𝐌𝐘 𝐏𝐄𝐑𝐅𝐄𝐂𝐓 𝐋𝐎𝐕𝐄

By MySerraa

1.1M 42.9K 2.4K

[ Book 2 ] Raysa Amanda, nama seorang gadis yang cukup manis dan indah disebut. Sesuai dengan nama, sudah te... More

Welcome
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
Part 18
Part 19
Part 20
Part 21
Part 22
Part 23
Part 24
Part 25
Part 26
Part 27
Part 28
Part 29
Part 30
Part 31
Part 32
Part 33
Part 34
Part 35
Part 36
Part 37
Part 38
Part 39
Part 40
Part 41
Part 42
Part 43
Part 44
Confession Part
Part 45
Part 46
Part 47
Part 48
Part 49
Part 50
Part 51
Part 52
Part 53
Part 54
Part 55
Part 56
Part 57
Part 58
Last Part
Confession Part II
Special Part 1
Special Part 2
Special Part 3
Thank you
Extra part

Part 59

27.6K 767 38
By MySerraa

"Raysa..."

Tok! Tok! Tok!

Pintu bilik diketuk.

Tiada sahutan.

"Sayang..." sudah hampir dua hari Raysa mengurungkan diri di dalam bilik yang berada di dapur, bilik lamanya. Dan dia di sini masih cuba untuk memujuk wanita itu untuk keluar. Dia tahu Raysa belum makan lagi. Dia risau dengan wanita itu memandangkan Raysa baru sahaja habis pantang.

"Sayang..." dipulas tombol pintu. Tidak berkunci. Dengan dulang berisi nasi di tangan kirinya, dia membuka pintu menggunakan tangan kanan.

Terus matanya menangkap tubuh kecil itu duduk di birai katil menghadap tingkap bilik. Hanya kaku di situ tidak bergerak.

Dia melangkah perlahan ke arah Raysa.

"Sayang, abang ada bawa nasi. Kita makan ya?" Dulang nasi diletak di atas meja sisi katil. Kerusia yang berada di meja solek diambil lalu diletakkan di hadapan Raysa. Dia menghenyakkan punggung di situ.

"Sayang... jom makan."

Raysa hanya diam kaku. Namum mata tajam merenung Heriz.

"Abang suap ya?" Baru sahaja dia hendak mengambil pinggan yang diletak di meja sisi katil, suara Raysa kedengaran.

"Sebelum ni, saya makan ke, saya tak makan ke, awak tak peduli pun. Saya hampir mati kebuluran pun, awak buat tak tahu."

"Kenapa sekarang baru nak ambil berat?" Soal Raysa perlahan. Tiada sinis dalam nadanya. Hanya mendatar sahaja.

"Sayang, sayang kan isteri abang-"

"Sebelum ni pun saya isteri awak, Heriz." Raysa memintas kata-kata lelaki itu.

"Tapi awak anggap saya apa?"

"Pelacur peribadi awak." Sambung Raysa. Heriz hanya diam tidak membalas apa-apa.

Tiba-tiba Raysa berdecit sinis.

"Patutlah awak baik semacam dengan saya. Layan saya macam seorang isteri, ikut sahaja kehendak saya... sebab awak simpati dekat saya kan?"

Heriz mengerut kening.

"Iya lah, saya dah tak ada apa-apa. Nothing."

"Saya dah tak boleh bagi awak zuriat. Saya tak mampu..." seketika air matanya mengalir lagi. Daripada semalam lagi air matanya tidak kering, sentiasa mengalir tanpa dapat ditahan.

"Sayang..."

"Malang nasib awak, Heriz. Sebab dapat isteri macam saya. Dahlah dipaksa kahwin dengan saya, lepastu saya tak dapat beri awak zuriat pula." Terbit ketawa sinis di hujung ayatnya sebelum wajahnya kembali muram. Bibir diketap perlahan menahan tangisan.

"Heriz..."

Lelaki itu memandang wajah Raysa.

"Apa lebihnya Aleeya dan apa kurangnya saya sehingga macam-macam ujian saya perlu hadap untuk dapatkan awak? Kenapa terlalu besar cinta awak pada dia sehingga tiada langsung yang tinggal untuk saya?" Dia memandang pilu wajah Heriz. Sesekali keningnya berkerut.

Tiba-tiba Raysa mengangguk kepala.

"Oh ya. Saya dah tahu."

"Sebab sekarang saya dah tak boleh beri awak zuriat. Alasan itu dah cukup kukuh untuk awak tinggalkan saya kan?"

Heriz menggelengkan kepalanya.

"Terlalu mahal cinta awak Heriz, sehingga saya terseksa, derita, hilang anak saya, dan tidak boleh mengandung lagi, saya masih tak mampu memiliki hati awak."

"Saya masih gagal pertahankan rumahtangga kita." Akhirnya tangisan yang ditahan daripada tadi mula pecah.

"Saya minta maaf, Raysa. Saya minta maaf." Heriz juga mengalirkan air mata. Dia jadi lemah melihat keadaan wanita itu. Ya Allah, kejamnya aku menganiaya wanita sebaik Raysa...

"Heriz..."

"Apa kesudahan cerita kita?"

Heriz terdiam. Lidahnya tiba-tiba kelu. Bibir tertutup rapat tidak mampu dibuka.

Raysa sudah memandang Heriz dengan wajah yang seperti menanti sebuah jawapan.

•••

Dingin. Angin malam ini terlalu dingin membuatkan Heriz yang berada di luar rumah juga menggosok perlahan lengannya. Hampir 10 minit juga dia duduk di luar, sengaja mengambil angin. Soalan Raysa siang tadi tidak berhenti bermain di benak fikirannya. Kepalanya terlampau kusut. Dia tak mampu membuat keputusan. Sebab itu dia terus beredar dari situ meninggalkan Raysa sendiri. Bukan niatnya untuk biar wanita itu tergantung tanpa jawapan, tetapi dia sendiri tidak tahu hendak membuat apa.

"Jauh sangat awak termenung tu, Heriz." Tegur seseorang dari tepi. Terhinggut bahu Heriz sebelum wajahnya dipaling melihat gerangan yang menegurnya.

Raysa tersenyum kecil ke arah Heriz sebelum memandang langit malam.

Suasana sunyi seketika. Masing-masing diam menikmati angin malam.

"Awak tahu tak, saya fikir kita ni ibarat bulan dan bintang yang sentiasa melengkapi antara satu sama lain."

Heriz hanya diam mendengar.

"Rupa-rupanya tak."

"Saya ibarat bulan yang sentiasa mengharapkan kedatangan bintang walaupun saya tahu bukan setiap malam bintang akan muncul menerangi langit malam."

"Iya, kita ibarat bulan dan bintang, tapi bukan saling melengkapi. Kita nampak dekat..."

"Tapi hakikatnya kita jauh. Jauh sangat."

"Disebabkan itu, bulan tetap menerangi langit malam walaupun tanpa kehadiran bintang kerana tanpanya, langit akan kelam, gelap."

"Raysa..." Heriz menelan liur payah. Dia seperti tahu maksud wanita itu. Dalam hati sudah berdoa supaya apa yang dia fikir itu tidak betul.

"Heriz..." pandangan mereka bertaut.

"Saya dah buat keputusan untuk cerita kita."

Hati Heriz sudah berdegup kencang.

"Izinkan saya pergi, Heriz."

"Raysa!" Naik seoktaf suara Heriz.

Raysa menggelengkan kepala sebelum air matanya mengalir.

"Saya minta kita buat haluan masing-masing, Heriz."

Heriz pula menggelengkan kepalanya. Dia langsung tak setuju dengan permintaan wanita itu.

"Saya mohon, Heriz. Beri saya ruang. Semua yang jadi terlalu sakit untuk saya terima. Saya tak nak membenci awak, awak suami saya yang sah. Jadi, beri saya ruang dan waktu untuk terima semua ini. Please..." rayu Raysa. Seketika dia hendak tertawakan diri sendiri. Sebelum ini dia merayu supaya lelaki itu menerimanya namun sekarang dia merayu supaya lelaki itu melepaskannya.

"Kalau saya terus bersama awak, saya tak jamin saya mampu mencintai awak seperti dulu lagi."

"Tolonglah, Heriz..."

"Sampai bila? Sampai bila kau nak pergi?"

"Biarlah takdir yang menentukan segalanya. Biar takdir yang membawa kita sama ada perpisahan atau pertemuan yang lebih baik."

"Jika betul kita berjodoh, kita akan bertemu semula, Heriz."

"Raysa..."

"Kita kena yakin dengan ketentuan Allah, Heriz."

"Tolonglah Heriz, izinkan saya pergi."

Sakit. Perit. Pilu. Hatinya seperti disambar api kesakitan yang memakan dirinya sendiri. Dahulu, dia yang mengalu pemergian wanita itu tetapi sekarang, dia yang tidak rela dengan permintaan wanita itu.

"Saya sayang awak, Heriz. Jadi jangan buat saya bencikan suami saya sendiri."

"Saya cintakan awak, Heriz Zayyan." Dalam hati dia sangat berharap lelaki itu akan membalas luahan cintanya namun lelaki itu hanya diam kaku. Tahulah dia, sehingga kini, lelaki itu masih mencintai wanita lain. Itu sudah cukup menguatkan keputusannya untuk pergi.

'I'm not enough I know, so let me go, it hurts to be half loved.'

Continue Reading

You'll Also Like

533K 21.5K 36
Code : Benci ⚠️ NurElva Tasnim & Noah Zafriel "Kalau bukan sebab perjanjian bodoh ayah kau memang tak mungkin aku jadi suami kau !" Kuat tengkingan y...
1M 49.8K 67
Kepercayaan yang dikhianati menimbulkan bibit-bibit kecewa di dalam hati seseorang yang meletakkan kepercayaan di tempat pertama. Setelah dikhianati...
42.9K 4.2K 5
Kehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees. Namun bagi Haura, masih a...
285K 19.6K 54
Pernah dengar pasal right person,wrong time? Sakit? Semestinya. Tapi nak tahu apa yang lagi sakit? Right person,not the same religion...