π“π‘πž π‹πšπ¬π­ π‹π¨π―πžπŸ–€

By CameliaBatrisyix

230K 6.1K 287

Luthfan Darren x Maya Darena Tidak semua orang mampu untuk menjalani kehidupan yang penuh cabaran seperti May... More

Chapter 1
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Chapter 11
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 23
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Chapter 39
Chapter 40
Chapter 41
Chapter 42
Chapter 43
Chapter 44
Chapter 45
Chapter 46
Chapter 47
Chapter 48
Chapter 49
Chapter 50
Chapter 51
Chapter 52
Chapter 53
Chapter 54
Chapter 55
Chapter 56
Chapter 57
Chapter 58
Chapter 59
Chapter 60
Chapter 61
Chapter 62
Chapter 63
Chapter 64
Chapter 65
Chapter 66
Chapter 67
Chapter 68
Chapter 69
Chapter 70
Chapter 71
Chapter 72
Chapter 73
Chapter 74
Chapter 75
Chapter 76
Chapter 77
Chapter 78
Chapter 79
The End βœ”οΈ

Chapter 24

2.7K 72 2
By CameliaBatrisyix

Sometimes we just have to remove people without warning, we are getting too old to be explaining
- Adriane Dayana
____________________________________

Memandangkan esok pagi tak ada kelas, aku dan Yana membuat keputusan untuk tidur dirumah keluarga Yana. Apa salahnya kita luangkan masa dengan orang yang tersayang, kan? Lagi pun aku rindu dengan Pak Mat, lagi-lagi Mak Pah

Lauk yang Mak Pah masak adalah kari ayam dan kentang yang dipotong dadu, tak lupa juga telur dadar yang rangup dan nampak menggiurkan itu

"Sedapnya! Lama tak makan mak masak" Serentak aku dan Yana berkata membuatkan Mak Pah ketawa, Pak Mat hanya tersenyum melihat gelagat kami berdua yang seperti anak kecil

"Mestilah sedap, isteri ayah yang masak kan? Ha tunggu apa lagi, cedoklah nasi tu mari kita makan" Pak Mat bersuara seakan akan teruja, aku mencapai pinggan yang di hulurkan oleh Pak Mat lalu mencedok nasi dengan berhati-hati. Risau kalau tumpah aje

Usai mencedok nasi aku duduk disebelah Mak Pah manakala Yana duduk disebelah Pak Mat, dengan bacaan doa dari Pak Mat kami semua menjamu selera dengan gembira

Ada kalanya Yana bercerita tentang pengalaman bekerja di syarikat Darren, aku tersenyum apabila melihat senyuman yang terukir dibibir mereka bertiga. Sungguh seperti keluarga yang sangat bahagia dan harmoni

"Esok kita pergi mandi sungai, nak tak?"

Bersinar terus mata aku bila mendengar ajakan Pak Mat itu. "Mestilah nak! Dah lama tak mandi sungai, bila kali terakhir kita mandi sungai eh?" Soalku pada Yana, gadis itu meletakkan jari telunjuk didagu seolah sedang berfikir

Aku tanya soalan basic aje tu, bukannya tanya soalan addmath pun

"Haa! Aku dah ingat. Kali terakhir kita mandi sungai tu lepas habis SPM, ingat tak? Masa tu dengan kawan-kawan sekolah kita" Dengan teruja Yana berkata membuatkan aku mengangguk

"Oh yang masa kau tergelincir tu kan? Hahaha aku ingat lagi muka kau masa tu, cemberut habis babe sebab jatuh!" Aku ketawa terbahak-bahak apabila teringat peristiwa yang terjadi waktu itu

Masa tu Yana nak pergi simpan barang dekat pangkin, tapi belum sempat dia letak barang-barang. Dia tergelincir gara-gara tanah tu licin, masa tu muka dia astagfirullah. Dah serupa macam kerbau mandi lumpur, hahaha!

Yana mencubit lengan aku, semakin galak aku ketawa. "Kenangan lalu janganlah ungkit! Malu tau, dah lah masa tu ada si Faris tu" Kata Yana tidak berpuas hati, siapa Faris? Faris tu crush si Yana dulu, cinta monyet lah katakan. Masalahnya waktu Yana tergelincir macam badak air tu, si Faris ketawa tak henti-henti. Bukannya nak tolong

Sejak dari peristiwa tu, Yana dah tak tergila gila lagi pada Faris. Trauma katanya hahaha

"Sometimes we just have to remove people without warning, we are getting too old to be explaining" Yana berkata lagi

.

.

.

Pagi-pagi lagi aku dan Yana berjalan untuk ke sungai, tak lupa juga Pak Mat dan Mak Pah yang mengikuti kami dari belakang. Tak sabarnya nak mandi sungai!

Selepas hampir sepuluh minit berjalan, akhirnya kami tiba disatu anak sungai dan air terjun yang mengalir dengan tenang. Bibir tersenyum gembira

"Kamu berdua pergi dulu, ayah dengan mak nak pergi tandas kejap"

Aku dan Yana mengangguk.

"Siapa sampai dulu dia menang!" Jerit aku pada Yana, beg yang berisi tuala dicampak diatas satu kerusi yang ada disitu lalu kaki pantas berlari meninggalkan Yana

"Tak adil!" Marahnya apabila aku sudah berada didalam air, hahaha muka dia cemberut betul

Eleh nak marah orang pula, siapa suruh dia lambat. Kan?

Yana masuk kedalam air, seketika mata kami terpejam. Sangat tenang walaupun ada beberapa orang lain yang turut sedang mandi manda, tapi kitorang memang pilih kawasan yang jauh dari orang lain

"Burghhh sejuk!"

"Kau ingat tak dulu?" Yana mula membuka kelab gossip, sebelah kening aku terjongket

"Apa dia?"

"Salah seorang daripada kelas kita, dia kencing dekat situ" Yana berbisik lalu jari telunjuknya menunding pada satu batu besar yang tidak jauh daripada kami, euw!

Aku membuat aksi geli. "Agak-agak kesan tu ada lagi ke?" Soalku, terletus tawa Yana mendengar soalan aku. Sempat dia menepis air hingga terpercik ke wajah aku

"Dah berapa tahun dah pun, tak mungkin lah kesan dia ada lagi. Yang bodohnya, kau lupa ke masa tu tiba-tiba kita rasa air ni panas?" Semakin galak aku tertawa, haih lepas aje air tu jadi suam panas. Cepat-cepat aku dengan Yana pandang sekeliling, hahahaha!

Secara tiba-tiba aku mendapat idea, bibir tersengih nakal memandang Yana. Gadis itu memandang aku dengan sebelah kening yang terangkat. "Kau jangan cakap yang kau nak panjat pokok lepas tu terjun dalam air?" Bagaikan tidak percaya gadis itu bertanya

Makin lebar senyuman aku. Hehe bijak juga kawan baik aku ni, tak perlu cakap apa-apa dia dah faham

"Jom lah, dah lama kita tak enjoy macam ni. Esok petang dah ada kelas" Aku membuat mata ala-ala puppy eyes pada Yana, gadis itu menjeling

"Ye lah"

*****

Aku mula memanjat pokok, entah pokok apa yang aku panjat ni aku pun tak pasti. Tapi pokok ni panjang, memang sesuai untuk terjun masuk kedalam sungai. Kalau tak pandai berenang macam mana?

Jawapannya jangan mengada lah nak terjun tempat dalam, nanti kang masuk berita seorang wanita maut akibat terjun kedalam sungai yang dalam

Apa kau merepek ni Maya?

Yana yang memang sedia berada dibelakang aku itu hanya memerhati

"Hati-hati Maya, kau tu dah umur 25 tahun pun. Bukannya umur 15 tahun macam dulu lagi, kang jatuh kang sia-sia mandul" Sindir Yana membuatkan aku menjelingnya tajam

Kurang asam punya kawan! Kata-kata itu doa tau, kalau tiba-tiba aku terjatuh dari atas ni macam mana? Kalau aku mandul nanti, memang aku cari dia aje!

"Diam lah kau" Marahku. Sebaik sahaja sampai diatas dahan pokok yang besar itu, aku mengeluh perlahan. Penat! Mata memerhati kawasan sekeliling, nampaknya tiada yang memerhati gelagat kami diatas pokok ini.

Baguslah, malu lah nanti kalau ada orang nampak aku yang tengah bertenggek atas pokok ni. Nanti tak pasal-pasal pula viral dalam facebook makcik-makcik

'Ada ke patut anak dara bertenggek atas dahan pokok macam anak beruk? Tak padan dengan perempuan!'

Hahaha kalau benda tu benar-benar berlaku, akan aku pastikan aku cili mulut makcik tu! Suka hati aje dia panggil aku anak beruk?

Untuk terjun kedalam sungai, aku perlu mengesot ke hujung dahan. Masalahnya gayat weh! Aku ketap bibir, kalau aku patah balik nanti Yana ejek aku pengecut pula

"Apa kau tunggu lagi? Cepatlah, aku pun tak sabar ni" Gesaan Yana itu menambahkan gentar dalam hati aku

"Gayat lah! Tinggi tau, kalau betul aku mandul nanti macam mana?" Ayat Yana tadi kembali terngiang-ngiang didalam kepala

Kedengaran Yana sedang ketawa terbahak bahak dibawah sana, cis! Dia ketawakan aku?!

"Tadi bukan main berani" Sekali lagi gadis itu menyindir aku, mata dijuling keatas. Benci!

Perlahan-lahan aku berdiri, cuba untuk berjalan ketengah dahan. Harap-harap dahan pokok ni mampu lah untuk tahan berat badan aku ni ye, tak berat pun. 50kg aje

Terketar-ketar aku berjalan mengalahkan berjalan diatas titian sirath, bibir dikemam. Aku takut!

"Hei!"

Suara garau itu membuatkan aku betul-betul terkejut, malaun mana yang jerkah aku tiba-tiba ni? Akibat terkejut punya pasal, keseimbangan badan aku mula hilang membuatkan kaki aku tidak berada diatas dahan pokok. Badan seolah-olah berada diatas awan-awangan

"Arghhh!"

____________________________________

Tajuk : The Last Love
Tarikh : 19/01/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)

Continue Reading

You'll Also Like

1.8K 296 32
"Mengapa kamu tidak percaya akan kebesaran Allah? Padahal Dia sesungguhnya telah menciptakan kamu dalam beberapa tingkatan kejadian. Tidakkah kamu pe...
116K 3.6K 20
(BxB, DON'T LIKE, DON'T READ) Leaving his old life was hard for him but he did it to protect his brother being killed by their father after he was...
5.1K 313 21
Menjadi bijak dan genius tidak diinginkan langsung oleh gadis bernama Ayshara Dania. Dia hanya inginkan kehidupan yang sederhana dan penuh dengan kas...
260K 8.4K 75
This is Book Three in LOST AND FOUND SERIES but can be read as a STAND ALONE. *** Being kept in the shadows and away from the dangerous life her fam...