Akhir Tak Pasti

By hanyadarlea

291K 19.5K 767

[SELESAI] Sebuah memori silam telah menjadi titik perubahan, Nur Adellea Arelyne. Siapa sangka bahawa gadis y... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30

Epilog

13.5K 873 133
By hanyadarlea

TEH hangat dihidangkan di dalam cawan kecil itu. Kuih ketayap juga menjadi santapan mereka sementara menunggu solat isyak. Puan Khadijah menghirup perlahan air teh tersebut. Kereta baru milik Nadeem kemudian bertapak di hadapan rumah.

"Nadeem beli kereta idaman Adel," ucap Puan Khadijah sambil melihat kereta tersebut dari jauh.

Puan Merlyna senyum. Memang benar, Adel tidak pernah salah memilih lelaki yang patut dia cintai. Dia benar-benar memilih lelaki yang tulus mencintai dia juga. Bahkan sampai dia meninggal, lelaki itu masih lagi mengabulkan semua permintaannya di dunia ini.

"Nadeem betul-betul sayangkan Adel," lirih Puan Merlyna.

Belum sempat Puan Khadijah menjawab, Nadeem sudah terlebih dahulu curi-curi dengar perbualan mereka. Sebaik sahaja mendengar ucapan yang keluar daripada mulut Puan Merlyna, Nadeem terus bersuara.

"Nadeem balas kembali cinta Adel yang tak pernah rapuh selama ini. Dia tak pernah lelah tunggu Nadeem. Kali ini, biar Nadeem yang menunggu hari di mana kami berdua akan bersatu kembali," celah Nadeem.

Kakinya melangkah masuk ke dalam rumah teres itu. Dengan pantas dia menaiki anak tangga lalu menuju ke sebuah ruangan yang berada jauh daripada bilik tidur yang lain. Perlahan dia memulas tombol pintu itu.

Lukisan matahari terbenam berserta rama-rama itu indah tergantung di dinding bilik tersebut. Meja yang rapi itu dipandang. Ruangan bilik itu penuh dengan novel. Komputer riba yang berada di meja kemudian dihidupkan.

Nama pengguna Adellea Arelyne terpapar di komputer tersebut. Latar belakang komputer itu dipasangkan dengan warna merah jambu warna kesukaan Adel.

Nadeem kemudian meletakkan kunci kereta di atas meja tersebut lalu dia mengambil sebuah beg kertas yang penuh dengan barang. Penyembur bilik berbau vanila disembur. Dia kemudian memasang sebuah lagu 'Rayuan Perempuan Gila' daripada Nadin Amizah.

Menurutmu, apa benar saat ini kau masih mencintaiku?

Alunan muzik itu membuat dia tersenyum.

"Ya, saya masih cintakan awak sampai saat ini."

Dia merasakan bahawa lagu tersebut mengingatkan dia tentang arwah Nur Adellea Arelyne. Gadis itu pasti akan bertanya hal yang sama jika dia masih hidup.

"Saya dah tunaikan apa yang awak mahukan di dunia ini tapi satu je yang saya tak dapat tunaikan..."

Kotak baldu merah itu diletakkan di atas meja lalu dia buka perlahan. Cincin yang bersinar itu dipandang. Sayu wajah terpapar.

"Saya tak dapat tunaikan hasrat awak ingin menjadi isteri saya di dunia ini," sambungnya.

Kotak cincin itu ditutup kembali lalu matanya melihat bilik itu dengan sekilas pandang. Semua yang ada di situ merupakan antara barang-barang yang Adel inginkan. Adel selalu menulis di buku hariannya tentang keinginan dia di dunia ini. Oleh kerana itu, Nadeem mengabulkan semua keinginan tersebut walaupun dia sudah tiada.

"Dengan cara ini, saya tak akan lupakan awak hingga ke hari tua. Walaupun kita tak menua bersama namun semoga kita berjumpa di syurga dan hidup gembira bersama tanpa ada batasnya."

Azan isyak pun berkumandang. Semua berkumpul di dalam ruangan solat. Kini keluarga Puan Khadijah dan Puan Merlyna menetap bersama di satu bumbung. Mereka sudah jadi keluarga yang sangat erat. Puan Khadijah selalu mengajar Puan Merlyna mengaji. Mereka benar-benar melengkapi satu sama lain.

Sejadah dibentangkan. Telekung pula disarung perlahan. Takbir diangkat lalu mereka pun solat berjemaah bersama pada malam itu.

Peluh sudah membasahi seluruh tubuhnya. Di sujud yang terakhir, Nadeem memohon doa yang banyak. Tak sengaja juga air matanya jatuh membasahi sejadah tersebut.

"Ya Allah, jika kami tidak berjodoh di dunia. Izinkan aku dan Nur Adellea Arelyne berjodoh di syurga milik-Mu. Izinkan kami bertemu sekali lagi kerana sesungguhnya dialah bidadari yang akan ku pohon di dunia dan juga di syurga-Mu. Aku hamba-Mu ini ingin bersama dengannya kerana sesungguhnya cintaku ini terlalu mendalam untuk dia bahkan aku ingin sentiasa berada di sisinya kekal selamanya bersama. Tolong izinkan aku ya Allah..."

"Assalamualaikum Warahmatullah."

Mereka sudah menyelesaikan solat berjemaah bersama namun Nadeem masih lagi bersujud. Mereka semua hairan. Akhirnya, Tuan Naz menyentuh anaknya itu lalu tubuh milik Nadeem terbaring dengan lembut di atas lantai.

"Allahuakbar!"

Dia menghembuskan nafas terakhir di dalam sujud terakhir. Tak disangkakan pada hari itu, Allah mengambil Nadeem semula.

Takdir Allah itu tersusun indah. Mungkin kamu tak merasa bahagia di dunia kerana banyak hal yang menimpa. Namun percayalah, jalankan ibadahmu agar suatu hari nanti di mana kamu kembali ke Allah sudah pasti kamu akan bahagia kekal kerana amal ibadah yang sudah diperolehi di dunia. Biar hidup di dunia itu sukar namun kebahagiaan di syurga sudah terjamin.

Continue Reading

You'll Also Like

9.1K 612 31
Hati Untuk Dia [ story > 3 ] Kisahnya bermula dari seorang gadis yang bernama Puteri Nur Cahaya Elina dijual oleh ayah kandungnya sendiri. "Apa je ke...
2.6K 210 10
𝐬𝐩𝐒𝐧-𝐨𝐟𝐟 𝐙𝐀𝐇𝐄𝐄𝐍 π€πˆπŒπ€π [ 𝑢𝒏 π’ˆπ’π’Šπ’π’ˆ | Slow Update ] ➳ Known as His Precious Sweetheart Under M.A series 1 𝑺𝒉𝒆 𝒇𝒆𝒍𝒍 𝒇...
38.3K 2K 57
Lapan tahun sudah berlalu, Nawwar merasakan dunia ini tiada makna baginya. Trauma yang dialami sering menghantui dirinya. Bisikan halus kerap menghas...
3K 169 12
Mengisahkan tentang pertemuan antara si gadis yang sangat menjaga aurat,menjaga pandangan, ikhtilat dan seorang jejaka yang baru sahaja ingin keluar...