ยฉ KIND IS A CURSE

By yeonnights

2.8K 550 979

[ COMPLETED ] - KIND IS A CURSE ๐Ÿ”ž "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Ada sebab kenapa periba... More

KIND IS A CURSE
1
2
3
4
5
6
7
8
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26 [ Ending ]
Epilogue

9

111 26 36
By yeonnights

Halo!

Chapter ni panjang sikit ye. Dan target views kita, 20.

Please yang baca tu tolonglah vote  tak nak comment tak apa. Tapi vote. Vote tu tak sampai sesaat ye nak tekan
ㅋㅋㅋㅋ

---

"Eumh..."

"Lewat juga awak bangun." Mata dicelik selepas suara kekasihnya menyapa gegendang telinga. Suasana yang dingin membuat lelaki yang masih terlantar di atas katil itu menarik selimut hingga ke paras dada. Sang kekasih menatapnya dengan penuh geram sebelum akhirnya selimut ditarik dan dihamparkan ke lantai.

"Hazel let me sleep."

"Bangun, Encik Grey Christopher Arthur. Dah pukul lapan awak tahu tak? Awak mandi je dah berapa jam, dah pukul berapa pula kita nak bertolak, Chan?" Bebel Hazel sambil menarik lengan suaminya agar turun meninggalkan katil. Sudah satu jam Hazel menunggu suaminya bangkit dari tidur kerana dia ingin mengemas katil. Tak sangka pula selewat ini baru suaminya akan celik mata.

"Hari ni ke kita pergi?" Tanya Chan sembari menyarung bathrobe pada tubuhnya yang hanya berseluar dalam.

"Ye, sayang. Kalau bukan hari ni, sampai bila-bila kita tak akan pergi jumpa dia. Pergi mandi cepat, lepas tu pakai baju yang saya dah gosok." Pipi Hazel dikecup sebelum Chan melangkah ke tandas. Setiap pagi, memang ciuman pada pipi sudah menjadi hal wajib bagi mereka suami isteri. Sangat manis.

Selepas mengemas katil dan bilik yang berselerak, Hazel turun ke bawah untuk menghidang sarapan yang sudah dia masak sebentar tadi. Satu jam kemudian, suaminya turun dengan tubuh yang sudah rapi dan kemas. Chan mencium pipi Hazel sebelum melabuhkan punggung pada bangku yang sudah dia tarik. "Bagel cream cheese? Jarang awak masak sarapan simple macam ni?"

"Saya pun bangun lewat tadi. Awak nak sarapan lain ke?" Chan menggeleng.

"What I'm trying to say is, are you okay? Kalau tak sihat, tak perlulah masak. Saya kan boleh masak?" Tutur Chan penuh kelembutan. Pipi Hazel diusap perlahan hingga terukir satu senyuman manis pada bibir wanita itu.

"Okay je. Dah makan cepat, lepas tu kita terus pergi. Saya tak nak sampai sana lewat sangat."

---

"Selesa sangat ye katil Hyunjin tu sampai awak bangun lewat." Usik Irelyn. Minho yang sedang mengeringkan rambutnya lekas tertawa. Sudah lama kedua bola matanya tidak sesegar ini. Tidurnya begitu nyenyak kerana tiada gangguan dari mana-mana. Kalau tidak, sepanjang minggu hatinya gundah gulana memikirkan masalah yang menimpa.

"Awak pula awal bangun? Katil tak selesa ke?" Kini dia pula yang mengusik. Sama seperti reaksinya tadi, Irelyn terkekeh mendengar.

"Saya dah buat sarapan. Makanlah, sementara tunggu Hyunjin dengan kawan dia datang sekejap lagi." Pengering rambut segera dimatikan.

"Hyunjin datang sini? Hm. Pelik tak kalau saya cakap yang saya cemburu?"

"O-Oh?" Perkataan terakhir yang keluar dari mulut Minho agak mengejutkan Irelyn. Namun dia cuba untuk menanggapinya dengan tenang dan santai. Sebuah tawa ringan dilepaskan dari mulutnya. Irelyn kemudian tumpukan perhatiannya pada sarapan yang sedang dia hidangkan. Saja untuk mengelak dari berasa janggal dengan kata-kata Minho tadi.

"Cemburu sebagai kawan. Macam awak cakap, Hendera ada hak cemburu sebagai kawan. Maksudnya saya pun samalah kan?" Jelas Minho. Irelyn perlahan menoleh sebelum mengangguk perlahan.

"Boleh, Minho." Irelyn menjawab penuh tenang. "Tapi tak ada apa yang awak nak cemburukan sekarang. Saya tak pernah bandingkan kawan-kawan saya. Adil dan saksama saja semua." Kata-kata Irelyn langsung membuat Minho mengukir senyuman tipis. Matangnya fikiran garis itu kadang kala membuat Minho malu.

"Baik, Irelyn."

"Makanlah. Saya nak pergi kemas katil Hyunjin tu. Kejap lagi dia datang."

Sebaik saja Irelyn meninggalkan meja, Minho menyantap lekas sarapan yang sudah disediakan oleh Irelyn. Sambil mengunyah setiap butir nasi di dalam mulut, Minho masih tidak berhenti tersenyum. Tak sangka dia baru saja bermalam di rumah gadis yang pernah membuatnya hampir separuh gila, namun gadis itu juga yang bantu memujuknya.

tok tok tok

"Irelyn! Nak saya buka ke?"

"Boleh juga. Tu mesti Hyunjin." Minho tinggalkan makanannya dan terus berlari ke pintu. Tanpa memeriksa wajah di skrin LED dahulu, Minho terus memutar tombol lalu membuka lebar daun pintu. Dua figura manusia yang sangat dia kenal sedang berdiri tegak di hadapan muka pintu.

"Minho?"

"Chan." Dua lelaki dengan ketinggian yang sama kini sedang bertatapan. Hazel yang berada di sebelah ikut sama terkejut melihat jejaka yang sangat dia kenal. Lebih dari apa yang orang lain boleh sangka.

"Minhoㅡ Eh! Hazel! Chan!" Berbeza dengan Minho, Irelyn malah teruja hingga membuat kakinya dengan sendiri berlari untuk memeluk Hazel. Minho dan Chan yang sejak tadi kelu lidah kini perlahan-lahan mencair apabila Chan tiba-tiba mendorong tangannya.

"It's been five years, man." Gumam Chan. Tanpa berfikir panjang, Minho menepis salaman itu dan memilih untuk terus memeluk Chan. Di dalam pelukan, terselit rasa rindu dan kesal. Rindu kerana telah begitu lama tidak berjumpa. Kesal kerana alasan retaknya pertemanan mereka adalah kerana hal yang sangat bodoh.

"Kejap. Awak kenal Chan?"

"Kita masuk dulu. Nanti saya cerita."

---

"Betul ke kita nak sarapan dengan rumah kawan kau? Dia tak kisah?"

"Dia tak kisah. Aku kisah. Sebenarnya dia yang minta aku bawa kau berdua sarapan dekat sana. Jadi tak perlulah nak acah-acah segan sangat, Hans. Macam aku tak kenal perangai sebenar kau." Dekah temannya mendengar ucapan Hyunjin. Jejaka bernama Hans Étienne Peter atau nama singkatnya, Hans, terus menyandang begnya lalu membuntuti Hyunjin keluar dari rumah.

Di luar, sudah ada seseorang yang sedang menunggu mereka berdua di dalam kereta. Sambil menunggu, terlihat di antara jari telunjuk dan jari hantunya terselit sebatang rokok yang masih belum dibakar. Hans yang ternampak akan rokok itu terus terbahak hingga lututnya tak sengaja mencium lantai. "Oi! Apahal kau? Sawan?"

Hyunjin kemudian mengalihkan pandangan ke arah rakannya yang ada di dalam kereta. Dia cuba faham apakah hal yang membuat Hans tertawa hingga hampir hilang nyawa. Setelah melihat rokok yang ada pada tangan rakannya itu, Hyunjin menghela nafasnya penuh sabar.

"Felix Clément Noah. Makan rokok gula-gula kau tu. Ingat orang yang lalu lalang ni tak tahu ke tu rokok gula-gula?"

"They wouldn't know if you not saying it!? Piece of shit both of you."

"Belum jalan lagi dah buat hal. Entah apa jadi agaknya dalam kereta nanti."

Mereka mulakan perjalan selepas 15 minit bertekak tentang hal merapu. Hyunjin memandu membelah kabus yang tercipta oleh dinginnya cuaca. Jalan yang sesak membuat mereka bertiga mula merasa bosan kerana sudah terlalu lapar. Hyunjin agak menyesal kerana tidak mengalas perut dahulu sebelum pergi. Dia tak sangka jalanan akan sesesak ini.

"Kalau tahu sesak macam ni, bagus kita naik basikal je tadi. Dekat selekoh nak keluar dari rumah kau tadi ada orang sewakan basikal tiga kerusi."

"Lepas tu kereta aku ni nak campak mana?"

"Campaklah mana-mana. Kereta kau, bukan kereta aku." Kalau Hyunjin ada darah tinggi, mungkin sekarang akan dapat bacaan yang tak terkira tingginya. Kerenah Hans membuat Hyunjin ingin membanting kepalanya pada tingkap kereta kerana terlalu menguji kesabaran. "Kakak angkat kau selalunya masak apa?"

"Macam-macam."

"Ada ke makanan nama macam-macam?"

"Felix Clément Noah!" Serentak dua rakan itu menyebut namanya. Kebengapan Hans memang tiada tandingan. Namun kebodohan Felix jauh lebih menakjubkan.

Beberapa puluh minit di atas jalan, kini Hyunjin dan kedua rakannya sudah tiba di rumah Irelyn. Belum sempat enjin kereta dimatikan, malah belum berhenti sepenuhnya lagi, Hans dan Felix sudah melompat keluar dari kereta. Sekali lagi kesabaran Hyunjin diuji dan kali ini bukan kepalanya yang ingin dia hantukkan. Tapi kepala Hans dan Felix.

Tiba saja di depan pintu rumah Irelyn, Hyunjin membiarkan rakan-rakannya yang menekan tombol loceng.

klik

"Minho?" Hyunjin menyapa dengan nada penuh hairan.

"Masuklah. Beku kawan-kawan kau nanti." Tiga sekawan itu melangkah masuk ke dalam. Apabila melihat Chan dan Hazel yang sedang berbual mesra dengan Irelyn di ruang tamu, Hyunjin sedang memproses apakah yang sedang terjadi. Dia kenal dengan pasangan suami isteri itu, dan disebabkan dia kenal lah, dia semakin tertanya-tanya apa yang telah berlaku.

"Hyunjin! My boy!" Chan kelihatan teruja ketika Hyunjin muncul dari muka pintu. Dengan ceria dia memberi pelukan ketat pada lelaki itu. Namun Hyunjin kelihatan tidak senang dengan pelukan yang diberi, malah terpapar jelas betapa enggannya dia untuk menerima pelukan dari lelaki berdarah PerancisㅡAustralia itu.

"Irelyn, ni kawan-kawan aku. Maaflah kami lambat, jalan sesak teruk tadi."

"Hai! Siapa ni?" Gadis itu bingkas bangun dari sofa lalu memberi pelukan hangat pada kedua rakan Hyunjin. Sudah menjadi satu sifat Irelyn iaitu memberi sebuah pelukan pada setiap orang yang datang dalam kehidupannya. Setiap kali dia mencipta sebuah tali pertemanan dengan seseorang, tidak pernah sekali dia lupa untuk memberi pelukan hangat setiap kali bertembung atau berjumpa.

"Saya Hans Étienne Peter. Panggil je Hans." Tutur Hans setelah pelukan dileraikan.

"Saya Felix." Sebaris gigi dipamerkan. Lucu.

"Felix je?"

"Felix Clément Noah." Tidak dinafikan kalau nama Felix cukup menarik perhatian Irelyn. Baru hendak berbual ringan, telinga Irelyn menangkap bunyi perut kelaparan dari arah Hans. Tidak dapat dia sembunyikan tawanya selepas mendengar bunyi yang tercipta tadi. "Hans memang cepat lapar. Perut dia sama besar dengan dosa dia."

"Eh babㅡ"

"Mari makan. Saya dengan yang lain dah makan tadi, jadi kamu berdua makanlah dengan Hyunjin." Pinggan dihulurkan pada mereka bertiga. Dikala Hans dan Felix tidak sabar untuk mengisi perut, terlihat Hyunjin senyap seperti ada yang bermain di dalam fikirannya. Saat Irelyn ingin menyedok kentang putar ke dalam pinggan Hans, lengan gadis itu diraih.

"K-Kentang aku....."

"Kenapa mereka ada dekat sini?" Tanya Hyunjin. Sesekali Irelyn menoleh ke ruang tamu, berharap kalau Chan atau Hazel tidak berada di dekat mereka.

"Chan nak aku jadi profiler semula." Dahi Hyunjin berkerut seribu.

"Kenapa? Bukan dia sendiri ke yang gantikan kau dengan isteri dia?" Terselit nada tidak puas hati di dalam kata-kata Hyunjin tadi. Mengingat semula ketika Chan meminta Irelyn untuk berhenti dikala gadis itu sedang cinta dengan profesionnya membuat Hyunjin ingin ikut campur. Dia tak mahu Irelyn terima tawaran dari lelaki itu.

"Hazel mengandung."

"Jadi? You shouldn't be someone's second choice, Irelyn. You deserve more than that. Kalau dia boleh buang kau hanya sebab isteri dia 'nak rasa jadi profiler' tak mustahil untuk dia buang kau lagi lepas Hazel bersalin nanti. Fikir, Irelyn." Selesai dengan bicaranya, Hyunjin terus menyantap makanan yang sudah terhidang di depan mata.

Irelyn mengetap bibirnya sambil memikirkan apa yang Hyunjin katakan tadi. Irelyn tersepit. "Aku belum bagi jawapan lagi. Aku...... Fikir dulu."

Di ruang tamu, Chan dan Minho sedang rancak berbual. Hazel pula sedang sibuk membelek album lama Irelyn yang memaparkan wajahnya ketika masih kecil di rumah anak yatim. Wanita itu tersenyum manis sepanjang dia melihat buku album itu. Apabila Irelyn datang menyapa, Hazel perlahan menutup album tersebut.

"Bila tengok gambar awak masa kecil, saya kagum dengan awak yang sekarang. Walaupun membesar tanpa ibu bapa disisi, awak mampu bina hidup yang mewah, Irelyn."

"Eum? Apa kena mengena?" Sampuk Hyunjin. Dia muncul dengan tubuh yang berdiri tegap sambil tangan dilipat pada dada.

"Maksud noona, tak semua manusia mampu membesar tanpa sokongan ibu bapa, Hyunjin."

"Oh. Tapi tak termasuk kami yang memang dari kecil tak pernah ada langsung sosok yang bernama ibu bapa. Irelyn dapat hidup mewah sebab dapat sokongan hebat dari kawan-kawan sekeliling dan juga Bonda Harper. Kalau bukan sebab Bonda Harper yang setiap malam doakan Irelyn supaya jadi seorang profiler yang hebat, mungkin sekarang ni kau berdua tak pandang pun dia. Kan?"

"Hyunjinㅡ"

"Kau berdua sepatutnya datang sini dan minta maaf. Bukan minta Irelyn untuk jadi orang bawahan kau semula! Irelyn mungkin bodoh, tapi aku tidak. Jangan ingat aku tak tahu yang kau akan buang Irelyn semula lepas Hazel habis pantang. Aku tahu cara otak kau berfikir, Christopher."

"Zavier... Kau masih marah ke dengan apa yang jadi tahun lepas?" Hyunjin berdesis sambil menyeringai selepas mendengar pertanyaan Chan.

"Tak. Aku tak marah. Tapi aku benci. Benci dan jijik dengan manusia macam kau berdua. Berhenti jadikan kakak aku lembu cucuk hidung lah, bangsat."

---

Bbokari-

KIND IS A CURSE
221002

- Macam mana chapter ni? -
Best tak? And kenalkan juga cast baru kita.

Continue Reading

You'll Also Like

2.6K 432 16
Selamat datang ke dunia. Tempat dimana segala kekejaman bermula.
12.4K 1.6K 15
ยฉ2019 -๐Š๐‡๐€๐ˆ๐๐ƒ๐„๐‘๐๐”๐„๐๐Ž (๐–๐€๐’ -๐๐”๐๐†๐Œ๐ˆ๐) ๐’๐“๐Ž๐‘๐˜๐‹๐ˆ๐๐„ [BANGTAN SERIES #7] โœงโ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โ€ขโโ€โโ€ขโ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โ•โœง Petah berdebat? Be...
6.4K 751 27
Bangchan, lelaki psycho yang suka berubah-ubah personaliti. Jatuh cinta dengan Mirae, gadis kasar dalam diam "๐‘Œ๐‘œ๐‘ข ๐‘ค๐‘Ž๐‘›๐‘›๐‘Ž ๐‘๐‘™๐‘Ž๐‘ฆ โ„Ž๐‘–๐‘‘๐‘’ ๐‘Ž๏ฟฝ...
1.4K 274 10
ใ……ใ…‚ใ…Œ , joshua hong fanfic completed // terdapat dua maksud bagi 'crush'. mana satu kau dapat, terpulang kepada nasib masing-masing. luvw0nnuu || 2...