Β© KIND IS A CURSE

By yeonnights

2.8K 550 979

[ COMPLETED ] - KIND IS A CURSE πŸ”ž "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Ada sebab kenapa periba... More

KIND IS A CURSE
1
2
3
4
5
6
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26 [ Ending ]
Epilogue

7

106 17 23
By yeonnights

Okay yeon nak buat target. 20 views, baru yeon pub chapter baru.

Okay?

HEHEHEHE

---

Back story for chapter 6.

"Kau dari mana basah-basah macam ni?" Sembari memberi tuala pada Hendera, Minho bertanya.

"Dari rumah Qal. Jantan sial tu tidur dengan betina lain. Bila aku cuba nak pukul perempuan tu, Qal simbah air dekat aku." Sebagai rakan yang sudah berbuih mulut menasihati. Minho enggan berucap. Dia memberi ruang pada Hendera untuk membersihkan dahulu dirinya yang sudah lencun.

"Aku baru ingat nak pergi rumah kau. Tapi bagus juga kau datang sini, boleh aku masakkan makan malam untuk kita. Nanti dah keringkan badan, kau pakai baju yang ada dalam almari tu."

Minho jalan ke dapur untuk memasak. Dia bercadang untuk memasak sesuatu yang Irelyn suka, kerana sebentar lagi dia ingin ke rumah gadis itu. Selama ini dia hanya memasak untuk Hendera, namun jarang sekali gadis itu memberi reaksi atau apa-apa tanggapan yang memuaskan. Jadi kali ini Minho akan menukar target nya.

"Irelyn suka samgyetang."

Samgyetang. Atau bahasa lainnya, sup ayam ginseng. Minho mengeluarkan ayam yang sudah dia defrost beberapa jam yang lalu. Seekor ayam bersaiz kecil mula dicuci sebelum dimasak. Pelbagai jenis rempah dan bahan masakan sudah disediakan di atas meja. Sambil membayang wajah Irelyn, Minho tidak berhenti tersenyum seperti kambing sepanjang memasak.

Sejujurnya, dia mempunyai perasan lain pada Irelyn. Dia tidak hanya menganggap gadis itu sekadar teman. Namun dia juga tak berani untuk menganggup Irelyn lebih dari seorang teman. Alasannya sama seperti orang lain. Dia takut pertemanannya rosak.

Lagi pula menurut Minho, Irelyn tidak sama seperti Hendera. Minho tidak maksudkan dari segi fizikal atau perwatakan. Tapi dari segi mereka melayan seorang teman. Seperti yang Minho dan Hendera gaduhkan semalam, Hendera tak pernah sekali berlembut ketika berbicara dengan Minho.

Hendera terlalu kasar dan garang. Bagi Minho, kedua hal itu memang tampak biasa namun, kadang kala gadis itu melebihi batasnya. Pada hari Qal memutuskan hubungan dengan Hendera, gadis itu lepaskan marahnya pada Minho dengan memukul lelaki itu.

Minho yang hanya ingin menjadi seorang teman baik terpaksa menahan rasa sakit ketika dipukul. Kerana saat itu, Minho tidak memikirkan hal lain kecuali kesedihan yang sedang Hendera lalui. Dia cuba sebaik mungkin untuk memahami perasaan Hendera yang saat itu memang hancur.

Beberapa bulan selepas itu, Minho membelikan tiket konsert Kim Sky untuk dirinya dan Hendera. Namun, selepas Hendera kantoi memberi tiketnya pada Qal, tiada apa yang boleh menghilangkan rasa kecewa di dalam diri Minho. Untuk pertama kalinya dia benar-benar terasa hati dengan gadis itu.

Tapi hingga saat ini, tidak pernah sekali dia luahkan isi hatinya. Kerana dia ingin menjadi kawan yang baik.

"Minho."

"Ye?" Minho menoleh. "Eh! Hendera kenapa kau pakai tuala je?" Minho mengalihkan pandangannya sepantas mungkin. 25 tahun berkawan bukan bermakna Minho selesa untuk melihat tubuh separuh bogel gadis itu. Pisau pada tangan hampir saja terlepas kerana terkejut.

"Chill lah. Bukannya aku bogel pun." Santai dia menjawab sebelum melabuh punggung di sofa empuk Minho.

"Hendera. Pergi pakai baju."

Tiada balasan dari gadis itu. Minho menghela nafas lega selepas mendengar tapak kaki Hendera seperti menjauh. Mungkin sudah beredar naik ke atas untuk memakai baju, detik batinnya. Minho kemudian menyambung memotong lobak merahnya yang sudah terbogel selepas dikupas.

Beberapa saat kemudian, pinggang Minho terasa disentuh dan kemudian dipeluk. "Minho."

"Hendera!" Pisau dicampak ke dalam sinki sebelum kedua sikunya menolak kuat tubuh Hendera yang tiba-tiba memeluk dari arah belakang. Detak jantung Minho berdegup laju, namun bukan kerana terkejut. Tapi kerana marah. Sangat marah.

Hendera tak pernah memeluknya sebelum ini. Tak pernah dalam maksud memeluk seolah ingin menggoda, tambahan pula dengan keadaan tubuhnya yang masih bertuala. Minho tidak pernah suka dengan perempuan yang berperangai seperti itu. Membuat lelaki seperti tiada maruah diri. Menganggap semua lelaki suka jika digoda seperti itu. "Sakitlah!"

"Siapa yang cari penyakit dulu? Kau ke aku?" Balas Minho kesal.

"Kenapa dengan kau ni? Bukannya kita tak pernah peluk dulu. Chill lah." Seperti tiada apa yang berlaku. Hendera beredar semula ke sofa lalu menonton televisyen.

"Hendera pergi lah pakaiㅡ"

ting tong

"Oh?" Minho berlari untuk membuka pintu. Namun pintu tidak dibuka secara lebar. Cukup untuk memuatkan kepalany sahaja. Minho tak mahu tetamu melihat keadaan Hendera yang hanya bertuala seperti orang gila yang tiada akal. "Irelyn!"

"Hai? Kenapa macam terkejut ni?"

---

"Aku tahu kau sedih. Tak perlulah nak tunduk bagai. Lepas tu kejap lagi bila dah nangis, bagi alasan mata masuk habuk lah apa lah. Habuk apa? Habuk gajah?"

"Hyunjin!" Dengan mata yang sudah berair, Irelyn tertawa kecil. Hyunjin sangat pintar dalam membuat Irelyn tertawa, lagi-lagi ketika gadis itu sedang bersedih.

"Irelyn. Aku tahu kau suka dia. Jujur je, jangan bohong. Dan apa yang jadi tadi, aku tak salahkan Minho langsung. Bila Hendera muncul dekat muka pintu, aku tahu semua ni seratus peratus salah perempuan tu. Dari apa yang Minho cerita tadi, kau sepatutnya dah boleh nampak siapa yang salah."

"Kau percaya apa yang Minho cakap?"

"Kau tak percaya?" Irelyn kembali menundukkan wajahnya. Meja yang terbuat dari bahan kayu ini hampir kembang dek kerana air mata Irelyn yang menitis tidak berhenti. Beberapa kali diseka pun masih tetap menitis.

"Aku percaya."

"Baguslah. Tapi ingat, sedih macam mana pun kau, jangan tunjuk sedih tu depan Minho atau Hendera. Kalau Hendera tahu kau sedih, mesti dia gembira. Aku haramkan dia bahagia atas kesedihan kau. Kalau benda tu jadi, aku sumpah dia jadi katak hodoh. Biar tak ada siapa cium dia." Lagi-lagi Irelyn tertawa dengan ucapan karut rakannya ini.

"Marilah balik. Kafe ni pun dah nak tutup rasanya." Bingkas mereka bangkit dari bangku lalu keluar dari kafe.

"Aku temankan kau sampai rumah. Takut kau ke tempat lain pula kalau biarkan balik sendiri." Tutur Hyunjin. Irelyn berdecit.

"Kau tak percaya aku ke?"

"Tak." Singkat dan padat.

Dalam perjalanan pulang, angin tiba-tiba bertiup kencang. Irelyn dan Hyunjin berteduh dahulu di bawah pondok kecil yang jaraknya tidak jauh dari kawasan perumahan Minho. Entah mengapa, hati Irelyn berharap kalau Minho akan datang memujuknya. Kalau tidak memujuk pun, setidaknya untuk membantunya berasa hangat.

Namun itu hanyalah angan-angan. Ini bukan drama di televisyen.

"Kau sejuk ke? Kenapa tak pakai trench jacket yang aku belikan hari tu?" Sambil membebel, Hyunjin menanggalkan jaketnya lalu disarungkan pada Irelyn. Senyuman tipis dipamerkan tanda terima kasih.

"Kau baik-baik macam ni pun masih tak ada pasangan. Kenapa? Kau jual mahal ye dekat kolej tu?" Dekah lelaki itu mendengar kata-kata Irelyn.

"Kalau muka hensem macam ni, wajiblah jual mahal. Mana boleh suka-suka bagi hati sendiri dekat orang. Kalau luka, diri sendiri juga yang kena ubatkan. Bukan orang lain. Kan?" Petah sungguh dia berkata-kata. Irelyn hanya terkekeh kerana menahan kesejukan dari angin yang masih tidak berhenti bertiup.

"Irelyn."

"M-Minho."

Oh. Mungkin ini kisah di televisyen.

Minho mengeluarkan sesuatu dari dalam poketnya. Hotpack yang masih baru diberikan pada Irelyn dan Hyunjin. Sedikit kehangatan akhirnya terasa selepas tiga minit diserang kedinginan malam. Minho kemudian menanggalkan parkanya lalu dihulurkan pada Hyunjin. "Pakailah. Kau nampak sejuk."

"Bagi Irelyn." Hyunjin ambil semula jaketnya dari Irelyn lalu membiarkan Minho lakukan selebihnya.

"Terima kasih." Gumamnya selepas Minho sarungkan jaket parka padanya.

"Minho. Kau boleh hantar Irelyn balik?" Minho dan Irelyn menoleh secara serentak. Irelyn keliru dengan apa yang Hyunjin cuba lakukan.

"Boleh. Kenapa?"

"Hantarlah dia balik. Aku ada kelas besok, jadi kena balik rumah terus. Kalau dia minta kau pergi sebelum sampai depan pintu rumah dia, endahkan je. Kalau perlu, tolak dia masuk sampai dalam rumah. Irelyn suka merayau malam-malam selagi kaki dia tak pijak lantai rumah." Selesai dengan bicaranya, Hyunjin pun bingkas pergi meninggalkan mereka berdua.

"Hyunjin. Hm."

"Irelyn. Tolong jangan diam macam ni. Saya mesej awak, satu pun awak tak balas. Apa yang awak nampak, tak sama dengan apa yang awak fikir. Tolonglah faham." Tutur Minho dengan nada begitu sayu. Jari jemarinya bergetar kerana keinginan untuk memegang tangan Irelyn membuak. Namun dia tak mahu membuat gadis itu risih dengan perlakuannya.

"Saya percaya. Tapi saya tak boleh terima. Mata saya tak boleh lupa apa yang saya nampak tadi. Hendera separuh bogel, dengan rambut basah macam baru lepas mandi. Kalau betul dia dari rumah Qal, kenapa dia tak balik terus ke rumah dia? Saya minta maaf Minho kalau apa yang saya cakap ni buat awak keliru. Tapi saya...."

"Awak apa?" Irelyn menggeleng perlahan. Dia tak dapat habiskan ayatnya. Dia tidak berani.

"Saya nak balik."

---

Bbokari-

KIND IS A CURSE
220925

- Nak hujung-hujung 2022 ni -
Yeon cuma nak tanya, azam masing-masing ada yang dah tercapai belum?

ㅋㅋㅋ

Continue Reading

You'll Also Like

110K 10.6K 41
"Aku tahu aku tak layak untuk menyukai dia. Dan dia adalah orang pertama dan terakhir yang aku suka." Β»Seventeen Kim Mingyu Fanfic. Β»By : chxnnxx_ Β»...
29.5K 583 15
"Kahwin dengan daddy jom"? -Alex Danial "You dh gila ke ape?"you are my lecturer!"-Raisha Qistina "I tak gila,I gila...
57.3K 4.8K 32
[COMPLETE] "aku 13 tahun...dah 2 tahun aku duduk kat rumah anak yatim.. Tapi lepas tu ade k-idol jaga aku.. Adalah sebab dia.. Ermm tapi 8 bulan je...
4.2K 547 68
Bukan Hero Romantik mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Emma atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem yang mempunyai sifat seperti wanita. Rambutn...