Sang Harimau & Biri-biri: Fah...

By smiley_qazwanie

24 1 0

Kisah dongeng, imaginasi penulis yang tahap pelik. Hubungan antara dua spesis haiwan yang berlainan. Seekor... More

Fahd & Bela Bhg. 2
Fahd & Bela Bhg. 3

Fahd & Bela Bhg. 1

15 1 0
By smiley_qazwanie

HARIMAU tersenyum sinis.

"T... Tolong... Jang... Jangan... Makan aku..." Rayu Sang Biri-biri dengan cemas.

Harimau mendekati biri-biri dengan riak garang. Matanya yang tajam memerhati biri-biri yang ketakutan.

"Jangan makan kau?" soalnya dengan mengejek.

Sang Harimau pegang tepi kepala Sang Biri-biri lalu mengelus perlahan kepala itu. Sang Biri-biri mendekati pohon di belakangnya untuk menjauhkan diri daripada harimau.

Mata Sang Harimau tak lekang daripada wajah itu. Bibir naik mengukir senyuman sinis.

"Sayangnya... Rugi kalau kau tak jadi makanan aku." Harimau jatuhkan tangan yang memegang kepala biri-biri ke bawah.

"T... Tolong... Aku merayu..." Dua telapak tangan digosok di hadapan muka. Peluh dingin mula membasahi dahi.

"Kenapa aku perlu lepaskan kau, sedangkan aku boleh makan kau sekarang juga?" soalnya sarkastik.

Sang Biri-biri memejam mata rapat.

"Aku perlu pulang untuk sediakan makanan buat serigala. Aku merayu padamu, Sang Harimau. Lepaskan aku... Tinggal dengan serigala cukup buatkan aku ketakutan. Jika aku tidak sediakan makanan buatnya, dia akan makan aku." Jelas Sang Biri-biri dengan tergagap-gagap.

Kening Sang Harimau ternaik apabila mendengar bicara Sang Biri-biri. Tangan dia naik mengunci pergerakkan Sang Biri-biri daripada melarikan diri. Sang Biri-biri menyandar pada pohon apabila Sang Harimau semakin dekat dengannya.

"Bukankah sama saja? Jika kau pergi pada serigala, kau akan dimakan. Malahan jika kau di sini, kau tetap akan dimakan. Cuma yang bezanya, aku tak seburuk serigala. Aku tampan bahkan lebih gagah daripada binatang itu." Tuturnya dengan riak.

Wajah biri-biri tampak bingung. 'Kenapa Sang Harimau ni tak terus terkam aku? Bahkan lebih banyak membebel.'

"Maaf. Hmm, kau akan lepaskan aku, kan? Aku perlu pergi."

Baru saja Sang Biri-biri hendak melepaskan diri daripada lengan Sang Harimau yang mengurungnya di pohon, Sang Harimau menarik ekornya membuatkan Sang Biri-biri berada di hadapan Sang Harimau kembali. Sang Biri-biri kaget lalu menelan air liur.

"Kau nak pergi mana? Aku belum habis cakap lagi..."

Harimau mendekatkan wajahnya ke hadapan wajah biri-biri.

"Tch, kalau kau berdegil macam ni... Macam mana aku nak lepaskan kau, wahai biri-biri?" tanya harimau dengan sinis.

"Okey, okey... Maafkan aku. Emm, apa yang kau nak daripada aku?" soalnya dengan gementar.

"Soalan yang bagus! Aku mahu kau tinggal di sini selama dua hari. Tentang serigala, itu hanya hal kecil. Akan aku suruh geng aku 'bicara' dengannya." Kata Sang Harimau dengan senyuman angkuh.

"Apa?" tanya Sang Biri-biri dengan wajah bingung.

"Tinggal dengan aku." Ulangnya pendek.

Biri-biri masih berkelip tidak faham.

"Kenapa?" soal Sang Biri-biri lagi.

"Memang perlu ada alasan ke untuk aku suruh kau tinggal di sini?" soal harimau kembali.

"Ya." Jawabnya pendek.

"Hmm, mari kita tengok..." Fikir harimau sejenak sambil memandang ke dada langit. Biri-biri menunggu dengan sabar.

"Sebab aku suka kau." Tuturnya tatkala memandang biri-biri kembali. Kening biri-biri terangkat. Mata Sang Biri-biri membulat. Biri-biri terkaku.

Sang harimau tersenyum kacak.

"Kenapa diam? Bukan ke tadi kau nak dengar alasan aku ke? Aku dah beritahu, kenapa kau diam?"

"Boleh kau jauh sikit? Aku tak boleh bernafas." ujar biri-biri dengan suara perlahan.

Sang harimau mengundur ke belakang sambil tersengih.

"Jadi... Kau tinggal di sini?" soal harimau untuk kepastian.

🐯🐯🐯

SANG Biri-biri berjalan di depan sementara Sang Harimau membuntuti biri-biri dari belakang. Sang Harimau berjalan dengan gembira. Hati Sang Harimau terasa bahagia.

"Kenapa kau diam? Dari semalam lagi kau diam. Kau takut dimakan oleh serigala ke?" soal Sang Harimau yang mula berjalan di sebelah biri-biri yang kecil.

"Tak." Sang Biri-biri menggeleng.

"Habis tu? Kau takut aku makan kau?"

"Kau nak makan aku ke?" tanya biri-biri seraya itu biri-biri berhenti berjalan. Harimau ikut berhenti.

"Kenapa? Kalau betul pun aku nak makan kau, kenapa?" soal harimau lalu mendekati biri-biri. Sang Biri-biri yang ketakutan mengundur ke belakang.

Sang Biri-biri tersentak apabila badannya terlanggar batu besar. Sang Biri-biri merapatkan diri dengan batu besar tersebut tatkala harimau masih mendekati dirinya.

Harimau berhenti melangkah. Ia berada tepat di hadapan Sang Biri-biri. Melihat biri-biri memejam mata rapat buatkan hujung bibirnya di sebelah kiri ternaik.

"Aku..." Biri-biri terkaku apabila suara itu kedengaran dekat dengannya.

"... Takkan makan kau. Tapi aku... Akan jaga kau." Lalu harimau menjauhkan diri setelah mencuit hidung Sang Biri-biri.

Sang Harimau berjalan meninggalkan Sang Biri-biri yang tercengang.

"Betul ke aku ni biri-biri? Kenapa harimau boleh sukakan aku?" soal biri-biri pada diri sendiri.

🐑🐑🐑

SERIGALA berasa jengkel.

"Aku tiada kena-mengena dengan Sang Harimau, Fahd. Memang aku pernah curi makanan ia tapi aku sudah ganti dengan daging rusa. Apa yang masih belum selesai?" soal Sang Serigala dengan nada jengkel.

"Kami perlu sampaikan pesanan daripada Fahd buat kau." Beritahu salah seekor harimau di situ.

"Apa?" balas serigala, malas.

"Buat masa ni dan selamanya, kau jangan dekati Bela, Sang Biri-biri. Kerana biri-biri itu telah menjadi milik Sang Harimau, Fahd." Terang harimau tersebut.

Serigala berkerut.

"Mana boleh! Biri-biri tu adalah milik aku! Aku yang terlebih dahulu memiliki ia. Aku..."

"Kalau kau berniat untuk mengambil Bela kembali, Fahd tidak akan berdiam diri. Mae alsalama! (Selamat tinggal!)" ujar harimau tersebut sebelum bergerak meninggalkan kawasan itu dengan harimau lain.

Serigala menarik nafas lalu melepaskannya dengan berang.

"Kau takkan dapat Bela selagi aku hidup, Fahd! Kalau disebabkan daging biri-biri yang aku curi daripada kau sebelum ni, kau nak berdendam, aku akan rampas kembali biri-biri milik aku!" tutur Sang Serigala dengan geram.


🐺🐺🐺

HARI terakhir Sang Biri-biri tinggal di kawasan Sang Harimau. Sudah dua hari berlalu dan Sang Biri-biri masih hidup. Sang Biri-biri pun tidak percaya akan hal itu.

"Terima kasih, Sang Harimau! Kau telah membiarkan aku hidup malah memberikan aku makan di kawasan kau. Aku sangat berterima kasih untuk itu." Ucapnya dengan ikhlas.

Sang Harimau tersenyum.

"Kau sudah tidak takut akan aku, kan?" soalnya. Biri-biri memandang harimau yang berada di sebelahnya.

"Hmm... Tak! Aku suka berkawan dengan kau." Jawab biri-biri bersama senyuman.

'Auch! Aku yang dah beri bermacam-macam ayat manis ni dikatakan sebagai kawan... je?' Sang Harimau berkerut, tidak suka.

"Kawan?" soalnya dengan wajah pura-pura senyum lalu ketawa kaku.

Sang Biri-biri mengambil tempat lalu duduk di tebing gunung milik kawasan harimau. Ia memandang langit. Sudah menjelang petang. Ia harus pulang sebelum serigala mencarinya.

"Sudah tiba masanya aku pulang. Terima kasih untuk segalanya, Sang Harimau. Aku hargainya."

Sang Harimau yang baru hendak mengambil tempat di sebelah biri-biri terbantut pergerakkannya. Sang Harimau memandang biri-biri yang sudah berdiri.

"Kau nak ke mana?"

"Aku perlu pulang. Jika tidak serigala akan makan aku." Katanya dengan wajah serba salah.

"Tapi kau..."

"Kau hanya minta dua hari untuk aku tinggal di sini. Jadi aku perlu pulang. Selamat tinggal, Sang Harimau! Aku pergi dulu." Kata Sang Biri-biri lalu mula berlari meninggalkan kawasan itu.

Sang Harimau hanya memerhati. Ia termenung. Lalu dadanya terasa sakit.

"Aww, kenapa dada aku sakit ni?" soal Sang Harimau sendiri.

"Kau ada masalah lemah jantung tu. Nanti aku bawa kau jumpa perawat Foxi." Sahut salah seekor harimau yang berambut tocang yang tiba-tiba muncul di sebelah Sang Harimau, Fahd.

Sang Harimau, Fahd tersentak.

"Foxi, Si Musang tu? Tak payah, binatang tu tahu nak kikis harta haiwan je."

"Lagipun aku tiada penyakit jantung. Kau yang ada penyakit mental. Pergilah jumpa si Foxi tu." Halaunya lalu memberikan pandangan mengkritik pada harimau itu. Sang Harimau, Fahd berlalu masuk ke dalam gua.

🦊🦊🦊

TAJAM mata serigala memandang biri-biri.

"Maafkan aku..." Rayu Sang Biri-biri pada Sang Serigala yang menyeret tubuhnya tanpa simpati.

"Bukankah aku pernah berkata. Kalau kau menghilang lebih sehari suntuk kau akan dihukum." Ujarnya dengan nada keras.

Sang Biri-biri masih meminta maaf kepada Sang Serigala tetapi dihiraukan.

"Yeah! Sepuluh, sebelas, dua puluh..."

BAM!

Sang Musang berhenti mengira batu perak. Ia pantas menyorok di belakang sebuah pokok yang besar. Seraya itu, musang itu pun mengintai di sebalik pokok besar itu untuk memerhati keadaan yang berlaku.

Matanya terbeliak apabila melihat Sang Biri-biri terduduk lemah di hadapan Sang Serigala yang naik angin.

"Sang Harimau..."

"Sang Harimau!"

Bisik Sang Biri-biri dan Sang Musang secara serentak.

Continue Reading

You'll Also Like

481K 1.5K 47
šŸ”žšŸ”žšŸ”ž warning sex!! you can cancel if you don't like it.This is only for the guys who have sensitive desire in sex.šŸ”žšŸ”ž
Fate By v xxxiri v

Short Story

23.7K 1.8K 13
"šš†šš‘ššŽšš— šš šš’šš•šš• šššš‘ššŽšš¢ ššœšššš˜šš™ šš‘ššŠšššš’šš—šš šš–ššŽ ?" šŸ·šŸ» šš¢ššŽššŠšš› šš˜šš•šš, šš…šš’ššœšš‘šš—ššž ššŠššœšš”ššŽšš ššŒšš›šš¢šš’šš—šš šš‘šš’ššœ šš‘ššŽššŠšš›šš šš˜ššžšš. "šš†šš‘ļæ½...
39.1K 7.5K 30
A Lawyer, Bold with a bit of anger issues, Smart, Not in good terms with his Father. A Girl, Sweet but Insecure about her weight, With Career tension...