Mr.Mafia Milik Ashi

Izzleverty tarafından

11.7K 723 141

Raeez Darrian Alexandra.Jejaka berdarah England itu cukup menarik perhatian ramai dengan rupa parasnya dan ha... Daha Fazla

MMMA 1
MMMA 2
MMMA 3
MMMA 4
MMMA 5
MMMA 6
MMMA 7
MMMA 8
MMMA 9
MMMA 10
MMMA 11
MMMA 12
MMMA 13
MMMA 15
MMMA 16
MMMA 17
MMMA 18
MMMA 19
MMMA 20
MMMA 21
MMMA 22
MMMA 23
MMMA 24
MMMA 25
MMMA 26
MMMA 27
MMMA 28
MMMA 29
MMMA 30
MMMA 31
MMMA 32
MMMA 33
MMMA 34(Last chapter)
Special Chapter

MMMA 14

333 17 1
Izzleverty tarafından


Sebulan berlalu dengan cepatnya.Aku jalani hidup seperti biasa.Hubungan aku dengan Raeez masih sama.Cuma kami jarang berjumpa,mungkin juga dia sibuk dengan kerjanya.Aku pun turut sama sibuk bekerja.Adalah juga sesekali berjumpa dengan dia,itupun hanya di balai.

Dan ya,kes Raeez yang berkaitan dengan Adam masih belum selesai.Semuanya gara gara Adam yang tiba tiba rajin mengikuti satu kem apa entah di Selangor selama dua bulan.Ada juga aku bagitau hasrat aku nak berbincang tentang Raeez.Tapi kesudahnya aku dimarahi pula.Katanya aku sama sahaja dengan orang lain,menangkan Raeez yang hampir membunuhnya suatu ketika dahulu.

Aku tak tahu apa sebenarnya yang Adam fikirkan,sampaikan dia begitu benci dengan Raeez.Bila aku tanya,takda pula dia jawab.Tak sempat nak sembang lama tengok tengok dah terbang sampai Selangor.Terpaksa lah aku tunggu dia balik.

"Ash.." Teguran papa menyentakkan aku yang sedang mengisi data di dalam laptop.

"Hmmm?"

"Papa nak tanya.Ash sekarang umur berapa?" Tanyanya sambil melabuhkan duduk di sebelah aku.Kepalaku dipegang.

"Umur Ash..22 tahun.Kenapa?" Tiba tiba papa senyum lebar.

"Dah besar anak bongsu papa ni.Boleh kahwin dah kan?"

Senyuman kecilku mati.Ahh..sungguh aku tak jangka papa akan tanya begini. "Ish,apa pula tiba tiba masuk pasal kahwin"

"Lah..papa tanya je.Kenapa?Ash dah plan taknak kahwin?" Papa mendugaku.Dan ya,tekaan papa memang betul.

"Err haah.Ash memang ada plan taknak kahwin.Tapi kalau dah ditentukan ada jodoh,Ash tak kisah.Cuma,Ash malas lah nak fikir pasal kahwin.Awal lagi.." Aku kembali menghadap laptop.Tak sanggup aku nak tengok muka papa sekarang.Entah marah,entah sedih.

"Apa pulak yang awalnya kamu ni.Umur dah 22 tahun,patutnya dah kahwin,dah boleh ada anak" Ha sudah,kalau tadi sang raja yang bertanya,kini sang ratu pula yang muncul.

"Alah ibu..kalau kahwin pun bukannya ada calon." Sebotol air mineral aku capai lalu diteguk membasahkan tekak.Memang ini cara aku ketika bekerja di rumah.Wajib ada air disebelah memandangkan aku tersangat malas mahu ke dapur.

"Apa susah,Raeez tu kan ada.Setahu ibu dia belum berpunya."

"Uhuk uhuk! Ibuu.." Dada aku tepuk kuat.Terasa pedih pula bila tersedak.

"Awak pun Amanda..tersedak budak tu dibuatnya" Ibu hanya tersengih dengan teguran papa.

"Betul lah kan saya cakap.Raeez tu belum berpunya lagi.Saya tengok Raeez tu okey je bang.Dia kenal keluarga kita,kita pun kenal keluarga dia" Kata ibu bersungguh sungguh.

Kenal keluarga dia?Sepanjang aku kenal dengan Raeez,tak ada pula lelaki itu menceritakan tentang perihal keluarganya.Dan aku pula tak pernah berniat untuk bertanya pada Raeez.

"Ibu dengan papa memang dah lama kenal ke dengan dia?" Aku bertanya tanpa berfikir panjang.Entah kenapa tiba tiba aku rasa ingin tahu lebih lanjut lagi tentang Raeez Darrian Alexandra.

"Dah lama..sejak kejadian dia dengan Adam bergaduh tu." Jawapan ibu membuatkan aku berfikir sejenak.Dah lama kenal...bermakna pasti ibu dengan papa pernah dengar nama Stella.

Kenapa aku beria sangat nak kenal Stella?Entah,aku pun takda jawapan untuk itu.Sejak Raeez bagitau aku bahawa Stella adalah bekas kekasihnya,aku rasa macam lain.Seolah olah ada sesuatu yang aku rasa dalam hati.Dan itu yang membuatkan aku bersungguh sungguh untuk mengenalinya.

Adakah aku cemburu?Tidak,kenapa perlu cemburu.Aku langsung tak punya apa apa perasaan pada Raeez walau sebesar zarah.

Andai Stella berada di mana mana,aku akan cari dia sampai jumpa dan...berkenalan?Mungkin,aku pun tak pasti dengan diri aku.Kalau bernasib baik,aku akan cuba untuk satukan kembali Raeez dan Stella.

Hohoo baik kan aku?

"Ibu dengan papa kenal Stella tak?" Soalan aku buatkan mereka berdua terdiam seketika.Masing masing berpandangan sesama sendiri.Kenapa?Aku ada tersalah cakap ke?

"Kenal,kenapa kamu tanya?"

Mataku bersinar.Papa kenal Stella.

"Kat mana dia sekarang?Papa tau tak?Ash nak cari dia,teringin nak tengok muka dia" Soalan papa tidak dijawab.Malah aku melontar lagi soalan.

Ya,mungkin itu salah satu sebab kenapa aku ingin kenal dengan Stella.

Raeez cakap Stella cantik,tapi sayangnya aku tak berpeluang untuk tengok muka dia.

"Papa tak tahu dia kat mana.Papa cuma pernah tengok dia dari jauh je." Aku agak kecewa mendengar jawapannya.Aku baru nak tanya macam mana muka dia.Tapi kalau tanya sekalipun,aku takkan mampu nak bayang.Papa pun cuma tengok dari jauh,mana mungkin wajah Stella terlihat jelas ketika itu.

"Ohh takpa lah kalau macam tu"

🌸🌸🌸

Aku keluar dari perut teksi.Duit dikeluarkan lalu membayar tambang kepada pemandu itu.Kiri dan kanan ditoleh sebelum melintas ke arah lapangan terbang.Ini Adam punya pasal lah ni,entah apa mimpinya tiba tiba menyuruh aku datang menjemput di sini. Nak harap Vel,hari ni dia kerja.Jadi aku lah tempat untuk dia minta tolong.

Baru rancang nak berehat di rumah,terpaksalah aku turutkan Adam.Lagipun mana tahu kalau dia dah tak marah aku pasal Raeez haritu?

Aku berjalan jalan di sekitar situ.Lambat lagi penerbangan Adam dari Selangor nak sampai.Masih lagi tinggal 15 minit.Aku bercadang untuk mencuci mata dan mengisi perut di mana mana kedai.

'Ting!'

Telefonku berdenting menandakan mesej masuk.Aku berhenti dari memerhati barangan di kedai cenderamata.

Beloved💕
Where are you right now?

Oh Raeez rupanya.Jari jemari mula lincah membalas mesejnya.

Me
Kat airport.Ambil Adam.

Bluetick.Tiada balasan dari Raeez.Aku hanya biarkan,telefon kembali disimpan dalam beg.Aku berjalan menuju ke Tealive.Tekak ingin sekali merasa air berperisa Hazelnut Coco yang kelihatan sedap.

"One regular cups Hazelnut coco please" aku memulakan pesanan.Sudah lama menahan diri untuk minum gara gara agak sibuk,hari ini tercapai jua.

Usai membayar,aku duduk di satu bangku yang kosong sementara menunggu air siap.Tiba tiba aku ternampak ramai orang berpusu pusu keluar sambil mengheret beg roda.Aku menepuk dahi.Leka sangat jalan jalan cuci mata tadi sampai tak sedar 15 minit sudah berlalu.Pasti Adam tercari cari di mana aku.

Sebelum bangun,aku capai dulu minuman yang telah siap.Laju pula Tealive di sini buat kerja.Rasanya baru beberapa minit aku tunggu.

"Adik!" Laungan itu membuatkan aku tercari cari kelibat Adam.Terlalu ramai orang di situ,bayang Adam pun tenggelam.

Kepala di jenguk jenguk sambil mulutku menyedut air.Sedap!Tak sia sia aku beli.

"Auchh!" Tanpa sengaja bahuku dilanggar orang.Aku terjatuh di situ seorang diri.Tak sempat aku nak mintak maaf,orang yang dilanggar tadi sudah hilang.

"Ya allah adik.Kenapa ni?" Adam tiba tiba muncul di depanku.Dia duduk bercangkung sambil memandang aku yang masih terkebil kebil di atas lantai.

"Takda apalah,jatuh sebab terlanggar orang" Tangan yang dihulur Adam aku capai.

"Lain kali hati hati.Jom" Adam menarik tanganku untuk mengikuti langkahnya.

'Bang!'

Satu tembakan kuat kedengaran bergema di satu lapangan terbang.Aku dan Adam terkejut.Siapa pulak yang menembak main pistol ni?Di tempat awam pula tu.Orang ramai mula berpusu pusu lari keluar menyelamatkan diri.

"Ashi" Raeez muncul menarik sebelah lagi lenganku yang sedang memegang air.Aku berpaling dan sekali lagi aku terkejut.Raeez ke yang tembak tadi?Apa dia buat kat sini?

"Kau!" Adam di sebelah mula menayang muka marah.Meluap hatinya saat melihat wajah Raeez.Tangan nya menarik aku agak kuat supaya pegangan Raeez terlepas.Aku tahu Adam emosi sekarang ini.Pasti dia tak suka kehadiran Raeez di sini.

"No Adam,aku tau kau tak suka dengan aku.But please..kali ni tolong bagi kerjasama.Aku datang sini sebab tempat ni bahaya and aku nak selamatkan korang berdua." Raeez sedikit memujuk Adam namun tangannya keras menarik aku ke arahnya.

Ha sudah,main tarik tarik pula mereka berdua di tengah tengah airport.Lambat laun putus tangan aku kalau macam ni.

"Boleh percaya ke kau ni?" Adam menyoal ragu ragu sambil memandang Raeez atas bawah.Aku guling bebola mata.

"Abang,kau tak dengar ke bunyi tembak tadi.Come on..kali ni je kita ikut Raeez.Macam mana nak lindung kau kalau aku sendiri tak bawak pistol" Aku pula bersuara memujuk Adam.Di saat genting seperti ini,ego perlu diketepikan dahulu.Kalau tak nyawa melayang.

Adam pandang aku lama.

Seolah olah tak tahu hendak buat keputusan apa.Aku mula mengangguk sedikit,menyuruhnya yakin dengan Raeez.

"Fine.." Usai itu,tangannya menggenggam erat lengan kiriku. Lengan kanan pula dipegang Raeez.

"Jom,ikut aku"

Kami berjalan menuju ke pintu keluar.Aku pandang sekilas ke arah Raeez yang setia menarikku dari tadi.Wajahnya serius,mata tajam menikam sekeliling memerhati keadaan.Terbit rasa kasihan aku kepadanya.Selama aku kenal dengan dia,aku tak pernah melayannya dengan baik.Tapi lihatlah sekarang,dia datang sini semata mata nak selamatkan aku dan Adam.Walaupun aku melayannya dengan teruk,dia tetap sabar.Walaupun dia tahu Adam bencikan dia,namun dia tidak kisah.

Aku masukkan dia ke dalam lokap atas sebab kesalahan yang bukan datang dari dirinya sendiri.Dia tahu dia tidak bersalah,tapi kenapa dia rela duduk dalam lokap dari terus membantah keputusan aku?

Aku begitu asyik dengan fikiranku. Kaki masih belum bosan untuk terus bergerak.Diatur sahaja langkah mengikut jejak Raeez.

'Prangg!'

Satu tingkap kaca pecah menghasilkan bunyi yang amat membingitkan telinga.Semakin kuat orang awam menjerit.Situasi ini berlaku dengan tiba tiba.Tak ada angin tak ada ribut tiba tiba terdengar bunyi tembakan.

"RD!!" Langkah Raeez terhenti satu saat sebelum dia menarik aku dan Adam ke sebalik dinding putih.

"Listen to me carefully.Aku akan settlekan benda ni secepat mungkin.Lepas aku pergi berjumpa dengan diorang,aku nak korang berdua lari ikut orang awam.Masuk dalam satu kereta warna hitam depan bustop then terus balik.Faham?" Panjang Raeez memberi arahan tegas.Aku dan Adam hanya mengangguk.

"Good,take care.Lari je,jangan pandang belakang" Raeez hendak berlalu,namun dengan cepat aku pegang bajunya.Dia terhenti seketika sebelum merenung aku.

"Takkan awak nak settle sorang sorang?Bahaya lah.." Aku risau,bagaimana kalau sesuatu terjadi pada dia?Raeez hanya seorang diri,orang jahat itu pula mungkin ramai.

"RD!" Suara garau itu menengking lagi.

"Don't worry,kawan aku ada untuk tolong.Go,now!" Ditolaknya aku dan Adam untuk keluar.Adam tarik tangan aku,bersedia untuk lari.Tapi aku pula..

"Awak!" Aku panggil Raeez sambil berpaling ke belakang.Ke mana dia hendak pergi seorang diri?Orang lain lari ke arah depan,tapi dia pula berlari lawan arus.Aku memanggilnya berkali kali,namun dia tidak endah.Aku semakin risau.

"Alamak" Aku dengar Adam merungut.Aku pandang depan semula.Ada seorang lelaki dengan senjata api di tangan,sudah terpacak di pintu keluar.Wajahnya ditutup dengan mask,seperti penjahat.

Bukan aku dan Adam sahaja yang terperangkap,ada lagi beberapa orang awam turut bersama kami.

"Don't move,or i'll shoot you" Ugutnya dengan suara mendalam.Kedengaran sangat seram,ada juga bunyi bayi yang menangis.Mungkin takut dengan suasana tegang seperti ini.Si ibu pula tidak jemu memujuk bayinya supaya diam.Tapi apakan daya,anak seusia begitu takkan faham situasi begini.

"SILENCE!!" Lelaki tadi mengherdik kuat,menyuruh kami semua diam.Tersentak kami semua dibuatnya.Aku memegang erat lengan Adam.Takut memang takut,tapi aku seorang polis.Apa gunanya Inspektor Ikram melatih aku selama ini kalau aku tak mampu nak selamatkan orang di sini.

Aku nak melawan,tapi tak ada senjata pula.Pistol aku tinggal di rumah,lagipun aku tak jangka perkara begini berlaku tiba tiba.Otak ku buntu memikirkan cara untuk menyelamatkan orang orang di sini.

"Hye my baby Stella" Tiba tiba muncul seorang lelaki di belakang aku.Tangannya laju merangkul pinggangku lalu meletak dagu pada bahu.Aku kaget.

Huh?Siapa lelaki ini?Kenapa panggil aku Stella?

"Let her go John,she is not Stella" Aku dengar suara Raeez tegas.Segera aku berpaling sambil meleraikan pelukan lelaki tadi.

"Ohhoo come on RD,rambut lain tak bermakna dia bukan Stella" Lelaki tadi berjalan santai mendekati Raeez. Tubuhku dilepaskannya. Aku menghela nafas lega.

"Dan muka sama,tak semestinya dia Stella!" Raeez mendekati aku dan Adam lalu mendepakan tangannya.Bermaksud jangan sentuh kami dan orang awam.Aku masih bingung.

Adakah muka aku dan Stella sama?Sebab itukah lelaki tadi asyik memanggilku dengan nama Stella?

"Go now Ashi.Bawa semua keluar dari sini" Ringkas arahannya sambil berbisik pada aku.Aku berpaling ke belakang,lelaki yang memegang senjata tadi sudah tiada.

"Jangan pernah terfikir pun untuk keluar dari sini selagi aku tak dapat Stella" Suara lelaki itu menghentikan aku yang baru hendak berjalan keluar.Aku pandang mukanya dengan sedikit gementar.

Lelaki ini...kenapa macam familiar?Dan lelaki itu juga merenungku lama dengan senyuman sungging.

"Miss me babygirl?I'm your boyfriend remember?" Tangannya didepa,mengharap aku memeluknya.

Huh,sila mimpi aje lah aku nak lari pergi peluk dia.Entah datang dari mana,tiba tiba mengaku boyfriend aku.Muka aku sebijik muka girlfriend dia kot.

"Oh RD,this is all your fault.Sebab kau,Stella dah tak ingat aku" John meremas rambutnya sendiri dengan kuat.Lagaknya seperti tertekan.Sambil dia melayan perasaan,aku terpandang Raeez yang membuat isyarat menyuruhku bertindak sekarang.

Aku faham,tapi kalau aku buat begitu bagaimana dengan dia?Tak sanggup aku tinggal dia keseorangan.Katanya tadi bawa kawan,tapi batang hidung kawan dia pun aku tak nampak.Raeez pandang aku dengan tajam,telinganya memerah dan tangannya dikepal kuat.

Marah lah tu aku tak ikut arahan dia.Aku pandang sekilas ke arah John yang sedang leka.Lalu aku terpaksa akur dengan arahan Raeez.Segera aku menarik tangan Adam lalu mula berlari ke pintu keluar.

"Don't you dare to run away from me Stella!" Jantungku berdegup laju ketika ini.Lelaki tadi berbahaya dan ada senjata.Bila bila masa sahaja nyawa boleh melayang.

'Bang!Bang!'

Tembakan dilepaskan membuatkan suasana bertambah kacau.Aku dan Adam berpecah untuk membantu orang awam yang susah bergerak.Ada yang berkerusi roda dan bertongkat.Aku pandang ke belakang.Raeez sedang bergelut dengan John yang mengacu pistol ke arah....

Adam!

Segera aku berlari ke arah Adam untuk menolaknya.Tapi aku tak sempat,tembakan sudah dilepaskan.

'Bang!'

Larianku mula perlahan.Adakah aku gagal menyelamatkan Adam?Abang kandungku sendiri?Tapi aku lihat Adam masih bertenaga menolong orang lain.Seolah olah tiada peluru pun yang terkena padanya.

"Abang!Abang okay?" Aku menyoal.Adam hanya angguk sebelum lincah menolong orang lain.Aku pelik,Adam tak ditembak?Habistu peluru pergi ke arah mana?

Tatkala aku berpusing,sepasang mata aku terbeliak luas.Memandang ke arah sekujur tubuh yang mengerang di atas lantai.

Ya allah,Raeez!

Okumaya devam et

Bunları da Beğeneceksin

13.7K 498 46
Pang❕satu tamparan kuat hinggap di pipi lelaki itu. "Hye,betina..berani kau tampar aku?!Mak bapak aku pun tak pernah sentuh aku!" - Irfan Zakwan "Kau...
111K 3.8K 45
Kisah cinta sang gadis kepada sang jejaka yang pada mulanya dianggap cinta monyet yang tidak akan berkekalan sampai ke alam perkahwinan bak kata sang...
11.8K 467 37
Hanan seorang gadis yang hidupnya sosial bertemu dengan seorang lelaki yang berasal dari kampung , Mikael .Walaupun Mikael tinggal di kampung namun d...
1.2M 34.2K 76
"bonda nak dalam masa tiga bulan ni kris bawa kan bonda calon menantu. kalau tak, jangan tanya kenapa kalau bonda jodohkan kris dengan nordin!" -Kris...