Penawar Kasih Pawana | C

By hanihisbiscus

31.5K 2.4K 429

𝐒𝐲𝐚𝐟 𝐈𝐧𝐚𝐬 | 𝐀𝐧𝐚𝐧 𝐍𝐮𝐫𝐟𝐢𝐳𝐚 𝐇𝐚𝐫𝐫𝐢𝐳 𝐔𝐦𝐚𝐢𝐫 | 𝐅𝐢𝐞𝐧𝐚 𝐀𝐫𝐢𝐬𝐲𝐚 Manis bicara... More

PROLOG
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
EPILOG I
EPILOG II

Bab 58

265 21 1
By hanihisbiscus

SUDAH berapa lama dia tidak sedarkan diri? Usah tanya, dia juga tidak ada jawapannya. Pagi lagi atau sudahpun berganti rembulan pula? Yang Anan pasti, menyengat pedih dirinya kini. Tahu-tahu kepalanya begitu berat persis dihempap batu tan tak terkira banyaknya, mencucuk kuat sehingga menimbulkan bunga kerutan di dahi.

Seketika, Anan payah mengangkut jasad sendiri. Sengal segala sendi, sudah lembik seperti jeli. Tercungap-cungap menghela nafas, tandus bicara kerana kehausan. Tangan ditampung pada dinding seiring langkah yang jelas gontai menanti rebah. Terumbang-ambing umpama ranting, mungkin hanya sekilas jentikan mampu menumbangkan dia.

"Huh..." mendesis lelah, renik peluh menguncur laju menyirami pelipis. Menapak perlahan, tidak berdaya dek kudratnya sudah habis barnya. Pandangan Anan juga berbalam-balam, kabur dengan perih galak menjalar seluruh tubuh.

Perut kian menikam sakit, memohon agar dirawat segera. Tetapi jujur dia tiada selera. Sebelah tangan kuat mencengkam bahagian tersebut, mahu paksa untuk bersabar sedikit masa lagi.

Dia angkat kaki, menggeluyur masuk ke dalam kamar. Bukan ke arah dapur seperti yang sepatutnya. Keliru, Anan terus menuju sebelum membejat langkah di hadapan almari. Sontak, dia melorot lasat. Tidak larat, termengah-mengah menghirup udara dunia yang sememangnya sempit baginya.

Berteleku elok di lantai jubin, laci almari dibuka lantas mata memusat pada susunan helaian pakaian yang dilipat kemas. Lengan halus terketar-ketar, cuba mencapai sehelai kain baju lantas terus dibawa rapat ke dada.

Rongga nasal menjujut nafas, mengawal diri yang diulit rawan. Ritma pembuluh darah kian berdetak kencang, dieratkan lagi dakapan pada tubuh sendiri. Anan runduk, memejam mata sembari bibir menggeletar mengucap sebaris nama.

"Nina..." Tidak semena-mena, peristiwa dia mengorbankan nyawa demi sang kecil terlayar di fikiran. Entah bagaimana, masih terdengar jelas erangan kuatnya yang bersusah-payah mengerah tenaga demi melahirkan zuriat mereka.

Sendirian, tanpa dia. Sekian lama dia pergi, hingga saat paling diperlukan tetap tiada di sisi. Jujur, Anan terkilan namun dia cuba gagahkan diri. Darah yang membasahi, membaluti Nina benar-benar di hadapan mata.

Mengenangkan itu, cukup buatkan dadanya dilanda sebak. Peritnya membedil setiap arah, menyelusup pelusuk jiwa. Takungan menari-nari di pelupuk mata, menghangat rasa membelenggu atma. Tidak mampu menahan, Anan biarkan ia gugur. Titisan sahmura menitik, jatuh satu per satu mengena lantai.

"Kenapa tinggalkan mama?" soalnya sendu. Sebu bersulam hiba, merayap hingga ke akar umbi sehingga dia akhirnya tewas lagi. Bibir dikemam agar esakan pilunya endak meletus, bekali sekadar membujuk diri agar tidak meladeni emosi.

Entah berapa lama, detik waktu terus berlalu. Serasa begitu lama, walaupun belum seharian Nina pergi meninggalkannya.

Adakah dia dikira gagal menjaga amanat yang diberi? Tidak, mungkin ini bahagian dia. Pinjaman sementara, cukup membahagiakan walang mengubat hati yang lara. Apa Nina gembira punyai mama sepertinya?

Persoalan sering merantai fikiran, sesak semestinya itu pasti. Namun bagaimana mahu menenangkan kecelaruan yang kian memamah diri. Seakan rakus menjamah kepingan hati, lompong sekali.

TIKA matahari bersilih ganti, mendaki pundak sebelum berubah menjadi malam. Cahaya luar malu-malu menyentuh wajah, mungkin sinaran bulan menyelinap sipi-sipi. Ia sekadar meyuluhi figura seorang wanita, terlantar dalam keadaan kekal statik di situ.

Dan-dan, dia mengeluh panjang. Hanya ekor mata melirik pada susuk tubuh itu, dia utuh menyandarkan tegapnya fitur pada dinding di ceruk paling hujung. Sesekali, dia gosok-gosok lengan sendiri. Sedari tadi memeluk tubuh, namun dinginnya giat meratah epidermis liang roma. Angin garang pendingin hawa yang membelai muka, benar-benar menembus terus hingga ke tulang sulbi. Sejuk.

Sementara dia melayani perasaan, dia menyedari skala pergerakan di pihak sana. Tetapi buat masa ini, dia mahu sekadar memerhati. Cukup bagi memastikan wanita itu dalam keadaan yang baik.

Cahaya menerobos masuk ke pupil mata. Terang menyilaukan, pedih. Anan kerjap mata, cuba mencerna situasi. Lambat-lambat, hujung iris melingas sekeliling. Asmaradatna, nihil dengan bauan ubat-ubatan kuat memasuki rongga nasal.

Kontan, Anan mengangkat lengan halusnya ke jindat sendiri. Serta-merta, celahan bibir berdesis sakit. Ngilu segenap inci, seluruh sendi umpama jeli. Seakan lumpuh dan lebur, walaupun sememangnya itulah hakikat yang sebenarnya.

Bukan fizikal sahaja, tapi mentalnya telah lama terjejas. Entah mengapa, bibirnya merekah dengan senyuman kecil secara spontan. Lunak netra menebarkan pandangan, dia jauh dihanyut samudera lalu. Riak polos yang asyik membuang renungan, siling bersih dengan fikiran abstrak.

Tidak jauh daripada kasur Anan, ada satu figura sedari tadi memerhatikan. Jelas merakam segala tindak-tanduk wanita, merakam masuk ke pita memori. Masih terngiang-ngiang butir aksara doktor, menjelaskan keadaan pesakit yang terlantar dengan reaksi termangu-mangu. Mulut dibuka separa berbisik, cukup didendangkan ke halwa telinga sendiri. "Anan Nurfiza, mempunyai rekod kesihatan yang disahkan menghidap depresi dan pernah menjalani rawatan di sini."

Spontan, dia hela keluhan panjang. Mengherot bibir menjungkit kecil. Tipikal mengejek, sinis namun bukan kerana sang wanita tetapi teman baiknya.

Buat seketika, Anan di sana kekal larut dalam dunianya. Dia hendak usir segalanya yang menyengat benak. Sungguh, berilah peluang untuk dia lupakan perkara menimpa diri. Sejujurnya, ini lebih baik berbanding berehat di rumah sendiri. Dia perlukan masa, masakan sanggup meredah lautan memoir yang telah disulam hangat dalam kediaman. Setelah dia merasa kehilangan, untuk kesekian kali.

Sontak, dia cuba mengubah posisi tubuh. Ingin bersandar pada kepala katil. Terkial-kial apabila ada wayar dan jarum bersambung pada dirinya, berhati-hati agar tidak terluncut. Anan berjaya, dia hela nafas lega. Bibir masih pucat itu semakin lebar mengulum senyumannya dengan kelopak mata mengecil.

"Kau dah sedar?" Bingit. Setapak demi setapak, derap kaki kedengaran jelas. Automatik Anan matikan senyuman, melirik sekilas empu pemilik suara lantas diendahkan seakan tiada apa-apa.

Pada pandangan lelaki itu pula, nyata Anan sangat polos dan naif. Bingkai matanya dapat melihat bahawasanya lakonan Anan tidak menjadi. Nafas wanita itu naik turun, beralun ganas kala ditampar dengan realiti. Dari sisi dapat diketahui betapa mukanya cengkung, tiada istiharat mencukupi. Mata sembap, tidak bermaya lagi seperti akhir-akhir ini dia sering melepaskan tangisan sendiri.

Anan pula mendengus geram, tidak gemar dinilai sebegitu sekali. Dia benci, lekas-lekas Anan tutup pandangan. Tidak rela berhadapan, sangsi kala keriuk kerusi ditarik bersebelahan katilnya.

"Kau dah tak sabar nak mati ke?" Lelaki itu menanya. Pedas. Sindiran padu buatkan Anan terbeliak dan air mukanya berubah keruh. Sesaat, dia jernihkan semula lantas dijeling geram.

"Kenapa?" Anan menyoal kembali. Nadanya acuh tak acuh, konon tidak kisah sama sekali.

Lelaki itu sungging senyum, sinis. Dia peluk tubuh, kepala terngandah tinggi. Mata menikam Anan lihai, mengejek dengan renungan yang diberi. Sedetik, dia berdesis, "Kau seksa diri kau, kau paksa diri untuk kerja. Kau cuba berlagak kuat sedangkan semua risaukan kau. Kau ingat kelakar ke? Baru dua hari, kau dah serupa mayat hidup berjalan atas dunia ni."

Sekonyong-konyong, Anan mengekeh hibur. Entah mengapa, tangkai hatinya umpama digeletek dengan kenyataan tersebut. Lekaki itu sekadar melihat, tumpukan perhatian kepadanya dengan renungan membundar. Anan masih ketawa, birai mata berair kerana terlalu ralit. Telapak tangan dibawa menekup mulut, cuba menghentikan sisa tawa yang berbaki.

Dari celahan jari-jemari, tawanya kini mati. Dia kelip-kelipkan mata, serta-merta mata bundarnya berubah kosong semula. Tidak lama sebelum Anan pasakkan mata pada lelaki itu dengan suara mendatar. Sangat-sangat mendatar. Anan berbisik, "Kenapa?"

Alis Ummar terangkat tinggi. Iris coklatnya dingin menikam. Urat lehernya menerik kala reaksi Anan kala ini seakan jengkel. Serupa menilai, dia tidak gentar melawan malahan kasat mata sepasang aksa bundar itu kosong. Lompong, tiada rasa. Mata dipicingkan tajam, cuba membolos ke dalam. Terlalu ralit melihat sebelum bibir mongel Anan mencarik sikit. Sinis.

"Kenapa apa? Patutnya Anan yang tanya, kenapa Ummar suka ekori Anan? Anan tak buta Ummar, tapi Anan rimas bila semua benda Anan buat terasa diperhatikan. Ummar tak faham, Anan rasa dihukum dan diadili dengan setiap perbuatan Anan. Jujurnya, Anan tak selesa dan kalau boleh tolong berhenti buat semua ni," ujarnya bertalu-talu. Intonasi datar namun terselit ketegasan jitu dan padu.

Ummar tergemap. Rahang dimamah mengawal emosi, bibir bergerak-gerak tetapi tiada satu suara dikeluarkan waima sedesir nafas. Untuk itu, Anan kerjapkan mata lantas meredupkan pandangan. Kali ini, Ummar dapat lihat terbias kecewa dan ketandusan kasih. Suatu pengharapan, menanti jawapan yang diinginkan.

"Dia suruh? Siapa Ummar nak masuk campur dalam hidup Anan? Ummar dengan Harriz sama aje kan, suka ambil tahu perihal orang. Korang tak ada hak dan tak ada kena-mengena dengan Anan melainkan..." bergetar dan lirih, Anan dapat rasakan dadanya memberat. Tersekat di celah kerongkong, dia tidak mampu menyebut.

Sebaris nama yang menakluki hati, minda dan seluruh hidupnya. Bayang-bayang melatari, mengingatkan pun cukup mengguris diri. Jantungnya seakan ditikam belati, terasa sukar menyedut udara di ruangan atmosfera kini. Menabrak sekeping jiwa, hampir mati kerana menanti.

Sungguh, Ummar tak larikan mata walau sesaat. Sentap? Tidak, cuma panas hati dengan lelaki yang bergelar suami wanita ini. Ikutkan hati, dia mahu bergusti dengan gerangan itu agar cepat-cepat sedar diri.

Berapa lama lagi mahu larikan diri? Jujurnya dia tidak dapat menembak apa yang berada dalam fikiran Syaf itu. Cuma, berbeza wanita ini dia pula sudah tentu akan dileteri apabila dia berani mencerobohi kawasan larangan. Malahan setiap perilaku Anan diperhatikan, ditumpu dengan sepenuh perhatian kala kejadian itu lagi.

Lensa mata Anan mulai bergenang, menanti detik untuk luruh. Luluh. Lelah.

"Pernah ke Abang Syaf kisahkan Anan?" Anan menyambung dengan satu nafas. Bibir digigit, dia pandang ke hadapan semula. Anan kerdipkan mata, cuba menahan empangan yang mampir bocor. Tidak lama, pipinya hangat diselusuri buliran cecair. Namun riaknya tetap biasa, hanya iris yang berbicara tentang isi batinnya.

Ummar lepaskan keluhan. Tiada niat mahu menyakiti, namun lain yang terpacul meniti di ulas bibir sendiri. "Habistu, kau dah tak sabar nak mampus ke?"

Damn! Kau cakap apa ni, Ummar? Dah tak reti nak susun perkataan elok-elok ke, jaga hati dia yang sedia rapuh. Celupar betul mulut, terlepas kemarahan pada insan yang tak bersalah.

Sementara Ummar sedang berbalah dengan isi hati, Anan mencarik secalit senyuman. Air mata masih mengguyur, dibiarkan sepi membasahi umpama meleraikan belenggu atma merantai diri. Terasa? Entahlah, dia tak tahu apa sebenarnya terperuk dalam lubuk hati ini. Kacau-bilau sampaikan satu tahap, dia rasa terlalu kosong.

Kosong tetapi jiwa meronta hendak leraikan beban yang ditampung selama ini.

Kosong tetapi air mata setia menemami atas sebab yang dia tidak pasti.

Kosong tetapi fikirannya bercelaru bergelumang dengan memori lalu.

Tiada rasa. Mungkin sudah tiba masa dia mengisi borang menjadi robot sahaja, boneka pun bagus juga. Endaklah, dia tetap manusia tetapi sekarang ini dia sudah benar-benar penat.

"Andai Anan mati, tak ada kena mengena dengan Ummar. Orang yang pernah selalu ada, tak pernah kisah. Tiada kaitan dengan Ummar kalau Anan jadi bangkai dalam tu sekalipun," balas Anan, nadanya selamba. Gusar bagai tiada apa-apa, sedangkan sekarang ini berbeka berkaitan nyawa. Dia melebarkan senyuman, ditoleh kepala menala Ummar.

Tetapi Ummar tahu, bukan itu pusat perhatian Anan kini. Anak mata terlihat lembut mengerdip, menyimpan duka. Sayu dan durja sedang melemparkan pandangan ke luar jendela. Di sebalik dinding kaca, rintikan hujan menitis membasahi seisi alam. Malahan bibir yang pecah dan kering itu, hanyalah tawar semata-mata. Tiada perisa.

"Lagipun, Ummar bukan sesiapa bagi Anan..." getusnya sembari menitik lagi air matanya. Tangan menggeletar, dikepal kuat-kuat. Bawah bibir dikemam, mengawal esakan meletus bilamana segala bayangan jelas tergambar dalam pita memori.

Nina dalam keadaan menyayat hati.

Nina yang didakat erat dengan ngongoi pilu bergema sebagai latar muzik.

Nina dibungkus dingin dengan senyuman halus di bibir mongelnya.

Nina pergi dalam lebat bercucuran air mata seiring bumi menumpahkan tangisnya.

"Tak, kau salah faham..." Butir bicara Ummar terhenti, dicantas laju oleh suara lembut disalut getaran. Berkelip-kelip mata memandang, ekspresi Anan tenang tetapi sayangnya netra bundar tidak mampu berbohong sama sekali.

"Ummar."

Lakrimasi meluncur laju, tanpa tangisan meletus. Dia, menangis dalam diam. Hanya melepaskan dengan cecair jernih berguguran. Anan koyak senyum, tidak melihat. Sekadar kerling sekilas sebelum berbisik perlahan, "Thanks."

Buat sementara, suasana hening. Ummar terpana, melenyapkan segala susunan ayat yang dirangka. Sisi wajah wanita itu dipandang, kain tudung membaluti mahkota dengan empangan pecah merentasi lurah pipi. Deras, seumpama hidup dijalani begitu keras.

"Sebab jaga amanah dia," sambung Anan seraya dipejam mata seketika. Senandika berbicara, sejak dahulu lagi Ummar membantu. Lebih-lebih lagi peristiwa kemalangan umi dan abah, dia ingat cuma tampak samar-samar kala benak dipenuhi Syaf semata-mata.

Mungkin kerana itulah, dia diuji. Hakikat terlalu lebih memikirkan dia daripada-Nya, leka dibuai rasa menujah dada. Peritnya mencengkam segenap ruang, jatuh air mata membelai wajah tetapi bibir tetap utuh mengulumkan senyuman halus. Sipi-sipi yang hakikatnya tanpa rasa. Kelat. Tawar.

Sementelah itu, mereka berdua sekadar mengunci mulut. Kolam mata yang berair dibuka, desiran kristal saling bersahut-sahutan di peluput telinga. Tajam menujah buana seperti merajah juga segenap lubuk sukma. Sayup-sayup bunyian berdenting menghiasi suasana, cuba menjentik andai masih tersisa rasa. Anan renggut nafas, tertahan-tahan dengan celah rengkung yang menyendat.

Hentilah, Anan. Berhentilah titiskan air mata.

"Dia okey?" Belahan bibir meletuskan kata. Spontan, hadir persoalan dari tangkai hati sendiri. Tidak sedar dek menanggung sarat kerinduan, paling tidak mengetahui keadaannya baik-baik sahaja cukup buatnya. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Anan biarkan soalan itu, semestinya tidak akan disambut seperti angin lalu.

Walaupun sejujurnya di sudut relung paling dalam, masih terselit sekelumit hama harapan agar memperolehi balasan yang diinginkan.

Tolong beritahu, Ummar. Tolong...

"Ibu yang tak berapa sihat, aku nak beritahu kau dari hari tu tapi..." jawab Ummar, berbeza daripada persoalan yang dilontarkan. Serasa tak sanggup kala lihat raut Anan sudah berubah keruh dan suram, namun lekas-lekas dibendung. Tidak menghabiskan butir kata, tapi cukup difahami dan meluluhkan jiwa Anan. Lumpuh, Anan terasa lompong dunianya. Pusat perhatian telah berubah, bukan lagi ditumpu betapa muramnya alam semesta.

Atmosfera dingin mencengkam urat saraf, tidak diendahkan sama sekali. Dia telah dibawa ke dimensi fatamorgana, di mana fikiran dipenuhi seseorang yang mendiami jiwa raganya. Bukan ini, bukan ibu. Dia hanya mahu tahu tentang Syaf. Meskipun puing-puing kerisauan jelas berputik, tanda ibu sejak dahulu berjaya memasung dirinya agar terus mengasihani.

Magis apa ibu berikan? Mengapa dia masih tersulam sayang ini andai tidak dihargai atau sekadar ingin membalas jasa kerana menjaga dirinya?

Seketika, Anan cuba tenangkan betapa berkocak dirinya sekarang. Lambat-lambat Anan mengulum senyum. Pahit. "Insya-Allah, Anan akan jumpa ibu. Paling tidak, lepas sihat nanti."

Ummar angguk, memahami.

Sebaik kata putus telah diberi, dia genggam cadar katil kuat. Dikepal tangan sehingga uratnya kelihatan, cuba mengawal diri. Erat sehingga renyuh kain, persis hati sendiri yang remuk berkecai. Birai mata kembali basah, dia kelipkan beberapa kali agar tidak luruh lagi. Tahan Anan, tahan buat masa ini sahaja. Sekurang-kurangnya bukan depan lelaki itu, bukan ada erti andai bertukar jadi darah sekalipun.

Sekonyong-konyong, Ummar bingkas berdiri. Serasa tiada lagi perkara hendak dibincangkan, dia pinta untuk beredar pergi. Baru setapak melangkah, dia bejatkan pergerakan seraya mulut dibuka mengatakan, "By the way, dia okey. Don't worry about him."

Lantas diangkat kaki menyambung perjalanan, dipulas tombol pintu sebelum akhirnya tertutup rapat kembali. Anan sekadar mengetap bibir, dia lorotkan postur tubuh agar baring pada asalnya. Hujung selimut ditarik, dibawa menutup separa wajah lalu air mata Anan mengalir laju pada tirusnya pipi.

"Abang..." serunya perlahan. Bergemelugut segenap anggota badan, dia katup mata. Kontan, rasa hangat menjalar pada bahagian kepala. Seakan-akan sentuhan lama itu hadir menyengat kembali. Entah mengapa, ia masih segar dalam ingatan.

Tidak mahu sedar dan bangkit, biarkan dia tenggelam dalam beratnya melankolik disulam kerinduan. Semakin deras beningnya jatuh, lencun sembari mengongoi pilu. Nafas Anan tersekat-sekat, bergetar ulas bibir menyatakan sesuatu. Nestapa kuat membobrok jiwa, namun yang lara ini juga membawa segala rasa.

Manis ceritera terpalit juga, dalam duka alur hidup yang diselusuri.

"A... nan rin... du a... wak." Secalit senyuman terukir, membiarkan detik berlarutan dimamah dama yang tak berkesudahan.

SEISI rumah dipandang sekilas. Masih sama, tiada yang berubah. Anan tercengat di muka pintu, berdiri persis tugu lantas hujung baju dipegang. Mengawal resah, diramas gemas sehingga berkerunyut kain.

Ralit meliarkan pandangan sekeliling, bebola mata automatik tertancap pada daun pintu bilik yang baru dibuka. Anan sekadar pegun, menjamah pemandangan di hadapan yang luas terbentang. Keadaan Puan Ina yang dahulu tampak gah kini sudah berkerusi roda.

Gara-gara langgar lari, mujur diberi umur panjang lagi. Entah mengapa, Anan berasa lega mengetahui ibu baik-baik sahaja. Meskipun tidak sempurna seperti yang lain, sekurang-kurangnya dia tetap punyai peluang bertemu ibu kembali.

Statik. Puan Ina ditolak oleh seorang wanita lain, bekali itulah Mak Esah yang dikatakan. Anan ketap bibir, sinar mata berkilauan jernih saat Puan Ina memasakkan mata terus kepadanya. Serta-merta Anan genggam fabrik baju lebih erat, mengawal gugup dan gemelugut yang mulai menjalar pada batang tubuh.

"Ibu." Anan memanggil, perlahan. Sesuatu menyelusup ke lubuk hati tatkala pupil mata itu begitu tajam meratah dirinya. Dinding pipi digigit, liur ditelan payah. Serasa gementar tika ini, ibu sememangnya tidak sudi akan kedatangannya ke sini. Lebih-lebih lagi, tatapan yang terpancar telah nekad membicarakan kebencian nyata semata-mata.

Bahu kiri utuh menggalas beg, dilorotkan sebelum diletakkan ke tepi dahulu. Matanya mengerdip, lembut nan rembut tetapi terpancar yang dia kekok dan janggal dengan situasi kini.

Mak Esah bejatkan pergerakan, membiarkan dua beranak saling beradu mata. Lama, Anan kalah dengan renungan Puan Ina. Anan runduk, dipejam mata seraya mengumpul kekuatan yang masih bersisa. Cuba dihalau segala bayangan buruk mulai melatari fikiran, bunyian sayup-sayup suara sendiri dahulu kala menjamah kuping telinga.

Dia giat cuba usir dan melupakan, namun berbeza terjadi saat memori itu lebih galak merasuki dirinya. Tidak tahan, meruap kuntum bunga ngeri menghiasi pelusuk bahagian. Marak pawaka kian membara, Anan menggigil sebelum terngandah tinggi dengan nafasnya yang tercungap-cungap. Kelopak mata terbelalak dengan juraian bening mengguyur laju, kempas-kempis dadanya semakin senak mencucuk.

"Kau nak apa datang sini?" soal Puan Ina agak kasar. Menyentak Anan dari dunianya, refleks ulas bibir yang menggeletar cuba mengulum senyuman. Kelat.

Pelan-pelan, Anan mengorak langkah mampir kepada sang ibu. Digagahkan kudrat yang tak seberapa, bertinggung di hadapan dengan riak sememeh yang sudah tentu akan dicela dengan lontaran kata yang diberi. Lengan meligih, halus mencapai tangan kerekot Puan Ina di sisi kerusi roda.

"Anan rindu ibu," ucapnya seraya dilangut kepala. Dia menyentuh kedua-dua tangan Puan Ina lalu dijatuhkan ke peha sang ibu. Mata dikerjap beberapa kali, jelas berembun tubirnya menampung beban. Redup nan kudus renungan, penuh kasih sayang diberi.

Puan Ina terpana. Bungkam lidah mahu membantah, hanya bebola mata berubah rupa. Terkesan namun cepat-cepat dihalang, sengaja ditiup percikan api menyala kepadanya. Anan sedar perubahan ibu, bibir tipis sekadar menguntumkan senyuman. Biarlah jikalau ibu mahu menangkan ego, hati ini sudah biasa pulih sendiri. Menerima kebencian itu perkara biasa, apatah lagi insan yang dikasihi sepenuh hati walhal kadangkala diomongkan tidak layak sama sekali.

Kontan, jarinya mengelus kekura Puan Ina lembut. Sudah dimamah usia dek ditelan waktu, dia juga kian meningkat dewasa. Sepanjang hayatnya, dia teringin meskipun sekali ibu melayani umpama puteri. Dia ketandusan kasih, dicurahkan sekelumit cuma pun tidak mengapa. Sepertimana mama berikan, biarpun seketika namun itulah bekalan manis yang dibawa daripada segala memori buruk lain.

"Anan tahu, ibu belum tentu akan terima Anan. Tapi jujur Anan katakan, Anan sayang ibu walaupun ibu sememangnya benci Anan. Anan sedar diri, bu. Anan sedar cuma Anan memang tak malu kan? Menagih sayang ibu, walhal Anan tak layak," tuturnya bergetar. Iris bundar sirna segala segan, dia mahu menceritakan luahan hati. Berani bertatapan, tunak sekali dengan senyuman palsu menghiasi bibir.

"Maafkan Anan tak dapat melawat ibu sebelum ni. Anan akan jaga ibu mulai hari ni. Anan akan tebus..."

"Hidup menambahkan beban orang. Bahana apa yang kau bawa, makin teruk aku tengok. Kurus macam lidi, banyak sangat ke kasih sayang yang kau dapat tu? Memang patut lelaki kau tinggalkan, Anan. Kau pun satu, tunggu dia lagi. Bodoh tak sudah," cantas Puan Ina seperti peluru berpandu tanpa segan-silu sekaligus mencemuh gadis itu. Anan tergemap, lidahnya kelu terpasung di lelangit. Riak wajahnya keruh, lekas-lekas dimatikan dengan senyuman sengaja dilebarkan.

Jangan terasa, Anan Nurfiza. Bukan kau tak biasa, ibu selalu beremosi dengan kau macam ni. Disematkan susunan abjad membentuk suku kata, kini dibina ayat agar mampu membujuk nurani yang lara.

"Ibu sihat?" Anan menukar topik perbualan. Silap dia gamaknya tiba-tiba memulakan hikayat tragis, padahal mereka baru berjumpa setelah sekian lama. Dua tahun itu, dia sekadar perhati dari jauh. Tika jiwanya memberontak ingin menjumpai, gusar sekiranya ibu mengasari dengan cercaan dan makian seperti ini di hadapan sang kecil.

"Semaklah kau, pergi berambus dari sini. Jagalah anak kau sana, tak payah menyibuk hal aku sangat. Haa, mana anak kau? Pergi tinggalkan juga mak bodoh macam kau ni ke?" nada Puan Ina naik seoktaf. Serta-merta tangan yang dipegang, ditepis kasar sembari digosok pada kain sendiri. Mahu membersihkan virus kotor dibawa oleh Anan.

Anan katup mata, mengalir laju buliran yang ditahan sekian lama tadi. Basah merentasi pipi, persis parut lama mulai robek semula menjadi luka. Berdengung gegendang telinga, ngilu dada seakan tersiat dan dicarik rakus setiap patah perkataan yang meluncur dari bibir tua ibu. Bibir dikemam, cuba kawal perasaan yang menyebabkan batang tubuh meligih tak sudah.

Hening.

"Ke... na... pa?" soalnya gugup. Tersangkut-sangkut dek tangisan, esakan serasa mahu meletus kala aksa ibu mencerlung tajam penuh sinis. Hujung bibir Puan Ina menggeleweh sinis, umpama anggapan ibu tak pernah berubah terhadapnya.

"Bawa aku pergi dari sini, Esah. Aku tak ingin nak hadap budak gila depan aku ni." Puan Ina mengarah. Diterima baik, Mak Esah sekadar jatuhkan kepala sekali kepada tetamu lalu membawa figura wanita tersebut berlalu pergi. Sempat ekor mata melirik sekilas, memberi isyarat agar Anan memahami.

Angguk. Anan sekadar mencarik senyum palsu. Cuba sedapkan hati sendiri, alah bisa tegal biasa. Tak mengapa, dia sendiri memilih untuk tinggal di sini buat sementara waktu. Mahu menjaga ibu, dalam masa sama hendak memulihkan hati agar tidak larut dalam kesedihan. Lebih baik di sini berbanding rumah sana, dia lelah untuk dihimpit masa lalu yang menyesakkan jiwa raga.

"Anan minta maaf," gumamnya seraya dibiarkan menguncur deras lakrimasi. Bebola mata mengerling ibu, cukup menandakan masih saujana lagi perjalanan ingin leburkan hati tua yang sememangnya keras itu. 

Continue Reading

You'll Also Like

121K 1.2K 15
Rania Ramanshah × Faliq Hanafi Shah Rania Ramanshah, dia bukanlah seorang wanita yang lemah ataupun mengharapkan lelaki semata mata. Dia kuat, tapi t...
579K 19.9K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
5.6M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
180K 9.1K 56
'Let go of your fears of starting over' || Known as Carlo Revino, Han Dylen's Bodyguard Malaikha Amanda. Gadis yang hidup sekadar menumpang di rumah...