The Untold Stories (Vol 2)

By akuorgbiasa

119K 10.3K 1.5K

Cerita-cerita pendek coretan AOB More

TUS 2.0
Abang sayang kau
Convocation
Ramadhan Kareem
Ramadhan kareem #2
Ramadhan kareem #3
first time
go with the flow...
go with the flow (part 2)
45 min writing challenge
Cinta pertama
As long as you want me...
Throwback: Dee...ar
Versi Ustaz Naqib
lansi
lansi (part 2)
guardian...
woman to woman...
cemburu tanda sayang
throwback: Geng Terlajak Laris
Kenduri
the proposal
Redah
Pesan abang
yang terindah
cerita kita
the day after
model
because i love you...
reason
pulang
cinta sejati
Buah Hati Yang ke-1(b)
kedua
kedua (dua)
our sister, our guardian...
ramadhan kareem
ramadhan kareem (story #2)
ramadhan kareem (story #3)
promo ebook: Kisah Kita, Maggi dan Balkoni
ramadhan kareem (story #4)
ramadhan kareem (story #5)
raya kita
balik raya
raya pertama kita
1st baby moment
Along yang bengis
Along yang bengis (part 2)
Along yang bengis (Part 3)
A.L.O.N.G
Kekuatan
Bidadari Ustaz Cool
bukan hantu
pelanggan tetap

Indah-Kacak

1.6K 211 17
By akuorgbiasa

InshaaAllah, kalau ada rezeki nak novel kan kisah ni. Haha... kita akan tulis 3rd person POV. Luas sikit view nya. Tp bila siapnya, usah ditanya... doakan je. Hihi.
Mentara, kita up scene sikit2 yg dtg idea randomly ni dulu kt sini.. 😝

************

Beg pakaian berwarna biru pastel itu aku letakkan di dalam kabin pesawat.

Si dia dah duduk tenang membuang pandang ke luar.

Selesai, aku terus mengambil tempat di sisinya. Memandangnya sejenak dan pandangan kami bersatu. Dia senyum sedikit. Aku juga. Kemudian dia kembali memandang ke luar. Aku lihat dia tarik nafas panjang.

"Asal mengeluh?" Soalku.

Dia menoleh dengan kerutan di dahi. "Mana ada mengeluh?"

"Tadi tu.." aku mimik tindakannya.

"Itu tarik nafaslah, cik abang! Tu pun tak boleh beza?"

Aku tertawa.

Dia menongkat dagu dan memandang keluar semula. Tak lama kemudian, dia ketawa kecil. Entah apa yang kelakar.

"Dah kenapa pulak ketawa?"

Makin kuat dia tertawa, lantas dia tekup mulutnya.

"Oi, jangan buat aku takut. Kau kena sampuk ke apa?"

Gadis itu masih tak menjawab. Namun melihat dia tertawa bersungguh itu menerbitkan senyum di wajahku.

"Fan tak rasa ke kita ni macam... emm... budak-budak yang acah-acah nak lari dari rumah. Lepas tu rasa susah je kat luar, patah balik. Ada tak rasa gitu?"

Aku tergelak kecil. "Kau pernah buat ke? Aku tak pernah. Buang masa je lari-lari dari rumah ni."

Dia terus terkekek ketawa. "Kelakar pulak. Sampai ke Thai nak nikah kononnya. Last-last patah balik."

Aku sengih. "Asal? Kau berharap kita nikah hari ni as planned, ke?"

Terhenti tawanya, namun masih kelihatan senyum terbentuk. "Entahla, Fan. Saya ni macam, tak ada harapan apa-apa dah... Nikah, nikahlah. Tak nikah, tak nikahlah."

Aku diam memandang wajahnya beberapa ketika.

"Kita nikah. Aku dah janji. Bawa kau sana-sini, bukan sebab aku main-main. Tapi abah kau janji nak walikan kau, nikah cara baik. Sebab tu aku decide kita balik Malaysia."

Dia senyum. "Saya faham, Fan. Saya cuma rasa, entahlah... kelakar.."

"Agak kelakar jugalah."

"Tak sangka saya akan kahwin macam ni. Dulu kan, saya siap ada scrap book tajuknya Perkahwinan Idaman Saya."

Aku ketawa. "Serius ah? Agak bimbo juga ya.." Sengaja aku mengusik.

"Yalah! Saya suka fesyen. Saya suka cantik-cantik. Of course, of all time, masa kahwin saya nak paling cantik sekali!" Balasnya.

Aku mengangguk sambil masih tertawa. Kepala aku sandarkan pada kerusi pesawat itu. "So tell me. Apa yang kau idamkan?"

Dia sengih. "Buat apa nak tahu?"

"Sis... perjalanan kita lama juga ni. Agak boring jugalah tak buat apa kan? Movie dia semua tak best. So, baiklah aku dengar impian tak matang kau tu..."

Dia berdecit. "Fan ni.."

"Cepat. Spill..."

Dia tarik nafas panjang. Tangan ditepuk perlahan, bersemangat nak bercerita.

"Saya plan nak buat majlis tiga hari berturut-turut. Hari pertama, majlis khatam quran. Malamnya, majlis malam berinai. Hari kedua, nikah. Hari ketiga, reception."

Aku gelak kecil. "By the time malam ketiga lepas reception tu, kau flat dah. Tak boleh buat apa-apa dah dengan husband!"

"Hey, syhhh! Diamlah! Apa cakap macam tu.."

Aku tertawa. "What else?"

"Masa nikah, saya nak pakai kurung pahang klasik, silverish grey, simple tapi elegant. Less detailing, tapi yang sikit tu nampak vogue."

Aku ketawa lagi. "Amboi! Detail betul tu.."

"Mestilah! Dalam scrap book saya tu, siap ada lukis gambar baju tu."

Aku geleng kepala. Kuat berangan budak ni....

"Suami kau pakai apa?"

"Baju melayu teluk belanga!"

Aku kerut kening. "Jap. Teluk belanga tu yang macam mana? Yang collar keras tu ke yang bulat macam tshirt tu?"

"Yang tak ada collar tu. Bulat je tu."

"Oh.. tu teluk belanga. Yang ada collar tu teluk apa? Teluk Benggala?"

Dia ketawa kuat, namun seperti biasa dia tekup mulutnya. Satu lagi tangan menepuk lenganku. "Apa Fan ni! Mengarut!"

Aku sengih. "Okey. Lagi?"

"Lagi..., saya nak pegang fresh flowers. Color pastel lembut."

Aku angguk. Standard. Perempuan dan bunga.

"Untuk reception, saya nak tema tradisional. Baju, pelamin, semua tradisional."

Aku senyum. "Kek?"

"Hah, good question! Kek besar, tapi tak bertingkat, yang sedap dan boleh jamu semua tetamu..."

"Perasa apa?"

"Hmm?"

"Kau nak kek perisa apa? Tak ada ke detail tu dalam fantasi kau tu?"

Dia ketap bibir sejenak. "Haah la, Fan! Saya tak fikir pulak masa tu nak flavor apa!"

Aku tertawa kecil. "So? Sekarang nak flavor apa?"

"Sekarang?"

"Yalah. Alang-alang dah berangan separuh jalan. Sudahkan lah. Nak kek perisa apa?"

Dia ketuk dagu beberapa kali. "Hmm... pandan coconut! My favorite!"

Aku terangguk-angguk.

"Panggilan?" Soalku bersahaja sambil menyelesakan duduk.

"Panggilan apa pulak?"

"Nama manja lepas kahwin?"

Dia diam. Memandang aku dengan mata terkebil-kebil.

"Yang tu saya tak ada letak dalam scrap book saya," jawabnya.

"Nanti tambahlah. Kau nak suami kau panggil kau apa?"

Dia menunduk tiba-tiba. Tersipu. "Hish! Tak maulah jawab soalan tu."

"Lah, kan kita sedang bercakap pasal Perkahwinan Idaman Ku. Benda tu termasuk kut!"

Dia geleng. "Tak masuk."

"Masuk! Cepat. Mesti kau dah berangan satu nama manja kan?"

Dia geleng lagi. "Mana ada!"

"Sayang? Baby? Baby sayang? Manja? Bucuk? Mama? Mummy?"

Dia tertawa. "Cliche semua tu..."

"So? Yang tak cliche ialah? Dinda?"

Dia geleng lagi. "Indah. Saya berangan suami saya panggil saya Indah."

Aku kerut kening. "Heh? Nama bukan main sedap Busyra Nafeesa, tiba-tiba Indah. Dah kenapa?"

Dia sengih tersipu-sipu. "Sebab saya nak dia rasa saya indah dipandang bila-bila masa, sampai kami tua kerepot dan masa saya tak cantik..."

Flat muka aku memandangnya. Kepala ligat berfikir.

Indah.

Kemudian aku lorek senyum. Angguk.

"Kalau macam tu, untuk match kan, kau kena panggil suami kau kacak. Untuk buat dia rasa dia Kacak sepanjang hayat."

Ana memandang aku beberapa ketika sebelum terangguk dan mengalih pandang. Senyum.

"Masalahnya, memang awak kacak pun..." perlahan sahaja suaranya, namun dapat aku dengari.

"Apa dia?"

"Hmm? Tak ada apa-apa.."

"Kau cakap something tadi..."

Berubah wajahnya seperti sedang cuak.

"Err... Fan, abah.. abah kata kita kena buat apa nanti? Kursus kahwin? HIV test?"

Aku tersengih. Elehhh... tukar topik! Malu letteww...

"Dan-dan tukar topik. Aku tahu aku memang kacak. Dan aku akui, kau memang indah. So, sesuai, kan? Indah dan Kacak..."

Mata bertentangan sejenak, sebelum dia alih pandang.

"Mengantuk pulak. Saya nak tidur lah!" Ujarnya sambil menyandar kepala.

Aku senyum.

Sweet dreams, Indah....


Continue Reading

You'll Also Like

98.5K 8.4K 66
2023. Zinnirah, gadis yang penuh dugaan dan ujian dalam hidupnya, tak seperti abang kembarnya, Mustaqim yang agak bahagia berbanding dirinya. "Apa h...
921K 26.5K 15
PENULIS: ANJELL TAJUK: DR. ALPHA MALE HARGA : RM27 (SM)/RM30(SS) Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Ya...
I Like You | ✔ By Hani

General Fiction

685K 30.9K 60
[ The Wattys 2018 Winner - The Breakthroughs ] Previously known as Ilhamkan Bahagia ~ Kau mengetuk pintu hatiku, Tanpa sedar hingga ku izinkan, Kau...
103K 1.8K 60
"Apa yang berlaku 27 tahun dulu I tak boleh cerita pada you. Kerana daddy dengan abah yang berhak untuk membuka cerita tu kalau mereka mahu macam tu...