Imperfect Moment (TERBIT)

By ayeshahamani_19

18.8K 1.1K 174

ISA KHAN | SAFEERA NASREEN Terbitan : Fajar Pakeer "When I'm good,I'm good, but when I'm bad,I'm better." - M... More

PENGENALAN
PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
MAKLUMAN

BAB 9

439 42 4
By ayeshahamani_19

Terbaring dengan keadaan tangan aku yang berbalut. Satu di telapak tangan dan satu lagi di pergelangan tangan. Dua kesakitan aku dapat pada hari ini.

Satu, sebab melecur. Kedua, dikelar.

Sejujurnya, luka ini tidaklah sakit mana jika hendak dibandingkan sakit hati aku melihat tingkah Sarah yang gedik di hadapan Isa Khan tadi.

Oleh itu, aku sanggup buat drama swasta sebegini untuk memastikan dia tidak boleh menggedik seperti itu tadi.

Sumpah, aku meluat!

Bunyi keriukan pintu yang menyentuh hujung telinga membuatkan aku cepat-cepat menarik selimut menutup tubuh. Birai mata mula dikatup rapat. Mahu mengaburi mata-mata orang lain yang bahawa aku kini berada dalam keadaan yang agak kritikal.

"Macam mana dengan keadaan student saya, doktor?"

"Pelajar encik berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Kesan luka dan melecur itu akan baik walaupun ia agak memakan masa sedikit. Mungkin akan meninggalkan parut sedikit, tapi tak mengapa nanti kami akan bekalkan krim parut buat dia."

"Okey baik, doktor. Terima kasih ya."

Bunyi perbualan antara Isa Khan dan seorang doktor wanita mula menerpa pendengaran.

Namun, aku masih lagi dalam keadaan kaku di atas katil. Sesekali, dahi sengaja dikerutkan untuk menahan sakit.

Walaupun ini hanya lakonan, aku perlu buat sehabis baik agar mata-mata yang melihat keadaanku akan mudah jatuh kasihan.

"Macam mana Safeera boleh tercedera macam tu, Encik Isa?"

"Saya pun tak tahu, kak."

Owh... rupa-rupanya ada Puan Yati sekali dalam wad ni. Alahai, semaknya!

"Isteri kamu ada dekat bawah, nak akak panggilkan ke?"

"Tak apa ke Sarah naik atas ni, kak?"

"Tak apa. Ni tingkat dua. Tak banyak tangga dia kena lalu."

"Okey kak, terima kasih ya."

Bunyi pintu yang terkatup rapat menandakan bahawa doktor tersebut telah pun meninggalkan aku dan Isa Khan berduaan dalam ruangan ini.

Bunyi kerusi yang diseret mematikan monolog hati yang bertingkah di perdu atma.

Sesaat, bau woody dan sitrus mula mengusir jauh-jauh bau ubat di dalam wad ini. Aura kebekuan dan dingin mula menyerkup suasana.

Seakan mereka semua mengetahui isi hatiku yang berbohong mengenai keadaan diri yang berpura-pura sakit.

"Dah lama ke buat kerja macam ni?"

Adakah kata-kata itu ditujukan buat aku? Kalau betul ini bermakna...

"Apa motif kau kelar dan lecurkan diri kau sendiri, Safeera? To grab my attention, isn't it?" Provok Isa Khan lagi apabila melihat aku masih membisu sejak tadi.

"Aku tahu kau minta dekat Sarah untuk jadi isteri kedua aku. Sarah sendiri yang cerita dengan aku. Apa motif kau, sebenarnya?"

Membuka mata, perlahan-lahan aku membawa tubuh bersandar di kepala katil. Setelah membetulkan postur tubuh, anak mata biruku mula dicerun pada sepasang mata jade itu.

Teguh. Tiada langsung aura mahu mengalah.

"Anggap sahajalah aku nak berseronok," ucapku dengan senyum sinis yang bergantungan di bibir.

"Lagi pun, kau pun tahu aku ini perempuan jenis yang bagaimana. Why not kita teruskan sahaja permainan ini sehingga ke penghujungnya?" cabarku berani.

Lelaki itu kulihat mengukirkan senyum. Senyum yang senget ke tepi. Seakan apa yang aku tuturkan itu sebagai satu lelucon yang mampu menggeletek perutnya.

"Berseronok dengan tiket untuk menjadi isteri aku? Kenapa susahkan diri kau sedangkan kau pun bukan mahu mencari lelaki macam aku untuk dijadikan suami. Taste kau semestinya yang bad boy, yang merokok dan kaki clubbing, isn't it?"

Membetulkan anak rambutnya yang jatuh ke dahi, kedua belah kaki galahnya dibawa bersilang sesama sendiri. Tangan kekarnya sudah selamat menampan sesama sendiri sambil anak mata hijaunya memanah raut wajahku. Tajam.

Dia... memang melampau!

Aku tahu, dia menujukan semua itu kepada Darius setelah melihat penampilan lelaki itu di Starbuck tempoh hari.

Tersenyum sinis, tudung hitam yang tersarung di kepala aku cabut perlahan. Menyelak selimut, langkah kaki galahku dibawa memijak lantai.

Berdiri bersandar pada sisi katil, aku mula berdiri tegak di hadapan Isa Khan. Membiarkan sahaja rambut hazelku menjadi tatapan mata hijaunya.

Pandangan mata Isa jatuh serta merta dari terus melihatku. Menyaksikan itu, senyum kemenangan mula terlukis pada bibirku.

Ah, Isa Khan! Aku tahu engkau juga sama seperti lelaki lain. Mudah ditundukkan oleh nafsu apabila melihat wanita cantik. Engkau mungkin mampu tipu diri sendiri, tetapi nafsu lelaki engkau tidak mudah tertipu sama sekali.

Membawa langkah penuh lemah gemalai, sengaja aku mendekatkan jarakku dengan kerusi yang diduduki Isa. Menunduk sedikit untuk menyamakan paras ketinggian kami, bibir didekatkan ke arah cuping telinganya.

"Aku yakin kau boleh jadi bad boy yang lagi hebat daripada mereka, Isa. Cukuplah berpura-pura dengan sikap warak dan alim kau tu. Kita bukan di universiti. Lagi-lagi waktu sekarang ni..." Aku berbisik penuh gemersik. Sengaja aku hembuskan nafas hangatku ke cuping telinganya.

Aku terpempam apabila tiba-tiba sahaja tangannya melelar pergelangan tanganku yang berbalut. Sungguh kuat cengkamannya sehingga terasa sakit rekahan luka di sebalik kain kasa ini.

"Jangan cabar aku, Safeera. Kau masih tak kenal aku siapa. Mungkin pada pandangan kau, aku cuma seorang lelaki yang mudah digoda oleh wanita seperti engkau. Aku masih punya Tuhan dan iman. Ini semua agenda syaitan yang mahu merosakkan keturunan Adam di muka bumi ini. Kalau kau masih berperangai begini..."

Bicaranya tergantung seketika. Panahan sepasang mata jade miliknya seakan menelanjangkan wajahku pada saat ini.

"... kau dan iblis, tiada beza. Dua-dua masuk neraka jahanam!"

Melepaskan pautan tangannya kepadaku secara kasar, hampir sahaja aku mahu tersembam jika tidak berdiri dengan betul tadi.

Shit!

Siapa dia untuk berkata sebegitu kepada aku? Tuhankah dia? Malaikat?

"Lagi satu, aku ni pensyarah kau. Even sebelum ni kau kenal aku as kawan Nuh, dalam kolej kau kena hormat aku as lecturer. Aku tak minta banyak, just cukuplah kau tahu batas antara seorang pelajar dan pensyarah antara kita."

"Kalau aku tak nak?" soalku dengan kening terjongket tinggi.

Kedua belah tangan itu terkepal kemas. Rahang terkacip-kacip rapat. Dada turun naik menahan emosi. Kedua belah matanya menombak tajam sepasang mataku.





SEBAIK sahaja pintu wad terbuka luas, mata kami berdua langsung terarah pada Sarah yang kini sedang berdiri tegak di situ.

Aku tak tahu apa sebenarnya yang terjadi kepada dia, entah mengapa sepasang matanya kelihatan merah seperti baru lepas menangis.

Menutup kembali pintu wad yang terpelohong, Sarah mampir mendekati Isa. Capai kedua belah tangan lelaki itu, sepasang anak matanya tunak merenung seraut wajah tampan itu.

"Betul ke, habibi sayangkan Sarah?" soal Sarah dengan suara yang serak.

"Kenapa Sarah tiba-tiba tanya soalan ni?" Pagut kedua belah pipi Sarah, mendatar sahaja suara Isa kedengaran.

"Jawab soalan Sarah dulu."

"Sampai bila-bila pun Sarah tanya habibi, jawapannya tetap sama. Sarah cinta hati habibi sampai ke syurga. Habibi sayangkan Sarah, lillahi taala."

Sarah tungkap. Namun begitu, purdah yang dipakainya mula basah dengan air mata.

"Kalau betul habibi sayangkan Sarah, Sarah merayu habibi menikah dengan Safeera."

Zap!

Aku, tak salah dengar kan? Kenapa tiba-tiba sahaja bersetuju aku berkahwin dengan Isa sedangkan sebelum ini dialah orang yang menentang sekeras-kerasnya perkara ni?

"Apa Sarah cakap ni?" Suara Isa sudah naik seoktaf. Urat hijau jelas kelihatan pada dahi luasnya.

"Safeera mengandung. Doktor dah sahkan benda ni tadi. Sarah tahu, habibi kawan baik dengan Nuh. Nuh sudah korbankan nyawa dia sendiri untuk satukan kita berdua di Abu Dhabi dulu. Jadi kali ni, anggaplah sahaja kita mahu membalas jasa dia..."

Abang Nuh berkorban untuk mereka? Berkorban apa?

Hati aku tergaru ingin tahu mengenai perkara itu. Sikit pun Abang Nuh tidak pernah membuka cerita itu dengan aku.

Isa meraup wajah dengan kasar. Pegang kemas kedua belah bahu Sarah, sepasang matanya tidak lepas mengunci seraut wajah wanita itu.

"Banyak lagi cara untuk kita balas jasa orang, Sarah. Bukan dengan cara begini..."

"Kalau betul habibi sayangkan Sarah, tolong tunaikan hajat Sarah yang ini. Tolong habibi, Sarah merayu..."

Isa bungkam. Lidah sudah kelu untuk berbicara.

"Sarah langsung tak pernah fikirkan perasaan habibi. Sungguh, habibi kecewa dengan Sarah."

"Habibi!"

Sarah lantas mengejar Isa yang kini meluru keluar dari wad.

Melihat itu, aku juga mengambil tindakan yang sama. Mengekori mereka berdua dari belakang.

"Habibi, tolong jangan pergi. Sarah ada sebab kenapa Sarah minta habibi kahwin dengan Safeera."

Suara Sarah yang disulami tangisan jelas kedengaran di sekitar kawasan koridor hospital.

Isa masih meneruskan langkah. Tidak berpaling ke belakang lagi.

"Kalau apa-apa jadi dekat Sarah, Sarah nak habibi nikahi Safeera."

Aku tak faham dengan Sarah sekarang ni. Kenapa dia beriya nak aku menikah dengan Isa? Apa sebab yang membuatkan dia jadi terdesak macam tu?

"Sarah sayang habibi, dunia akhirat..."

Sebaik sahaja menuturkan itu, aku terkejut apabila tiba-tiba sahaja Sarah rebah di hadapan aku.

"Isa, isteri awak!" Mendapatkan Sarah, aku terus melaung panggil nama Isa.

Tubuhnya wanita itu menggeletar teruk. Anak matanya terbeliak ke atas. Buih putih turut keluar dari rongga mulutnya.

"Sarah!" Isa terus tolak tubuh aku ke tepi. Pipi isterinya ditepuk berulang kali.

Tubuh Sarah, kaku. Dadanya yang tadi berombak kencang, kini menjadi semakin perlahan.

"Sarah, dengar tak habibi panggil ni?"

Dari ekor mata, aku perasan kolam mata Isa mula bergenang. Wajahnya yang memutih kini disimbahi warna merah.

Cempung kemas tubuh Sarah, langkah galah Isa dibawa laju membelah koridor hospital menuju ke ruang kecemasan.

Aku turut mengekor laju dari arah belakang. Mahu tahu apa sebenarnya yang terjadi kepada Sarah.

Mengapa semua ini berlaku secara tiba-tiba sahaja?

Sampai sahaja di sana, doktor terus meminta Isa meletakkan isterinya di katil hospital. Doktor dan jururawat segera menolak katil Sarah masuk ke dalam.

"Encik, sila tunggu di luar ya."

"Itu isteri saya, nurse!" Isa menyelar laju. Dalam masa yang sama, kepalanya tertoleh-toleh ke dalam. Mahu melihat keadaan si isteri.

"Ya, saya tahu. Buat masa ni encik diminta bertenang. Apa-apa nanti, kami akan maklumkan kepada encik."

Akhirnya, Isa terpaksa akur. Membawa langkah gontai ke deretan kerusi di ruang menunggu, dia terus terduduk lemah di situ.

Bahu gagahnya mengendur dalam sepi. Pandangan mata rebah terus ke lantai. Dari hujung mata, aku perasan kedua belah tangan Isa tergenggam kemas di riba.

Continue Reading

You'll Also Like

274K 13.4K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
81.7K 9K 16
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...
2.7K 283 11
"Baba tahu kan siapa yang ada dalam hati Izz? Izz takkan boleh terima perempuan selain Hifza," tegas suara Izzar naik seoktaf. "Sampai bila Izz nak h...
1.4M 1.8K 3
[SIRI FLEUR SOPHIA, BUKU SATU] Fleur Sophia merupakan seorang gadis melayu kacukan British yang hidup serba mewah dan di layan bak tuan puteri oleh k...