, Mat Deris membatalkan sahaja hasratnyaa untuk membalingkan cermin kecil itu ke luar tingkap. Cermin kecil itu kembali diselitkannya ke dalam buku hariannya. Kemudian dia menyalakan lampu tidur lalu terus merebahkan tubuhnya di atas katil.

Walaupun Mat Deris cuba melelapkan matanya tetapi fikirannya masih kacau dan buntu. Matanya masih belum mengantuk. Berbagai-bagai persoalan muncul di benaknya. Memang aneh kejadian yang datang dalam kehidupannya itu. Dan masalah itulah yang sedang menghantui fikirannya.

Mat Deris merasa begitu hairan kenapa Ripin, Mak Cik Lijah dan Pak Cik Ahmad tidak boleh melihat wajah perempuan yang berada di dalam cermin kecil itu. Dan yang lebih menghairankan lagi ialah mengenai panggilan telefon yang diterimanya pagi semalam ketika dia berada di pejabatnya. Kesemua perkara aneh yang dialaminya itu adalah satu kenyataan dan bukannya satu mimpi atau khayalan. Ketika memikirkan itu semua, ternyata bahawa fikirannya masih siuman dan dia masih belum gila.

Malam telah begitu larut tetapi Mat Deris masih belum mampu untuk melelapkan matanya. Keresahan dan kebingungan terus melanda fikiran Mat Deris. Hujan gerimis yang turun sejak beberapa jam yang lalu menjadikan suasana malam itu semakin sunyi dan mencengkam. Hawa dingin seolah-olah telah membekukan seluruh tubuhnya.

Kampung Merbau Sempak, memanglah agak jauh dari Kuala Lumpur. Suasana di kampung itu juga memang berbeza dengan suasana di bandaraya yang semakin pesat membangun. Keadaan di situ tidak ada bezanya dengan suasana di kampung-kampung lain walaupun ianya terletak di pinggir sebuah bandaraya yang besar.

Itulah punca yang menyebabkan kenapa Mat Deris memilih untuk menyewa bilik di rumah kepunyaan Pak Cik Ahmad dan Mak Cik Lijah itu. Begitu jugalah dengan Ripin dan Baharum. Kami bertiga sepakat memilih untuk menyewa bilik di rumah itu kerana suasana di perkampungan itu amat tenang dan damai. Sunyi daripada segala macam hiruk pikuk kota yang boleh melemaskan.

Kami memilih tempat itu kerana kami berpendapat bahawa suasana di kampung itu benar-benar tenang dan udaranya pula jauh lebih segar jika dibandingkan dengan udara di Kuala Lumpur. Ternyata kami bertiga amat selesa menetap di Kampung Merbau Sempak itu.

Di tengah kesunyian yang sejuk membeku itu tiba-tiba sayup-sayup Mat Deris terdengar bunyi tangisan yang sangat memilukan. Suara itu begitu menyentak perasaannya.

Kerana merasa hairan dan takjub, Mat Deris bangkit dari katilnya lalu berdiri. Dia memasang telinga untuk mempastikan dari arah manakah datangnya suara tangisan yang sedang didengarinya itu. Setelah agak lama mengamat-amatinya, akhirnya Mat Deris pasti bahawa suara itu datang dari arah luar rumah. Sah bahawa suara tangisan itu tidak datang dari dalam rumah. Lebih tepat lagi Mat Deris dapat mempastikan bahawa suara tangisan itu datangnya dari arah belakang rumah yang disewanya itu.

Pada mulanya Mat Deris menyangka bahawa suara tangisan itu datang dari arah rumah jirannya tetapi apabila mengingat kembali akan susunan rumah di kampung itu ternyata bahawa rumah yang paling hampir dengan rumah Pak Cik Ahmad yang disewanya itu adalah rumah kepunyaan Haji Harun.

Jarak antara rumah Haji Harun dengan rumah Pak Cik Ahmad tidaklah terlalu dekat macam rumah di Kampung Bharu, Kuala Lumpur yang berhimpit-himpit antara satu sama lain. Jarak antara rumah Pak Cik Ahmad dan rumah Haji Harun agak jauh juga. Kalau memekik dengan kuat barulah terdengar suara orang yang memanggil. Dan jika suara tangisan yang teresak-esak seperti yang sedang didengarinya ketika itu ternyata bahawa suara itu bukanlah datang dari rumah Haji Harun tambahan pula ketika itu hujan gerimis sedang menyiram bumi.

Akhirnya Mat Deris membuat satu kesimpulan bahawa suara tangisan yang sedang didengarinya itu adalah suara makhluk halus. Mungkin suara itu adalah tangisan perempuan cantik berambut panjang yang telah beberapa kali muncul dalam cermin kecil sebesar kotak rokok dibiliknya itu.

Setelah yakin dengan apa yang difikirkan olehnya tiba-tiba Mat Deris mendapati bulu romanya mula meremang. Walaupun dia seorang anak muda yang berani tetapi pada ketika itu dia mengakui bahawa
dirinya adalah merupakan seorang lelaki pengecut. Timbul juga hasrat di hati Mat Deris untuk keluar dari biliknya dan pergi mengejutkan Ripin, Baharum dan Pak Cik Ahmad agar mereka sama-sama dapat
mendengar bunyi tangisan yang sedang didengarinya itu tetapi dia merasa bimbang kalau-kalau suara tangisan itu hanya dia sendiri yang dapat mendengarnya.

Jika suara tangisan itu hanya dapat didengar oleh Mat Deris sendiri sedangkan orang lain yang berada
di dalam rumah itu tidak mendengarnya, dia bimbang kalau-kalau mereka akan menuduhnya sudah gila. Sudah tidak siuman. Dia juga merasa agak malas untuk mengejutkan orang yang berada di rumah itu kerana jika dia mengejutkan mereka nanti pasti dia akan mengganggu tidur mereka sedangkan suara tangisan yang didengarinya itu tidak terdengar pada telinga orang lain.

Mat Deris betul-betul bingung dan takut. Untuk itu dia kembali merebahkan tubuhnya di atas katil. Dia membungkus seluruh tubuhnya dengan selimut sambil menutup kedua-dua belah lubang telinganya. Dia cuba memejamkan matanya dan tidak mengambil berat tentang suara yang didengarinya itu tetapi
semakin ditutup telinganya, semakin kuat suara itu bergema. Rasa takutnya semakin menebal sehingga menyebabkan seluruh tubuhnya menggeletar.

Setelah sekian lama akhirnya dia merasakan bahawa suara tangisan itu sudah terdengar lagi oleh telinganya. Perlahan-lahan dia membuka telinganya yang ditutup dengan jari telunjuknya. Dia cuba meyakinkan dirinya bahawa suara tangisan itu memang sudah tidak ada. Sudah tidak kedengaran tetapi apabila sepasang matanya terbuka tiba-tiba dia dikejutkan pula oleh sesusuk bayangan manusia yang terpampang pada cermin sebesar kotak rokok itu.

Bayangan itu adalah gadis cantik berambut panjang yang pernah menjelma melalui mimpinya. Gadis itu kelihatan sedang mengesat air matanya yang membasahi pipi. Seluruh tubuhnya kelihatan basah kuyup dan dia kini dalam keadaan kesejukan.

Entah kenapa pula, ketika melihat wajah perempuan cantik di dalam cermin kecil itu, hati Mat Deris mulai merasa lapang. Perasaan takutnya mulai hilang. Sifat beraninya mendadak sahaja menguasai dirinya Dia merasa sedih dan terharu melihat keadaan gadis cantik itu yang sedang menggigil kesejukan. Untuk itu, Mat Deris segera bangun dan berdiri menuju ke arah cermin kecil. Sebelum itu, mata Mat Deris memandang ke segenap sudut di bilik sewanya itu untuk mempastikan gadis itu tidak ada di biliknya. Akhirnya dia pasti bahawa gadis itu hanya muncul di dalam cermin kecil sambil menundukkan mukanya. Rambutnya yang panjang itu kelihatan agak kusut kerana dibasahi oleh hujan.

Tanpa sebarang perasaan takut, Mat Deris terus menghampiri cermin kecil yang terletak di atas meja tulisnya. Dia hanya berdiri sambil memandang ke arah cermin kecil itu tanpa menyentuhnya. Agak lama juga Mat Deris bediri tegak memandang ke arah gadis cantik berambut panjang yang berada di dalam cermin. Akhirnya dengan suara yang begitu perlahan Mat Deris menyapa gadis itu.

"Siapakah dirimu yang sebenarnya?” Tanya Mat Deris memberanikan hatinya.

Gadis itu mendongakkan kepalanya lalu memerhati ke arah Mat Deris. Kemudian dia kembali menundukkan kepalanya sambil menyapu air matanya.

Perasaan Mat Deris terguris dan amat bersimpati melihat keadaan yang menyedihkan itu tetapi dihatinya terselit satu perasaan amat kagum melihat kecantikan gadis berambut panjang itu.

Sorot matanya yang begitu tenang dan bening ketika memandang Mat Deris sebentar tadi seolah-olah telah menyatakan kepada Mat Deris bahawa gadis itu sebenarnya bukanlah seorang gadis yang jahat. Dan jika gadis itu adalah jelmaan roh pastilah ianya bukanlah datangnya sebagai roh yang jahat. Ianya pasti merupakan roh halus yang memerlukan pertolongan dan bantuan untuk dikasihani.

Oleh kerana gadis cantik itu tidak menyahut pertanyaan yang diajukan oleh Mat Deris sebentar tadi akhirnya Mat Deris mengalihkan pandangannya ke arah lain. Dia merasa malu pada dirinya sendiri
kerana bercakap dengan sebuah cermin.

"Kenapa kau menangis teresak-esak? Apakah bantuan yang dapat aku berikan untuk menolongmu?" Tanpa disedari terpancut lagi soalan itu dari mulut Mat Deris.

Gadis cantik itu masih tetap membisu. Dia terus membungkam sambil menundukkan kepalanya.

"Jika kau tak mahu bercakap denganku, aku juga tak akan memaksamu," Mat Deris tak sedar suara itu terkeluar dari mulutnya. Dia sendiri amat hairan kenapa dia cuba berbicara dengan sebuah cermin yang ternyata kaku dan tidak bernyawa.

"Tetapi kau haruslah mengetahui bahawa aku sendiri tidak tahu apakah kemahuanmu yang sebenarnya. Aku tidak faham dengan duniamu dan cara hidupmu. Oleh itu, jika kau inginkan mendapat sesuatu dariku janganlah segan-segan untuk menyatakannya padaku. Siapa tahu, mungkin aku boleh menolongnya," sambung Mat Deris.

Gadis cantik berambut panjang itu kembali mendongakkan kepalanya sambil menguiskan rambutnya yang menutupi mukanya. Dia menatap wajah Mat Deris agak begitu lama tanpa sebarang bicara. Akhirnya, perlahan-lahan gadis itu meng-
hilangkan diri dari cermin kecil itu.

Mat Deris menarik nafas panjang dan dia masih tidak faham akan maksud kedatangan gadis cantik berambut panjang itu. Disebabkan oleh perasaan tidak faham itulah menyebabkan Mat Deris semakin bertekad untuk terus menyelidiki siapakah gadis misteri yang sering mengunjunginya itu walaupun
kemunculannya hanya di dalam sebuah cermin kecil.

Continue Reading

You'll Also Like

145K 20.5K 91
အရိုးစုသရဲပန်းချီ「骷髅幻戏图」kūlóuhuànxìtú ခူးလိုဟွမ့်ရှိထူ စာရေးသူ - 西子绪 ရှီးကျစ်ရွှိ အပိုင်းပေါင်း - ၁၁၄ ပိုင်း + အချပ်ပို ၇ ချပ် ထွက်ရှိခဲ့သည့်နှစ်...
13.8K 221 25
Lisa Roberts, Jill Robert's younger sister. When Jill was a killer in the 2011 WoodsBoro murders, Jill let her baby sister survive, knowing only hers...
17.3K 423 13
The infamous killers get transferred to a dangerous asylum where only people that are very dangerous for humanity was locked up there, and unfortunat...
236K 19.6K 29
Kisah tentang teror dari sosok bernama Nek Ipah yang dialami seorang anak bernama Dani (7 tahun). Tidak hanya Dani saja, bahkan penduduk kampung pun...